Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Tel : 03-89275840 E-Mail : BBA4045@moe.edu.

my

Ruj. Kami : SKJ4 100-9/6/(1)


Tarikh : 05 April 2024

DR JUJU NAKASHA JAAFAR


JABATAN SAINS TANAMAN,
FAKULTI PERTANIAN,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 SERDANG,
SELANGOR.

Tuan,

MEMOHON BANTUAN SUKARELAWAN PELAJAR UNTUK MEMBANTU AKTIVITI


GOTONG-ROYONG PERDANA JEPS 2024

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, akan
mengadakan Gotong Royong Perdana seperti ketetapan di bawah:

Hari : Sabtu (27 April 2024)


Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Kawasan Sekolah Kebangsaan Jalan Empat

3. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak sekolah ingin memohon khidmat sukarelawan
seramai 20 orang daripada kalangan pelajar Doktor bagi membantu menjayakan aktiviti gotong
royong ini.

4. Besarlah harapan kami supaya pihak tuan dapat menyumbangkan keperluan yang kami
perlukan untuk menjayakan program yang dirancang.

Segala kerjasama diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

_____________________________
JUHRANAR BT YANG
GURU BESAR
SK JALAN EMPAT
BANDAR BARU BANGI

You might also like