Karangan Mengenai Perihal Diri

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Karangan Mengenai Perihal Diri, Perancangan Pengajian dan Kerjaya

Nama yang di berikan kepada saya ialah MUHAMMAD NUR FIRDAUS BIN CHE ME. Saya lahir pada
tarikh 2 April 2001 di Hospital Besar Tuanku Fauziah, Kangar. Saya anak bongsu daripada 5 adik-
beradik, yang terdiri daripada 2 kakak dan 2 abang. Abang dan kakak saya semua sudah bekerjaya
dalam bidang masing-masing, hanya saya yang masih belajar untuk menentukan masa depan saya.
Saya minat bidang kejuruteraan ketika saya mendapat tawaran sambung belajar di Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam bidang kejuruteraan awam. Oleh kerana itu, saya
membuat keputusan menyambung pengajian pada peringkat sarjana muda dalam bidang
kejuruteraan awam.

Perancangan pengajian saya ialah saya ingin tumpukan perhatian dalam pengajian sambil
melibatkan diri dalam kokurikulum. Saya menyertai Siskor iaitu Sukarelawan Siswa/Siswi
Koreksional yang berkait dengan Jabatan Penjara. Saya juga ingin mengubah diri saya kearah
kebaikan dari segi pembelajaran, daya tahan diri dan juga ilmu agama agar saya dapat bertahan
apabila melangkah kea lam dunia yang fana. Saya berharap dengan pinjaman daripada MARA ini
dapat ringankan beban saya dan keluarga.

Perancangan kerjaya saya ialah bekerja dalam bidang yang saya minati iaitu kejuruteraan awam.
Saya juga ingin menamatkan zaman bujang saya sebelum berusia 29 tahun. Oleh itu, saya perlu
bekerja keras selepas tamat pengajian saya di UniMAP. Saya juga berhajat untuk membuka
syarikat pembinaan bersendirian. Saya hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan.
Waallahualam.

You might also like