Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PERTANDINGAN DART ANJURAN

M A J L I S PERBANDARAN TEMERLOH
DENGAN KERJASAMA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN ( MALA ) MALAYSIA
2011

1. PENGENALAN

1.1 Kejohanan Dart Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia 2011 Anjuran


Majlis Perbandaran Temerloh dengan kerjasama
Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia ( MALA )

2. TUJUAN

2.1 Kertas kerja ini disediakan untuk member maklumat persiapan kepada
setiap PBT dan Pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini
serta mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Mala.

3. O B JE K TI F

3.1 Pertandingan ini akan dapat memupuk semangat kerjasama setiakawan


dan mengeratkan silaturahim diantara semua pegawai dan kakitangan
PBT di seluruh Malaysia.
3.2 Mempromosikan tempat yang menarik di sekitar Daerah Temerloh dan
memenuhi kalendar aktiviti Tahunan Majlis Perbandaran Temerloh.

4. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN

4.1 Tarikh yang dicadangkan adalah pada 16 dan 17 Julai 2011 ( Sabtu dan
Ahad ). 4.2 Pertandingan akan diadakan di Dewan Tun Razak Majlis
Perbandaran
Temerloh.

5. PENDAFTARAN PASUKAN

5.1 Terbuka kepada mana-mana PBT di dalam Malaysia yang berminat untuk
menyertai acara ini.
6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA

6.1 Hanya Kakitangan PBT masing-masing sahaja yang layak untuk


menyertai pertandingan dart ini dan mana-mana pasukan yang melanggar
peraturan yang ditetapkan oleh penganjur tidak dibenarkan menyertai
pertandingan ini.

7. BAYARAN PENYERTAAN

7.1 Setiap Pasukan yang menyertai pertandingan ini akan dikenakan bayaran
sebanyak RM 300.00 ( Tiga Ratus Sahaja ).
7.2 Bayaran penyertaan boleh dibuat melalui cek atas nama YANG
DIPERTUA M A J L I S PERBANDARAN TEMERLOH atau bayaran tunai
dibuat semasa hadir taklimat pengurus-pengurus pasukan.

8. PENGANGKUTAN

8.1 Pengangkutan hanya disediakan untuk PBT dari luar semenanjung sahaja iaitu
Sabah, Sarawak, dan WP Labuan.

9. TEMPAT PENGINAPAN

9.1 Pihak penganjur tidak akan menyediakan tempat penginapan. Segala


urusan dan kos ditanggung oleh PBT masing-masing. (Penganjur akan
memberikan segala maklumat tentang tempat penginapan).
9.2 Pihak penganjur akan menyediakan seorang LO bagi setiap pasukan yang
bertanding.

11. HADIAH

i. JOHAN - Wang Tunai RM 2,000.00 & Cenderahati.

ii. N/ JOHAN - Wang Tunai RM 1,000.00 & Cenderahati.

iii. KETIGA - Wang Tunai RM 500.00 & Cenderahati.

iv. KEEMPAT - Wang Tunai RM 300.00 & Cenderahati.


10. BORANG PENYERTAAN DAN PERTANYAAN

Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar / difaxkan kepada :

URUSETIA
KEJOHANAN DART
SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA 2011
M A J L I S PERBANDARAN TEMERLOH
28000 TEMERLOH PAHANG DARULMAKMUR
TEL : 09 - 2901770 / 09 – 2901771 FAX : 2901664

Dan Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

I. R OZ A N I B. I S M A I L : 019-9290606

II. SHEIKH MOHD AZRI : 019-9708426


PERTANDINGAN DART
SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA ( MALA 2011 )

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN DART

1. Peraturan dan Undang-Undang

1.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut Peraturan dan Undang-


undang Gabungan / Persekutuan Dart Antarabangsa / Kebangsaan dan
Peraturan Am Pertandingan Dart Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia ( MALA
).
1.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tersedia
dalam peraturan dan segala keputusan adalah muktamad.

2. Sistem, Syarat Dan Peraturan Pertandingan

2.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan


oleh pihak penganjur.
2.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga yang mana akan dipecahkan
kepada beberapa kumpulan ( round robin ) pada peringkat awal dan pada
peringkat seterusnya akan dijalankan secara kalah mati.
2.3 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih daripada Enam ( 6 )
orang pemain sahaja termasuk pemain wanita dan seorang ( 1 ) pengurus
pasukan dan dibenarkan pemain.
2.4 Semua perlawanan akan dijalankan secara best of five ( 5 ) set
dengan menggunakan kiraan 1001 untuk foursome, 501 perseorangan, bergu
lelaki dan bergu campuran.
2.5 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada satu ( 1 ) foursome , satu ( 1
) perseorangan, satu ( 1 ) pasangan bergu, satu ( 1 ) pasangan bergu
campuran, satu ( 1 ) perseorangan dan dua ( 2 ) simpanan.
2.6 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain untuk tiga ( 3 ) kategori sahaja.
2.7 Susunan pemain untuk setiap perlawanan adalah seperti berikut :

i. Foursome - ( 1001 x 1 ) Diwajibkan pemain wanita

ii. Perseorangan Pertama - ( 501 x 3 ) Terbuka

iii. Bergu Lelaki - ( 501 x 3 )

iv. Bergu Campuran - ( 501 x 3 )

v. Perseorangan Kedua - ( 501 x 3 ) Terbuka


2.8 Pada peringkat awal semua perlawanan untuk setiap kategori hendaklah
dijalankan.
2.9 Borang perlawanan hendaklah diserahkan kepada pengadil yang bertugas lima
belas minit ( 15 ) sebelum perlawanan bermula.
2.10 Sebarang gantian pemain adalah tidak dibenarkan setelah senarai tersebut
diserahkan kepada pengadil perlawanan.
2.11 Permainan di mulakan dengan undian secara “ Toss Coin “ ( lambung syiling ).
Pasukan yang menang undian akan memulakan permainan dan diikuti oleh pihak
lawan pada perlawanan berikutnya dan seterusnya secara timbal balik.
2.12 Didalam semua perlawanan, kiraan ‘Bust’ akan digunakan apabila jumlah
‘score’ melebihi dan menyemai jumlah bakinya tanpa ‘checkout’.
2.13 Semua pemain akan dimulakan secara Mula Terus ( straight start )
dan diakhiri dengan kiraan Angka Ganda Dua (Double To Finish).
2.14 Pemain dibenarkan bertanya kepada “chalker” jumlah score dan baki balingan
dart pertama dan kedua.
2.15 Sebarang salah perkiraan yang dilakukan oleh “chalker” hendaklah
diperbetulkan sebelum balingan selepasnya dibuat.
2.16 Pemain tidak dibenarkan melengahkan permainan atau membuat sesuatu yang
boleh mengganggu lawannya.
2.17 Kemenangan pasukan ditentukan dengan jumlah banyak set yang dimenangi.
Sekiranya kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan seri, permainan semula
secara Foursome akan diadakan untuk menentukan kemenangan dan undian
toss coin akan dibuat semula.
2.18 Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan mata permainan
seperti berikut :

i. Menang - 1 mata

ii. Kalah - 0 mata

2.19 Sebarang keputusan Pengadil dan Jawatankuasa Pertandingan adalah


muktamad.
2.20 Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang yang
ditetapkan oleh Malaysia Dart Federation.

3. Penukaran Pemain

3.1 Selepas undian dijalankan, pasukan yang ingin menukarkan pemain


boleh berbuat demikian secara bertulis oleh Pengurus sebelum
pertandingan bermula. Pasukan tidak lagi boleh menukar pemainnya selepas ini.
4. Tatatertib

4.1 Setiap pemain hendaklah sentiasa menjaga tatasusila semasa


pertandingan dijalankan. Mengambil makanan / minuman, merokok dan
mengeluarkan perkataan yang kurang sopan adalah dilarang semasa
pertandingan dijalankan. Pemain-pemain juga dilarang bermain dibawah
pengaruh arak dan alkohol.
4.2 Pemain dilarang berbincang dengan penyokong dan diminta tidak membuat
bising semasa pertandingan dijalankan.
4.3 Pemain dilarang keluar dari gelanggang semasa pertandingan sedang
berlangsung.
4.4 Sekiranya didapati pemain atau pasukan yang gagal mematuhi peraturan
& undang-undang ini, Penganjur Pertandingan berhak membatalkan
penyertaan pasukan yang terlibat.

5. Pakaian

5.1 Pakaian hendaklah sesuai dengan permainan dart. Jeans, seluar pendek, T-
Shirt Round Neck, Singlet & selipar tidak dibenarkan.
5.2 Penggunaan T-Shirt Collar, Track Botton dan berkasut adalah digalakkan.

6. Kelewatan, Penangguhan Dan Kemenangan Percuma

6.1 Tiada masa menunggu diperuntukan kepada semua pasukan.


6.2 Setiap pengurus pasukan bertanggungjawab untuk memastikan pasukan
masing-masing berada di venue mengikut masa yang telah ditetapkan.
6.3 Kegagalan pasukan untuk berada di gelanggang venue masing-masing
akan dianggap sebagai kalah ( walk-over ) dan kemenangan percuma akan
diberikan kepada pihak lawan.
6.4 Hanya pihak Jawatankuasa Penganjur sahaja yang berhak untuk
menangguhkan sesuatu perlawanan atas sebab-sebab yang difikirkan wajar.
6.5 Sekiranya pengadil perlawanan memutuskan untuk menangguhkan
sesuatu perlawanan, maka Jawatankuasa Pengelola akan menentukan tarikh
dan masa perlawanan tersebut.

7. Bantahan

7.1 Sebarang bantahan mestilah dibuat secara bertulis oleh Pengurus


Pasukan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjur dalam tempoh
30 minit selepas tamat perlawanan tersebut dan disertakan dengan cagaran
wang tunai sebanyak RM 300.00 ( Ringgit : Tiga Ratus Sahaja ).
7.2 Sekiranya bantahan tersebut diterima oleh Jawatankuasa Bantahan dan
rayuan diterima wang bantahan akan dikembalikan.
7.3 Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah seperti berikut :

i. Pengerusi Pertandingan

ii. Setiausaha Pertandingan

iii. Ahli Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal

iv. 2 orang ahli Jawatankuasa MALA.

7.4 Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad.

8. Pengadil

8.1 Pengadil Khas ( luar ) sahaja yang digunakan.

9. Perkara-Perkara Lain

9.1 Jawatankuasa Penganjur Pertandingan tidak akan bertanggungjawab


keatas sebarang kemalangan / kecederaan / kerugian harta benda pemain
sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
9.2 Jika terdapat sebarang masalah yang tidak dijelaskan dalam
peraturan-peraturan ini. Jawatankuasa pertandingan akan memutuskan dan
keputusan adalah muktamad.
9.3 Pihak penganjur berhak menambah atau membuat perubahan ke
atas peraturan-peraturan yang dianggap perlu demi melicinkan
perjalanan
pertandingan ini.
9.4 Pihak penganjur berhak meminda jadual dan tarikh pertandingan sekiranya
perlu dan notis pindaan akan diberitahu dari masa kesemasa.
BORANG PENYERTAAN DART
SUKAN KERAJAAN TEMPATAN (MALA)
MALAYSIA 2011

1. Nama PBT/Pasukan : ……………………………………………………………………………

Alamat : ……………………………………………………………………………

: ……………………………………………………………………………

: ……………………………………………………………………………

No.Tel/Fax : ……………………………………………………………………………

2. Nama Pengurus : ……………………………………………………………………………

No.Telefon (H/P) : ……………………………………………………………………………

3. Nama Peserta :

BIL. NAMA PESERTA NO.K/P NO.PEKERJA


1.
2.
3.
4.
5.
6.

DATUK BANDAR/YANG DIPERTUA/SETIAUSAHA PENGURUS

………………………………………… …………………………
Tandatangan & Cop Tandatangan
Tarikh : Tarikh :

• S I L A S E R TA K A N S A L I N A N KAD P E N G E N AL AN BA G I S E T I A P P ES E R TA

You might also like