Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KENYATAAN MEDIA

TAJUK :
PENURUNAN JUMLAH MANGSA BANJIR DI PPS: BGIB UCAP TAHNIAH DAN
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AGENSI DAN ANGGOTA TERLIBAT.

1. Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Pusat Pengurusan Kecemasan Dan Bencana
Malaysia (Khidmat Malaysia) ingin menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga
melihat kepada perkembangan terkini keadaan banjir yang melanda negeri-negeri
pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak semenjak Disember
tahun lalu sehingga lah beransur surut pada ketika ini. Fenomena angin kuat
monsun timur laut (MTL) dan hujan lebat berterusan yang melanda negera
menyebabkan banjir besar berlaku di sebahagian negeri Kelantan dan Terengganu
seterusnya melanda negeri Pahang dan Johor.

2. Bencana banjir yang berlarutan selama lebih sebulan pada kali ini telah memberi
kesan kepada 6 Buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah
dan Sarawak serta melibatkan keseluruhan mangsa berjumlah 36,317 orang
daripada 11,131 buah keluarga. Sepanjang tempoh bencana kali ini, mangsa-
mangsa telah ditempatkan di hampir 272 Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (PDRM) dengan dibantu oleh agensi-
agensi kerajaan yang lain seperti Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan sebagainya.
Bencana kali ini juga telah mencatatkan kematian seramai tiga orang akibat
lemas.

3. Penurunan jumlah mangsa kini di PPS merupakan suatu perkara yang positif
kepada kita semua. BGIB ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih
kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Jabatan Kebajikan
Masyarakat atas pengurusan PPS yang cemerlang dan mengambil kira segala
aspek kebajikan dan keperluan mangsa yang menghuni PPS di setiap negeri yang
terlibat. Sebagai NGO yang bergabung di bawah Rakan NADMA, Khidmat Malaysia
sempat menziarahi beberapa PPS di beberapa buah negeri untuk menghantar
bantuan dan di situ kami melihat sendiri betapa cekap dan efisiennya para
pegawai JKM dan agensi-agensi terlibat dalam menguruskan PPS di kawasan
tersebut.

4. Menyedari fenomena MTL yang masih belum berakhir, BGIB sentiasa berwaspada
dan memantau perkembangan cuaca dan kemungkinan-kemungkinan berlakunya
bencana sehingga tamat musim MTL. Justeru, Bilik Gerakan Khidmat Malaysia
Negeri-negeri terbabit akan terus dibuka bagi menghadapi segala risiko bencana
sehingga bulan Mac 2024 serta memudahkan urusan penyampaian informasi dan
melancarkan operasi sekiranya berlaku bencana.

5. Khidmat Malaysia akan terus memberikan informasi berkaitan bencana di seluruh


negara dan membantu menyelaraskan operasi selagi mana khidmat kami
diperlukan di setiap peringkat bertepatan dengan fungsi BGIB yang telah
digariskan.

Sekian. Wassalam.

MOHD ASHRUL HISYAM BIN ABDUL JALIL


Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat, Merangkap
Ketua Bilik Gerakan Info Bencana Khidmat Malaysia
Tarikh: 6 Rejab 1445H / 17 Januari 2024

You might also like