Minit Curai Bengkel Peningkatan Profesionalisme Penyelaras Kajian Tindakan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BORANG MINIT CURAI

(Taklimat / Mesyuarat)

PERKARA Bengkel Peningkatan Profesionalisme TARIKH 23 April 2024


Penyelaras Kajian Tindakan Sekolah-
Sekolah Rendah Daerah Segamat –
Kateogori Sekolah Kebangsaan (SK)

RUJ. FAIL PPDSGMT.PB.700-4/1/4 (26) MASA 2:30 – 4:30 petang


TEMPAT Bilik Seminar Al-Farabbi, PPD Segamat ANJURAN PPD Segamat
KEHADIRAN :
1. Puan Ahzan Noraini binti Ahmad, Pegawai SICT+ TVET

BIL PERKARA / ISU TINDAKAN /


MAKLUMAN
1.  Tema Kajian Tindakan Tahun 2024: Budaya Semua Guru
Penyelidikan Pendidikan dalam Memperkasa
Persekitaran Digital.
 Proposal Kajian Tindakan perlu dihantar kepada PPD
sebelum atau pada 24 Jun 2024.
 Guru-guru yang dipilih oleh Pegawai PPD dan
Jurulatih Utama akan dibimbing untuk menghasilkan
Laporan Kajian Tindakan format EPRD.
2.  Semua guru perlu membuat kajian Tindakan
menggunakan format terkini yang telah diberikan
oleh JPN Negeri Johor.
 Sebelum menghantar laporan kajian kepada
penyelaras, guru-guru perlu padam panduan yang
dinyatakan dalam template laporan kajian
Tindakan. Panduan hanya berfungsi sebagai
rujukan kepada guru-guru semasa membuat
laporan kajian tindakann.
 Tajuk kajian mestilah ditentukan dengan
mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji. Tajuk
kajian hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju,
tindakan dan sasaran kajian. Rujuk panduan
penulisan tajuk pada template laporan.
 Terdapat 6 Kitaran dalam format kajian tindakan
terbaru iaitu
i. Pemerhatian
- Panduan ayat telah diberikan dalam
templat laporan
- Guru-guru boleh mengubahsuai ayat
yang diberikan bersesuaian dengan
kajian
- Contoh data yang digunakan bagi
menulis pemerhatian ialah markah
ujian/pemerhatian/soal jawab/semakan
latihan murid.
ii. Refleksi
- Penulisan refleksi mestilah dibuat
berdasarkan sumber data (sekurang-
kurangya dua sumber data). Boleh rujuk
panduan pada templat laporan.
iii. Merancang
- Laporan kajian perlu ada satu objektif
umum dan sekurang-kurangnya 3
objektif khusus.
- Dua objektif khusus adalah berkenaan
murid dan satu untuk guru.
- Contoh objektif khusus (guru): dapat
menghasilkan inovasi Sepit-Sepit Pilih
Dan E Bulat-Bulat supaya murid dapat
memerihalkan tentang prinsip penolakan
cahaya berwarna.
iv. Melaksanakan Tindakan
- Nyatakan Langkah-langkah
melaksanakan kajian yang dibuat.
- Masukkan gambar atau video semasa
pelaksanaan kajian tindakan.
- Guru perlu kaburkan gambar atau video
yang menunjukkan wajah murid.
- Sila nyatakan penerangan di bawah
gambar dan masukan penerangan dalam
video yang disertakan.
v. Pemerhatian
- Membuat pemerhatian terhadap murid
selepas melaksanakan inovasi kepada
murid.

vi. Refleksi
- Membuat refleksi sama ada objektif
tercapai atau tidak tercapai.
- Berikan sebab jika objetif tercapai atau
tidak tercapai.
- Jika objektif tidak tercapai, ulang semula
kitaran refleksi, merancang dan
melaksanakan tindakan.
 Jadual pelaksanaan boleh diubah suai dalam
bentuk carta gantt atau boleh guna sahaja jadual
pelaksanaan yang diberikan dalam template
laporan. Tarikh pelaksanaan perlu diubah
mengikut tarikh pelaksanaan kajian.
 Sebaik-baiknya serta lampiran dan buat rujukan
berdasarkan APA Styles.
 Cadangan Model Sandaran Kajian Tindakan :
vii. Kitaran Kajian Tindakan Model Kemmis &
Mctaggart (1988)
viii. Kitar Tindakan – Refleksi
 Guru besar dan pentadbir perlu memilih 4 kajian
tindakan terbaik untuk dihantar ke PPD.
 Laporan mesti dihantar dalam bentuk PDF.
Penyelaras perlu menghantar 4 laporan terbaik
pada google site PPD Segamat.
 Terdapat dua kateogori pelaksanaan kajian
tindakan iaitu :
ix. Kepimpinan (Pengetua/Guru Besar,
Pentadbir & Kaunselor)
x. PdPc (Pengetua/Guru Besar, Pentadbir,
GKMP, & guru-guru)

Nama Pencatat Tarikh Disediakan :


Nur Athyrah binti Awang 23 April 2024

You might also like