Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Fasa pertama bagi perkembangan Pendidikan negara ialah Zaman Pramerda iaitu fasa

sebelum tahun 1957. Pada fasa ini, sistem pendidikan di Tanah Melayu Zaman British
merupakan sistem Pendidikan yang terasing dalam lingkungan tahun 1824 hingga 1957.
Selari dengan corak pemenrintahan yang diamalkan oleh British dimana setiap kaum
menubuhkan sekolah sendiri, Melayu, Cina, dan Tamil yang menggunakan Bahasa
penghantar, kurikulum, buku, dan guru masing-masing dan hanya sekolah aliran Inggeris
sahaja yang dibenarkan untuk semua kaum belajar bersama. Walaubagaimanapun, menjelang
kemerdekaan, telah timbul kesedaran untuk mewujudkan sistem persekolahan dan ini
terjadinya Laporan Barnes, Laporan Fen Wu, Ordinan Pelajaran dan Laporan Razak.

Laporan Barnes merupakan laporan yang ditubuhkan pada tahun 1950 dan diketuai oleh L.J.
Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Laporan ini bertujuan untuk
mempertingkatkan kepentingan bahasa Inggeris di samping mengekalkan Bahasa Melayu. Di
dalam Laporan Barnes ini terdapat beberapa cadangan iaitu perlu membubarkan sistem
sekolah vernakular yang berasingan dan menubuhkan sekolah kebangsaan untuk semua kaum
dan menjadikan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bahasa cina
dan bahasa india akan diajar sebagai subject elektif sahaja. Selain itu, laporan itu juga
mencadangkan untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar di sekolah vernakular dan
meningkatkan taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris. Tambahan lagi, laporan itu juga
mencadangkan untuk meningkatkan kualiti guru, pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan
mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian; dan apa-apa sahaja cara untuk
membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau
badan tempatan dengan fungsi yang sama. Namun, Laporan Barnes ini tidak dapat sambutan
yang baik daripada beberapa kaum terutamanya masyarakat Cina dan India.

Oleh kerana masyarakat Cina dan India menindas Laporan Barnes sekerasnya maka
terjadinya penubuhan Laporan Fenn Wu (1951) yang bertujuan untuk menyemak semula
Laporan Barnes dan pandangan masyarakat cina. Cadangan-cadangan yang terdapat di dalam
laporan ini adalah sekolah cina patut dikekalkan dan sukatan pelajaran harus mengikut
sukatan yang diimport di negara Cina yang bertujuan untuk menlindungi budaya dan adat
bangsa orang cina daripada belakunya penghakisan. Bukan itu sahaja Laporan ini juga
bercadang untuk mengekalkan sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan Inggeris dan
menbenarkan sekolah vernakular untuk beroperasi menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa
melayu, cina dan tamil.

Walaubagaimanapun, Laporan Fenn Wu ini ditolak sekeras-kerasnya oleh masyarakat Melayu


kerana tidak menguntungkan mereka. Oleh sebab kejadian ini, Laporan Fenn Wu telah
dijadikan asas bagi pembentukan Ordinan Pelajaran (1952) yang bertujuan untuk
mengukuhkan perpaduan negara dan etnik serta menggambarkan sistem Pendidikan
vernacular moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan
dimana ia mencadang untuk menubuhkan dua jenis sekolah kebangsaan yang berbeza iaitu
sekolah Inggeris dengan subjek Bahasa Melayu menjadi wajib dan sekolah aliran Melayu
dengan subjek English sebagai bahasa kedua. Selain itu, kerajaaan menberi pelajaran
percuma sehingga tahun 6 dan warganegara berumur 6 tahun hingga 12 tahun adalah wajib
untuk hadir ke sekolah. Manakala untuk murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah
diberi peluang untuk menlanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau vokasional mengikut
keupayaan dan kelayakan mereka.

Pada 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein merupakan Menteri Pelajaran
Persekutuan yang menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa
perubahan dalam sistem pendidikan yang mendorong kepada penubuhan laporan yang
dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Di dalam laporan ini terdapat beberapa cadangan
iaitu semua sekolah di tanah air mempunyai silibus yang sama dan Bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah-
sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama. Melalui Laporan Razak inilah bermulanya penubuhan satu jenis sekolah
sahaja yang terbuka kepada semua kaum dan guru-gurunya hendaklah berkelayakan. Bukan
itu sahaja, laporan ini juga telah mewujudkan sistem pendidikan sekolah menengah seperti
Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

Fasa kedua bagi perkembangan Pendidikan negara adalah Zaman Pasca Merdeka (1957-
1970) di mana perakuan-perakuan yang terdapat di dalam Laporan Razak (1956) telah dikaji
semula oleh Jawatankuasa Abd Rahman Talib pada tahun 1960. Akta Pelajaran 1961 adalah
bermulanya dasar pendemokrasian Pendidikan dimana pihak kerajaan memberi penekanan
kepada Pendidikan percuma untuk semua pelajar dan kenaikan darjah secara automatic serta
menaikkan had umur berhenti sekolah kepada umur 15 tahun. Pada fasa ini juga telah
wujudnya dasar memberikan Pendidikan universal selama Sembilan tahun apabila
peperiksaan pemilihan masuk ke SMK dihapuskan pada tahun 1964 dan dasar kenaikan
darjah secara automatic diperkenalkan.

Fasa ketiga ialah Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang ditubuh berasaskan (RMK
Kedua, 1971-1975) Dasar dan Perancangan Pendidikan Negara yang telah menekankan
penyatuan sistem pelajaran bagi memupuk perpaduan dan untuk meningkatkan mutu
pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang berasaskan sains dan teknologi moden.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) telah memberi penekanan kepada penggunaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap diteruskan dan KBSR telah dilaksanakan di
sekolah-sekolah rendah mulai 1983 diikuti pula dengan KBSM pada tahun 1989.
Pembelajaran di sekolah menengah dan rendah yang dikenali sebagai KBSM dan KBSR yang
memberi penekanan kepada pendidikan asas yang memberi penegasan kepada membaca,
mengira dan menulis. Bukan itu sahaja, bagi mengukuhkan sistem pendidikan negara,
kerajaan juga telah menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada 1988.

Zaman Pembangunan Negara (1991-2000) merupakan fasa perkembangan Pendidikan yang


keempat yang banyak dipengaruhi oleh Dasar Kerajaan dan Dasar Pembangunan Negara,
yang ingin menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian, sekali gus negara maju
menjelang 2020. Fasa ini mempunyai perancangan dalam mewujudkan beberapa akta bagi
mengawal Pelaksanaan Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan di perkukuhkan dalam
proses pendidikan bertaraf dunia. Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bertujuan meluaskan
peluang kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tinggi di Malaysia dengan membenarkan
penubuhan universiti dan kolej swasta yang akan dapat mengurangkan bilangan pelajar
melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara dan membolehkan Kementerian Pendidikan
mengawal penubuhan, pengurusan dan perkembangan institusi Pendidikan swasta sejajar
Dasar Pendidikan Negara.
Fasa terakhir bagi perkembangan Pendidikan negara ada Zaman Dasar Wawasan Negara
(2001-2020) yang bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada sema
warganegara Malaysia. Pembangunan pendidikan ini juga diperkukuh dan diperlengkap
dengan pembangunan program sokongan dan pembiayaan serta pembangunan pengurusan
pendidikan dan ICT. Antara perancangan di dalam dasar ini adalah guru-guru di sekolah
menengah adalah guru siswazah menjelang tahun 2005 dan 50% guru sekolah rendah adalah
guru siswazah menjelang tahun 2010 dan kanak-kanak berumur 5 tahun perlu disediakan
pendidikan pra sekolah dengan mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan prasekolah
(KKP) bagi semua pusat pendidikan prasekolah.

You might also like