Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

PETIKAN 1 – RENCANA SUNGAI NADI KEHIDUPAN MANUSIA

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan rencana berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Sungai Nadi Kehidupan Manusia


Oleh Ahmad Fauzi bin Darman

Sungai ialah landskap alam dengan pelbagai wajah dan fungsi. Sejak awal kehidupan
manusia, sungai menjadi komponen penting dalam kehidupan seharian. Antara kepentingannya
ialah sungai membekalkan sumber air bersih kepada manusia untuk kegunaan domestik. Jika
dahulu masyarakat menggunakan air sungai untuk membasuh, memasak atau mandi, kini
fungsi tersebut masih berkekalan. Bezanya, hari ini bekalan air dari sungai-sungai disalurkan
ke tempat kediaman dengan menggunakan saluran paip demi memudahkan kehidupan kita.

Selain itu, sungai juga dapat menyediakan bekalan sumber protein kepada manusia.
Umpamanya, Sungai Pahang yang mempunyai kepanjangan melebihi 450 kilometer
membolehkan nelayan menggunakan jaring dan jala untuk mendapatkan bekalan ikan air tawar
seperti ikan patin, sebarau dan kelah. Sungai Perak pula dengan kepanjangan 400 kilometer
merupakan sumber bekalan udang galah yang mudah diperoleh dan dipasarkan dengan harga
tinggi di bandar-bandar besar.

Jelasnya, sungai merupakan ciptaan Tuhan yang amat penting dalam kehidupan
manusia. Oleh itu, masyarakat berperanan memelihara keindahan sungai. Mereka juga haruslah
bekerjasama dengan pihak berwajib bagi memulihara sungai agar dapat diwariskan kepada
generasi akan datang.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan rencana akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (petikan rencana)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.


PETIKAN 1 : RENCANA - SUNGAI NADI KEHIDUPAN MANUSIA
1. Sungai penting sebagai sumber bekalan air bersih kepada manusia.
[1 markah]

2. Senaraikan kegunaan air sungai dalam kehidupan manusia.


membasuh/ memasak/ mandi
(mana-mana dua jawapan yang betul)
[2 markah]

3. Bulatkan jawapan yang betul.

Antara berikut, yang manakah bukan sumber protein dari Sungai Pahang?
A patin
B kelah
C udang galah
D sebarau
[1 markah]

4. Apakah peranan masyarakat terhadap sungai?


memelihara keindahan sungai
bekerjasama dengan pihak berwajib
(mana-mana dua jawapan yang betul)
[1 markah]

5. Tandakan (√) atau (X) bagi pernyataan yang berikut.


Saluran paip digunakan untuk menyalurkan air sungai ke
i. √
tempat kediaman.

ii. Panjang Sungai Pahang melebihi 400 kilometer X

Jala dan jaring digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan √


iii.
air tawar

[2 markah]
PETIKAN 2 – WAWANCARA TOKOH REMAJA CEMERLANG
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan wawancara berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

TOKOH REMAJA CEMERLANG


Wartawan : Selamat pagi saudari Lizawati?
Lizawati : Selamat pagi.
Wartawan : Tahniah kerana saudari telah terpilih sebagai Tokoh Remaja Cemerlang 2021.
Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menemu ramah saudari.
Lizawati : Terima kasih. Silakan.
Wartawan : Pertama sekali, siapakah individu yang menjadi pendorong kejayaan saudari?
Lizawati : Kejayaan ini didorong oleh guru-guru, ibu bapa, adik-beradik dan rakan-
rakan saya.
Wartawan : Bolehkah saudari ceritakan sejarah pencapaian akademik yang telah
dikecapi?
Lizawati : Semasa di sekolah rendah, saya telah berjaya mendapat 5 A dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Seterusnya, Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3), saya memperoleh 9A 1B dan 10A+ dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Wartawan : Bagaimanakah pula pencapaian dalam bidang kokurikulum?
Lizawati : Saya pernah dinobatkan sebagai olahragawati sekolah tiga tahun berturut-
turut. Dalam unit beruniform pula saya pernah menjadi Ketua Platun Terbaik
peringkat kebangsaan. Dalam bidang koakademik saya menerima anugerah
pembahas terbaik peringkat negeri Johor. Selain itu, saya juga memegang
jawatan sebagai ketua murid .
Wartawan : Di manakah saudari menyambung pelajaran dan apakah cita-cita saudari?
Lizawati : Saya berhasrat untuk menyambung pelajaran di Pusat Asasi Universiti
Malaya. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera bagi mewarisi
profesion ayah saya.
Wartawan : Terima kasih saudari.
Lizawati : Sama-sama.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan wawancara akan dibaca sekali lagi.


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (petikan wawancara)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

PETIKAN 2 : WAWANCARA - TOKOH REMAJA CEMERLANG


1. Anugerah yang diterima oleh Lizawati ialah Tokoh Remaja Cemerlang 2021.
[1 markah]

2. Siapakah pihak yang mendorong kepada kejayaan Lizawati?


guru-guru/ ibu bapa/ adik-beradik/ rakan-rakan
(mana-mana satu jawapan yang betul)
[1 markah]

3. Lengkapkan rajah berikut.

UPSR PT3 SPM

5A 9A 1 B 10 A+

[2 markah]
4. Lengkapkan jadual berikut.

JENIS PENGLIBATAN KEJAYAAN


Unit Beruniform Ketua Platun Terbaik
Koakademik pembahas terbaik
Jawatan ketua murid sekolah
[2 markah]

5. Tandakan (√) atau (X) bagi pernyataan yang berikut.

i Selama tiga tahun berturut-turut Lizawati dinobatkan sebagai



Olahragawati Sekolah.
ii Lizawati menyambung pelajaran di Pusat Asasi Universiti Malaya. X
Iii Ayah Lizawati merupakan merupakan seorang jurutera. √
[2 markah]
PETIKAN 4 – RENCANA TAIPING BANDAR WARISAN

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar petikan rencana berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

TAIPING BANDAR WARISAN

Nama asal Taiping ialah Klian Pauh yang terletak di bahagian Bukit Larut dengan ketinggian 1448
meter. Klian bermaksud lombong, manakala pauh pula ialah sejenis buah mangga yang bersaiz kecil.
Bandar ini mempunyai ciri-ciri bangunan warisan dengan seni bina Inggeris. Seni binaannya
dipengaruhi oleh seni bina kolonial yang berkembang pada abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-
20. Terdapat 83 buah rumah kedai dan 34 buah bangunan awam di Taiping. Kemudahan pertama yang
dibangunkan ialah bangunan Telegraf pada tahun 1876 dengan satu talian telegraf melebihi 42 km.
Talian taligraf ini dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga
ke bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping.

Bandar ini sering diberikan julukan “yang pertama” kerana terdapat banyak binaan dan
kemudahan awam pertama yang dibangunkan di Malaysia. Hospital Taiping yang dibina pada tahun
1880 diiktiraf sebagai hospital tertua di Malaysia. Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan x-ray
selepas beberapa bulan beroperasi. Sehingga hari ini Taiping masih tetap unggul dengan ciri-ciri
sejarahnya dan dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada 6 Mac 2019 pula, bandar Taiping telah diiktiraf
sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2018
yang dianjurkan oleh 13 organisasi dari seluruh dunia.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tercatat dalam


Sejarah’, buku teks tingkatan 4, halaman 110 – 111
Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan rencana akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (petikan rencana)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.


PETIKAN 3 – RENCANA TAIPING
1. Berikan maksud perkataan berikut.

i. Klian – lombong
i. Pauh – buah mangga bersaiz kecil
[2 markah]

2. Bangunan Telegraf di bandar Taiping dibina dengan satu talian telegraf melebihi 42 km
pada tahun 1876.
[1 markah]

3. Selain seni bina kolonial, apakah ciri lain bangunan warisan yang terdapat di Taiping?
seni bina Inggeris
[1 markah]

4. Lengkapkan maklumat berikut.

HOSPITAL TAIPING

i. dibina pada tahun 1880.


ii. terdapat kemudahan x-ray.

[2 markah]

5. Tandakan (√) atau (X) bagi pernyataan yang berikut.

(i) Terdapat 34 buah bangunan awam dan 83 buah rumah kedai di



Taiping.
(ii) Hospital Taiping diiktiraf sebagai hospital tertua di Malaysia

(iii) Bandar Taiping telah diiktiraf sebagai bandar ketiga terbaik
dunia pada 6 Mac 2018 X

[2 markah]
PETIKAN 2 – CATATAN MEMORI DI GUNUNG LEDANG
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan wawancara berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

MEMORI DI GUNUNG LEDANG


4 JUN 2022
Aku berada di sekolah seawal 5.30 pagi. Perasaaanku berkobar-kobar kerana pada hari ini, aku
berpeluang menyertai Ekspedisi Pendakian Gunung Ledang anjuran Kelab Kembara
sekolahku. 20 orang ahli kelab bersama dengan 4 orang guru menyertai aktiviti ini. Tepat pukul
6.00 pagi, kami menaiki bas menuju ke Taman Negara Johor. Pukul 7.45 pagi, kami tiba di
kaki gunung yang terkenal dengan legenda Puteri Gunung Ledang itu. Selesai urusan
pendaftaran, kami memulakan pendakian pada pukul 8.30 pagi dengan bersemangat.

Laluan pendakian bermula dengan mendaki 700 anak tangga. Kami melalui laluan berakar,
trek berbatu dan laluan bertali. Laluan ini amat mencabar stamina kami. Mujur terdapat lapan
hentian di sepanjang laluan untuk melepaskan lelah. Akhirnya, kami berjaya menawan puncak
Gunung Ledang pada pukul 1.30 petang. Kami terpegun dengan keindahan pemandangan pada
ketinggian 1276 meter ini. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar berlatarkan
kehijauan alam. Setelah berehat dan makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk perjalanan
turun dari puncak gunung. Walaupun kami keletihan sepanjang mengikuti ekspedisi ini, namun
memori di Gunung Ledang tetap terpahat di hati.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan catatan akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (petikan catatan)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.


PETIKAN 4 – CATATAN MEMORI DI GUNUNG LEDANG
1. Ekspedisi mendaki Gunung Ledang telah dianjurkan oleh Kelab Kembara Sekolah.
[1 markah]
2. Bulatkan jawapan yang betul.
Bilakah peserta ekspedisi mendaki Gunung Ledang memulakan pendakian?
A. 5.30 pagi
B. 6.00 pagi
C. 7.45 pagi
D. 8.30 pagi
[1 markah]
3. Lengkapkan jadual dengan jawapan yang betul.
GUNUNG LEDANG

i. terletak di Taman Negara Johor


ii. terkenal dengan legenda Puteri Gunung Ledang

[1 markah]

4. Lengkapkan maklumat di bawah.


CABARAN MENDAKI GUNUNG LEDANG

i. mendaki 700 anak tangga


ii. laluan berakar
iii. trek berbatu
iv. laluan bertali

[2 markah]
5. Tandakan (√) atau (X) bagi pernyataan yang berikut.

(i) Ekspedisi Pendakian Gunung Ledang melibatkan 20 orang murid


dan lapan orang guru. X

(ii) Ketinggian puncak Gunung Ledang ialah 1276 meter. √

(iii) Di sepanjang laluan pendakian, terdapat empat hentian untuk


berehat. X

[2 markah]

You might also like