S6 - Teori Atribusi (PP)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

6.

Jelaskan konsep teori Atribusi dan bagaimana guru boleh menggunakan teori tersebut
untuk meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk belajar.

Teori Atribusi ialah konsep dalam psikologi sosial yang mengkaji bagaimana seseorang
individu menerangkan punca tingkah laku, peristiwa atau keputusan tertentu. Konsep teori
Atribusi Weiner merupakan satu kerangka teori yang memberi tumpuan kepada faktor
yang menjadi punca kepada kejayaan dan kegagalan (Isabella, 2019). Weiner (1972) telah
memudahkan lagi pemahaman Teori Atribusi yang dibina oleh Fritz Heider (1944,1958)
dengan membuat penambahan kepada asas yang telah ada. Weiner telah menyusun
semula faktor atribusi iaitu usaha, kebolehan, tahap kesukaran tugas dan nasib menjadi
tiga dimensi penyebab utama. Ia boleh diklasifikasikan tiga dimensi iaitu lokus, kestabilan
dan kawalan.

Dimensi lokus sebab memberi tumpuan kepada faktor yang dianggap sebagai atribusi
dalaman atau atribusi luaran terhadap seseorang individu. Atribusi dalaman merangkumi
semua sikap, personaliti, mood, kebolehan, keinginan dan usaha manakala atribusi luaran
merangkumi semua sebab luaran individu seperti, tekanan individu lain, situasi sosial,
nasib dan lain-lain (Isabella, 2019). Seterusnya, dimensi kestabilan pula menerangkan
keyakinan seseorang tentang sejauh mana faktor penyebab kejayaan atau kegagalan
cenderung untuk kekal atau berubah-ubah dan dimensi kawalan pula merujuk kepada
sejauh mana seseorang itu merasa bahawa mereka mempunyai kawalan terhadap faktor
penyebab kejayaan atau kegagalan.

Guru boleh mengaplikasikan teori Atribusi untuk meningkatkan motivasi instrinsik


pelajar untuk belajar dengan guru membantu pelajar untuk percaya bahawa mereka
berkebolehan. Apabila pelajar mengalami kegagalan, guru hendaklah membantu pelajar
untuk percaya akan kebolehannya dengan mengatakan bahawa kegagalan hanya berlaku
sekali sekala dan ia merupakan satu pengalaman yang boleh dibuat pengajaran. Seseorang
membentuk kebolehan yang digambarkan daripada penilaian berkenaan kebolehannya
oleh orang lain. Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar itu, semakin besar
kemungkinan pelajar itu menilai dirinya sebagai berkebolehan. Kebolehan yang
digambarkan ini mempengaruhi bagaimana pelajar rasa berkenaan dirinya. Pelajar yang
percaya akan kebolehan dirinya dalam sesuatu perkara, berkemungkinan besar
mempunyai mempunyai keyakinan yang tinggi. Selain itu, pelajar yang percaya akan
kebolehannya, akan melahirkan rasa minat terhadap sesuatu kerana pelajar itu percaya dia
berkebolehan. Dalam konteks pembelajaran, motivasi intrinsik pelajar dapat ditingkatkan
apabila seseorang pelajar itu mempunyai minat yand tersendiri terhadap sesuatu subjek
dan aktiviti (Muhammad Ikmal,2020).

You might also like