Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

K E R T A S K E R J A

“JOM MADOH SHEKULAH”


PROGRAM INTERVENSI MURID
TINGKATAN 1
#SMKBAWONGGEMILANG 2030

TARIKH
MEI – JUN 2024

TEMPAT
8 BUAH SEKOLAH KACAPURI

ANJURAN

UNIT HAL ELWAL MURID BERSAMA


UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK BAWONG

RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM


UNIT HAL EHWAL MURID
PENGANJUR
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK BAWONG
NAMA “JOM MADOH SHEKULAH”
PROGRAM PROGRAM INTERVENSI KEMURID
#SMKBAWONGGEMILANG 2030

OBJEKTIF  Menimbulkan minat dan daya tarikan supaya murid rajin


ke sekolah. Memupuk semangat cintakan sekolah dan
kembali meneruskan pelajaran di sekolah
 Mewujudkan suasana harmoni di samping menyampaikan
maklumat. Maklumat terkini terhadap pentingnya
pembangunan pendidikan.
 Membina sikap jati diri orang asli bagi mengikis nilai-nilai
dan budaya hidup yang boleh menghalang dan
menggagalkan kejayaan anak-anak dalam pendidikan.
 Mempastikan para murid baru dapat menyesuaikan diri
dengan sistem pembelajaran dan persekitaran sekolah
menengah.
 Melatih murid untuk bermotivasi ke sekolah.
 Memberi ruang kepada perbincangan yang lebih
mendalam dan profesional dalam aspek ketidakhadiran
murid.
 Memantapkan usaha kolaboratif antara pihak sekolah
dengan ibu bapa dan tok batin dalam mengatasi isu
ketidakhadiran dalam kalangan murid.

TARIKH MEI -JUN 2024

TEMPAT 8 BUAH SEKOLAH KACAPURI

ANGGARAN 200 Orang Murid dan 400 Orang Ibubapa


PENYERTAA
N

2
KERTAS KERJA PENUH
“ JOM MADOH SHEKULAH”
PROGRAM INTERVENSI MURID TINGKATAN 1
#SMKBAWONGGEMILANG 2030

1. 0 PENGENALAN
Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan
merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di
sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di
persekitaran persekolahan yang berbeza. Para murid ini akan merasakan perbezaan
dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam
baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan
matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Inisiatif ini
bertujuan memastikan ekuiti iaitu kesamarataan akses pendidikan Orang Asli dan
Peribumi seiring dengan pendidikan arus perdana. Penganjuran program kali ini di
harap dapat membetulkan presepsi mereka tentang sesuatu kekurangan itu bukan
alasan untuk kita tidak dapat maju ke hadapan sebaliknya setiap orang mempunyai
peluang yang sama untuk berjaya dalam bidang akademik, bukan sahaja di
peringkat sekolah sebaliknya hingga ke peringkat pengajian tinggi sekaligus dapat
mengubah nasib mereka dan keluarga mereka sendiri seterusnya meningkatkan
peratus kehadiran murid ke sekolah.

2. 0 TUJUAN

Isu ketidakhadiran murid terutamanya dalam kalangan murid tingkatan


merupakan satu perkara yang sangat membimbangkan semua pihak. Para guru,ibu
bapa dan warga sekolah dilihat wajar bersama-sama mengembleng tenaga dalam
memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Disamping itu, program ini
juga bertujuan mewujudkan budaya cakna kehadiran dan memberikan kesedaran
kepada semua pihak tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam
memastikan murid tingkatan dapat mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek

3
khasnya serta sahsiah amnya. Program ini merupakan inisiatif Unit Bimbingan dan
Kaunseling dan unit Hal Ehwal Murid dalam membantu meningkatkan kesedaran
ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat orang
asli. Sehubungan dengan itu, penganjuran program kali ini bertujuan untuk
memantau perkembangan sahsiah disamping memberi perkongsian ilmu serta
motivasi kepada para murid.

3.0 OBJEKTIF
 Menimbulkan minat dan daya tarikan supaya murid rajin ke sekolah.
Memupuk semangat cintakan sekolah dan kembali meneruskan pelajaran di
sekolah
 Mewujudkan suasana harmoni di samping menyampaikan maklumat.
Maklumat terkini terhadap pentingnya pembangunan pendidikan.
 Membina sikap jati diri orang asli bagi mengikis nilai-nilai dan budaya hidup
yang boleh menghalang dan menggagalkan kejayaan anak-anak dalam
pendidikan.
 Mempastikan para murid baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem
pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah.
 Melatih murid untuk bermotivasi ke sekolah.
 Memberi ruang kepada perbincangan yang lebih mendalam dan profesional
dalam aspek ketidakhadiran murid.
 Memantapkan usaha kolaboratif antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan
tok batin dalam mengatasi isu ketidakhadiran dalam kalangan murid.

4.0 PENYERTAAN

i. 200 Orang Murid yang sudah menerima surat amaran 1 dan 2.

5.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh : Mei – Jun 2024


Tempat : OAOSC, Pandak Hamid
Atur cara Program : Rujuk Lampiran 1

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

4
BIL PERKARA JUMLAH
Cenderamata Sekolah
1 RM 160.00
8 x RM 20.00 = RM 160.00
Goodies Murid
2 RM 600.00
200 x RM 3.00 = RM 600.00
Makanan Ibubapa
3
Makanan Pagi
400 x RM 4.00
Makanan Tengahari RM 4800.00
400 x RM 8.00
Jumlah
400 x RM 12.00 = RM 4800.00
Bayaran Penceramah
4 RM 400.00
RM 400.00
Bunting dan Banner Hebahan
5
Bunting 2 x RM 50.00 RM 200.00
Banner 1 x RM 100.00
Beg Cenderamata
5 RM 8.00
8 x RM 1.00 = RM 8.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 6168.00

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

5
Pengerusi : En.Mohd Fauzi Bin Mohd Ramli
Timbalan Pengerusi : En. Zaini Safaren Bin Mat
Naib Pengerusi 1 : En. Azhare Bin Anor Basah
Naib Pengerusi 2 : En. Ahmad Roki Bin Said
Naib Pengerusi 3 : Pn. Syarifah Noor Aizura Binti Sayed Razaman
Penyelaras : Cik Nur Hanis Syuhada Bt Ahmad
Setiausaha : Pn. Norain Bt Mohd Salleh
Ahli Jawatankuasa :
1. Pn. Hjh Noor Aniza Binti Hamzah
2. Cik Nur Syafezah Binti Mohamad Fauzi
3. En. Mohd Azrie Aizuddin Bin Mohamed
4. En. Sivam A/L Dhanabal

8.0 PENUTUP

Diharapkan program ini mampu menjadi pembakar semangat semua murid


SMK Bawong dan menjadi titik perubahan kepada peningkatan akademik,
Kokurikulum, Disiplin dan Sahsiah mereka sejajar dengan Slogan Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu “Murid Ceria,Guru Bahagia,Sekolah Bitara,Negara
Sejahtera” dan memastikan pembangunan adab dan juga aktiviti seiring untuk
melahirkan anak yang baik akhlaknya dan cerdik dalam fikirannya. Semoga
program yang dirancang ini dapat sokongan daripada pihak sekolah demi
meningkatkan kecemerlangan akademik murid SMK Bawong.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________________ _________________________
Norain Binti Mohd Salleh En. Mohd Fauzi Bin Mohd Ramli
Setiausaha Program Pengetua SMK Bawong

KERTAS KERJA“JOM MADOH SHEKULAH”

6
PROGRAM INTERVENSI MURID TINGKATAN 1
#SMKBAWONGGEMILANG 2030
TAHUN 2024

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja “JOM MADOH SHEKULAH”PROGRAM INTERVENSI


MURID TINGKATAN 1 #SMKBAWONGGEMILANG 2030
Tahun 2024

Atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja “JOM MADOH SHEKULAH”PROGRAM INTERVENSI


MURID TINGKATAN 1 #SMKBAWONGGEMILANG 2030
Tahun 2024

ULASAN :

……………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………
………………

……………………………………………
EN. MOHD FAUZI BIN MOHD RAMLI
PENGETUA
SMK BAWONG
31110 SG SIPUT (U) PERAK

TARIKH : ………………………………….

LAMPIRAN 1

7
ATUR CARA
“JOM MADOH SHEKULAH”
PROGRAM INTERVENSI MURID TINGKATAN 1
#SMKBAWONGGEMILANG 2030

MASA AKTIVITI

7.40 Pagi – 9.00 PAGI Pendaftaran Kehadiran


Murid
Ibu Bapa
Wakil guru
Minum Pagi
9.00 PAGI Ketibaan VIP
JPN, PPD, JAKOA
9.30 PAGI Ucapan Aluan Pengacara Majlis

9.40 PAGI Bacaan Doa Pembuka Majlis

9.50 PAGI Ucapan Aluan Pengetua SMK Bawong

10.10 PAGI Ucapan Perasmian Program

10.30 PAGI Penyampaian Cenderahati

11.00 PAGI 1. Sentuhan Kalbu dan Sesi bual bicara bersama Ibubapa dan
Anak -anak ( Dewan Pandak Hamid)
2. Slot Dialog Prestasi bersama JPN, PPD, GB Sekolah Kacapuri
dan JAKOA (Bilik Mesyuarat Kecil )
1.00 PETANG Makan Tengahari dan bersurai

You might also like