SST - Penyelenggeraan Dapur

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN MELABAN

PPD LUBOK ANTU


95900 LUBOK ANTU
Emel : 1GOVUC\ybb2305.edu
SARAWAK

Ruj. Kami : SKMELLA 400-3/9/2 ( )


Tarikh : MEI 2023
SARAWAK

Tuan,

SURAT SETUJU TERIMA BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH


DAPUR DI SK MELABAN, LUBOK ANTU.
NILAI TAWARAN: RM
NO. SEBUTHARGA:

Dengan segala hormatnya Jawatankuasa Rundingan Terus di Sekolah Kebangsaan


Melaban bertarikh 03.05.2023 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa syarikat tuan telah disetuju terima oleh Ahli
Jawatankuasa Rundingan Terus bagi SURAT SETUJU TERIMA BAGI KERJA-KERJA
PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH DAPUR DI SK MELABAN, LUBOK ANTU
dengan nilai tawaran Ringgit Malaysia Sahaja.

3. Tawaran ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

i. Tempoh pelaksanaan ini ialah mulai hingga ( minggu). Sekiranya pihak kontraktor
gagal menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam tempoh yang ditetapkan pejabat ini
akan menyenarai hitamkan syarikat yang berkenaan.

ii. Tempoh tanggungan kecacatan “Defect Reliability Period” kerja-kerja ini ialah selama
(6 bulan /12 bulan) dari tarikh kerja diperakukan siap. Dalam tempoh ini apa-apa
kecacatan kerja disebabkan kecuaian kontraktor hendaklah dibuat oleh kontraktor
tanpa apa-apa bayaran dari sekolah ini.

iii. Harga dan spesifikasi jenis kerja yang ditawarkan hendaklah mengikut harga dan
spesifikasi sedia ada seperti di BQ yang telah dipersetujui oleh Pihak Kontraktor
dan Pihak SK Melaban.

iv. Tidak dibenarkan membuat apa-apa perubahan kepada spesifikasi kerja yang boleh
menyebabkan perubahan kepada mutu serta kualiti kerja yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah ini.

v. Tidak dibenarkan membuat apa-apa perubahan kepada tawaran harga jenis kerja
yang boleh menjejaskan jumlah harga tawaran tanpa persetujuan daripada pihak
sekolah ini.
Ruj. Kami : SKMELLA 400-3/3/0/2 ( )
Tarikh : Mei 2023
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SURAT SETUJU TERIMA BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH
DAPUR DI SK MELABAN, LUBOK ANTU.
NILAI TAWARAN: RM
NO. SEBUTHARGA:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

vi. Syarikat hendaklah memiliki pekerja serta peralatan yang mencukupi.

vii. Syarikat hendaklah berdaftar dengan CIDB Malaysia / Pusat Khidmat sepanjang
tempoh kontrak.

4. Jawatankuasa Rundingan Terus berhak menamatkan kontrak sekiranya mana-mana


syarat di para 3(i) hingga para 3(vii) tidak dipatuhi oleh pihak tuan.

5. Sekiranya pihak tuan bersetuju untuk mengikat Perjanjian Kontrak ini, pihak tuan
dikehendaki:

i. Dalam tempoh empat belas (14 hari) dari tarikh surat ini, menandatangani setuju
terima Kontrak dengan mengembalikan salinan asal surat ini kepada pejabat ini.

6. Surat setuju terima ini dihantar kepada tuan dalam dua (2 salinan). Sila kembalikan
surat asal setuju terima bersama-sama borang persetujuan di Lampiran A, C dan Surat
Setuju Terima yang perlu ditandatangani dan disaksikan dengan sempurnanya di tempat
yang sesuai dalam tempoh empat belas (14 hari) dari tarikh surat ini ke pejabat ini
manakala satu salinan lagi adalah untuk simpanan tuan.

7. Sekiranya dalam tempoh empat belas (14 hari) dari tarikh surat ini, pihak tuan tidak
mengembalikan surat asal setuju terima tersebut, pejabat ini menganggap pihak tuan tidak
berminat menerima tawaran ini dan kerajaan boleh menamatkan atau membatalkan surat
setuju terima ini dan tidak terikat dengan sebarang obligasi.

8. Atas kerjasama serta tindakan segera yang tuan berikan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ALEXANDER PATRICK ANAK URING)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Melaban
Lubok Antu.
an/APU – SST Perolehan

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”
LAMPIRAN A

Nama Kontrak : SURAT SETUJU TERIMA BAGI KERJA-KERJA


PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH DAPUR
DEWAN SK MELABAN, LUBOK ANTU.

No.Sebutharga :

Nama Kontraktor :

Alamat :

Nilai Sebutharga :

Tempoh Sebutharga :

Harga dan Spesifikasi : SEPERTI YANG TELAH DIPERSETUJUI OLEH


PIHAK KONTRAKTOR
LAMPIRAN C

YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, DENGAN INI MENGAKUI


PENERIMAAN SURAT TERSEBUT DI ATAS, SALINAN YANG MANA
TELAHPUN DISIMPAN DAN MENGESAHKAN BAHAWA SETELAH MENELITI
SEMUA MAKLUMAT YANG TERSEBUT DI ATAS, MAKA DENGAN INI SAYA
BERSETUJU MENERIMA TAWARAN INI:-

SURAT SETUJU TERIMA BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN


BAIKPULIH DAPUR DEWAN MAKAN DI SK MELABAN, LUBOK ANTU.
NILAI TAWARAN: RM
NO. SEBUTHARGA:

……. ……………………………… ……………………………………………


(Tandatangan Kontraktor ) ( Tandatangan Saksi )

Nama Kontraktor :………………………… Nama Saksi : ……………………………

No. K/P :……………………………… No.K/P:……………………………………

Tarikh :……………………………… Tarikh : ……………………………………

Nama, Alamat & Cap Syarikat :


……………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………..

No. Tel : ………………………… No. Faks : ………………………………

Nama dan Alamat Bank :


……………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………….

No. Akaun Bank : ……………………………………………………………….

You might also like