Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Teks emcee majlis perpisahan dan perpindahan..................

BISMILLAHIRRAHMNIRRAHIM.
Ucapan
Pembuka Yang Berusaha, YM Tengku Fariza binti Tengku Ibrahim, Pengetua SMK
Hosba
Yang dihormati, YDP PIBG______________________, Barisan Penolong
Kanan, Barisan Guru Kanan,
Yang diraikan, Ustaz Farizal bin Mohd Lazim.
Barisan guru, AJK PIBG dan staff sokongan yang dirahmati ALLAH
sekalian,

Assalamualaikum w.b.t.
*****************************************************************

Bersyukur kita kepada Ilahi, pada hari yang tenang penuh ceria ini, kita
bersama dalam Majlis ringkas sempena perpisahan dan perpindahan guru
kita iaitu Ustaz Farizal bin Mohd Lazim.

Jasamu dikenang,
Bacaan
Doa Budimu tak terbilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Ustaz Farizal bin Mohd Lazim sepanjang perkhidmatan di
SMK Hosba. Bagi memberkati majlis kita ini, marilah kita semua selaku
insan kerdil sifat dan upaya di sisi Allah s.w.t., kita himpunkan segala
harapan dan keinginan dengan bait-bait doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
Wan Mohd Hafiz.
Majlis dengan penuh ta’zimnya mempersilakan.

Amin amiiin ya rabbal alaminn..Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Wan


Mohd Hafiz atas pimpinan doa itu tadi.

*****************************************************************
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Ucapan
Alu-aluan Majlis ringkas yang kita adakan ini merupakan majlis sempena perpisahan

1
dan perpindahan Ustaz Farizal bin Mohd Lazim.

Dinihari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan,
Pengerusi Kelab Guru kita persilakan,
Menyampai bicara kata ucapan.

Dijemput dengan segala hormatnya Cikgu Hairun Anuar bin Husin, Pengerusi
Kelab Guru SMK Hosba untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan terima kasih kepada


Cikgu Hairun Anuar bin Husin , Pengerusi Kelab Guru SMK Hosba yang telah
sudi meyampaikan ucapan.
Seterusnya
Dijemput YDP PIBG _____________________________ untuk memberi
sepatah dua kata untuk Ustaz Farizal.
Dijemput dengan segala hormatnya Encik ___________________,

Terima kasih diucapkan.


****************************************************************
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Duhai pahlawan Kesatria pertiwi,
Hulurkan ucapan buat dirai.
Ucapan
Yang Dijemput dgn segala hormatnya, Yg Berusaha YM Tengku Fariza binti
Dirai Tengku Ibrahim, Pengetua SMK Hosba untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
*******UCAPAN PENGETUA*******
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YM Tengku
Fariza binti Tengku Ibrahim, Pengetua SMK Hosba atas kesudiaan
menyampaikan ucapan.
******************************************************************
Rindu bayangan hati gelisah
Jiwa merindu hati tak tenang
Hari esok kita berpisah
Jasa tuan tetap dikenang

2
Seterusnya inilah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Ustaz Farizal bin Mohd Lazim.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan bicara akhir yang
disampaikan itu tadi.

Bagi menghargai jasa beliau majlis menjemput sekali lagi Yang dihormati
Penyampa YDP PIBG ___________________ untuk mengiringi Yang Berusaha YM
ian Tengku Fariza binti Tengku Ibrahim untuk menyampaikan cenderamata.
Cenderam Dengan segala hormatnya di persilakan.
ata

Majlis merakamkan terimakasih kepada semua atas penyampaian tanda hati


itu tadi dan terima kasih kepada Ustaz Farizal atas kesudian menerima
tanda hati kenangan dari kami.

Ucapan Jasamu di kenang, budimu tak terbilang


khas
emcee Ustaz Farizal

Kami hanya manusia biasa


Kerap salah terkadang lupa
mungkin lidah kami menguris rasa
Mungkin gurau kami tersilap cara
Hanya satu kata yang dapat kami lafazkan
Maafkan kami atas segala kesalahan

Kami mendoakan semoga Ustaz akan sentiasa sihat sejahtera dan gembira
bertugas di tempat baru. Jika ada kelapangan jengok-jengoklah kami di
sini.

3
Tanam laguni tumbuh kelapa
Terbit bunga pohonnya mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati

Penutup Ustaz dan rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Majlis kita sampai di sini, sebelum kita bersurai untuk makan tengah hari,
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada warga kerja majlis yang ringkas ini. Terima kasih
juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan majlis ini

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum w.b.t

Di luar Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dirai Ustaz Farizal bin Mohd
majlis Lazim, Yang Berusaha Pengetua, Yang Dihormati YDP PIBG, barisan
pengurusan, AJK PIBG, Guru-guru dan Staff untuk menjamu selera.

Dipersilakan ______________________ untuk menyampaikan cenderamata dari pihak __________.


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan _________________ untuk menyampaikan cenderamata dari pihak ____________


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan ____________________ untuk menyampaikan cenderamata dari pihak ____________.


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan ______________________ untuk menyampaikan cenderamata dari pihak __________.


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan __________________ untuk menyampaikan cenderamata dari pihak _______________


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan ___________________ untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


______________
4
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan _________________ untuk menyampaikan cenderamata dari pihak _______________.


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Pengetua YM Tengku Fariza binti Tengku Ibrahim untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak sekolah
……………Terima Kasih.

You might also like