BM Kertas 2 Ting 5.1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1103/2

Bahasa Melayu
Tingkatan 5
Kertas 2
Ogos 2023
2 ½ Jam

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN 5
2023

BAHASA MELAYU
KERTAS 1

TINGKATAN 5

Dua Jam Tiga Puluh Minit (2 jam 30 minit)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian


C.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak termasuk muka hadapan

1
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]
SOALAN 1: MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan akhiran dan
dua kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
kata nama khas.

Trauma ialah pengalaman individu yang unik tentang suatu peristiwa atau
keadaan yang kekal, seperti keupayaan individu untuk mengintegrasikan
pengalaman dan emosi, atau terharu dengan suatu pengalaman.Trauma
memberikan ancaman kepada kehidupan, individu dan keluarga. Trauma juga
ialah pengalaman yang luar biasa seperti rangsangan yang kuat dan berbahaya
sehingga mengatasi keupayaan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Menurut
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2002 sebanyak 154 juta orang
di seluruh dunia menderita tekanan mental. Jumlah ini meningkat berkali-kali
ganda pada tahun 2015.

Petikan daripada sains perubatan bertajuk‘Trauma Mengganggu Emosi’


Majalah Dewan Kosmik DBP, bil. 1 2016.
[8 markah]

SOALAN 2: SINTAKSIS

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti jenis-jenis ayat yang bergaris
berikut sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat
perintah.

Apakah cara terbaik menjaga pemakanan seseorang supaya lebih selamat?


Keselamatan makanan terjamin dengan menggunakan bahan mentah segar serta
dimasak dengan sempurna. Pengambilan kuantiti makanan juga perlu dikawal
dengan mengurangkan makan yang tingi kandungan gula, lemak dan garam. Hal
ini dikatakan demikian kerana makanan bergaram menyebabkan penyakit darah
tinggi. Makanan manis boleh menyebabkan penyakit diabetes. Jangan mengambil
makanan ringan dan makanan segera terlalu banyak. Makanan berlemak pun
boleh menyebabkan obesiti. Wahai ibu bapa,jagalah pemakanan anak-anak!
Makanan seimbang penting untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Pilih Pemakanan Seimbang, Kekal Gaya Hidup Sihat’
Oleh Hamizah Badiran
Dewan Siswa, Bil. 2/2018
[6 markah]

2
SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Petikan di bawah mengandungi dua belas kesalahan bahasa. Senarai dan


betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan-
petikan tersebut.

Sastera mempunyai pelbagai peranan dalam masyarakat, bergantung kepada


cara kita mentaksirkanya. Karya sastera yang baik lazimnya terpaparkan reliti
masyarakat dengan jujurnya. Di samping itu, sastera juga kemukakan ilmu dan
fikiran bagi memajukan masyarakat. Penulis menjadi wakil menyampaikan
suara gulungan yang tertindas tanpa mengira latarbelakang, keturunan, kaum,
jantina dan agama. Kita juga boleh menggunakan karya sastera untuk
memupuk semangat cinta kepada negara, memupuk perpaduan, dan
menyerlahkan 39 identiti bangsa. Melalui karya sastera, kita dapat lahirkan
masyarakat yang menyintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan.

[12 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di
tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri
Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini
menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan.
Adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa
perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”

Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

3
SOALAN 5: PERIBAHASA

Daripada petikan di bawah, senaraikan dua peribahasa, kemudian bina ayat


berdasarkan peribahasa tersebut.

Sebagai negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan etnik,
perpaduan serta integrasi nasional memainkan peranan utama untuk mewujudkan
negara yang aman, harmoni dan makmur. Oleh hal yang demikian, semua pihak
perlu menjalankan tanggungjawab kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
untuk memastikan perpaduan dan integrasi nasional terus berkekalan. Marilah kita
bersatu padu kerana hanya dengan perpaduanlah kita mampu duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju.

Dipetik dan diubah suai daripada


Buku Teks Tingkatan 5
Kementerian Pendidikan Malaysia

[4 markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kita perlu mengamalkan pendekatan makan apabila lapar, berhenti sebelum


kenyang bagi menjaga kesihatan. Namun begitu, masih banyak orang yang
berselera untuk makan walaupun perut sudah sebu. Sesiapa yang suka makan
sehingga mengah, eloklah belajar mengekang nafsu melahap secara berlebihan
agar tidak mendera diri. Tindakan yang paling penting ialah membiasakan diri
mengambil makanan yang cukup demi keperluan nutrien harian. Hal ini dapat
membantu kita mengawal pengambilan kalori yang berlebihan.

Untuk menjaga kesihatan, amalan bersenam atau beriadah tidak boleh


diabaikan kerana amalan tersebut banyak memberikan manfaat kepada tubuh kita.
Jika kita tidak dapat melakukan senaman, kita masih boleh berjalan sebanyak
10000 langkah sehari. Apabila berada di tempat kerja, kurangkan penggunaan lif
apabila bergerak ke tempat yang lebih tinggi. Amalan penjagaan kesihatan juga
memerlukan kita mengurangkan pengambilan minuman yang manis tetapi
memperbanyak minum air kosong sekurang- kurangnya lapan gelas sehari untuk
menyingkirkan toksin daripada tubuh badan.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Guna Minda Kawal Selera Makan'
Berita Harian, 8 Mac 2012

4
Bahan 2

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek


utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa
disedari, corak pengambilan makanan harian menunjukkan secara jelas tahap
kesihatan seseorang pada masa depan.
"You are what you eat" ialah pepatah Inggeris yang menggambarkan
makanan boleh mempengaruhi kehidupan seharian. Meskipun ramai yang
mengamalkan gaya hidup sihat namun ramai juga yang tidak berdisiplin dalam isu
membabitkan pengambilan makanan dan penjagaan kesihatan. Penjagaan
kesihatan penting untuk mengekalkan kesihatan pada tahap yang maksimum.
Kementerian Kesihatan Malaysia yang membuat kajian tentang kesedaran
orang ramai berkaitan isu kesihatan mendapati bahawa hanya 6.6 peratus rakyat
Malaysia yang celik kesihatan berbanding dengan 12 peratus rakyat Amerika
Syarikat. Kajian itu mengambil kira pengetahuan tentang gaya pemakanan sihat
termasuk pengambilan kalori, jumlah hidangan dan pengambilan lemak.
Celik kesihatan bermaksud seseorang itu mampu menerima, memproses
dan memahami maklumat asas kesihatan, sekali gus dapat menjalani serta
mengekalkan cara hidup yang sihat.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/70967/BISNES/Ubah-gaya-
hidup-lebih-sihat

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud sudah sebu.


[2 markah]

ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan penjagaan kesihatan.


[3 markah]

iii. Setiap orang harus mempunyai kesedaran untuk melakukan pemeriksaan


kesihatan walaupun kita kelihatan sihat daripada luarannya.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang individu tidak
melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala?
[3 markah]

iv. Rakan anda sering membeli makanan segera dan makanan ringan
kegemarannya. Ada kalanya, makanan-makanan ini dijadikan tiga
hidangan utama dalam sehari. Keadaan ini telah berlanjutan untuk suatu
tempoh masa.
Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda menasihati rakan ini
agar tidak terlalu kerap mengambil makanan yang boleh memudaratkan
kesihatannya?
[4 markah]

5
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

Bahan 1

Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang
polos, sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya
sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-
tunggul mati. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-
kaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta iklim alam mengambil masa menenun
busana hijau untuk bumi, tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak
Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba.
Dalam layar gelap yang nampak hanya lori-lori balak yang mengaum
sombong sambil mengangkut batang-batang kayu sebesar sepemeluk hingga dua
pemeluk orang dewasa. Timbunan batang-batang kayu itu terikat kemas di atas
tubuh sang lori. Sesekali tubuh lori-lori balak itu terhenjut-henjut ketika lapan biji
rodanya melalui jalan tanah merah yang berdebu dan tidak rata.

(Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba


oleh Sasjira antologi Dirgahayu Bahasaku, DBP)

Bahan 2

Ratapan Sang Rimba

Akulah Sang Rimba


Kupasak bumi sepanjang hayat
Sekelip mata hidupku musnah
Diragut tangan raksasa tanpa belas
Berpaksikan keegoan dan materialistik
Demi penuhkan jiwa dan ragamu.
Sakitnya amat sengsara
Hakisan tanah bermaharajalela
Banjir lumpur meratah ketenangan.

Di manakah sifat kemanusiaan


Tiada sekelumit rasa bersalah
Wahai insan sedarlah sebelum terlambat
Usah kauwarisi bumi yang mati
Duhai generasi peneraju negara.

Nukilan rasa: Haslina@inaedrosa

6
i. Berdasarkan Bahan 1, nyatakan gambaran lori yang sedang mengangkut
kayu balak
[2 markah]

ii. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, senaraikan kesan aktiviti


pembalakan haram kepada alam sekitar.
[3 markah]

iii. Hutan Simpanan Kekal (HSK) ialah Kawasan hutan yang perlu disimpan,
dijaga dan dilindungi daripada sebarang aktiviti pembangunan.
Pada pendapat anda, apakah faedah menjaga Kawasan Hutan Simpan
Kekal di negara kita?
[3 markah]

iv. Haslina sering melakukan aktiviti rekreasi dan meneroka alam semula di
dalam hutan untuk mengurangkan tekanan. Namun, dia kecewa apabila
mendapati kawasan tersebut dicemari dengan sampah sarap.
Sebagai pencinta alam sekitar, bagaimanakah cara anda untuk mengatasi
masalah ini?
[4 markah]

Soalan 8: Novel

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam diam, sudah hampir lapan belas tahun rupa-rupanya Tauke Lim menetap di
desa ini, betapa pantasnya perjalanan masa. Anak sulungnya kini sedang
melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang. Anak
keduanya, Ai Ching pula akan menduduki peperiksaan SPM. Ternyata Tauke Lim
betah tinggal di desa ini. Bagaimana tidak? Dia dan keluarganya pandai
menyesuaikan diri serta ringan tulang. Jika ada majlis keramaian seperti kenduri
kahwin, dia akan turut rewang. Malah, tidak lupa untuk menyumbang bahan-bahan
seperti gula dan beras. Pendek kata, hidupnya sekeluarga macam orang Melayu
juga.
Dipetik daripada Novel Silir Daksina
Karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan petikan, bagaimanakah caranya Tauke Lim menyesuaikan diri dengan


penduduk di Kampung Seri Purnama?
[4 markah]

7
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib


b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menggambarkan unsur kegigihan dalam novel.

[6 markah]

8
Soalan 9: Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan atau bahan.

Bahan 1 – Petikan

Siapa tidak mengenali kartun animasi Doraemon yang telah berjaya menjadi suatu
fanomena pada suatu ketika dahulu dan masih relevan hingga ke hari ini setelah 50
tahun kelahirannya? Watak kartun ini sering membawa ciri-ciri adat Jepun dalam
penceritaannya dengan memperkenalkan kuih Dorayaki dan lain-lain. Namun begitu,
adakah kita pernah terfikir bahawa fanomena kartun animasi ini mampu melonjakkan
nama negara ke persada antarabangsa? Terdapat beberapa langkah untuk
memastikan kartun animasi negara mampu mencapai standard yang sepatutnya dan
peranannya dalam memacu pembangunan negara.
Antara langkah untuk meningkatkan usaha pembikinan kartun animasi negara
adalah dengan menyediakan ruang pendidikan yang seluasnya untuk subjek ini.
Universiti tempatan boleh menyediakan ruang pendidikan yang seluasnya untuk
subjek ini. Universiti tempatan boleh memperkenalkan subjek atau bidang yang
memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar dan mendalami ilmu berkaitan
dengan pembikinan kartun animasi. Misalnya, kita boleh melantik atau mengundang
pembikin kartun animasi dari Jepun untuk mencurahkan ilmu kepada penuntut-
penuntut institusi pengajian tinggi negara kita. Ilmu tentang pembikinan kartun
animasi ini wajar didedahkan kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan taraf
plot kartun animasi ke satu tahap yang lain sehingga mampu memberikan kesan
kepada emosi penontonnya.
Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menyuntik dana untuk pembangunan
penerbitan kartun animasi ini. Kualiti video animasi kartun juga pasti dapat
ditingkatkan jika ada pihak yang berusaha untuk membawa masuk peralatan khas
yang berkaitan dengan pembikinan kartun animasi dari luar negara. Pihak kerajaan
juga boleh menggunakan kartun animasi sebagai medium perantara untuk
mempromosikan agenda kerajaan bagi merancakkan industri tersebut.
Pada pendapat saya, kita juga dapat menonjolkan imej kita sebagai
masyarakat yang masyhur dalam seni pertahanan diri seperti silat dan mahir
menggunakan senjata keris jika kartun animasi kita berjaya mendapat tempat pada
peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kartun Animasi Pemacu Kemajuan Negara’
oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 4, 2021)

9
Bahan 2- Bahan Grafik

Kepentingan Pembikinan Kartun Animasi

Mampu merancakkan sektor ekonomi negara

Medium untuk mempromosikan keindahan dan


kehebatan negara

Membuka peluang pekerjaan baharu

-Soalan Tamat-
Selamat Maju Jaya

10

You might also like