Malaysian Courts System.

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

MAHKAMAH DI MALAYSIA

Zulkifli Hasan
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
SEJARAH SISTEM UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA
SISTEM MAHKAMAH DI MALAYSIA
MAHKAMAH SIVIL
MAHKAMAH SHARIAH
ETIKA MAHKAMAH
PERBICARAAN DI MAHKAMAH
AMALI-SIMULASI PERBICARAAN.
KESIMPULAN
Palace of Justice
Mahkamah Kuala Lumpur
Dalam Mahkamah
Tempat Saksi
Tempat Peguam
Tempat Peguam
Jurubahasa
PENGENALAN
Adalah amat penting untuk kita memahami
sistem undang-undang di Malaysia sebelum
mengetahui etika Mahkamah yang perlu
dipatuhi.
Struktur Mahkamah di Malaysia adalah
berbeza dgn negara lain di mana undang-
undang sivil ditadbir urus dibwh persekutuan
dan undang-undang syariah dibwh
bidangkuasa negeri.
Samb…
Pegawai AADK hanya akan terlibat di
Mahkamah Sivil kerana kes kesalahan
dadah di bwh Akta Dadah Berbahaya
1952 adalah dibwh bidangkuasa
Mahkamah sivil.
Di dalam menjalankan tanggungjawabnya,
pegawai AADK akan terlibat secara
langsung dan tidak langsung dengan
urusan di Mahkamah. Di dalam proses ini
etika mahkamah perlu diikuti dan dipatuhi.
SEJARAH SISTEM UNDANG-
UNDANG MALAYSIA
(1) Kesultanan Melayu Melaka-Islam adalah
agama rasmi.
2) Portugis.
3) Belanda.
4) Jepun.
5) British
Malaysia telah dijajah lebih 447 tahun dan
sistem pentadbiran undang-undang banyak
dipengaruhi oleh sistem undang-undang di
England yang berdasarkan kepada Common
Law.
SISTEM PENTADBIRAN
MALAYSIA
LEGISLATIVE- PARLIMEN
EKSEKUTIF- JENTERA KERAJAAN
JUDICIARY-KEHAKIMAN
BADAN KEHAKIMAN MESTILAH BEBAS
DARIPADA KAWALAN MANA-MANA
PIHAK BAGI MENJAMIN KEADILAN DAN
KEYAKINAN MASYARAKAT TERHADAP
INSTITUSI KEHAKIMAN.
SISTEM MAHKAMAH MALAYSIA
MAHKAMAH SIVIL – DIBAWAH KERAJAAN
PUSAT IAITU BADAN KEHAKIMAN MALAYSIA.
MAHKAMAH SHARIAH- DIBAWAH KERAJAAN
NEGERI IAITU KUASA SULTAN.
TERKINI, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH
MALAYSIA DIBAWAH KERAJAAN PUSAT
DALAM USAHA UNTUK MENYERAGAMKAN
PENTADBIRAN MAHKAMAH NEGERI-
NEGERI.
SEBELUM MERDEKA
Supreme Court (Formerly known as Courts of Judicial Commissioner);

Court of Magistrates of the First Class

Court of Magistrates of the Second Class

Court of Khathi and Assistant Kadhi

Court of Penghulu
HIRARKI MAHKAMAH SIVIL KINI
Federal Court

Court Of Appeal

High Court

Sessions Court

Magistrate Court
HIRARKI MAHKAMAH
SYARIAH

Shariah Appeal Court- Chief shariah judge and 2 others

Shariah High Court- kadhi besar

Shariah Subordinate Court-kadhi


BIDANGKUASA MAHKAMAH
SYARIAH
Muslim Courts Criminal Jurisdiction Act 1965-
Kes hukumannya tidak melebihi penjara 6 bulan
atau denda RM1000.00 atau kedua-duanya.
Dipinda pada 1984 dan kini bidangkuasa
jenayah ialah kes hukumannya tidak melebihi 3
tahun atau denda RM5000.00 atau rotan 6 kali
sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman.
Samb…
Hanya melibatkan orang Islam sahaja
Kesalahan Jenayah Syariah terletak di
bawah Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Negeri-negeri. Kebanyakan
kesalahan melibatkan akidah, seksual,
rukun Islam dll.
Kes dadah tidak boleh dibicarakan di
Mahkamah Syariah kerana had
bidangkuasa yang amat terhad.
MAHKAMAH SIVIL
Mahkamah sivil boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu Mahkamah Tinggi
(Superior Court) dan Mahkamah Rendah
(Subordinate Court).
Mahkamah Tinggi terdiri daripada
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rendah terdiri daripada
mahkamah sesyen dan majistret.
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Mahkamah Persekutuan terdiri daripada
presiden iaitu Ketua Hakim Negara,
Presiden Mahkamah Rayuan, 2 ketua
Hakim (Mahkamah Tinggi Malaya dan
Sabah dan Sarawak) dan 4 orang
Mahkamah Persekutuan.
Ketua Hakim Negara ialah ketua badan
kehakiman Malaysia. Dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong dengan mendapat
nasihat PM selepas berunding dengan
Majlis Raja-raja.
Samb…
Bidangkuasa Eksklusif:- soalan parlimen
atau dewan undangan negeri di mana kedua-
dua badan ini tidak punya kuasa untuk
menggubal undang-undang dan juga kes
pertikaian di antara negeri dan pusat.
Rayuan Jenayah- Mendengar rayuan sama
yang bidang kuasanya sama seperti
mahkamah tinggi.
Rayuan Sivil- amaun dituntut sama atau lebih
RM250,000.00.
Rujukan bagi isu perlembagaan.
Semua keputusan mahkamah persekutuan
mestilah diikuti oleh mahkamah yang lebih
rendah. Doktrin Stare Decicis or Binding
Precedent.
MAHKAMAH RAYUAN
Sebagai “intermediary” di antara
mahkamah tinggi dan mahkamah
persekutuan. Kini, ada 10 hakim
mahkamah rayuan termasuk Presiden.
Bidangkuasa- s 50 dan 68 COJA 1948:-
Mendengar rayuan kes jenayah yang
diputuskan oleh mahkamah tinggi.
Mendengar rayuan kes sivil amaun
dituntut melebihi RM250,000.00.
MAHKAMAH TINGGI
Kini ada 48 hakim termasuk Judicial
Commissioners bagi Mahkamah Tinggi
Malaya dan 7 hakim bagi Mahkamah
Tinggi di Sabah and Sarawak.
Bidangkuasa Sivil-s 23 COJA 1964:-
Penceraian, Kekeluargaan, Kebankrapan,
Hak Jagaan Anak dan Wasiat.
Bidangkuasa Jenayah-s 22 COJA 1964:-
Apa Sahaja kesalahan jenayah yang
diiperuntukkan Undang-undang Seperti
Hukuman Mati Bagi Kes Pengedaran
Dadah Section 39 B Akta Dadah
Berbahaya 1952.
MAHKAMAH SESYEN
Kesemua ada 60 Mahkamah Sesyen di mana
52 di Semenanjung dan 4 lagi di Sabah dan
Sarawak.
Bidangkuasa sivil- s 65 SCA 1948.
Tiada had dlm kes kemalangan kenderaan, hal
ehwal pemilik tanah dan penyewaan.
Kes lain ialah amaun dituntut tidak melebihi
RM250,000.00.
Bidangkuasa jenayah:-S 63-64 SCA 1948:-
Semua kesalahan jenayah kecuali yang boleh
membawa hukuman mati.
MAHKAMAH MAJISTRET
118 mahkamah magistret di semenanjung,
7 di Sabah, 1 di Labuan dan 12 di
Sarawak.
Bidangkuasa Sivil- s 90 SCA 1948:-
Amaun di dalam kes yang dituntut tidak
melebihi RM250,000.00.
Bidangkuasa Jenayah- s 85 SCA 1948:-
Membicarakan semua kes hukumannya
tidak melebihi penjara 10 tahun atau
hukum denda sahaja.
AKTA BERKAITAN DADAH
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)
1983 (Akta 283)
Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta)
1988 (Akta 340),
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985
(Akta 316).
Kes dadah hanya melibatkan bidangkuasa
jenayah iaitu kesalahan yang boleh membawa
hukuman penjara atau di hantar pusat
pemulihan atau denda atau sebat atau
kombinasi mana-mana hukuman.
ETIKA MAHKAMAH
Etika atau adab yang perlu dipatuhi oleh
seseorang semasa berada di Mahkamah.
Etika membawa maksud yang lebih luas
dan ini merangkumi adab di dalam
Mahkamah, di luar mahkamah dan adab
secara umum.
Etika ini hendaklah dipatuhi kerana ianya
mencerminkan imej seseorang dan dalam
masa yang sama institusi kehakiman perlu
dihormati.
Gelaran Di Mahkamah
Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah
Rayuan, Ketua Hakim Syarie- YAA.
Hakim Mahkamah Rayuan Sivil dan
Syariah,Hakim Mahkamah Tinggi sivil dan
Syariah dan mahkamah rendah shariah- Yang
Arif.
Hakim mahkamah sesyen dan majistret- Tuan
atau puan.
Pegawai Mahkamah- Peguam, Polis, Pendakwa
Raya dsbnya-Tuan atau Puan.
Etika Berpakaian
Kemas.
Digalakkan bersuit lengkap hitam dan putih dan
bertali leher.
Kasut hitam atau gelap.
Blazer tidak digalakkan berbutang emas.
Berambut pendek atau diikat jika panjang.
Menggunakan kasut yang sesuai. Cnth kasut
sukan dilarang.
Bagi wanita bertudung, tudung yang berwarna
garang tidak digalakkan.
Semasa Perbicaraan.
Menepati masa dan datang awal ke Mahkamah.
Menundukkan kepala ketika masuk dan keluar dari
mahkamah.
Menyediakan dokumen berkaitan dgn lengkap dan
professional.
Tidak mengambil gambar atau merakamkan video.
Jangan ketawa atau membuat bising.
Tidak boleh mencelah atau mengemukakan apa-apa
kenyataan di dalam Mahkamah.
Menghormati hakim, peguam, saksi, polis dan semua
individu di Mahkamah.
Tidak boleh menggelar pegawai mahkamah dgn
gelaran yang tidak sesuai.
Di luar Mahkamah
Jangan mengemukakan kenyataan atau
pandangan terhadap kes yang dibicarakan
kerana ia boleh dianggap sub judice.
Boleh dikenakan kesalahan menghina
mahkamah.
Menegur sapa pegawai mahkamah
dengan gelaran yang sesuai sbg tanda
hormat.
ETIKA LAIN SECARA UMUM
Tidak dipengaruhi oleh sesiapa semasa
menjalankan tugas.
Tidak menerima rasuah atau hadiah yang
menimbulkan syak wasangka.
Melayani setiap pelanggan dengan
saksama.
Menepati masa dan profesional.
Menghormati tertuduh, saksi dan pegawai
mahkamah.
Samb….
Menyediakan dokumen dan bahan kes
mahkamah dengan profesional.
Berurusan dengan semua pihak secara
telus.
Memastikan kehadiran di Mahkamah akan
dapat membantu proses keadilan dalam
menyelesaikan sesuatu kes.
Berterusan menambah pengetahuan.
PERBICARAAN KES JENAYAH
Pendaftaran Kes
(Pendakwaan)

Sebutan
Mengaku
Ya Bersalah
Tidak

Perbicaraan

Penghakiman
SIMULASI PERBICARAAN
SETIAP KUMPULAN DIBERI TUGAS UNTUK
MEMBUAT PERBICARAAN OLOK-OLOK.
KES MELIBATKAN KESALAHAN JENAYAH
DADAH.
AKTIVITI- LANTIK HAKIM, JURUBAHASA,
PEGUAMBELA, PENDAKWA RAYA DAN
TERTUDUH. TERTUDUH AKAN MENGAKU
BERSALAH DAN PEGUAM AKAN CUBA
MEMOHON UNTUK MENGURANGKAN
HUKUMAN (MITIGATING FACTOR)
MANAKALA PENDAKWA AKAN BERHUJAH
UNTUK MEMBERIKAN HUKUMAN MAKSIMA
(AGRAVATING FACTOR).
KESIMPULAN
Mahkamah di Malaysia dibahagikan kpd dua iaitu
mahkamah sivil dan syariah.
Kes melibatkan kesalahan dadah dibicarakan di
mahkamah sivil iaitu dibwh Akta Dadah Berbahaya 1952.
Etika mahkamah amat penting untuk dipelihara dan
diikuti bagi memastikan prosiding mahkamah dapat
dijalankan dengan lancar dan seterusnya keadilan dapat
dilaksanakan.
Sbg pegawai AADK, setiap etika sama ada semasa
perbicaraan, di luar mahkamah atau etika secara umum,
ianya perlu diikuti dan dilaksanakan demi menjalankan
tanggungjawab yang diberikan.
Etika atau adab inilah yang akan mencerminkan
keprofesionalan dan mutu serta tahap perkhidmatan
seseorang terutamanya mereka yang terlibat secara
langsung dengan mahkamah.
Terima Kasih

Zulkifli Bin Hasan


E-mail: zulkiflih@admin.kuim.edu.my
E-mail: zul361977@yahoo.com.

You might also like