Kertas Kerja Kem Bestari Solat Siri 1 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBIRIS

TARIKH :
22 JUN 2024 (SABTU)
TEMPAT: SK SEBIRIS

TEMA:
“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”

ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBIRIS


……………………………………………
1.0 PENGENALAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat
merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran
betapa pentingnya solat, maka pihak JAPIM telah memasukkan satu modul Bestari Solat di dalam
modul perlaksanaan program j-QAF.
Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang telah mengambil
inisiatif merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini merupakan
sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.
Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan
wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara
fardhu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid
akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara
berterusan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menarik minat murid-murid terhadap amalan solat wajib dan sunat.
2.2 Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dengan sempurna dan
solat dengan betul.
2.3 Menyuburkan kembali budaya kehidupan secara berjemaah yang menjadi satu amalan
yang amat digalakkan.
2.4 Mengembangkan daya saing yang positif di kalangan murid Islam disamping
merapatkan Ukhwah Islamiyyah sesama mereka.
2.5 Memantapkan keyakinan murid-murid tentang amalan fardhu.
2.6 Menyakinkan murid-murid tentang kewajipan solat lima waktu.

3.0 KUMPULAN SASARAN


3.1 Murid Islam perempuan sahaja
4.0 TARIKH/TEMPAT PELAKSANAAN

4.1 Pada 22 Jun 2024

4.2 Di Bilik Agama SK Sebiris

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi : Marvin Anak Dongkeng ( Guru Besar)
Timb. Pengerusi : Cik Noraini Anak Dongeng ( PK Pentadbiran)
: Pn. Elun Anak Loros (PK Kokurikulum)
: Pn. Mariati binti Yusup (PK HEM)
Bendahari : Pn Norasikin binti Abdullah
Penasihat : En. Muhd Naim bin Abu Bakar ( KP Pendidikan Islam)
Penyelaras : En. Muhd Naim bin Abu Bakar
Setiausaha : En. Muhd Naim bin Abu Bakar
Ajk Bahan : Pn. Jaime binti Anyar
Ajk Dokumentasi : Pn. Sharizad binti Narawi
Ajk Hadiah : Pn. Jainah binti Kiple
Ajk Tempat : Muhamad Nur Azim bin Roslan
Ajk Makanan : Pn. Nurul Sharmila Hassim@Kassim
6.0 TENTATIF PROGRAM
8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran & Taklimat
8.30 - 9.00 pagi : LDK 1 (Pengenalan Solat)
9.00 -10.00 pagi : LDK 2 (Bacaan Dalam Solat)
10.00 -10.30 pagi : Rehat
10.30 - 11.00 pagi : LDK 3 (Amali Solat)
11.00 – 11.15 : Solat Dhuha dan Bersurai

7.0 KOS PERBELANJAAN


7.1 Set Hadiah RM 10 x 5 = RM 50
7.2 Air Kotak RM 1.50 X 10 = RM 15
7.3 Makanan RM 6 X 5 = RM 30
Jumlah Perbelanjaan = RM 95

8.0 PENUTUP

Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Oleh
itu, semua pihak termasuk ibubapa diharap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan
program ini. Semoga pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) ini memberi kesan positif kepada
para pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk
melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala
gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………… ……………………………………………
(MUHAMAD NAIM BIN ABU BAKAR) (NORAINI ANAK DONGENG)
Ketua Panitia Pendidikan Islam, Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Sebiris Sekolah Kebangsaan Sebiris

Disahkan oleh,

………………………………………………
(MARVIN ANAK DONGKENG)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sebiris

You might also like