Brown Vintage Scrapbook Cover Project History Document (A4)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

NAMA: NUR AINA BINTI RAMLI

KELAS: 1 IBNU MAJAH


Penghargaan
Pertama kali syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan folio sejarah saya ini. Terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua
individu yang telah membantu saya
melaksanakan kerja saya ini secara langsung
atau pun tidak langsung.. Terima kasih yang
tidak terhingga kepada Cikgu Shafwan selaku
guru mata pelajaran ini atas bimbingan dan
tunjuk ajar beliau kepada saya. Tidak lupa
juga buat semua kawan-kawan, saya ingin
mengucapkan terima kasih atas sokongan dan
dorongan mereka sehingga saya dapat
menyiapkan kerja saya ini. Akhir sekali,saya
ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya
yang telah menolong dan membantu saya
menyiapkan kerja folio ini sehingga siap.
Pendahuluan
Tamadun Yunani yang berkembang antara 1,000 SM
hingga 800 SM merupakan pencetus kepada
perkembangan tamadun Eropah.Zaman ini dilihat
oleh masyarakat Eropah moden sebagai zaman yang
memberikan inspirasi dan panduan kepada kehidupan
manusia yang lebih baik menerusi pelbagai
pencapaian dalam pemerintahan dan bidang
pentadbiran melalui pengenalan sistem
demokrasi,ekonomi,sains dan teknologi,kesusasteraan
serta falsafah dan pendidikan
Tamadun Rom pula merupakan kesinambungan daripada
Tamadun Yunani kerana kedua-dua zaman ini sering kali
dirujuk sebagai zaman klasik dalam sejarah
Eropah.Beberapa ciri Tamadun Yunani seperti kebebasan
pemikiran dan sikap ingin tahu menjadi asas yang penting
dalam pembinaan Tamadun Rom dan Tamadun
Eropah.Tamadun Rom muncul sebagai sebuah kuasa
paling kuat di Mediterranean apabila berjaya
mengalahkan pesaing-pesaing yang wujud,termasuklah
Etruscan,Macedonia,Seleucid dan Mesir.Keadaan ini
menyebabkan Rom berjaya membentuk sebuah empayar
yang luas berpusat di Rom,Itali
Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah murid dapat:

1 Mengenali lokasi dan perkembangan


Tamadun Rom

2 Mengetahui peningkatan pemerintahan


dan pentadbiran Tamadun Yunani

3 Membandingkan sistem demokrasi di


Athens dengan sistem demokrasi di
malaysia
Kaedah Kajian
Kajian ini telah menggunakan kaedah
seperti berikut :

Kaedah Bertulis
1 Buku Teks Sejarah Tingkatan 1,Dewan Bhasa
Dan Pustaka,2016,Mohd bin
Samsudin,Azharudin bin Mohamed
Dali,Sharifah Afidah binti Syed Hamid

2 OMG M 7.0 sejarah tingkatan , Myteach Sdn


Bhd , 2023 , Crystal Alexander , Siti Amira ,
Noha Ishak
Kaedah Lisan

1 Nur Hidayah binti Ramli,mahasiswi,23 tahun


,3/12/2023
Hasil Kajian
Dalam folio tentang bab 6 iaitu Peningkatan
Tamadun Yunani dan Tamadun Rom telah
membincangkan dan menerangkan tentang
ketiga -tiga objektif yang dijalankan dalam
kajian ini.
Objektif pertama iaitu mengenali lokasi dan
perkembangan Tamadun Rom.Tamadun Rom
ini terletak di Lembah Latium,berhampiran
dengan Sungai Tiber.Lembah Latium
merupakan kawasan subur.Sungai Tiber pula
menjadi sumber air utama kepada penduduk dan
menja laluan utama untuk berlayar ke
laut.Terdapat tiga zaman pada Tamadun Rom
iaitu Zaman Beraja (753-509 SM),Zaman
Republik (509-27 SM),dan Zaman Empayar
(27 SM-476 SM).TamadunRom mencapai
tahap kegemilangan pada era Pax Romana yang
begitu penting kerana sealam 200 tahun
keaamanan wujud.
Tamadun ini meliputi benua Asia,Afrika dan
Eropah.Masyarakat Tamadun Rom terbahagi
kepada tiga kelompok iaitu kalangan Patrician
atau atasan, Plebian yang terdiri daripada
petani,artisan,peniaga dan golongan
hamba.Tamadun ini mencapai kemajuan
dalam pelbagai bidang seperti
politik,ekonomi,sains dan teknologi falsafah,
dan pendidikan
Objektif kajian kedua iaitu,mengetahui
peningkatan pemerintahan dan pentadbiran
Tamadun Yunani.Dalam Tamadun
Yunani,aspek pemerintahan dan pentadbiran
merupakan sumbangan penting dalam
perkembangan sejarah dan tamadun
manusia.Terdapat lima sistem pemerintahan
yang diamalkan kebanyakan polis,iaitu
monarki,oligarki,aristokrasi,tirani,dan
demokrasi.
Bagi masyarakat di Athens,perkembangan
sistem pemerintahan dan pentadbiran berlaku
melalui perubahan yang dilaksanakan bagi
memantapkan aspek tersebut.Ini telah
memperlihatkan kematangan politik penduduk
Athens yang kemudiannya memilih sistem
demokrasi sebagai sistem pemerintahan dan
pentadbiran.
Sebelum sistem ini diasaskan oleh Solon pada
tahun 594 SM,Athens telah melalui sistem
pemerintahan bercorak
monarki,oligarki,aristokrasi dan tirani.Sistem
demokrasi yang diamalkan di Athens merupakan
demokrasi langsung
Pada zaman pemerintahan pericles,penekanan
diberikan kepada kuasa rakyat bagi
memantapkan sistem demokrasi.Demokrasi
menjadi lemah dan terhapus pada zaman Raja
Philip yang menguasai Yunani pada tahun
338 SM.
Demokrasi
pemerintahan yang dipilih oleh rakyat
melalui pengundian.
Tirani
pemerintahan yang dikuasai oleh golongan
yang zalim dan menindas rakyat
Aristokrasi
pemerintahan yang dikuasai oleh
golongan bangsawan
Oligarki
pemerintah yang dikuasai oleh sebahagian
kecil golongan yang berkuasa.

Monarki
sistem beraja yang berasaskan keturunan
raja pula dibantu oleh Konsul yang terdiri
daripada golongan yang bijak pandai
Objektif yang ketiga ialah membandingkan
sisitem demokrasi di Athens dengan sistem
demokrasi di Malaysia.Pelaksanaan sistem
demokrasi di Athens berbentuk
penyertaan.Setiap warganegara Athens adalah
terlibat secara langsung dalam perbincangan
dan perdebatan bagi menentukan sesuatu dasar
dan peraturan yang berkaitan dengan Athens.
Selain itu juga, semua warganegara lelaki
dewasa boleh menjadi anggota dewan
perhimpunan dan berpeluang memegang
jawatan selama enam bulan hingga setahun
serta mereka semua dibenarkan menghadiri
perhimpunan.
Pelaksanaan demokrasi di Malaysia pula adalah
berbentuk penyertaaan tidak langsung.Suara
rakyat diwakili oleh wakil rakyat dalam dewan
rakyat, di mana wakil rakyat ini telah dipilih
melalui pilihanraya.Setiap warganegara lelaki
dan wanita yang menang dalam pilihan raya
boleh menjadi anggota dalam dewan rakyat.

Wakil rakyat yang menjadi angggota dalam


dewan rakyat ialah selama 5 tahun iaitu
sehingga pilihanraya umum yang seterusnya
diadakan.Pilihanraya di Malaysia diadakan
setiap 5 tahun sekali.
Kesimpulan
Peningkatan Tamadun Yunani dan
Tamadun Rom,kedua-duanya
tamadun ini telah menunjukkan
tahap peningkatan yang begitu
tinggi mutunya sama ada dari sudut
gagasan mahupun binaan
fizikal.Ciptaan ini sebahagiannya
bukan sahaja dapat dilihat tetapi
juga menjadi inspirasi kepada
perkembangan seni bina hari ini.
Lampiran

You might also like