Minit Mesyuarat Agung 69 2024 Untuk Mesy AJK 1 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG

PERKUMPULAN PEREMPUAN DAERAH KULIM KALI KE- 69 TAHUN 2024

Bil Cawangan Nama Ahli

Taman Sejahtera 1. Santalia bt Taib


2. Jumiate bt Munawar
3. Bijan bt Mohd Maidin
4. Che Leha bt Embee
5. Nazarah bt Abdullah
6. Siti Zauyah bt Baharum
7. Zaleha bt Hatta
8. Nuraihan bt Hj Yusof
9. Norhamida bt Mohd
10.Rohani bt Darus

Kg.Tok Rasul 1. Datin Noor Fazilah bt Harun


2. Hayati bt Ismail
3. Foziah bt Md Idris
4. Asma bt Samsudin
5. Arpah bt Che Rus
6. Siti Rohani bt Ishak
7. Ruschita bt Mustafa
8. Fatimah bt Din

Taman Bendi Taman Sawi 1. Rufiah bt Aman


2. Siti Mariyam bt Don
3. Rakiah bt Ahmad
4. Siti Eshah bt Kanan
5. Ismahnur Aida bt Ismail
6. Jalilah bt Md Noh
7. Saripah bt Ishak
8. Rahizan bt Zakaria
9. Sulizawati bt Sebu
10. Siti Badlishah bt Mohd Isa
11. Rosilawati bt Adam

Taman Maktab Taman 1. Nooryati bt Kamarudin


Seluang 2. Zuraini bt Kamarudin
3. Che Hasnah bt Othman
4. Rusnizan bt Mohd Yusoff
5. Poziah bt Baharom
6. Inang Noor Liana bt Ibrahim
7. Raziah bt Shamsudin
8. Mazlah bt Awang
9. Norlizawati bt Mohd Zainun
10. Rosmawati bt Ab Majid

1
SENARAI KEHADIRAN MENGIKUT CAWANGAN KE MESYUARAT AGUNG
PPDK KALI KE 67

BIL NAMA CAWANGAN PERWAKILAN PEMERHATI ASUH JUMLAH


1 Taman Maktab Taman 10 0 0 10
Seluang
2 Taman Sejahtera 10 0 0 10

3 Kg.Tok Rasul 8 0 0 8

4 Taman Bendi Taman 11 0 0 11


Sawi
Jumlah Besar
39 0 0 39

2
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG
PERKUMPULAN PEREMPUAN DAERAH KULIM KALI KE 69 TAHUN 2024

Tarikh : 12 Feb 2024 ( Isnin )


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Rumah Makanan Paklong, Taman Cekur Manis
Jumlah Kehadiran : 39

Majlis di mulai dengan nyanyian koir Lagu WI beramai-ramai

Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Puan Siti Mariyam bt Don

1. Ucapan Aluan Y.Bhg.Datin Hajjah Noor Fazilah bt Harun – Pengerusi


Perkumpulan Perempuan Daerah Kulim

Pengerusi mengucapkan salam kepada hadirin yang di hormati sekalian dan bersyukur
kepada Allah s.w.t atas kehadiran semua ahli yang hadir. Pengerusi memaklumkan
beberapa hari sebelum, kedai ini telah mengalami kebakaran kecil dan Alhamdulillah,
dengan izin Allah s.w.t dapat juga kita semua meneruskan Mesyuarat Agung Kali Ke 69.

Datin Pengerusi seterusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajjah Siti
Rohani bt Othman kerana sudi menerima jemputan serta melawat Perkumpulan
Perempuan Daerah Kulim dan merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke 69. Datin Pengerusi
juga berharap Puan Siti Rohani dapat berkongsi pengalaman beliau dalam WI khas untuk
ahli-ahli baharu.

Datin Pengerusi seterusnya mengucapkan tahniah kepada PPC Taman Maktab Taman
Seluang di atas kemasukkan ramai ahli baharu. Beliau juga berharap dapat menubuhkan
cawangan baharu iaitu cawangan ke 5.

Datin Pengerusi mengucapakan tahniah kepada Perkumpulan Perempuan Daerah Kulim


kerana telah menjadi daerah yang teraktif di Negeri Kedah. PPDK juga telah diberi
kepercayaan serta tanggungjawab bagi menjayakan Hari Sukan WI Peringkat Negeri
Kedah serta telah menjadi tuan rumah.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Datin Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih
pada Puan Rosnah Mokhtar, tuan kedai ini yang membenarkan mesyuarat dijalankan di
kedai beliau. Datin Pengerusi juga memohon sumbangan kilat untuk Puan Zuraini Binti
Kamarudin yang telah ditimpa musibah rumahnya terbakar di Johor.

Akhir qalam Datin Pengerusi memohon maaf diatas segala kekurangan dalam majlis
maupun dalam ucapan beliau.

3
2. Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg Puan Hajah Siti Rohani bt Othman-Pengerusi
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Kedah

Beliau memberi salam dan mengucapkan terima kasih menjemput beliau datang ke Kulim. Beliau
berbesar hati di atas kedatangan bersama Puan Zakiah bt Ibrahim Setiausaha WI Negeri Kedah.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Datin Pengerusi WI Daerah Kulim, Naib Pengerusi 1,
Naib Pengerusi 2, Ajk-Ajk Daerah serta ahli-ahli yang hadir pada hari ini, Alhmdulillah dengan
kesibukkan urusan harian, Beliau dapat juga menghadirkaan diri ke Mesyuarat Agung WI Daerah
Kulim Kali Ke 69.

Beliau memaklumkan bilangan cawangan semakin merosot, bukan sahaja di Daerah Kulim, malah
di Daerah Kota Setar juga.Tetapi kehadiran ke Mesyuarat Agung tetap memberangsangkan. Beliau
juga menasihati agar Juruaudit Kewangan tidak boleh daripada kalangan ahli keluarga, haruslah
daripada orang luar. Begitu juga 4 jawatan utama, juga tidak boleh dikalangan ahli keluarga juga
bagi mengelakkan “conflict of interest”.

Puan Siti Rohani juga mencadangkan ahli-ahli WI boleh menjadi ahli mana-mana Persatuan yang
lain sebagai sokongan kepada Persatuan tersebut tetapi tidak memegang jawatan. Kerana menjadi
tanggungjawab kita menjalankan tugas sebagai AJK, serkiranya terlalu banyak jawatan dalam
Persatuan boleh menjadi masalah kelak. Jawatankuasa ini adalah amanah, jangan sekadar pegang
jawatan tetapi tidak menjalankan amanah dengan baik.

Puan Siti Rohani juga mengarahkan Naib Pengerusi 1 Hajjah Nooryati untuk membuat salinan
buku perlembagaan untuk diberi kepada setiap cawangan dan juga daerah. Beliau juga menegur
tentang uniform ahli-ahli semua. Beliau menyarankan setiap ahli memakai pakaian seragam WI
pada setiap majlis yang dianjurkan WI beserta tanda nama dan juga lencana. Pakaian seragam juga
tidaklah terlalu meriah, cukup sekadar ringkas, baju kurung biru kosong beserta tudung putih.

Beliau menerangkan ahli baru boleh memberi cadangan serta menyokong minit mesyuarat dan
juga laporan-laporan yang akan dibentang kelak dengan syarat mestilah membaca minit mesyuarat
yang lalu. AJK tidak boleh menyokong dan mencadang dalam pembentangan mesyuarat. Setiap
pengesahan minit mesyuarat harus disahkan oleh ahli biasa. Di dalam Perlembagaan, setiap
perkara haruslah melalui Pengerusi dan Naib Pengerusi 1&2, dan haruslah ada kata sepakat dalam
setiap perbincangan.

Beliau memaklumkan juga bahawa Sultanah Kedah, Sultanah Maliha menitahkaan untuk WI
menubuhkan 5 Daerah lagi memandangkan Negeri Kedah mempunyai 12 Daerah keseluruhannya.
Beliau juga berharap agar kita semua sama-sama dapat mencari ahli-ahli yang baru lagi bagi
menambah 10 Cawangan bagi setiap Daerah yang telah ada. Sebelum menutup ucapan, beliau
mencadangkan untuk diadakan program bagi ahli seumur hidup agar dapat sertai aktiviti daripada
menjadi ahli sahaja.

Ahkir kata beliau memohon maaf jika ada tersalah cakap dan mendoakan kejayaan WI Daerah
Kulim. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim beliau merasmikan Mesyuarat Agung WI Daerah
Kulim Kali ke 69. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada WI Daerah Kulim.

4
Penerima Cenderahati

Cenderahati

Puan Hajjah Siti Rohani bt Othman


Puan Siti Mariyam bt Don – Pembaca doa
Datin Noor Fazilah Bt Harun – terima sumbangan daripada WI Negeri Kedah

Sumbangan Insentif

Pen. Setiausaha – Cik Inang Noor Liana Bt Ibrahim


(Turut menerima sumbangan bantuan Rumah terbakar)

5
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 69
PERKUMPULAN PEREMPUAN DAERAH KULIM

Tarikh : 12 Feb 2024


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Rumah Makanan Paklong, Taman Cekur Manis
Kehadiran : 39
Pengerusi Mesyuarat : Y.Bhg. Datin Hajjah Noor Fazilah bt Harun

1. Ucapan Aluan Pengerusi

Pengerusi memberi salam dan memanggil nama-nama perwakilan dan seterusmya


memulakan mesyuarat.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 68

Setiausaha membentang Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 68 dari muka surat 9 hingga
10
Puan Zaleha Bt Embi (PPC Taman Sejahtera) mencadangkan minit disahkan dan
disokong oleh Puan Jalilahbt Md Noh (PPC Taman Bendi Taman Sawi ) dan diterima
majlis sebulat suara

3. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PPDK Bagi Tahun 2021

1. Setiausaha membentang Laporan Tahunan Perkumpulan Perempuan Daerah Kulim


bagi tahun 2023 dari muka surat 14 hingga 19

2. Puan Asma bt Samsudin (PPC Kg Tok Rasul ) mencadangkan laporan tahunan PPDK
bagi tahun 2023 di terima.

4. Membentang dan Menerima Laporan Kewangan berakhir pada 31 Disember


2023

1. Bendahari membentang laporan kewangan di muka surat 37 dengan pembetulan dan


meminta meneliti laporan kewangan dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan.

Perbelanjaan : RM 4,390.70
Baki : RM 1,258.50
Baki di bank : RM 7,862.80

2. Puan Siti Badlishah Bt Mohd Isa (PPC Taman Bendi Taman Sawi) mencadangkan
penyata kewangan diterima dan disokong oleh Puan Rakiah Bt Ahmad (PPC Taman
Bendi Taman Sawi )

6
5. Membahaskan usul

Pengerusi memaklumkan beliau menerima satu usul berkenaan pengaktifan semula


akaun Bank Islam Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Daerah Kulim. Semua ahli
sebulat suara bersetuju untuk akaun bank dikemaskini penandatangan akaun dan
mengaktifkan akaun 02057020010233. Mandat pengeluaran wang daripada akaun, 2
orang daripada 3 orang yang diberi mandat. Ahli juga bersetuju memberi mandat
pengeluaran kepada
I. Pengerusi
II. Bendahari
III. Setiausaha

6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PPDK tahun 2022 hingga 2024

Datin Pengerusi memaklumkan pembubaran kesemua Ahli Jawatankuasa bagi tahun


2022 hingga 2024 dengan serta-merta. Datin Pengerusi memaklumkan hadirin pada
tahun 2024 tiada undi pencalonan kerana semua cawangan mencalonkan calon yang
sama dan semua pencalonan menang tanpa bertanding. Cuma hanya jawatan
Setiausaha
sahaja, semua cawangan sebulat suara melantik Puan Ismahnur Aida Bt Ismail. Maka
dengan itu Datin Pengerusi mengumumkan barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu
untuk sesi tahun 2024 hingga 2026 dan semua ahli bersetuju sebulat suara

AHLI JAWATANKUASA TAHUN 2024 HINGGA 2026

PENGERUSI DATIN HAJAH NOOR FAZILAH BINTI HARUN 550422-08-6278


N.PENGERUSI 1 HAJAH NOORYATI BINTI KAMARUDIN 600327-02-5672
N. PENGERUSI 2 PUAN JUMIATE BINTI MUNAWAR 520210-71-5100
SETIAUSAHA PUAN ISMAHNUR AIDA BT ISMAIL 870428-56-5336
BENDAHARI PUAN CHE PODIAH BINTI BAHAROM 630414-02-6048
AHLI JAWATANKUASA PUAN BIJAN BINTI MOHD MAIDIN 481211-07-5214
PUAN ZURAINI BINTI KAMARUDIN 581112-02-5666
PUAN CHE HASNAH BINTI OTHMAN 501115-02-5458
PUAN FAIROS BINTI MUSA 640307-08-6298
PUAN SITI MARIYAM BINTI DON 680518-02-5264
PUAN SITI ESHAH BINTI KANAN 650224-07-5314
PUAN RUFIAH BINTI AMAN 631103-01-6170
PUAN SANTALIA BINTI TAIB BKM, PJK
PUAN SURAYA BINTI BAHARUDIN 660331-08-6034

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 PPC Taman Sejahtera


Puan Nazarah mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat
serta akan menyokong semua aktiviti WI yang akan datang.

7.2 PPC Kg Tok Rasul


Puan Asma bt Samsudin mengucapkan tahniah kepada semua kerana dapat
menjayakan Mesyuarat Agung hari ini.

7
7.3 PPC Taman Bendi Taman Sawi
Puan Siti Mariyam Bt Don mengucapkan terima kasih kepada WI Daerah Kulim
kerana beliau berasa bertuah dapat menyertai WI. Banyak aktiviti yang dijalankan
dapat beliau sertai serta budi baik yang diberikan kepada beliau sewaktu menguruskan
jenazah suami, kawan-kawan daripada WI banyak memberi pertolongan. Beliau juga
mengajak semua ahli-ahli untuk hadir Kelas mengaji yang dianjurkan oleh PPC TBTS.

7.4 PPC Taman Maktab Taman Seluang


Puan Radziah Bt Kamarudin menyatakan beliau menyertai WI kerana ingin berkawan
serta ingin menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh WI. Beliau juga ingin
mengetahui apakah pengisian yang WI lakukan.

7.5 Che Hasnah Bt Othman – AJK Daerah


Beliau menjawab pertanyaan yang telah diutarakan oleh Puan Radziah daripada PPC
TMTS, aktiviti WI ada pelbagai mengikut biro-biro yang telah ditubuhkan. Antaranya
a) Biro Sukan dan Kebudayaan
b) Biro Agama dan Kebajikan
c) Biro Kesihatan
d) Biro Penddidikan dan Kemasyarakatan
e) Biro Ekonomi, Menjana Pendapatan dan Lawatan.

7.6 Hajjah Santalia Bt Taib (BKM, PJK) -AJK Daerah


Mengucapkan terima kasih kepada wakil Negeri kerana sudi hadir ke Mesyuarat
Agung WI Daerah Kulim serta terima kasih juga kepada ahli-ahli WI Daerah kulim
kerana turut hadir hari ini. Beliau memohon agar ahli baru untuk hafal dan faham lirik
lagu rasmi WI.

7.7 Puan Jumiate bt Munawwar – Naib Pengerusi 2


Mengucapkan tahniah buat Pengerusi dan Setiausaha WI Negeri Kedah kerana sudi
hadir ke Mesyuarat Agung WI Daerah Kulim. Sebagai ahli lama dalam WI, beliau
menzahirkan rasa gembira kerana dapat melihat ahli-ahli baru yang sudi menyertai
WI. Beliau juga sangat bersyukur kerana ramai kawan-kawan di dalam WI banyak
membantu jika ada kesulitan yang terjadi.

7.8 Hajjah Nooryati bt Kamarudin – Naib Pengerusi 1


Memaklumkan tanda nama RM 12 sudah boleh ditempah beserta bayaran. Beliau
mengucap terima kasih kepada Pengerusi dan Setiausaha WI Negeri Kedah kerana
sudi hadir ke Mesyuarat Agung WI Daerah Kulim. Beliau juga mengucapkan tahniah
kepada seluruh AJK yang baru dilantik 2024-2026. Beliau juga mengajak untuk kita
bersama-sama mencari ahli-ahli baru yang berkaliber untuk masa akan datang.

7.9 Datin Hajjah Noor Fazilah bt Harun - Pengerusi

Ybhg.Datin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK atas usaha dan komited
dalam menjalankan tugas yang diberikan untuk menjayakan Mesyuarat Agung WI
Daerah Kulim Kali Ke 69. Beliau menzahirkan rasa bahagia dan terharu dapat
berbincang dalam menjayakan aktiviti WI. Datin Pengerusi juga mengucapkan terima
kasih kepada Pengerusi dan Setiausaha WI Negeri diatas teguran dan nasihat yang
telah diberikan. Beliau juga berterima kadih kepa Puan Rosmawati di atas pertolongan
yang diberikan terutamanya berkaitan sukan. Datin Pengerusi juga berkongsi aktiviti

8
akan datang iaitu Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan yang akan diadakan
di Surau Al-Munawwarah, Taman Sawi.

Dicatat oleh : Puan Ismahnur Aida Bt Ismail


Cik Inang Noor Liana bt Ibrahim
Puan Rahizan bt Zakaria

Disediakan oleh : Puan Ismahnur Aida Bt Ismail


Disemak oleh : Hajjah Nooryati Bt Kamarudin
Disahkan oleh : Datin Hajjah Noor Fazilah Bt Harun

You might also like