Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PA Ting.

4 : BAB 7 T4-PK

BAB 7 T4- Penyata Kewangan (Tanpa Pelarasan)

1. Penyata kewangan biasanya disediakan selepas tamat satu tempoh perakaunan dan selepas
Imbangan Duga untuk menentukan untung atau rugi serta kedudukan kewangan bagi sesuatu tempoh
perakaunan.
2. Penyata Kewangan terdiri daripada Akaun Perdagangan dan Untung Rugi atau Penyata Pendapatan
dan Kunci Kira-Kira.
3. Kunci Kira-Kira pula disediakan selepas penyediaan Penyata Pendapatan atau Akaun Perdagangan dan
Untung Rugi.
4. Akaun Perdagangan dan Untung Rugi adalah saling berkaitan dan boleh disediakan secara bergabung.
5. Maklumat yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi ialah:
a) nama perniagaan
b) tajuk akaun
c) butir-butir hasil dan belanja perniagaan
d) untung bersih atau rugi bersih

7.1 Akaun Perdagangan

1. Akaun Perdagangan dan Untung Rugi menunjukkan semua hasil yang diperoleh dan belanja yang terlibat
bagi sesuatu tempoh perakaunan.
2. Oleh itu, Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dapat mengukur prestasi perniagaan bagi sesuatu
tempoh perakaunan.
3. Melalui Akaun Perdagangan, perniagaan dapat menentukan untung atau rugi kasar berdasarkan :
a) Untung kasar diperolehi jika jualan bersih melebihi kos jualan.
b) Rugi kasar diperolehi jika kos jualan melebihi jualan bersih.
4. Kos jualan ialah kos barang niaga yang telah dijual dalam satu tempoh perakaunan.
5. Pengiraan kos jualan melibatkan stok awal campur belian bersih serta belanja belian dan ditolakkan
dengan stok akhir perniagaan.
6. Stok awal ialah stok yang terdapat di kedai pada awal tempoh perakaunan. Stok ini merupakan barang
niaga yang belum habis dijual pada akhir tempoh perakaunan yang lalu. Pada awal tempoh perakaunan
berikutnya, stok ini perlu dicampurkan dengan belian barang niaga sepanjang tempoh perakaunan
berkenaan.
7. Stok akhir pula ialah barang niaga tahun semasa yang belum habis dijual pada akhir tempoh
perakaunan. Stok akhir akan dibawa ke tempoh perakaunan berikutnya untuk dijual. Stok akhir ini akan
ditolak daripada kos barang untuk dijual untuk mendapatkan kos jualan.
8. Untung kasar atau rugi kasar yang diperolehi akan dibawa ke Akaun Untung Rugi.

7.2 Akaun Untung Rugi

1. Akaun Untung Rugi disediakan untuk mengetahui untung atau rugi bersih perniagaan pada akhir tahun
kewangan.
2. Sekiranya untung kasar dicampurkan dengan hasil melebihi belanja, perniagaan akan memperoleh
untung bersih. Manakala rugi bersih diperolehi jika untung kasar campur hasil kurang daripada belanja.
3. Diantara hasil perniagaan yang perlu diambilkira dalam mencari untung atau rugi bersih ialah Hasil
Pendapatan seperti diskaun diterima, komisen diterima, faedah diterima dan sewa diterima dan Hasil
Modal seperti jualan aset bukan semasa lama.
4.Manakala belanja perniagaan yang perlu diambilkira pula ialah Belanja Hasil seperti alatulis, angkutan
keluar, iklan dan promosi, kadar bayaran, belanja pos, gaji, insurans, diskaun diberi, sewa kedai, belanja
membaiki premis, komisen jualan dan Belanja Modal seperti membesarkan bangunan periagaan.
5. Untung bersih atau rugi bersih yang diperolehi perlu dipindahkan ke Kunci Kira-Kira.

1
PA Ting. 4 : BAB 7 T4-PK

Format Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (tanpa pelarasan)

(Nama perniagaan)
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir (tarikh)
RM RM RM
Stok Awal xx Jualan xx
+ Belian xx - Pulangan Jualan/Pulangan Masuk (xx)
- Pulangan Belian/Pulangan Keluar (xx) Jualan bersih xx
Belian bersih xx
+ Angkutan masuk xx
Upah atas belian xx
Duti/cukai belian xx
Insuran belian xx
Kos Belian xx
Kos barang untuk dijual xx
- Stok Akhir (xx)
Kos Jualan xx
Untung Kasar h/b xx
xx xx

Untung Kasar b/b xx


- Belanja : + Hasil :
Alatulis xx Diskaun diterima xx
Angkutan keluar xx Sewa diterima xx
Kadar bayaran xx Komisen diterima xx
Belanja pos xx Faedah diterima xx
Gaji xx Rugi bersih (xx)
Insurans xx
Diskaun diberi xx
Sewa kedai xx
Belanja membaiki xx
Komisen jualan xx xx
Untung bersih xx
xx xx

2
PA Ting. 4 : BAB 7 T4-PK

7.3 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

1. Penyata kedudukan kewangan disediakan pada akhir tempoh kewangan selepas penyediaan
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bertujuan untuk mengetahui kedudukan aset, liabiliti dan
ekuiti milik perniagaan.
2. Maklumat yang terdapat dalam Kunci Kira-Kira ialah:
a) nama perniagaan
b) tajuk dan tarikh
c) butir-butir dan amaun aset bukan semasa seperti mesin, kenderaan, alatan pejabat,
perabot, kenderaan dan bangunan/premis serta aset semasa seperti tunai, bank,
penghutang dan stok akhir.
d) butir-butir dan amaun liabiliti semasa seperti overdraf bank, pemiutang serta liabiliti
jangka panjang seperti pinjaman jangka panjang dan gadai janji atas premis.
e) ekuiti pemilik iaitu modal perniagaan.
(Modal awal perlu dicampur dengan untung bersih atau ditolak dengan rugi bersih dan
tolakkan dengan ambilan untuk mendapatkan modal akhir)
3. Kunci Kira-Kira boleh disediakan dalam 2 format iaitu :
a) Kunci Kira-Kira bentuk T
b) Kunci Kira-Kira bentuk penyata
4. Dalam Kunci Kira-Kira bentuk T, aset bukan semasa dan aset semasa diletakkan disebelah kanan
manakala liabiliti semasa, liabiliti jangka panjang dan ekuiti pemilik diletakkan disebelah kiri dan jumlah
kedua-duanya mesti seimbang.
5. Manakala dalam Kunci Kira-Kira bentuk penyata, aset bukan semasa dicampurkan dengan modal kerja
iaitu (aset semasa - liabiliti semasa) dan mesti sama dengan ekuiti pemilik campur liabiliti jangka
panjang.

Format Kunci Kira-Kira bentuk T (tanpa pelarasan)

(Nama Perniagaan)
Kunci Kira-Kira pada ( tarikh )
RM RM RM RM
Aset Bukan Semasa : Ekuiti Pemilik :
Mesin xx Modal awal xx
Kenderaan xx +Untung bersih /- Rugi bersih xx
Perabot xx xx
Kelengkapan xx xx - Ambilan (xx)
Modal akhir xx
Aset Semasa :
Tunai xx Liabiliti Semasa :
Bank xx Pemiutang xx
Stok akhir xx Overdraf bank xx xx
Penghutang xx
Stok alat tulis xx xx Liabiliti Jangka Panjang :
Pinjaman xx
Gadai janji xx xx
xx xx

3
PA Ting. 4 : BAB 7 T4-PK

Contoh soalan:

Berikut ialah Imbangan Duga Perniagaan Radja pada 31 Disember 2004.

Perniagaan Radja
Imbangan Duga pada 31 Disember 2004
Butir Dt(RM) Kt(RM)
Modal 1 Januari 2004 24 000
Stok 1 Januari 2004 2 880
Belian 14 550
Jualan 28 310
Penghutang 1 500
Pemiutang 1 990
Pulangan masuk 220
Pulangan keluar 180
Angkutan keluar 460
Komisen diterima 960
Gaji 2 920
Kadar bayaran 2 370
Belanja am 110
Sewa kedai 3 200
Tunai di kedai 180
Tunai di Bank 6 750
Kenderaan 20 000
Ambilan 300
55 440 55 440

Stok pada 31 Disember 2004 bernilai RM2 560.

Berdasarkan maklumat dalam Imbangan Duga di atas, sediakan :

a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2004.
b) Kunci Kira-Kira pada tarikh yang sama.

4
PA Ting. 4 : BAB 7 T4-PK

Penyelesaian :

a)
Perniagaan Radja
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2004
RM RM RM
Stok Awal 2 880 Jualan 28 310
+ Belian 14 550 - Pulangan masuk (220)
- Pulangan keluar (180) Jualan bersih 28 090
Belian bersih 14 370
Kos barang untuk dijual 17 250
- Stok Akhir (2 560)
Kos Jualan 14 690
Untung Kasar h/b 13 400
28 090 28 090

Untung Kasar b/b 13 400


- Belanja : + Hasil :
Angkutan keluar 460 Komisen diterima 960
Gaji 2 920
Kadar bayaran 2 370
Sewa kedai 3 200
Belanja am 110 9 060
Untung bersih 5 300
14 360 14 360

b)
Perniagaan Radja
Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2004
Aset Bukan Semasa : RM RM Ekuiti Pemilik : RM RM
Kenderaan 20 000 Modal awal 24 000
+ Untung bersih 5 300
Aset Semasa : 29 300
Tunai 180 - Ambilan (300)
Bank 6 750 Modal akhir 29 000
Stok akhir 2 560
Penghutang 1 500 10 990 Liabiliti Semasa :
Pemiutang 1 990
30 990 30 990

You might also like