Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KENYATAAN MEDIA:

AMARAN HUJAN BERTERUSAN, TINGKATKAN KEWASPADAAN

1. Pusat Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) cakna


dengan perkembangan cuaca sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan
Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

2. Menurut MET Malaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang


(Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota
Tinggi dan Johor Bahru) dalam tempoh Khamis, 19 Januari 2023
sehingga Sabtu, 21 Januari 2023. Dalam perkembangan lain, MET Malaysia
turut melaporkan ramalan cuaca yang mana hujan berterusan dijangka berlaku di
negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang (Kuantan) dalam tempoh
Jumaat, 20 Januari 2023 sehingga Ahad, 22 Januari 2023

3. Justeru, Khidmat Malaysia mengingatkan kepada seluruh penduduk di sekitar


daerah yang dilaporkan dalam ramalan MET Malaysia supaya meningkatkan
kewaspadaan dan keselamatan diri dan keluarga sepanjang tempoh yang
dijangkakan berlakunya hujan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

4. Dalam masa yang sama Khidmat Malaysia telah meletakkan jentera Khidmat
Malaysia di negeri-negeri terbabit dalam status berjaga-jaga bagi menangangi
situasi yang dijangkakan berlaku di kawasan terbabit seperti banjir dan
sebagainya.

Sekian. Wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAN, BERAMAL KERANA ALLAH”

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL


Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
Tarikh : 25 Jamadil Akhir 1444 / 18 Januari 2023

You might also like