Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri,


18000 Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim.
Tel 09 9661915 Email : dba7428@moe.edu.my

Ruj.Kami : SKCP.100-9/6/1 ( )
Tarikh : 16 JULAI 2023
Yang Berusaha Tuan Pengurus,
NY TERUS BINA,
18500 Machang,
Kelantan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KLINIK KEMAHIRAN BOLA SEPAK SEKOLAH


KEBANGSAAN CHUCHOH PUTERI 2023

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Klinik Kemahiran


Bola Sepak peringkat sekolah yang akan diadakan pada 08 Ogos 2023 bagi mencapai KPI
Unit Sukan Sekolah dan Unit Pembangunan Bakat PPD Kuala Krai. Pihak sekolah memohon
sumbangan pihak tuan adalah bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan klinik tersebut
sebagaimana lampiran yang disertakan.

3. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun PIBG SK Chuchoh Puteri atas nama
(Persatuan Ibu Bapa- Guru Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri 18000 Kuala Krai,
Kelantan, No Akaun : 553029000602 (MAYBANK). Semoga permohonan ini
mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan dan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian.

“ MALAYSIA MADANI”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’’

Saya yang menjalankan amanah,

(ZULKIFLY BIN MD ALWAYI)


Guru Besar,
SK Chuchoh Puteri,
18000 Kuala Krai,
Kelantan.

Sk. 1. Fail Derma & Sumbangan


LAMPIRAN

Anggaran Perbelanjaaan

Harga Seunit/ Jumlah


Bil Perkara Kuantiti
Bola sepak RM 420.00
1 RM 70 X 6 unit

Sijil RM 105.00
2 RM 1.50 X 70
Makan tengah hari
Nasi Ayam
RM 6.00 X 70
Air sunquick
3 RM 420.00
Buah tembikai
Agar-agar

RM 100.00
4 Air Mineral RM 10.00 X 10
Jumlah RM 1045.00

You might also like