Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pada minggu lepas sekolah kami telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah.

Gotong-royong diadakan bersempena kedatangan pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Setiu
pada minggu ini.

Tepat pada pukul lapan pagi, murid-murid dan warga sekolah sudah berkumpul di tapak perhimpunan.
Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini digunakan untuk menjayakan
aktiviti gotong-royong tersebut.Sebelum aktiviti bermula, guru besar telah menyampaikan ucapan
ringkas dan taklimat mengenai aktiviti gotong-royong.

Kami dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpuian kecil. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah
mencuci longkang,mengecat,menyapu,mengelap tingkap,memotong rumput dan sebagainya. Kumpulan-
kumpulan kecil ini memudahkan kerja-kerja gotong-royong dijalankan dengan lebih teratur.

Pada masa yang sama, guru-guru wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di pekarangan
sekolah. Pelbagai jenis juadah seperti mi goreng, nasi tomato, dan kari ayam disediakan. Mereka bersatu
hati menjayakan program gotong-royong ini.

Pada pukul 11.30 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Ibu bapa dan guru telah berkumpul
semula di kantin untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat
kerjasama, . kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara guru-guru dan murid-murid yang
terlibat menjayakan gotong-royong.

You might also like