Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

[2018] 1 PIR [47] 459

1
Muhamad Faiz Akmal bin Muhamad Azhar
(seorang budak mendakwa melalui
bapanya, Muhamad Azhar bin Abu Hasaan,
5 sebagai wakil sahabat)
v
Mohd Rafi Izzuddin bin Khairul Anuar & Anor
(Muhamad Azhar bin Abu Hasaan – Third Party)
10

Magistrate’s Court, Kulim – Summons No. A73KJ-32-1-2014


Manomani Ramanathan mag

[47] Quantum – Lower limb – Degloving injury over right ankle with extensor
15
tendon cut, tendon loss, dorsalis pedis artery cut and deep peroneal nerve cut – Open
fracture neck of right talus – Skin – Split skin graft over right forearm and right
foot – Upper limb – Closed comminuted fracture of right radius and ulna – Closed
fracture of right fourth and fifth metacarpal bone and proximal of right little finger
– Closed fracture of right scapula – Multiple puncture wounds over dorsum of right
20 middle and ring fingers – Open fracture proximal phalanx of right ring finger –
Multiple ugly scars

Date of accident
July 29, 2012
25
Date of grounds of judgment
January 31, 2016

Judgment received
30 April 18, 2018

Brief description of plaintiff’s injuries


1. Closed comminuted fracture of the right radius and ulna
2. Closed fracture of the right fourth and fifth metacarpal bone and proximal
of the right little finger
35
3. Closed fracture of the right scapula
4. Degloving injury over the right ankle with extensor tendon cut, tendon
loss, dorsalis pedis artery cut and deep peroneal nerve cut
5. Multiple puncture wounds over the dorsum of the right middle and ring
fingers
40 6. Open fracture neck of the right talus
7. Open fracture proximal phalanx of the right ring finger
460 Personal Injury Reports [2018] 1 PIR [47]

Disabilities 1

1. Dislocation of the right ankle


2. Multiple ugly scars
(a) 2 cm healed scar over the right ankle
(b) 12 cm x 1 cm (tramline appearing keloid scar) over the right forearm 5
(c) 13 cm x 2 cm skin grafter scar over the dorsum of the right forearm
3. Numbness at the dorsum of the foot
4. Pain in the right ankle
5. Split skin graft over the right forearm and right foot
10
Plaintiff’s age
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA

Plaintiff’s occupation
15
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA

Plaintiff’s earnings
(a) As at date of accident : NA
20
(b) As at date of hearing : NA

Liability
90% against the defendants; claim against third party, dismissed

Award (Based on 100% liability) 25

1. General damages
(a) Closed comminuted fracture of the right
radius and ulna – RM20,000.00
(b) Closed fracture of the right fourth and fifth
metacarpal bone and proximal of the right 30
little finger – RM 8,000.00
(c) Closed fracture of the right scapula – RM10,000.00
(d) Degloving injury over the right ankle with
extensor tendon cut, tendon loss, dorsalis
pedis artery cut and deep peroneal nerve cut – RM15,500.00
35
(e) Multiple puncture wounds over the dorsum
of the right middle and ring fingers – RM 2,000.00
(f) Multiple ugly scars (2 cm healed scar over the
right ankle, 12 cm x 1 cm (tramline appearing
keloid scar) over the right forearm and
13 cm x 2 cm skin grafter scar over the 40
dorsum of the right forearm) – RM 6,000.00
Muhamad Faiz Akmal bin Muhamad Azhar v
Mohd Rafi Izzuddin bin Khairul Anuar & Anor
(Muhamad Azhar bin Abu Hasaan – Third party)

[2018] 1 PIR [47] Manomani Ramanathan mag 461

1 (g) Open fracture neck of the right talus with


dislocation of the ankle (Note: The plaintiff
as a result suffers from numbness at the
dorsum of the foot and pain in the ankle) – RM15,000.00
5 (h) Open fracture proximal phalanx of the right
ring finger – RM 8,000.00
(i) Split skin graft over the right forearm and
right foot – RM 8,500.00

2. Special damages
10
(a) Arm pouch (agreed) – RM 17.00
(b) Bill from Farmasi Bertam (agreed) – RM 45.60
(c) Cost of future surgery (removal of implant)
(1/3 x RM8,000.00) – RM 2,667.00
(d) Damage to clothing and shoes (agreed) – RM 50.00
15 (e) Damage to helmet (agreed) – RM 40.00
(f) Discharge cost (agreed) – RM 100.00
(g) Pain and suffering during future surgery – RM 3,000.00
(h) Receipt from Ad General Supplies (agreed) – RM 45.00
(i) Repairs to motorcycle (agreed) – RM 100.00
(j) Travelling expenses (agreed) – RM 200.00
20
(k) Travelling expenses incurred by the plaintiff’s
family whilst visiting the plaintiff at the
hospital (agreed) – RM 300.00

Note
25 1. An appeal was lodged by the defendants at the High Court, Alor Setar in
Civil Appeal No. 11(B)NCvC-101-12/2015 against the whole of the decision
of the Magistrate’s Court.
2. The High Court on May 3, 2016 dismissed the appeal with costs of
RM2,500.00 each to the plaintiff and the third party.
30
Interest
(a) 2.5% per annum on special damages from date of accident until date of
judgment.
(b) 5% per annum on general damages from date of service of writ until date
35
of judgment.
(c) 5% per annum on total judgment sum from date of judgment until date
of full settlement.

Cases referred to by the court


Abu Bakar b Yeop v Jeeva a/l Subramaniam [2015] 1 PIR [25], mc
40
Alias b Idris v Pram Chat a/l Eh Yan & Anor [2012] 2 PIR [2], sc
Basiron b Mustafa v Ema Ukhtiah bt Zakaria [2015] 2 PIR [30], sc
Faizul b Salleh & Anor v Lim Kooi Seng & Anor [2011] 2 PIR [31], sc
462 Personal Injury Reports [2018] 1 PIR [47]

Farizal Anuar b Arisfathilah v Sa’adiah bt Mohd Said [2014] 1 PIR [51], sc 1


Krishnan a/l Krishnan & Anor v Fauzi b Ahmad & Anor [2012] MLJU 713, sc
Musa b Jusoh v Mazlan b Bidin & Anor [2009] 1 PIR [8], sc
Ngui Hock Seng & Anor v Thangakumar Subramaniam & Anor [2014] 1 LNS
1093, HC 5
Teo Peik Ngee v Saidi b Muda & Anor [2010] 1 PIR [10], sc
Yeap Thean Keat v Hoh Yin May & Anor [2015] 1 PIR [74], sc

Other references
Compendium of Personal Injury Awards (Revised as at April 17, 2014) 10

Solicitors
Baldev Singh Bhar (Syarikat Baldev Bhar) for plaintiff
Thannarasu Periakaruppan (Shan & Su) for defendants
Pamela Vijayrani & Co for third party
15

Manomani Ramanathan mag

Tarikh kemalangan
Julai 29, 2012
20
Tarikh penghakiman
November 30, 2015

Kecederaan
1. Open fracture on the right ankle of neck talus with ankle dislocation 25
2. Degloving injury to the right ankle with cut all extensor tendon, tendon
loss, dorsalis pedis artery cut, deep peroneal nerve cut
3. Closed fracture of the right hand of fourth and fifth metacarpal bone
together with proximal of the right little finger
4. Open fracture of proximal phalanx right ring finger
30
5. Right hand multiple puncture wound over dorsum of the right middle
and ring fingers
6. Closed comminuted fracture of the right ulna and radius
7. Closed fracture of the right scapula
8. Split skin graft of the right forearm and right foot
9. Multiple ugly scars 35

Ketidakupayaan
1. Ankle pain and joint stiffness
2. Numbness of the dorsum of the foot
40
Liabiliti
Defendan bertanggungan liabiliti sebanyak 90%
Plaintif cuai sumbang sebanyak 10%
Muhamad Faiz Akmal bin Muhamad Azhar v
Mohd Rafi Izzuddin bin Khairul Anuar & Anor
(Muhamad Azhar bin Abu Hasaan – Third party)

[2018] 1 PIR [47] Manomani Ramanathan mag 463

1 Tuntutan pihak ketiga


Ditolak dengan kos

Notis rayuan
5 Defendan telah memfailkan notis rayuan pada Disember 8, 2015 terhadap
keseluruhan keputusan.

Tuntutan plaintif

[1] Plaintif dalam kes ini menuntut gantirugi am dan khas terhadap
10
defendan akibat daripada kemalangan jalanraya yang berlaku pada Julai
29, 2012 antara motorsikal plaintif No. PBK 2258 dan motorsikal defendan
No. PDH 8205.

Versi plaintif
15
[2] Menurut plaintif dalam laporan polis yang dibuat pada November 8,
2012, plaintif menyatakan bahawa pada Julai 30, 2012 jam lebih kurang 2200
sedang menunggang motorsikal No. PBK 2258 dalam perjalanan dari rumah
di Taman Serai Wangi ke rumah kawan di Taman Lagenda melalui jalan utama
Taman Lagenda. Apabila sampai di jalan utama Taman Lagenda, tiba-tiba
20
sebuah motorsikal No. PDH 8205 yang datang dari arah yang sama telah
bergesel dengan motorsikal plaintif pada bahagian kanan. Ini menyebabkan
motorsikal plaintif hilang kawalan lalu jatuh. Akibat dari kemalangan ini
plaintif mengalami kecederaan dan menjalani rawatan di hospital.

25 Versi defendan

[3] Menurut laporan polis defendan yang dibuat pada November 26,
2012 defendan menyatakan bahawa pada Julai 29, 2012 jam lebih kurang
10.00 malam defendan pertama sedang menunggang motorsikal No. PDH
8205 dari kawasan perumahan Taman Lagenda menuju ke jalan utama Taman
30
Lagenda. Tiba-tiba sebuah motorsikal No. PBK 2258 yang datang dari arah
simpang sebelah kiri lalu membelok masuk ke laluan defendan pertama
dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan motorsikalnya. Akibat
dari kemalangan tersebut defendan pertama mengalami kecederaan dan
mendapat rawatan di hospital.
35
Keterangan di hadapan mahkamah

[4] Plaintif dalam kes ini telah mengemukakan tiga orang saksi untuk
membuktikan tuntutanya. Saksi pertama adalah pegawai penyiasat Sarjan
Mohd Fauzi bin Abu Bakar. Menurut SP1 beliau telah pergi ke tempat kejadian
40 dan melukis rajah kasar. Arah perjalanan motorsikal No. PBK 2258 dan
No. PDH 8205 menurut hasil siasatan SP1 adalah dari arah yang sama iaitu
dari arah bawah ke atas rajah kasar. Kerosakkan motorsikal plaintif No. PBK
464 Personal Injury Reports [2018] 1 PIR [47]

2258 adalah penghadang angin kanan pecah dan mudguard depan bercalar 1
manakala motorsikal defendan No. PDH 8205 mengalami kerosakkan penutup
handle pecah, meter pecah, penghadang angin sebelah kanan dan lampu
besar pecah. Hasil siasatan SP1 telah memutuskan kes ini rujuk kepada pihak
insurans (“RTI”). Semasa pemeriksaan balas SP1 telah menyatakan pergi ke 5
tempat kejadian bersama plaintif pada jam 11.00 pagi hari laporan pertama
dibuat. Tiada kesan kemalangan di tempat kejadian. Peguam defendan
menyatakan bahawa terdapat satu simpang di kawasan kemalangan yang
SP1 tidak melukis namun SP1 tidak setuju dengan cadangan peguam serta
menyatakan tiada simpang di kawasan tersebut. Dalam kes ini juga tiada saksi
10
bebas. Menurut SP1 lagi arah perjalanan ditentukan berdasarkan laporan
polis masing-masing. Selain itu terdapat kelewatan di pihak plaintif dan
defendan dalam membuat laporan polis. Hasil siasatan SP1 menunjukkan
plaintif dan defendan mengalami kecederaan dan menyebabkan mereka
membuat laporan polis lewat. SP1 dalam kes ini hanya rakaman keterangan
plaintif dan defendan gagal dihubungi. SP1 juga sahkan plaintif dan defendan 15
dalam kes ini tiada lesen menunggang pada masa kejadian. SP1 memutuskan
kes ini RTI kerana tidak dapat pastikan pihak mana yang menjadi punca
berlakunya kemalangan ini.

[5] Saksi seterusnya adalah plaintif (“SP2”). Menurut SP2 motorsikal


20
defendan No. PDH 8205 datang dari arah yang sama. Semasa SP2 memberi
keterangan di mahkamah beliau menyatakan sedang menunggang motorsikal
dari rumah di Taman Serai Wangi menuju ke arah jalan utama Taman Lagenda.
Apabila sampai di Jalan Utama, Taman Lagenda motorsikal defendan datang
dari arah yang sama dan bergesel di sebelah kanan motorsikal plaintif.
Pergeselan tersebut menyebabkan plaintif hilang kawalan dan jatuh. 25

[6] Semasa pemeriksaan balas SP2 akui bahawa pada masa kejadian beliau
tidak mempunyai lesen menunggang dan beliau menyatakan walaupun tiada
lesen namun SP2 pandai menunggang motorsikal. Peguamcara defendan
juga telah menyoal berapa kelajuan motorsikal plaintif pada masa kejadian. 30
SP2 menyatakan beliau menunggang pada kelajuan 40 km/j dan pertama
kali telah melihat motorsikal defendan pada jarak 30 hingga 40 kaki. SP2
menyatakan beliau tidak tahu sama ada motorsikal defendan datang dari
arah kanan namun hanya menyedari kehadiran motorsikal defendan semasa
perlanggaran.
35
[7] Menurut SP2 lagi motorsikal defendan bergesel bahagian depan iaitu
“handle” motorsikal. SP2 juga menyatakan beliau tidak mendengar bunyi
motorsikal defendan. Seterusnya peguamcara defendan telah merujuk
gambar tempat kejadian yang diambil oleh saksi defendan. Menurut SP2
gambar tersebut iaitu eks D9 adalah tempat kejadian namun kemalangan 40
berlaku di depan dari tempat yang ditunjukkan dalam gambar. SP2 juga
menyatakan menurut rajah kasar beliau menunggang di lorong A3 dan apabila
Muhamad Faiz Akmal bin Muhamad Azhar v
Mohd Rafi Izzuddin bin Khairul Anuar & Anor
(Muhamad Azhar bin Abu Hasaan – Third party)

[2018] 1 PIR [47] Manomani Ramanathan mag 465

1 motorsikal datang dari kanan SP2 ada mengelak sebanyak 2 kaki dan selepas
perlanggaran motorsikal jatuh di tempat kejadian. SP2 juga setuju beliau
tidak menyatakan perkara mengenai tindakan mengelak kemalangan dalam
laporan polis. Semasa pemeriksaan semula plaintif sekali lagi menyatakan
5 motorsikal defendan datang dari arah belakang dan bergesel dengan “handle”
kanan motorsikal plaintif.

[8] Defendan telah mengemukakan dua orang saksi. SD1 adalah defendan
pertama, Mohd Rafi. Menurut SD1 pada hari kejadian sedang menunggang
motorsikal No. PDH 8205 dari kawasan perumahan Taman Lagenda menuju
10
ke jalan utama Taman Lagenda. Apabila sampai di simpang masuk jalan utama
Taman Lagenda, tiba-tiba motorsikal plaintif yang datang dari simpang kiri lalu
membelok masuk ke laluan SD1 dan melanggar di bahagian hadapan sebelah
kanan motorsikal SD1. SD1 juga menyatakan gambar yang dikemukakan
oleh SP1 iaitu eks P2 bukan tempat kejadian ia perlu lebih ke hadapan lagi
15 dan sahkan bahawa eks D9 adalah tempat kejadian.

[9] Semasa pemeriksaan balas oleh peguamcara plaintif, SD1 menyatakan


ada memberitahu kepada pegawai penyiasat berkenaan tempat kejadian.
SD1 juga menyatakan beliau ada menghubungi SP1 dan keterangan Sarjan SP1
adalah bohong. Menurut SD1 beliau telah pergi ke balai polis untuk membuat
20
laporan polis. Apabila disoal kenapa terdapat kelewatan selama empat bulan
dalam membuat laporan polis, SD1 menyatakan beliau telah masuk hospital
selama satu minggu dan kemudian tidak berapa sihat kerana cedera di
kepala. SD1 juga menyatakan beliau tidak memakai topi keledar pada masa
kemalangan dan tidak memiliki lesen menunggang. SD1 juga menyatakan
25 ada melihat rajah kasar selepas membuat laporan polis di mana Sarjan ada
menunjukkan kepada beliau dan ada memaklumkan rajah kasar tidak betul
kepada peguam. SD1 setuju SP1 ada menunjukkan gambar tempat kemalangan
dan menyatakan beliau tidak menafikan gambar tempat kemalangan kepada
SP1 dan akui bahawa gambar eks P2 adalah tempat kejadian. SD1 menafikan
30
bahawa SD1 datang dari belakang dan bergesel “handle” motorsikal plaintif.

[10] Semasa pemeriksaan semula SD1 menyatakan bahawa gambar eks P2


adalah gambar tempat kemalangan namun telah dirakam dari arah yang
berlainan. Menurut SD1 tempat kemalangan juga telah ditunjuk kepada
adjuster. SD1 juga menyatakan bahawa beliau lewat membuat laporan polis
35 kerana anggap kes ini telah selesai.

[11] Peguamcara plaintif telah memohon kebenaran mahkamah untuk


memeriksa balas berkenaan alasan kelewatan dan mahkamah ini benarkan
permohonan lisan plaintif. Apabila peguamcara plaintif menyoal kenapa
40
memberitahu kes ini selesai, SD1 menyatakan kerana sudah lambat dan tiada
tuntutan dibuat. Laporan polis dibuat oleh SD1 setelah mendapati terdapat
tuntutan dan bapa kepada plaintif ada jumpa bapa SD1.
466 Personal Injury Reports [2018] 1 PIR [47]

[12] Saksi defendan kedua adalah Ong Wueh Lam (“SD2”), penyelaras. 1
Menurut SD2 beliau telah dilantik untuk menyiasat kemalangan ini dan telah
membawa SD1 pergi ke tempat kejadian. Tempat kemalangan telah ditunjuk
oleh defendan dan dirakam pada Julai 13, 2015. Saksi ini telah dipanggil
semula untuk kemukakan gambar asal tempat kejadian. Semasa SD2 dipanggil 5
semula, SD2 menyatakan bahawa telah membawa SD1 ke tempat kejadian
pada Julai 20, 2015. SD2 juga akui tidak jumpa plaintif dan pegawai penyiasat
kes ini. SD2 juga setuju beliau tidak mendapat pengesahan daripada pegawai
penyiasat berkenaan tempat kejadian. Apabila disoal oleh peguamcara plaintif
kenapa tidak jumpa pegawai penyiasat kerana terdapat percanggahan arah
10
perjalanan saksi SD2 tidak memberi jawapan. SD2 setuju dengan peguamcara
plaintif bahawa sekiranya jumpa dengan pegawai penyiasat beliau dapat
maklumat berkenaan bagaimana kemalangan berlaku. Semasa pemeriksaan
semula SD2 menyatakan bahawa beliau tidak dapat jumpa dengan pegawai
penyiasat kerana tidak dapat temujanji dengan SP1.
15
[13] Saksi SP1 telah dipanggil semula oleh peguamcara plaintif. Semasa
SP1 memberi keterangan semula, beliau menyatakan bahawa beliau tidak
pernah cakap dengan defendan pertama. SP1 juga menyatakan defendan ada
memberitahu tentang tempat kemalangan berlaku semasa membuat laporan
polis. SP1 ada cuba hubungi defendan tetapi gagal. SP1 juga menyatakan
20
beliau tidak pernah menunjukkan rajah kasar kepada SD1 dan SP1 tidak
jumpa SD1 selepas dari tarikh laporan polis dibuat oleh defendan pertama.
Semasa pemeriksaan balas SP1 menyatakan bahawa kebarangkalian defendan
pertama mungkin hadir ke balai namun beliau mungkin tiada di balai polis
pada ketika itu dan terdapat kebarangkalian tempat berlaku kemalangan
adalah berbeza. Semasa pemeriksaan semula SP1 sahkan tiada apa-apa nota 25
ditinggalkan oleh defendan pertama kepada SP1 dan setuju defendan pertama
tidak memberitahu tempat tetap kemalangan berlaku di dalam kes ini.

[14] Saksi pihak ke tiga ialah Muhamad Azhar (“SP3”). SP3 adalah bapa
kepada plaintif. Menurut SP3 pada masa kejadian beliau berada di surau 30
untuk menunaikan solat tarawih kerana pada ketika itu adalah bulan puasa.
Beliau mendapat tahu berkenaan kemalangan ini melalui panggilan telefon
dari ahli keluarga. SP3 juga menyatakan beliau tidak memberi kebenarkan
kepada sesiapa untuk menggunakan motorsikal pada Julai 29, 2012. SP3 juga
tiada sebarang pengetahuan bahawa plaintif telah menunggang motorsikal
dan beliau menyatakan beliau tidak benarkan ahli keluarga yang bawah 35
umur untuk menunggang motorsikal tanpa kebenaran SP3. Kunci motorsikal
SP3 simpan di dalam biliknya dan hanya SP3 mempunyai akses kepada
kunci tersebut. Semasa pemeriksaan balas SP3 menyatakan motorsikal
yang ditunggang oleh SP2 adalah miliknya dan pada ketika itu SP2 adalah
di bawah jagaan SP3. SP3 juga menyatakan beliau tidak pernah melihat 40
anaknya menunggang motorsikal dan beliau juga tidak membuat laporan
polis kerana anak telah mengambil kunci motorsikal.
Muhamad Faiz Akmal bin Muhamad Azhar v
Mohd Rafi Izzuddin bin Khairul Anuar & Anor
(Muhamad Azhar bin Abu Hasaan – Third party)

[2018] 1 PIR [47] Manomani Ramanathan mag 467

1 Dapatan mahkamah

[15] Dalam kes ini penyata tuntutan plaintif menyatakan kemalangan


berlaku pada Julai 29, 2012 manakala laporan polis plaintif serta keterangan
saksi plaintif menyatakan kemalangan berlaku pada Julai 30, 2012. Laporan
5
perubatan Hospital Kulim, laporan pakar dan keterangan saksi defendan
menunjukkan kemalangan berlaku pada Julai 29, 2012. Pihak-pihak juga
tidak membangkitkan apa-apa bantahan terhadap tarikh kemalangan. Maka
berdasarkan kertas kausa dan eksibit di mahkamah tarikh kemalangan adalah
pada Julai 29, 2012. Dengan ini mahkamah telah meneliti rajah kasar yang
10 dikemukakan oleh pegawai penyiasat SP1.

[16] Dalam kes ini rajah kasar yang dilakarkan oleh SP1 adalah kosong
di mana tiada apa-apa tandaan atau serpihan kaca. Hal ini kerana SP1 telah
melihat laporan polis pertama lewat. Maka liability pihak-pihak ditentukan
15
berdasarkan siasatan yang dilaksanakan oleh pegawai penyiasat dan
keterangan saksi plaintif serta defendan.

[17] Apabila meneliti keterangan saksi plaintif dan defendan mahkamah


ini mendapati kedua-dua pihak telah membuat laporan polis lewat iaitu
plaintif lewat selama tiga bulan lapan hari manakala defendan lewat selama
20 tiga bulan 26 hari. Plaintif telah menyatakan bahawa beliau lewat membuat
laporan polis kerana mengalami kecederaan dan fakta ini disokong dengan
laporan perubatan hospital kerajaan dan swasta. Manakala defendan
pertama pada mulanya menyatakan beliau juga cedera dan telah dimasukkan
ke hospital selama seminggu. Semasa pemeriksaan semula defendan pertama
25 menyatakan beliau lewat membuat laporan polis kerana beranggapan kes
ini telah selesai di mana tiada tuntutan. Apabila didapati terdapat tuntutan
serta bapa plaintif ada menjumpa bapa defendan pertama maka defendan
pertama telah membuat laporan polis. Maka laporan awal adalah daripada
pihak plaintif.
30 [18] Seterusnya apabila meneliti keterangan saksi plaintif di mahkamah,
mahkamah ini telah meneliti “demenour” saksi plaintif semasa menerangkan
bagaimana kemalangan ini berlaku, ia adalah menyakinkan. Menurut
keterangan SP1 motorsikal plaintif mengalami kerosakkan penghadang
angin kanan pecah dan mudguard depan bercalar. Manakala motorsikal
35 defendan pertama mengalami kerosakkan penutup handle pecah, meter pecah,
penghadang angin sebelah kanan pecah dan lampu besar pecah. Keterangan
SP2 berkenaan bagaimana kemalangan berlaku iaitu defendan pertama yang
datang dari arah belakang bergesel di handle bahagian kanan motorsikal
plaintif menyebabkan plaintif hilang kawalan dan jatuh adalah selari dengan
kerosakkan motorsikal plaintif dan defendan. Mahkamah mendapati versi
40
plaintif adalah lebih meyakinkan kerana kerosakkan motorsikal plaintif
lebih ringan kerana defendan telah bergesel dan bukan langgar. Akibat
468 Personal Injury Reports [2018] 1 PIR [47]

pergeselan tersebut motorsikal plaintif hilang kawalan dan jatuh. Versi ini 1
adalah munasabah. Motorsikal defendan pertama juga mengalami kerosakkan
teruk kerana terdapat kemungkinan selepas pergeselan motorsikal defendan
pertama hilang kawalan dan jatuh. Impak perlanggaran dan kesan jatuh dapat
dilihat melalui kerosakkan kenderaan. 5

[19] Dalam kes ini terdapat isu berkenaan tempat kemalangan berlaku
yang diambil gambar dan dilakar dalam rajah kasar oleh SP1. Menurut
pihak defendan melalui penyelaras mendapati kawasan kemalangan adalah
di bahagian berdekatan simpang. Manakala siasatan polis menunjukkan tiada
10
simpang di kawasan kemalangan. Saksi defendan SD2 iaitu penyelaras telah
hadir dan menyatakan telah membawa defendan pertama ke tempat kejadian
dan gambar dirakam berdasarkan arahan defendan pertama. Rajah kasar
dan gambar pihak polis adalah tidak sama dengan yang telah disiasat oleh
SP1. Namun SD2 tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghubungi
pegawai penyiasat untuk mendapat kepastikan tentang percanggahan 15
ini. Selain daripada itu siasatan oleh pihak penyeleras adalah selepas kes
ini dimulakan bicara dan selepas pegawai penyiasat memberi keterangan
di mahkamah. Apabila disoal pada defendan pertama beliau pula menyatakan
telah melihat rajah kasar sebelum ini yang ditunjukkan oleh pegawai penyiasat.
Defendan pertama juga telah memaklumkan bahawa percanggahan tempat
20
kemalangan telah dimaklumkan kepada pegawai penyiasat dan peguam.

[20] Peguamcara plaintif telah memangil semula pegawai penyiasat untuk


memberi keterangan di mahkamah. Semasa SP1 memberi keterangan semula
beliau menyatakan tidak menjumpa defendan pertama selepas defendan
pertama membuat laporan polis. Rajah kasar juga tidak pernah ditunjuk 25
kepada SD1. SP1 telah cuba hubungi SD1 namun tiada jawapan. Berdasarkan
fakta dan keterangan dihadapan mahkamah, saya mendapati walaupun
defendan menafikan tempat kemalangan yang ada berdekatan simpang
namun fakta tersebut tidak dapat dibuktikan. Selain daripada itu keterangan
SD1 di mahkamah terdapat percanggahan dengan saksi pegawai penyiasat. 30
Maka wujud keraguan pada keterangan SD1 di mahkamah berkenaan versi
kemalangan ini berlaku.

[21] Saksi defendan juga iaitu SD2 tidak dapat memberi justifikasi kenapa
perkara ini tidak dirujuk kembali kepada pegawai penyiasat dan kenapa dibuat
selepas SP1 telah memberi keterangan. Selain daripada itu saksi pegawai 35
penyiasat SP1 adalah saksi yang netural, yang tidak berkepentingan dalam
kes ini. Melainkan terdapat fakta atau perkara yang bercanggah tiada alasan
untuk mahkamah ini tidak menerima keterangan SP1. Maka mahkamah
menerima rajah kasar dan gambar yang dikemukakan sebagai eksibit
di mahkamah sebagai tempat kejadian. Fakta ini secara tersiratnya menyokong 40
versi plaintif bahawa kemalangan telah berlaku di kawasan seperti yang
disiasat oleh SP1 dan dilaporkan oleh SP2.
Muhamad Faiz Akmal bin Muhamad Azhar v
Mohd Rafi Izzuddin bin Khairul Anuar & Anor
(Muhamad Azhar bin Abu Hasaan – Third party)

[2018] 1 PIR [47] Manomani Ramanathan mag 469

1 [22] Berdasarkan versi plaintif yang mahkamah mendapati munasabah,


mahkamah ini mendapati defendan pertama telah mewujudkan satu situasi
kecemasan dan merbahaya kepada plaintif iaitu dengan bergesel pada
handle motorsikal plaintif dan menyebabkan plaintif hilang kawalan lalu
5 jatuh. Berdasarkan alasan-alasan di atas mahkamah ini telah memutuskan
defendan-defendan bertanggungan liability sebanyak 90%.

[23] Manakala mahkamah ini juga mendapati plaintif cuai sumbang


sebanyak 10% kerana pada masa kemalangan plaintif berusia 15 tahun dan
tiada lesen menunggang. Walaupun faktor tiada lesen adalah bukan secara
10
am dasar untuk menentukan liabiliti namun mahkamah ini mendapati sedikit
sebanyak ia menyumbang kepada kemalangan ini. Saya merujuk kes Krishnan
a/l Krishnan & Anor v Fauzi b Ahmad & Anor [2012] MLJU 713 di mana hakim
Mahkamah Sesyen menyatakan bahawa:

15 Plaintif pertama juga tiada lesen memandu. Beliau tidak sepatutnya berada diatas
jalanraya kerana ia akan membahayakan dirinya sendiri dan pengguna-pengguna
jalanraya yang lain. Plaintif pertama belum teruji kecekapannya menunggang di atas
jalanraya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan sudah tentu beliau tidak mahir
dengan undang-undang jalanraya.

20 [24] Saya juga merujuk kes Ngui Hock Seng & Anor v Thangakumar Subramaniam
& Anor [2014] 1 LNS 1093 di mana hakim Mahkamah Tinggi memutuskan:

Adalah tugas hakim bicara dalam tindakan ini untuk melihat jika terdapat perlakuan
sumbangan kecuaian berkaitan kemalangan oleh pihak-pihak terlibat. Peguamcara
perayu menghujahkan umur perayu dan perayu yang tiada lesen memandu tidak
25 boleh menjadi keterangan untuk mengatakan sumbangan liabiliti perayu kepada
kemalangan. Mahkamah bersetuju dengan hujahan tersebut di atas dasar am, tetapi
dalam kes ini perayu berumur 15 tahun, menunggang di jalanraya yang sibuk,
menunggang pada malam hari (kemalangan jam 12.50 malam) dan tiada lesen
memandu. Umur yang begitu muda dan tanpa latihan pemanduan/menunggang
sedikit sebanyak akan menyumbang kepada kekurangan keupayaan dan kecekapan
30
pemanduan dan respond pemandu/penunggang dalam situasi kecemasan.

[25] Maka dalam kes ini plaintif hanya berusia 15 tahun dan dari segi
kemahiran menggunakan kenderaan mahkamah mendapati beliau tiada
pengalaman yang luas serta kemalangan juga berlaku pada waktu malam.
Faktor ini melayakkan plaintif untuk cuai sumbang dalam kemalangan ini
35 sebanyak 10%.

Tuntutan pihak ketiga

[26] Bapa kepada plaintif iaitu SP3 telah memberi keterangan di mahkamah.
Berdasarkan keterangan SP3 beliau menyatakan bahawa SP3 tiada pengetahuan
40
berkenaan anaknya menunggang motorsikal tanpa kebenarannya. Pada masa
kejadian SP3 telah berada di surau dan kunci motorsikal disimpang di dalam
biliknya. Maka mahkamah ini tidak dapat melihat sebarang kebertanggungan
470 Personal Injury Reports [2018] 1 PIR [47]

pihak ketiga terhadap kecuaian plaintif. Maka tuntutan pihak ke tiga ditolak 1
dengan kos.

Kuantum (berdasarkan liabiliti 100%)


5
Gantirugi am

1. Open fracture on the right ankle of neck talus with ankle dislocation

[27] Peguamcara plaintif berhujah RM25,000.00 adalah amaun yang


berpatutan kerana terdapat “limited movement for plantarflexion of the right
10
ankle which caused the big toe to drop with numbness in the dorsum of the foot”.
Manakala peguamcara defendan berhujah jumlah RM10,000.00 adalah jumlah
yang berpatutan dengan merujuk kes Alias b Idris v Pram Chat a/l Eh Yan &
Anor [2012] 2 PIR [2].

[28] Mahkamah ini mendapati plaintif dalam kes ini mengalami “numbness 15
of the dorsum of the foot”. Kepatahan yang dialami telah bercantum namun
masih mempunyai kesakitan. Setelah mengambilkira laporan pakar plaintif
dan defendan serta kesakitan yang dialami oleh plaintif mahkamah ini benarkan
RM15,000.00 sebagai satu jumlah yang adil dan munasabah.
20
2. Degloving injury to the right ankle with cut all extensor tendon, tendon loss,
dorsalis pedis artery cut, deep peroneal nerve cut

[29] Peguamcara plaintif merujuk kes Teo Peik Ngee v Saidi b Muda & Anor
[2010] 1 PIR [10] dan berhujah jumlah RM28,000.00 adalah berpatutan.
Manakala peguamcara defendan berhujah bahawa laporan pakar defendan 25
eks D10 menyatakan seperti berikut:

the injury to the peroneal nerve do not require any repairs as most of the time
this is a neuropraxia which is consequence of contusion or stretching of the nerve
rather than complete tear. Therefore no surgical repair is necessary or possible.
30
Maka peguamcara defendan menyatakan RM30,000.00 adalah award yang
munasabah. Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak serta mengambilkira
laporan perbuatan dan Compendium of Personal Injury Awards bertarikh
April 17, 2014 (“Compendium”) mahkamah ini mendapati award sebanyak
RM15,500.00 adalah satu award yang adil dan munasabah bagi kecederaan ini.
35

3. Closed fracture of the right hand of fourth and fifth metacarpal bone together with
proximal phalanx of the right little finger

[30] Peguamcara plaintif berhujah jumlah RM15,000.00 adalah award yang


munasabah untuk kecederaan ini manakala peguamcara defendan berhujah 40
RM8,000.00 adalah amaun yang berpatutan. Mahkamah ini merujuk pada
Compendium di mana cadangan untuk kecederaan metatarsal adalah antara
RM3,500.00 hingga RM5,500.00 manakala untuk phalanx antara RM3,500.00
Muhamad Faiz Akmal bin Muhamad Azhar v
Mohd Rafi Izzuddin bin Khairul Anuar & Anor
(Muhamad Azhar bin Abu Hasaan – Third party)

[2018] 1 PIR [47] Manomani Ramanathan mag 471

1 hingga RM13,000.00. Setelah mengambilkira usia plaintif serta kesakitan


yang dialami mahkamah ini mendapati award sebanyak RM8,000.00 adalah
munasabah dan mengikut trend terkini.

5 4. Open fracture proximal phalanx of the right ring finger

[31] Peguamcara plaintif berhujah jumlah RM9,000.00 adalah award yang


munasabah untuk kecederaan ini dengan merujuk kes Abu Bakar b Yeop
v Jeeva a/l Subramaniam [2015] 1 PIR [25] manakala peguamcara defendan
berhujah RM8,000.00 adalah amaun yang berpatutan. Mahkamah ini merujuk
10 pada Compendium dan setelah mengambilkira usia plaintif serta kesakitan
yang dialami mahkamah ini mendapati award sebanyak RM,8000.00 adalah
munasabah dan mengikut trend terkini.

5. Right hand multiple puncture wound over dorsum of the right middle and ring
15
fingers

[32] Peguamcara plaintif berhujah jumlah RM8,000.00 adalah munasabah


manakala tiada hujahan yang berasingan oleh peguamcara defendan.
Mahkamah ini setelah mengambilkira laporan pakar plaintif dan defendan
membenarkan award RM2,000.00 sebagai jumlah yang adil dan berpatutan.
20
6. Closed comminuted fracture of the right ulna and radius

[33] Peguamcara plaintif merujuk kes Faizul b Salleh & Anor v Lim Kooi
Seng & Anor [2011] 2 PIR [31] di ms 169 dan berhujah award sebanyak
RM28,000.00 adalah berpatutan. Manakala peguamcara defendan berhujah
25 RM20,000.00 adalah memadai. Setelah mengambilkira Compendium di mana
telah dicadangkan awal maximum adalah RM33,000.00 mahkamah ini telah
meneliti laporan perubatan plaintif serta kecederaan dan kesakitan yang
dialami oleh plaintif, maka telah membenarkan award RM20,000.00 sebagai
satu jumlah yang wajar.
30
7. Closed fracture of the scapula

[34] Peguamcara plaintif merujuk kes Farizal Anuar b Arisfathilah v Sa’adiah


bt Mohd Said [2014] 1 PIR [51] di ms 30 dan berhujah award sebanyak
RM15,000.00 adalah berpatutan. Manakala peguamcara defendan berhujah
35 RM10,000.00 adalah memadai. Setelah mengambilkira Compendium di mana
telah dicadangkan award maximum adalah RM19,500.00 mahkamah ini telah
meneliti laporan perubatan plaintif serta kecederaan dan kesakitan yang
dialami oleh plaintif, maka telah membenarkan award RM10,000.00 sebagai
satu jumlah yang wajar.
40
8. Split skin graft of the right forearm and right foot

[35] Peguamcara plaintif merujuk kes Musa b Jusoh v Mazlan b Bidin & Anor
[2009] 1 PIR [8] di ms 44 dan berhujah award sebanyak RM20,000.00 adalah
472 Personal Injury Reports [2018] 1 PIR [47]

berpatutan. Manakala peguamcara defendan merujuk kes Yeap Thean Keat 1


v Hoh Yin May & Anor [2015] 1 PIR [74] dan berhujah RM8,000.00 adalah
memadai. Dalam kes ini skin grafting telah dibuat dari peha kiri ke dorsum right
foot. Maka setelah mengambilkira Compendium mahkamah ini telah meneliti
laporan perubatan plaintif maka telah membenarkan award RM8,500.00 sebagai 5
satu jumlah yang berpatutan.

9. Multiple ugly scars

[36] Peguamcara plaintif merujuk kes Alias b Idris dan berhujah award
sebanyak RM10,000.00 adalah berpatutan. Manakala peguamcara defendan 10
merujuk kes Basiron b Mustafa v Ema Ukhtiah bt Zakaria [2015] 2 PIR [30] dan
berhujah RM6,000.00 adalah memadai. Dalam kes ini plaintif mengalami kesan
parutan seperti berikut iaitu: right forearm 12 cm x 1 cm (tramline appearing
keloid scar), 13 cm x 2 cm skin grafter scar over dorsum of the right forearm, dan
2 cm healed scar over the right ankle. Berdasarkan parutan yang dialami oleh 15
plaintif dan mengambilkira cadangan dalam Compendium mahkamah telah
membenarkan award RM6,000.00 sebagai satu jumlah yang adil dan munasabah.

Gantirugi khas

1. Kos pembedahan masa hadapan untuk “removal of implant over right forearm” 20

[37] Peguamcara plaintif berhujah RM8,000.00 adalah jumlah yang


berpatutan manakala peguamcara defendan berhujah 1/3 daripada
RM6,000.00 adalah memadai iaitu jumlah sebanyak RM2,000.00. Mahkamah
ini mengambilkira hujahan kedua-dua pihak dan menerima amaun yang
dicadangkan dalam laporan pakar plaintif dan dibenarkan 1/3 daripadanya 25
iaitu 1/3 daripada RM8,000.00. Maka jumlah yang dibenarkan oleh mahkamah
adalah RM2,667.00.

2. Kesakitan yang akan dialami semasa pembedahan akan datang (pain and suffering
for future operation) 30

[38] Peguamcara plaintif berhujah RM7,000.00 adalah jumlah yang


berpatutan manakala peguamcara defendan berhujah RM3,000.00 adalah
memadai. Setelah mengambilkira hujahan kedua-dua pihak mahkamah ini
membenarkan RM3,000.00 untuk kesakitan pada pembedahan masa akan
datang tanpa sebarang faedah. 35

Gantirugi khas lain

[39] Gantirugi khas yang lain seperti yang dituntut oleh plaintif dalam
penyata tuntutan adalah seperti berikut:
40
Item (a) Kos keluarga melawat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak
sebanyak RM300.00;
Muhamad Faiz Akmal bin Muhamad Azhar v
Mohd Rafi Izzuddin bin Khairul Anuar & Anor
(Muhamad Azhar bin Abu Hasaan – Third party)

[2018] 1 PIR [47] Manomani Ramanathan mag 473

1 Item (b) Kos makanan dan item (c) – kos makanan tambahan ditarik balik;

Item (d) Kerosakkan pakaian dan kasut dipersetujui oleh kedua-dua


pihak sebanyak RM50.00;
5
Item (e) Kerosakkan topi keledar dipersetujui oleh kedua-dua pihak
sebanyak RM40.00;

Item (f) Perbelanjaan discharj dari hospital dipersetujui oleh kedua-dua


pihak sebanyak RM100.00;
10
Item (g) Beli arm pouch dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebanyak
RM17.00;

Item (h) Kos membeli tongkat – tidak dibuktikan maka tidak dibenarkan;
15
Item (i) Ditarik balik;

Item (j) Resit Ad General Supplies dipersetujui oleh kedua-dua pihak


sebanyak RM45.00;

20 Item (k) Perbelanjaan ulang alik ke hospital dipersetujui oleh kedua-dua


pihak sebanyak RM200.00;

Item (l) Bil Farmasi Bertam dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebanyak
RM45.60;
25
Item (m) Bil kerosakkan motorsikal dipersetujui oleh kedua-dua pihak
sebanyak RM100.00;

Item (n) Kehilangan pendapatan – tidak dibuktikan;

30 Item (o) Telah diberi award di atas.

Faedah

a) 2.5% per annum bagi gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga
tarikh penghakiman.
35

b) 5% per annum bagi gantirugi am dari tarikh penyampaian writ sehingga


tarikh penghakiman.

c) 5 % per annum bagi jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman


40 sehingga penyelesaian penuh dan kos.

Dan kos dibenarkan.

You might also like