Surat Ke Akie Frozen Food

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rujuk Kami: PHBT.PHG.PASCA.

300-3/1/1 – ( ) September 2022

AKIE FROZEN FOOD


No 37 Jalan IM3/5
Kawasan Perindustrian Mahkota
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan, Pahang

PERMOHONAN MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN PIHAK


AKIE FROZEN FOOD

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera


(PERHEBAT) Cawangan Negeri Pahang adalah Perbadanan yang menguruskan hal-hal
berkaitan latihan kepada anggota yang akan menamatkan perkhidmatan dan anggota yang
telah menamatkan perkhidmatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Negeri
Pahang.

3. Untuk maklumat pihak tuan, PERHEBAT dalam pelaksanaan Program Reskilling dan
Upskilling Veteran ATM (PRUV ATM) telah merancang beberapa hala tuju bagi tahun 2022,
salah satu program yang telah dirancang adalah menjalinkan hubungan kerjasama antara
agensi-agensi kerajaan/swasta bagi penglibatan Veteran-veteran ATM di Negeri Pahang.

4. Justeru itu, pihak kami memohon untuk mengadakan pertemuan dengan pihak tuan
bagi membincangkan beberapa perkara seperti berikut:

a. Punca pendapatan yang boleh meningkatkan pendapatan Veteran ATM.

b. Kolabrasi antara PERHEBAT Pahang dan Akie Frozen Food.

c. Lain-lain perkara yang memberi manfaat kepada Vateran ATM.

5. Sekiranya pihak tuan bersetuju, mohon untuk mencadangkan satu tarikh yang
bersesuaian diantara 11 hingga 14 Oktober 2022 untuk perbincangan tersebut. Bagi
sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh menghubungi En Mohd Zahidi bin Rahim (Pegawai
PERHEBAT Negeri Pahang) di talian 011-29293546/09-5156302.

Sekian, terima kasih.

AHMAD KHAIRUL ARIFFIN BIN SUKIMAN


Pengurus
PERHEBAT Negeri Pahang

You might also like