Teks MC Majlis Koko 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SKDM2 2023

Teks Pengacara
Majlis Apresiasi Kokurikulum 2023

PEMBACA SKRIP ATURAN


MAJLIS

Dipersilakan peserta-peserta dan hadirin mengambil tempat


masing-masing di dalam dewan kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan


kerjasama hadirin sekalian.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


Encik Alias b Sulaiman, Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah Dungun ( Sektor
Pembangunan Murid ) diiringi oleh Yang
Berusaha En Kamal Baharin b Abu Bakar
dan Barisan Pentadbir masuk ke dewan.
UCAPAN
ALUAN
Shima
Hadirin yang dihormati PENGERUSI
MAJLIS
Sebagai memulakan majlis kita pada pagi ini, mariah sama-
sama kita berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku

Dipersilakan…

( lagu dimainkan dan dinyanyikan..)

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi

Hadirin dipersilakan duduk

DEAN 2023 Page 1


SKDM2 2023

Dean UCAPAN
Bismillah…. ALUAN
PENGERUSI
Assalamualaikum w.b.t.... dan Salam sejahtera ... MAJLIS

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Encik Alias b Sulaiman,


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Dungun ( Sektor Pembangunan Murid )
Yang Berusaha, Encik Kamal Baharin b Abu Bakar
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2

Yang Berusaha, Ustaz Ramli b Taib


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha, Ustaz Zakaria b Awang


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha,Encik Ahmad Raduan b Mokhtar


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru penjana modal insan gemilang,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian.

Selamat datang ke Majlis Apresiasi Kokurikulum Sekolah


Kebangsaan Durian Mas 2 bagi Tahun 2023.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di
dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak murid kita
dalam bidang pendidikan.

DEAN 2023 Page 2


SKDM2 2023

Buluh ditarik panjang sepuluh,


Mahu dijolok sarang penyengat,
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.

Hadirin dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
Ustaz Ihsan Sabri b. Hashim. Dipersilakan…
Shima BACAAN DOA
--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz atas


pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi
hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis apresiasi
kokurikulum pada tahun ini dengan jayanya.

Dean UCAPAN GB
Hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Encik Kamal Baharin b Abu Bakar, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Durian Mas 2 untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

------ Ucapan GB ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-aluan itu tadi.
UCAPAN VIP

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan tetamu


kehormat, Yang Berbahagia Encik Alias b Sulaiman,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun
( Sektor Pembangunan Murid )
untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya
merasmikan Majlis Apresiasi Kokurikulum bagi sesi 2023.
Majlis dengan setulus takzim mempersilakan.

DEAN 2023 Page 3


SKDM2 2023

======UCAPAN PERASMIAN OLEH VIP==========

Terima kasih diucapkan kepada Encik Alias b Sulaiman


atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, marilah sama-sama kita nikmati persembahan


DIKIR BARAT daripada murid-murid Pra Sekolah Bukhari
dan Pra Sekolah Muslim yang bertajuk ewa bule dan kain
pelikat

Dipersilakan. ....
PERSEMBAHAN
Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak pra yang PRA
cukup berbakat ini...

Shima

DEAN 2023 Page 4


SKDM2 2023

Hadirin yang dimuliakan,


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian
Hadiah Prasekolah.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Encik Alias b Sulaiman,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Dungun ( Sektor Pembangunan Murid )
diiringi Encik Kamal Baharin b Abu Bakar untuk
menyampaikan Hadiah.

**** Hadiah ****

Majlis dimulakan dengan nama yang pertama dipersilakan


adik..

**** Baca senarai penerima hadiah****

Shima
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah HADIAH
Khas Pra Sekolah, dipersilakan adik..

**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Encik Alias b Sulaiman,
atas penyampaian hadiah itu tadi.

Seterusnya, marilah sama-sama kita dengarkan DEKLAMASI


SAJAK yang akan disampaikan oleh adik
…………………………………………………………………………………………
………………………………………

Dipersilakan. ....

PERSEMBAHAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK
Dean
…………………………………………………………………………………………….

DEAN 2023 Page 5


SKDM2 2023

Majlis akan diteruskan dengan Penyampaian Anugerah


Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Daerah.
Untuk itu, majlis
ANUGERAH
mempersilakan……………………………………………… KECERMERLAN
GAN
…………………..diiringi…………………………………… PERINGKAT
………………untuk menyampaikan anugerah. DAERAH

Dipersilakan.

Dipersilakan adik…….

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah


Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri.

Dipersilakan adik……

ANUGERAH
KECERMERLAN
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih GAN
kepada……………………………………………………… PERINGKAT
……. kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi. NEGERI

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis berehat seketika. Marilah sama-sama kita nikmati
persembahan syair daripada
adik............................................................................................
...................................

Dipersilakan. ....

Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk


adik……………………………………………………………
………….atas persembahan itu tadi..

DEAN 2023 Page 6


SKDM2 2023

Majlis akan diteruskan dengan Penyampaian


Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum Peringkat Kebangsaan. Untuk itu majlis
mempersilakan, ANUGERAH
KECERMERLAN
……………………………………………………………… GAN
…. PERINGKAT
KEBANGSAAN
Diiringi………………………………………………………
…untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Hadirin sekalian, anugerah seterusnya ialah Anugerah


Tokoh Nilam….

Dipersilakan adik……

ANUGERAH
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
TOKOH NILAM
kepada………………………………………………………
……… kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Shima

Majlis bakal diteruskan lagi dengan Penyampaian


Anugerah Tokoh Sukan & Permainan.. Untuk itu
majlis mempersilakan,
………………………………………………………………
….
ANUGERAH
Diiringi……………………………………………………… TOKOH
…untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan. SUKAN &
PERMAINAN

Dipersilakan adik……

DEAN 2023 Page 7


SKDM2 2023

Hadirin sekalian, anugerah seterusnya ialah Anugerah


Tokoh Ko-Akademik……

Dipersilakan adik……

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih ANUGERAH


kepada……………………………………………………… TOKOH KO-
……… kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi. AKADEMIK
Warga dewan sekalian,
Kini majlis akan diteruskan dengan
Peyampaian Anugerah Tokoh Unit beruniform

Dengan itu, majlis


menjemput……………………………………………………
………………………………………………………., diiringi
oleh……………………………………………………………
…………………………………………..
untuk menyampaikan anugerah. Dengan setulus takzim dan
kasih, majlis mempersilakan.

Dipersilakan adik…….
ANUGERAH
TOKOH UNIT
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih BERUNIFORM
kepada………………………………………………………
……atas penyampaian hadiah itu tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Majlis Apresiasi kokurikulum sekolah Kebangsaan Durian


Mas 2 bagi tahun 2023.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan
menjayakan majlis pada hari ini.
PENUTUP
Sekalung penghargaan juga kepada Warga Sekolah serta
mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak
Dean langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris

DEAN 2023 Page 8


SKDM2 2023

rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari
Alah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah
dari kami insan biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah
salam manis untuk disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

DEAN 2023 Page 9

You might also like