Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi merupakan kaedah yang pengkaji gunakan untuk menjalankan


penyelidikan dan menentukan cara untuk mendapatkan jawapan permasalahan kajian
dengan tepat dan jitu. Selain itu , metodologi juga membantu untuk pengkaji
memahami dengan lebih jelas tentang perkhidmatan yang terdapat di Hospital Pantai ,
Batu Pahat , Johor serta membuat huraian tentang proses kajian.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN


Sesuatu kajian yang dijalankan haruslah mempunyai reka bentuk kajian. Hal
ini dikatakan demikian kerana , terdapat salah seorang tokoh iaitu Sabitha ( 2006 )
yang menyatakan bahawa , reka bentuk kajian merupakan sesuatu pelan atau tindakan
yang dilakukan oleh seseorang dengan lebih teliti mengenai sesuatu kajian yang
dijalankan. Pengkaji telah memilih kajian tinjauan yang berbentu deskriptif. Di akhir
kajian , hasil kajian yang pengkaji peroleh perlulah berhubung kait dengan persoalan
dan objektif kajian. Dua jenis kajian telah dijalankan iaitu kajian kuantitatif dan
kualitatif. Kajian kuantitatif merupakan kajian yang dijalankan dengan menggunakan
borang soal selidik manakala kajian kualitatif pula adalah berdasarkan pemerhatian

4.1.1 PERSAMPELAN
Persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pengkaji untuk
memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan populasi.
Persampelan merupakan satu proses yang melibatkan sebilangan kecil daripada
keseluruhan populasi untuk dipilih dan dikaji bagi membolehkan kita membuat
generalisasi mengenai populasi itu. Persampelan dalam kajian ini secara rawak mudah
kerana kajian telah dibuat untuk semua pelanggan yang pernah mendapatkan rawatan
kesihatan dan perubatan di Hospital , Batu Pahat , Johor. Seramai 30 orang responden
mengisi borang soal selidik yang diedarkan.

4.2 PENGUMPULAN DATA


Pengumpulan data merupakan salah satu kaedah yang dikumpulkan mengenai
sesuatu perkara . Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaitu data primer dan data
sekunder. Data primer boleh dikatakan data yang dapat diperoleh dari responden
secara bersemuka sama ada melalui kaedah temu bual ataupun soal selidik. Data
sekunder pula adalah data yang diperoleh tanpa bersemuka ataupun bukan secara
langsung tetapi dari data-data yang lepas atau terdahulu untuk tujuan kajian seperti
kajian perpustakaan dan rujukan internet.

4.2.1 DATA PRIMER


Data primer adalah data yang diperoleh dari responden secara secara bersemuka
tentang perkara yang hendak dikaji. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk
mengkaji rawatan kesihatan dan perubatan di Hospital Batu Pahat , Johor.

4.2.1.1 BORANG SOAL SELIDIK


Pengedaran borang soal selidik adalah cara paling efektif untuk mendapatkan
maklumat dengan tepat daripada responden tentang perkara yang hendak dikaji.
Pengkaji telah memilih seramai 30 orang responden telah dipilih yang mendapatkan
rawatan kesihatan dan perubatan di Hospital Pantai , Batu pahat , Johor. Responden
hendaklah menjawab borang soal selidik yang diberi. Pengkaji menyediakan tiga
bahagian dalam borang soal selidik iaitu bahagian A , B dan C
Bahagian A yang terdapat dalam borang soal selidik adalah berkaitan demografi
responden. Pengkaji ingin mengetahui jantina , umur , pekerjaan , status perkahwinan
dan pendapatan . Pada bahagian B pula pengkaji telah menyediakan 5 soalan tentang
pengetahuan am berkenaan kemudahan fizikal yang diterima oleh pesakit di Hospital
Pantai , Batu Pahat , Johor . Seterusnya , pada bahagian C terdapat 8 soalan tentang
tahap kepuasan perkhidmatan di Hospital Pantai, Batu Pahat, Johor. Pengkaji
menyediakan Skala Likert 5 peringkat untuk mengetahui pendapat responden. Skala
Likert bermula dari peringkat 1 iaitu sangat tidak setuju sehingga peringkat 5 iaitu
sangat setuju.

4.2.1.2 KAEDAH PEMERHATIAN


Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan
untuk mengukur ubah penyelidikan. Kaedah ini juga merupakan cara lain yang
berkesan dalam mengumpul maklumat selain soal selidik dan temubual. Kaedah
pemerhatian telah dilakukan oleh pengkaji pada 5 Mei 2024 hingga 8 Mei 2024 pada
jam 3:00 P.M kepada responden yang dipilih iaitu pesakit yang pernah mendapat
rawatan perubatan dan kesihatan di Hospital Pantai , Batu Pahat , Johor.
4.2.2 DATA SEKUNDER
Data sekunder pula adalah data yang diperoleh tanpa bersemuka ataupun
bukan secara langsung tetapi untuk tujuan mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan tajuk kajian serta relevan . Kajian seperti kajian perpustakaan dan rujukan
internet.

4.2.2.1 RUJUKAN INTERNET DAN LAMAN WEB


Rujukan internet dan laman web adalah aspek penting untuk pengkaji
mencari maklumat dengan lebih tepat dan pantas. Pengkaji juga mencari peta lokasi
juga telah ditemui menggunakan kaedah rujukan internet dan laman web.

4.2.2.2 RUJUKAN KEPUSTAKAAN


Perpustakaan juga salah satu kaedah yang berkesan untuk mencari maklumat yang
hendak dikaji. Terdapat buku-buku dan jurnal-jurnal yang terdapat di perpustakaan
dapat membantu pengkaji mencari maklumat dengan lebih tepat mengikut pendapat
tokoh.

4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA


Teknik penganalisaan data merupakan cara mencari , mengumpulkan dan mengolah
data tersebut menjadi informasi dengan lebih tepat. Teknik analisis data digunakan
oleh seorang peneliti untuk mengolah data menjadi satu informasi. Kajian ini telah
menggunakan kaedah deskriptif untuk menganalisis data responden berdasarkan
borang soal selidik yang telah diedarkan dan dijawab oleh 30 orang responden. Data
yang diperoleh akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual serta graf.
Kaedah menilai jawapan responden menggunakan skala likert lima peringkat
digunakan oleh pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Pantai , Batu Pahat ,
Johor. Rajah 4.3 dibawah merupakan skala likert 5 peringkat yang diisi oleh
responden untuk menentukan tahap penilaian mereka terhadap perkara yang dikaji.

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Setuju

Jadual 4.3 menunjukkan Skala Likert 5 peringkat

You might also like