Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

UCAPAN PENGERUSI KELAB GURU

Terima kasih pengacara majlis


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Yang diraikan En Mohamad Indra bin Ismail


Yang Berusaha,Puan Pengetua,
Yang Dihormati Penolong-penolong Kanan,
Yang Dipertua PIBG, guru kanan, guru2, & pelajar yang dikasihi sekalian.

Terima kasih atas penghormatan ini untuk saya berucap sepatah dua kata dalam majlis
meraikan persaraan En Mohamad Indra, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Hosba.
Selama dua tahun saya mengenali beliau di SMK Hosba ini, saya berpendapat bahawa
beliau seorang guru yang sejati dan berjaya melaksanakan segala tugas keguruan beliau
dengan cemerlang.

Hari ini, 30 April 2024, setelah berkecimpung dalam dunia keguruan sejak tahun ______,
_____________ akhirnya memilih untuk bersara secara pilihan pada hari lahir ke______
beliau. Pengalaman _________________ cukup luas justeru telah berkhidmat di ______
buah sekolah sebelum bergelar guru di SMK Hosba sejak tahun ______________, iaitu
bersamaan ______ tahun lamanya. Sudah pasti bahawa sumbangan dan bakti beliau tidak
terhitung jumlahnya dalam konteks kemajuan dan perkembangan murid di sekolah yang
kita kasihi ini.

Saya percaya bahawa warga SMK Hosba akan berasa kehilangan seorang pendidik da
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang berdedikasi dan prihatin, lebih-lebih lagi pelajar
yang pernah menerima bimbingan ikhtisas beliau dan rakan sejawatan. Bagi mereka yang
tidak mengenali beliau mungkin kelihatan garang, tetapi penyayang orangnya.

Para tetamu, guru dan pelajar sekalian,

Majlis persaraan pegawai pendidikan merupakan sebahagian tatacara operasi piawai


atau S.O.P. di semua peringkat organisasi pendidikan, termasuklah sekolah. Tujuan utama
majlis ialah untuk menghargai segala jasa yang telah ditaburkan demi kepentingan
perkhidmatan dan kemajuan organisasi tempat seseorang pegawai itu bertugas.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. En Mohamad Indra sudah tentu
meninggalkan kenangan indah yang terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Di SMK Hosba
ini BELIAU membimbing pelajar sepenuh jiwa dan raga. Di sini juga, En Mohamad Indra
telah bertungkus-lumus bagi memastikan tahap disiplin, pencapaian dan kemenjadian
pelajar cemerlang saban tahunn yang diamanahkan dengan jayanya.

Bagi pihak rakan-rakan guru dan staff, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas segala bakti, pengorbanan dan susah payah yang En Mohamad Indra lalui
semata-mata untuk menyumbang terhadap pendidikan generasi muda Malaysia sebagai
modal insan terbilang.

Dengan izin, saya bacakan serangkap pantun yang ditujukan khas kepada En Mohamad
Indra

Pisang emas pisang berangan


Selang seli si pohon ara
Bersara tuan terasa kehilangan
Doa kami tuan sejahtera

Selamat bersara En Mohamad Indra Bin Ismail

Sekian ucapan saya. Terima kasih.

You might also like