Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SJK ( C ) POKOK ASSAM

PBS 3 TAHUN 2018


BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN )TAHUN 5
MASA : 1JAM 15 MINIT

Nama : __________________ ( ) Markah : ____________ %


Kelas :5( ) Tarikh : 8.10.2018

Kertas ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan bahagian B.


Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
___________________________________________________________________

Bahagian A
( 20 markah)

1. Pegawai Pendidikan Daerah akan merasmikan Minggu Bahasa Melayu.


_______________
akan tiba sebentar lagi.
A. Beliau B. Dia
C. Beta D. Mereka

2. Ibu membeli sepuluh _____________ petai dari pasar malam untuk dimasak dengan
sambal.
A. utas B. papan
C. buah D. batang

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Xiao Song _____________biskut itu ke dalam air kopinya.


A. memasukkan B. membenamkan
C. mencelupkan D. meletakkan

4. Puan Sofia menghidangkan tiga ratus ___________________ sate untuk menjamu


tetamunya.
A. batang B. ulas
C. keping D. cucuk
1/4
5. ________________ , akhirnya kamu menjadi juara!
A. Eh B. Syabas
C. Hai D. Amboi

6. Kepala adik bengkak akibat ________________ pada bucu meja.


A. dihantuk B. menghantuk
C. hantukan D. terhantuk

7. Baginda berkenan untuk _____________ pingat kebesaran kepada perajurit yang telah
banyak berbakti kepada negara.
A. mengiktirafkan B. menganugerahkan
C. memberikan D. menghadiahkan

8. Abang Zamri merupakan seorang ________________ di Universiti Pendidikan Sultan


Idris.
A. mahasiswa B. usahawan
C. budiman D. negarawan

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Jane Tan berdiri di _______________ tingkap untuk mengambil angin segar pada waktu
petang.
A. luar B. belakang
C. tepi D. atas

10. Biki dan Li Yang lari _______________ apabila anjing yang garang itu mengejar
mereka.
A kelam-kabut B mundar-mandir
C kacau-bilau D lintang-pukang

11. Pilih ayat pasif yang betul berdasarkan ayat yang diberi.
Nenek mengambil daun pisang di belakang rumah.
A. Daun pisang di belakang rumah diambil oleh nenek.
B . Diambil oleh nenek rumah di belakang pokok pisang.
C. Daun pisang mengambil nenek di belakang rumah.
D. Nenek mengambil daun pisang di hadapan rumahnya.
2/4

12. Saiful berasa kagum apabila melihat hasil kerja pembuatan kain songket itu sangat
___________________.
A. keras B. kasar
C. nipis D. halus

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Chandra memenangi pingat emas apabila dia menjadi peserta yang___________ sampai
ke garisan penamat.
A. pertama B. tiap-tiap
C. kesatu D. satu

14. Janice amat sayang _______________ datuk dan neneknya yang tinggal di kampung.
A. untuk B. kepada
C. akan D. dengan

15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Ramli berjanji kepada Ramu bahawa dia akan berada di dewan badminton pada pukul
4.00 petang.
A Ramli berjanji kepada Ramu, “Saya berjanji akan pergi pada pukul 4.00 petang ke
dewan badminton.”
B Kata Ramli kepada Ramu, “Saya berjanji akan berada di dewan badminton pada
pukul 4.00 petang.”
C Kata Ramli kepada Ramu, “Kita berjanji berada di dewan badminton pada pukul
4.00 petang.”
D Kata Ramli kepada Ramu, “Kamu berjanji akan datang ke dewan badminton pada
pukul 4.00 petang.”

16. Pilih ayat yang betul.


I. Setengah mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan malam tadi.
II. Mereka ke pantai untuk melihat matahari terbenam.
III. Pak Lah tinggal keseorangan di kawasan dalam itu.
IV. Berita yang dilaporkan itu adalah benar.
A. I dan II B. III dan IV
C. II dan IV D. II dan III
3/4
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Keracunan makanan merupakan penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar
dengan kuman. Sejak akhir-akhir ini, kes keracunan makanan terutamanya di sekolah semakin kerap
disiarkan. Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah tetapi di mana-mana sahaja.
Keracunan makanan juga boleh berlaku di rumah sekiranya cara penyediaannya tidak dijaga dengan
baik.
Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk mengelakkan keracunan makanan.
Antaranya ialah kita hendaklah menjaga aspek kebersihan. Pastikan kita membasuh tangan dengan
teliti sebelum menyediakan makanan. Kita juga hendaklah mengasingkan makanan yang telah
dimasak dengan yang masih mentah. Hal ini demikian kerana makanan yang dimasak lebih mudah
tercemar berbanding makanan yang belum dimasak.
Sebagai kesimpulan, keracunan makanan dapat dielakkan sekiranya kita mementingkan aspek
kebersihan. Hal ini amat penting kerana gejala keracunan makanan akan menjejaskan kesihatan dan
kualiti hidup kita. Janganlah apabila sudah berlaku barulah hendak beringat baik bak kata pepatah
Melayu sudah terhantuk baru tengadah.

17 Apakah itu keracunan makanan?


A. Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan.
B. Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan
tercemar.
C. Keracunan makanan ialah makanan yang tidak dimakan dengan sempurna.
D. Keracunan makanan ialah makanan yang mengandungi bakteria.

18 Kita perlu mengasingkan makanan yang dimasak dengan yang masih mentah kerana
A. Makanan yang dimasak mengandungi bakteria.
B. Makanan yang belum dimasak membawa penyakit
C. Makanan yang dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan yang belum
dimasak.
D. Makanan yang dimasak merupakan penyebab kepada keracunan makanan.

19 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A. Keracunan makanan boleh berlaku di mana-mana sahaja.
B. Keracunan makanan dapat dielakkan sekiranya kita mementingkan aspek kesihatan.
C. Kuman lebih mudah mencemari makanan yang panas.
D. Gejala keracunan makanan tidak akan menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup kita.

20 Frasa sudah terhantuk baru tengadah dalam petikan bermaksud


A. Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.
B. Membuat sesuatu mestilah mengikut kemampuan diri.
C. Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.
D. Setelah mendapat kesusahan barulah hendak beringat-ingat.

Disediakan Oleh : Pn Boay Yoke Cheng


Disemak oleh : Pn Suzila Binti Irwan
4/4

You might also like