Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

+

2UIAM@2UKM

BAB13: KEBARANGKALIAN
MUDAH
Ke barang kali yan?
3-1
ISI KANDUNGAN

13.1.1 13.1.2 13.2.1

EKSPERIMEN KEBARANGKALIAN RUANG SAMPEL


KEBARANGKALIAN EKSPERIMEN SUATU BAGI SUATU
PERISTIWA EKSPERIMEN
1, 2, 3...

WHOA!
Sebelum kita mulakan sesi kita, pastikan awak
bersedia. Buku teks, buku tulis dan juga
kalkulator :3
+

01
13.1.1 Kebarangkalian Eksperimen

4
Kebarangkalian Eksperimen
13.1.1: Eksperimen Kebarangkalian:
Apakah itu kebarangkalian?
● Suatu ukuran kemungkinan berlakunya sesuatu
peristiwa, dinyatakan dalam bentuk pecahan atau
perpuluhan.
● Nilai ukuran kemungkinan sesuatu peristiwa
berlaku adalah antara 0 dan 1.

0 0.5 1
Tak akan berlaku Sama kemungkinan Pasti berlaku
(Mungkin ya, mungkin tidak)

2
Kebarangkalian
Jenis-jenis kebarangkalian:
1. Kebarangkalian eksperimen.
2. Kebarangkalian teori.

Kebarangkalian Eksperimen:
• Kebarangkalian yang berdasarkan suatu eksperimen.
𝒌𝒆𝒌𝒆𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒍𝒂𝒌𝒖𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒊𝒔𝒕𝒊𝒘𝒂 𝑨
𝑲𝒆𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒆𝒌𝒔𝒑𝒆𝒓𝒊𝒎𝒆𝒏 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒊𝒔𝒕𝒊𝒘𝒂 𝑨 =
𝒃𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒄𝒖𝒃𝒂𝒂𝒏
+

02
13.1.2 Kebarangkalian Eksperimen
Suatu Peristiwa

4
Kebarangkalian Eksperimen
Contoh 1:
Danish melambungkan sebiji dadu sebanyak 240 kali, dia mendapat bahawa muka
6 bintik menghadap ke atas sebanyak 40 kali.
• Peristiwa dalam eksperimen ini ialah: Muka 6 bintik ke atas
• Kekerapan berlakunya peristiwa: 40 kali
• Bilangan cubaan: 240 kali
• Maka;
𝑘𝑒𝑘𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑙𝑎𝑘𝑢𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑖𝑠𝑡𝑖𝑤𝑎
𝑘𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑢𝑘𝑎 6 𝑏𝑖𝑛𝑡𝑖𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝 𝑘𝑒 𝑎𝑡𝑎𝑠 = 𝑏𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑐𝑢𝑏𝑎𝑎𝑛
40 1
𝑘𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑢𝑘𝑎 6 𝑏𝑖𝑛𝑡𝑖𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝 𝑘𝑒 𝑎𝑡𝑎𝑠 = =
240 6
Kesimpulan bagi kebarangkalian eksperimen:
• Kebarangkalian eksperimen menuju ke suatu nilai tertentu kalau kita ulang
eksperimen tu dengan bilangan yang cukup besar.

1+1
10
Kebarangkalian Eksperimen
Contoh 2:
Ijan, Wan, dan Aqip masing-masing melambungkan sebiji dadu sebanyak 600 kali.
Bilangan kali muka 6 bintik menghadap ke atas yang diperoleh mereka dicatakan dalam
jadual.

Bilangan muka 6 bintik diperoleh

Ijan Wan Aqip

101 99 100
Kebarangkalian Eksperimen
Bilangan muka 6 bintik diperoleh

Ijan Wan Aqip

101 99 100

101
Kebarangkalian Ijan memperoleh muka 6 bintik = = 0.168
600
99
Kebarangkalian Wan memperoleh muka 6 bitnik = = 0.165
600
100
Kebarangkalian Aqip memperoleh muka 6 bintik = = 0.167
600

Daripada pengiraan tersebut, kita dapati bahawa nilai kebarangkalian Ijan, Wan dan
Aqip untuk dapat muka 6 bintik menuju ke satu nilai tertentu apabila dadu
dilambungkan sebanyak 600 kali.
3-2

Uji Kefahaman Anda :3


1. Sebiji dadu dilambungkan oleh Ren. Cari kebarangkalian untuk Ren mendapatkan nombor
perdana.
2. Satu nombor dipilih secara rawak daripada set 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 . Cari kebarangkalian
bahawa satu nombor ganjil terpilih.
3. Sebuah sekolah mempunyai 300 orang murid lelaki dan 400 orang murid Perempuan. Jika
seorang murid dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa seorang murid lelaki
terpilih.
+

03
13.2.1 Ruang Sample Bagi Suatu
Eksperimen

4
Ruang Sampel Bagi Suatu Eksperimen
Kejap, Ruang sampel?
1. Ruang sampel merupakan suatu set bagi semua kesudahan yang mungkin
bagi suatu eksperimen.
2. Ruang sampel ditulis dengan menggunakan tatanda set, dan diwakili
dengan huruf S.
3. Sebuah set mempunyai suatu bilangan unsur yang boleh diwakili sebagai
n(S).

Contoh:
Sebiji dadu dilambungkan dan bintik pada muka dadu yang menghadap ke
atas diperhatikan.
• Kesudahan yang mungkin apa bila dadu dilambungkan: 1, 2, 3, 4, 5, 6.
• Maka, ruang sampel dalam eksperimen itu ialah: S = 1, 2, 3, 4, 5, 6
Ruang Sampel Bagi Suatu Eksperimen
Peristiwa pula apa?
• Set kesudahan yang memenuhi syarat tertentu bagi suatu ruang sampel dan merupakan
suatu subset bagi ruang sampel.

Contohnya, mendapatkan 4 bintik pada muka dadu yang menghadap ke atas merupakan satu
peristiwa mungkin apabila sebiji dadu dilambungkan.
Ruang Sampel Bagi Suatu Eksperimen
Contoh 1:
Satu hari yang dipilih secara rawak daripada satu minggu.
a. Nyatakan ruang sampel:
S = 𝐴ℎ𝑎𝑑, 𝐼𝑠𝑛𝑖𝑛, 𝑆𝑒𝑙𝑎𝑠𝑎, 𝑅𝑎𝑏𝑢, 𝐾ℎ𝑎𝑚𝑖𝑠, 𝐽𝑢𝑚𝑎𝑎𝑡, 𝑆𝑎𝑏𝑡𝑢
b) Nyatakan bilangan unsur dalam ruang sampel tersebut.
n(S) = 7
c) Peristiwa yang mendapatkan hari yang bermula dengan huruf vokal.
𝑆𝑣𝑜𝑘𝑎𝑙 = 𝐴ℎ𝑎𝑑, 𝐼𝑠𝑛𝑖𝑛
Ruang Sampel Bagi Suatu Eksperimen
Contoh 2:
Shakira melambungkan duit syilingnya sebanyak dua kali. Tulis ruang sampel menggunakan
gambar rajah pokok dan seterusnya, nyatakan bilangan unsur dalam ruang sampel.
Ruang Sampel Bagi Suatu Eksperimen
Contoh 3:
Kotak P mengandungi empat biji bola yang berlabel A, B, C dan D. Kotak Q pula mengandungi
dua keping kad berlabel huruf E dan F. Sebiji bola dikeluarkan secara rawak daripada kotak P
dan sekeping kad lagi dikeluarkan daripada kotak Q.
i. Tulis ruang sampel menggunakan gambar rajah pokok.
ii. A ialah peristiwa mendapat satu huruf vokal dan satu huruf konsonan. Tulis peristiwa A
menggunakan tatanda set.
Sesi Refleksi :3
Jom kita petik nama kawan-kawan kita wooooo!!

You might also like