Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

5/18/24, 9:58 AM Prinsip dan Elemen Seni | my-Cikgu

Penafian Hubungi saya Facebook Google+ RSS Feeds Search... GO

HOME GURU BLOG AUDIO VIDEO FOTOGRAFI KOMPUTER PENYELIDIKAN

Home » Prinsip dan Elemen Seni


Dapatkan update post terkini melalui emel:

Prinsip dan Elemen Seni


Sahkan emel saya

Delivered by FeedBurner

PRINSIP SENI EBOOK PERCUMA

Harmoni
Harmoni boleh dianggap sebagai faktor kepada pertalian yang teratur – berkaitan dengan
bahagian-bahagian di dalam gambar. Pengulangan elemen seperti warna, jalinan, nilai dan
sebagainya memberi penyesuaian kepada pertentangan yang wujud. Irama yang stabil wujud
Resized JPEG graphic
apabila unit-unit visual yang teratur diulang-ulang. Harmoni adalah kandungan kesatuan.

Pengulangan

Pengulangan bermaksud perkara tertentu yang diulang-ulang. Pengulangan tidak semestinya


memerlukan aspek yang sama tatapi boleh juga yang seiras atau hampir sama. Konsep pada
corak boleh dianggap sebagai pengulangan. Pengulangan yang biasa pada corak boleh digunakan
untuk mencipta harmoni dan irama.Konsep motif hampir berkaitan dengan corak. Perbezaannya
apabila satu unit dasar atau corak yang asli diberi pengulangan, ia dirujuk sebagai satu motif.
Pengulangan dirujuk kepada kemampuannya menghasilkan irama.

https://my-cikgu.blogspot.com/p/prinsip-dan-elemen-seni.html 1/7
5/18/24, 9:58 AM Prinsip dan Elemen Seni | my-Cikgu

Kepelbagaian
Kepelbagaian adalah mengimbangi harmoni. Sedang artis menghasilkan penyatuan kepada
harmoni. Dengan kepelbagaian pula artis mencapai aspek individuliti dan minat. Minat merujuk
kepada kemampuan membangkitkan perasaan ingin tahu dan mengekalkan perhatian pemerhati.
Hal yang membangkitkan minat kepada visual adalah hasil penambahan kepelbagaian kepada
komponen bergambar. Kepelbagaian diperolehi dengan penggunaan kontras dan perincian.

Kontras

Kontras berlaku apabila elemen diulang2 dengan cara menjadikan ia nampak tiada kaitan;
beberapa garisan lebar di dalam kawasan yang sempit. Perincian adalah cara lain kepelbagaian
atau ketidaksamaan diwujudkan ke bahagian yang ketiadaan menarik di dalam visual. Ia boleh POPULAR POSTS
dianggap sebagai penambahan detail atau hiasan di sesuatu bahagian.
Kuasi-Eksperimen
Mahu jalankan kajian kuasi-eksperimen. Semasa buat
Master dulu, kaedah inilah yang digunakan. Menarik dan
Imbangan mantop. Apapun, korang kena dala...
Di dalam seni kita berhadapan dengan imbangan bagi perkara yang berkaitan dengan tarikan
graviti. Kebanyakan karya seni dipandang di dalam orientasi menegak iaitu berhubung dengan Rekabentuk Pengajaran
pandangan atas, tepi dan bawah. Imbangan bagi kandungan visual diperolehi secara 3.1 Pengenalan kepada Reka Bentuk Pengajaran (RP)
3.2 Model-model reka bentuk pengajaran 3.3...
menyeimbangkan tarikan ke bawah graviti komponen tersebut. Contohnya, bola yang yang
diletakkan di bahagian atas kawasan gambar menghasilkan keadaan tegang, memberi aggapan Media Pengajaran
bahawa graviti akan menyebabkan bola itu jatuh. Bola yang diletakkan di bawah atau di atas Hasil Pembelajaran : Dengan mengikuti modul ini anda
garis dasar menghasilkan keadaan tenang, Tiada tindakan berlaku oleh graviti. akan dapat: a) Menjelaskan konsep ...

Prinsip Asas Grafik


Artis menyeimbangkan keadaan mendatar, menegak dan jejarian dalam semua arah dan posisi.
1. Prinsip 2. Elemen Grafik 3. Reka bentuk visual
Berbagai faktor seperti posisi, saiz, kadar, sifat, dan arah yang digabungkan dalam elemen, 4. Penghurufan Prinsip pen...
menghasilkan imbangan di dalam karya seni. Sekiranya dua rupa yang sama diletakkan
bersebelahan di bahagian kiri gambar, karya itu akan kelihatan tidak seimbang pada bahagian Bahan Audio Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
kanan. TAJUK 8 : BAHAN AUDIO DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN 6.1 Penggunaan peralatan audio ...

Model Gaya Pembelajaran VAK


Kadarbanding

https://my-cikgu.blogspot.com/p/prinsip-dan-elemen-seni.html 2/7
5/18/24, 9:58 AM Prinsip dan Elemen Seni | my-Cikgu

Kadarbanding adalah berkenaan nisbah bahagian-bahagian tubuh individu atau objek. Di dalam Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu gaya
pembelajaran Visual , Auditori dan Kinestetik. Gaya
karya seni visual, perhubungan bahagian-bahagian tubuh manusia adalah sukar untuk di ukur
Pembelajaran Visual Mur...
dengan tepat kerana kadarbanding adalah penilaian peribadi. Bahagian-bahagian dalam
kadarbanding ini dianggap berkaitan mengenai keseluruhan dan apabila digabungkan bahagian-
bahagian tersebut menghasilkan harmoni dan imbangan.Dengan meletakkan tubuh lelaki di
dalam rajah bulatan dan segi empat sama, Leonardo Da Vinci menyiasat tentang perhubungan
kadarbanding bagi kepala, badan, tangan dan kaki.

Dominan
Sebarang karya seni visual yang menarik mesti mempamerkan kelainan yang menekankan
kepada darjah kepentingan bagi berbagai-bagai bahagian. Kelainan ini dihasilkan daripada
pertimbangan perantaraan dan kandungan. Biasanya, seniman menggunakan aspek kontra untuk
menarik perhatian bagi sesuatu bahagian yang bermakna. Ini membuatkannya dominan.Seniman
atau artis harus melihat bahawa setiap bahagian mempunyai darjah kepentingan yang
diperlukan. Seniman harus menggabungkan bahagian-bahagian ini dengan darjah kepentingan
yang berbagai. Seterusnya kepada pergerakan berirama dan imbangan karya seni. Seniman
menggunakan kaedah yang berbeza untuk memperolehi dominan.Figura manusia menjadi fokus
tumpuan atau unit-unit yang penting pada karya di atas kerana saiz, warna dan aktiviti mereka.

Pergerakan
Tatkala memerhatikan karya seni visual, kita seperti membuat satu pengembaraan. Seniman
adalah pengarah yang membuatkan mata pemerhati begerak dengan selesa dan menmperolehi
maklumat. Garisan dan rupabentuk (kebiasaannya yang panjang) dan rupabentuk berkontour
kebiasaanya memberi penegasan ke arah yang sama.Arca kinetik atau bergerak wujud tetapi
kebanyakan arca dan permukaan gambar adalah statik.
Bulatan yang seakan berbuai dan seperti melambung menjana pergerakan persis pendulum. ‌Promoted‌‌by‌‌AxiTrader‌‌Ltd.‌‌CFDs‌‌carry‌‌a‌‌high‌‌risk‌‌of‌‌
i t tl N t il bl t AU NZ EU & UK id t

ELEMEN SENI

Garisan
Garisan merupakan sebarang tanda di atas permukaan yang membentuk rupa atau ‘outline’.

https://my-cikgu.blogspot.com/p/prinsip-dan-elemen-seni.html 3/7
5/18/24, 9:58 AM Prinsip dan Elemen Seni | my-Cikgu

Ianya boleh membentuk jalinan/texture dan mempunyai nilai tebal atau halus. Jenis-jenis
garisan termasuk actual, implied, vertical, horizontal, diagonal dan contour lines. Tebal dan
halus sesuatu garisan biasanya boleh mempengaruhi lukisan kita samada dari segi ruang (jauh
dan dekat), saiz, titik tumpuan (focal point) dan lain-lain.

Texture/jalinan
Pemahaman terhadap texture penting kerana setiap objek mempunyai nilai texturenya yang
tersendiri samada halus atau kasar. Texture ni boleh dikatakan sebagai kualiti sesuatu
permukaan samada dari segi tactile(boleh dirasa dengan deria) atau visual (hanya boleh dinilai
melalui penglihatan).

Warna
Nama lain bagi warna dalam istilah seni ialah hue dan ia mempunyai
tiga ciri utama iaitu, chroma, intensity dan value. Dalam catan atau apa-apa lukisan berwarna,
kefahaman teori warna dan kepandaian menyesuaikan keadaan dalam menggunakan warna
adalah yang paling penting untuk mewujudkan mood agar lukisan kelihatan natural dan hidup.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu memahami berkenaan dengan color temperature/suhu.

Shape/rupa
Shape ialah garisan 2 dimensi tanpa bentuk dan ketebalan. Ia bersifat flat/rata dan boleh
dikategorikan kepada geometric dan organic. Biasanya pelajar selalu keliru antara shape dan
form.

Form/bentuk
Form ialah objek 3 dimensi yang mempunyai ruang/volume dan ketebalan. Ia ialah ilusi
terhadap efek 3D dan diimplikasikan berbantukan cahaya dan teknik bayangan.

Value/nilai
Nilai merupakan istilah yang digunakan dalam mengukur terang gelap dalam sesuatu
rekabentuk. Ianya merupakan kontras antara hitam dan putih dan semua ton yang berada di
antaranya. Nilai boleh diaplikasikan pada warna dan juga pada warna hitam dan putih.
Perbezaan yang jelas/ketara antara sesuatu nilai pula dikatakan sebagai kontras.

Saiz
Merujuk kepada variasi dalam kadarbanding antara objek, garisan atau rupa. Sesetengah bahan

https://my-cikgu.blogspot.com/p/prinsip-dan-elemen-seni.html 4/7
5/18/24, 9:58 AM Prinsip dan Elemen Seni | my-Cikgu

rujukan juga menyenaraikan kadarbanding/proportion/scale juga salah satu dari elemen dalam
seni.

5 comments:

Unknown November 13, 2013 at 12:23 AM

bagus cikgu :) terima kasih kongsi maklumat. untuk pengetahuan saya baru je masuk USM jurusan
Grafik Komunikasi. saya kena buat assignment tentang Prinisip dan Elemen Seni bagi menghasilkan
satu lukisan. dengan ada nya maklumat cikgu ini saya dengan mudah dapat memahami kehendak
pensyarah saya. sebas saya dah lupa hehe

Reply

Unknown June 28, 2014 at 3:42 PM

This comment has been removed by the author.

Reply

Unknown September 7, 2020 at 3:15 PM

Mantap caji

Reply

Unknown December 8, 2020 at 2:37 PM

maklumat yang sangat manfaat dan berguna

https://my-cikgu.blogspot.com/p/prinsip-dan-elemen-seni.html 5/7
5/18/24, 9:58 AM Prinsip dan Elemen Seni | my-Cikgu

Reply

KelonAlliun29 November 11, 2021 at 12:05 PM

Terima kasih banyak2

Reply

Enter Comment

Home

https://my-cikgu.blogspot.com/p/prinsip-dan-elemen-seni.html 6/7
5/18/24, 9:58 AM Prinsip dan Elemen Seni | my-Cikgu

PAUTAN STRATEGIK FOLLOWERS TOTAL PAGEVIEWS

Followers (8)
IPG Ipoh
Cikgu Zaki
1 8 6 5 8 7

Follow

Copyright © 2014 my-Cikgu. All Rights Reserved. New Johny Wuss Template by CB Blogger - Original Theme by Mastemplate
Intgerasi ICT | teknologi maklumat dan komunikasi | Media | Kaedah | Fotografi | Video | Templat | Blog

https://my-cikgu.blogspot.com/p/prinsip-dan-elemen-seni.html 7/7

You might also like