Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

Pada 1955, sebuah pilihan raya umum diadakan buat pertama kalinya. 52 kerusi
dipertandingkan, dengan parti yang memperoleh majoriti mendapat hak untuk melantik tujuh
anggota tambahan. Dalam pilihan raya tersebut, Parti Perikatan memenangi 51 kerusi,
manakala Parti Islam Se-Tanah Melayu menang satu kerusi.

Pilihan raya umum diadakan di Persekutuan Tanah Melayupada Rabu, 27 Julai 1955, satu-satunya
pilihan raya umum sebelum kemerdekaan pada 1957. Ia dianjurkan bagi memilih anggota Majlis
Perundangan Persekutuan, yang mana sebelum ini anggotanya dilantik sepenuhnya oleh Pesuruhjaya
Tinggi British. Proses pengundian berlaku di semua 52 kawasan persekutuan, bagi memilih seorang
anggota. Pilihan raya negeri pula meliputi 136 kawasan negeri di sebelas negeri dalam Persekutuan Tanah
Melayu dan Negeri-negeri Selat dari 10 Oktober 1954 hingga 12 November 1955, bagi memilih seorang
ahli majlis bagi majlis perundangan negeri.

Pilihan raya ini memberikan keputusan kemenangan besar buat Parti Perikatan, sebuah kerjasama
antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres
India Malaysia (MIC), dan kekalahan yang besar buat Parti Negara. Parti Islam Se-Tanah Melayu turut
berhasil menempatkan wakil dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan berjaya membentuk
kerajaan dengan pemimpinnya,Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.

Pilihan raya ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti
Perikatan pada tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya
perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

30 calon Perikatan memperoleh majoriti melebihi 10,000 undi. Sembilan daripadanya memperoleh majoriti
melebihi 20,000 undi. Empat puluh tiga lawan mereka hilang deposit.

Ancaman yang dilakukan oleh komunis


 Komunis tetap menjalankan aktiviti walaupun Undang-undang
Darurat dilaksanakan.
 Mencetuskan huru-hara di seluruh negara.
 Matlamatnya supaya penduduk hilang keyakinan terhadap British.
 Komunis Melumpuhkan Ekonomi. ...
 Komunis Merosakkan Infrastruktur. ...
 Komunis Mengancam Keselamatan Rakyat. ...
 Komunis Mengancam Pasukan Keselamatan.
Darurat Tanah Melayu, juga dikenali sebagai Perang Pembebasan Kebangsaan Anti-
British oleh pihak Komunis merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh
kerajaan British di Malaya dari 1948 sehingga 1978. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak
sivil (bukan semua hak-hak sivil), pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-
langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya
yang membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada
konflik yang berlaku di antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British
bermula dari penyerahan Jepun pada tahun 1945 sehingga perjanjian damai di antara pihak
PKM dan kerajaan Malaysia ditandatangani pada Disember 1989.

ndang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.


2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang
negeri.
3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersubahat dengan
komunis.
Pada masa darurat, kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah
dikerah untuk menghapuskan anasir-anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan
kelengkapan perang seperti meriam, kapal terbang dan kapal laut.
Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan anggota-anggota Special Branch
(SB) telah ditambahkan ke 70,000 orang. Home Guard juga telah diperkenalkan supaya lebih
ramai orang boleh menyumbangkan khidmat bantuan mereka dalam membanteras kegiatan
komunisme. Lebih kurang 200,000 anggota Home Guard berjaya direkrut. Bantuan ketenteraan
daripada Negara-negara Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis
Khas dan Perkhidmatan Negara juga berhasil diperolehi.
Perintah Berkurung telah diperkenalkan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti aktif
dengan aktiviti-aktiviti pengganasan komunis.
Konsep "Kawasan Putih" dan "Kawasan Hitam" juga diguna pakai untuk memudahkan Pihak
Pentadbiran Tentera British (BMA) melaksanakan kerja mereka dalam mengekang aktiviti-aktiviti
komunisme. Kawasan Putih bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis,
dan sebaliknya bila merujuk kepada Kawasan Hitam. Negeri Melaka merupakan negeri pertama
yang diisytiharkan sebagai Kawasan Putih di seluruh negeri Tanah Melayu.
Sekatan-sekatan jalan raya dan kawalan-kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di
kawasan-kawasan yang disyaki mempunyai pengaruh komunis.
Penggunaan Kad Pengenalan (IC) juga diwajibkan bagi memudahkan proses idenfifikasi diri.
Sesiapa yang didapati tidak mempunyai Kad Pengenalan diri boleh ditahan oleh anggota-
anggota pihak keselamatan. Kerajaan British mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti
membuat kad pengenalan diri sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun (ke atas).
Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) sebagai usaha untuk
menghapuskan aktiviti komunisme.
Di antara rancangannya adalah termasuk:

1. Penempatan semula orang Cina. Sebahagian besar daripada ahli PKM terdiri
daripada orang-orang Cina. Dan ramai orang-orang Cina tinggal di kawasan-
kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun. Dengan membuat penempatan
semula ke atas orang-orang Cina di Tanah Melayu, ini memudahkan lagi proses
pengawalan dan pengurusan ke atas elemen-elemen pengganasan komunisme.
2. Konsep penempatan semula yang diberi nama, "Kampung Baru" telah
diperkenalkan. Kampung-kampung ini telah dibina di kawasan-kawasan baru
yang dipilih khas untuk menempatkan orang-orang Cina.
Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan perumahan setinggan orang Cina
dianggap sebagai sumber utama bagi PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan.
Dengan wujudnya "Kampung-kampung Baru" yang dikawal ketat oleh Home Guards, peluang
bagi PKM dan juga agen-agen Min Yuen untuk menyalurkan maklumat dan barang-barang
keperluan kepada PKM dapat dikekang dengan efektif.
Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara
langsung untuk menghapuskan elemen-elemen komunis kurang berhasil sebagaimana yang
diharapkan pada awalnya. Ini disebabkan, pengganas-pengganas komunis tidak bertempur
secara berhadapan. Sebaliknya, mereka bertempur dan berperang menggunakan kaedah
"peperangan gerila" (guerrilla warfare).
Polis memeriksa seorang lelaki Cina bagi mengenalpasti samada tali barut komunis atau
tidak.
Pengisytiharan Darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah
darurat dilaksanakan, kira-kira 11,000 nyawa terkorban (termasuk 2,500 orang awam).

Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House
(Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri
Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura).
Pada Februari 1943, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu"
di London, United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah
Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan
Planning Unit (MPU) dan diketuai oleh Mejar-Jeneral Ralph Hone. Hone diberi tugas untuk
merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat. Akhirnya
selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan
penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau
Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Union (Kesatuan Malaya) diusulkan,
sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.
Rancangan Malayan Union (Kesatuan Malaya) mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah
jajahan yang berasingan disebabkan kebimbangan British bahawa penentangan orang
Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut.
Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor
perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga
bimbang bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan
ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.
Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan
tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu tujuan utama British
mengecualikan penyertaan Singapura ke dalam Kesatuan Malaya adalah disebabkan oleh
kepentingan ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura sebagai pelabuhan
utama dan pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak
British untuk mengekalkan Singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk
pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu
terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun
menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua
negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata
lain 'merdeka', maka pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa
rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri
naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk
memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura
berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah
Tanah Melayu ketika itu, iaitu Sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Kesatuan
Malaya.

31 Januari 1942 – Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera


Darat Ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
Tentera Jepun melancarkan serangan amfibi (amphibious assault) di pantai
utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju ke bawah ke pantai timur Tanah
Melayu.
Faktor Kedatangan Jepun di Negara Kita
 Serangan bermula pada Disember 1941di Tanah Melayu
 Serangan Sabah dan Sarawak pada 16 Disember 1941
 Kedatangan Jepun atas sebab ingin penuhi keperluan ekonomi dan kepentingan
strategic ketenteraan akibat sekatan ekonomi
 Jepun menggunakan propaganda berbentuk slogan
o Semangat Asia
o Asia untuk Orang Asia
 Propaganda menanamkan semangat anti-penjajah Barat
 Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia
Eksploitasi Sumber Bahan Mentah
 Jepun ingin eksploitasi sumber bahan mentah seperti bijih timah dan getah
 Kepentingan keperluan perindustrian dan operasi ketenteraan Jepun
 Sasaran Jepun di Sarawak untuk dapatkan sumber minyak
 Jepun di negara kita adalah sebahagian daripada rancangan Lingkungan
Sekemakmuran Asia Timur Raya untuk kukuhkan ekonomi Jepun
Kepentingan Strategik Ketenteraan
 Kedudukan Tanah Melayu yang strategik
 Pangkalan tentera laut British di Singapura
 Pangkalan tersebut penting untuk buka laluan penguasaan Jepun
 Penguasaan Pulau Borneo penting untuk menjayakan operasi penaklukan tentera
Jepun di Pulau Jawa

Serangan Jepun terhadap Negara Kita


 Pendaratan serentak di Pantai Sabak Kota Bharu dan Singgora dan Pattani di Thailand –
8 Disember 1941
 Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura ditawan pada 15
Februari 1942
 Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu dan mara ke selatan melalui jalan darat di
negeri pantai timur
 Kapal Refulse dan Prince Of Wales di gerakan untuk menyekat kemaraan Jepun
 Ditenggelamkan oleh Jepun di pengairan Kuantan
 Serangan Jepun melalui Pantai Timur
 Tentera Jepun mendarat di Thailand memasuki Kedah
 Berpecah kepada dua pasukan untuk mara ke selatan
 Satu pasukan ke Pulau Pinang – mara ke selatan melalui persisiran pantai
 Satu pasukan lagi melalui jalan darat menuju bandar utama negeri pantai barat
 Kemaraan tentera Jepun melalui pantai barat
 Serangan tentera Jepun ke atas Sarawak dan Sabah bermula pendaratan di Miri
 Sepasukannya Mara ke Sibu dan Kuching
 Sepasukan lagi mara ke Sabah melalui Labuan dan menduduki bandar utama Sabah
 Pendudukan Jepun di Sandakan melengkapkan kempen serangan Jepun di Sabah

You might also like