Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Persidangan Antarabangsa Persatuan Bajau Sama

Peranan Modal Sosial dalam Pendidikan Kanak-Kanak Tiada


Kewarganegaraan di Sekolah Kebangsaan Pulau Bum-Bum,
Semporna

Norsaherah Nabtalian1*, Badariah Saibeh2 dan Gusni Saat3

1
Norsaherah Nabtalian (eranabtalin95@gmail.com)
2
Badariah Saibeh (badariah_sh@ums.edu.my)
3
Gusni Saat (sgusni@gmail.com)

Abstrak
Modal sosial adalah ciri-ciri organisasi sosial yang mengandungi jaringan sosial, kepercayaan
dan norma yang dapat membina hubungan kerjasama bagi memudahkan pembangunan dalam
negara mahupun modal insan. Apabila modal sosial membantu dalam pembangunan modal
insan, secara tidak langsung pendidikan menjadi aspek yang tidak dapat dikecualikan. Hal ini
kerana, pendidikan adalah hak asasi manusia yang telah termaktub dalam Deklarasi Sejagat
Hak Asasi Manusia pada tahun 1948. Pendidikan penting dalam kehidupan sehinggalah
konsep Pendidikan Untuk Semua (EFA) telah diperkenalkan. Salah satu matlamat EFA
adalah menyediakan pendidikan rendah secara percuma dan wajib untuk semua kanak-kanak
serta meningkatkan kualiti pendidikan. Walau bagaimanapun, pendidikan untuk semua dan
berkualiti ini tidak menyentuh tentang pendidikan kanak-kanak tiada kewarganegaraan,
khususnya di Sabah. Isu pendidikan yang berlaku di Sabah adalah kanak-kanak tiada
kewarganegeraan tidak mempunyai akses terhadap pendidikan kerana sekolah-sekolah
kerajaan tidak menerima kanak-kanak yang bukan warganegara dan kanak-kanak tidak
berdokumentasi. Namun, negeri Sabah masih menerima kanak-kanak tiada kewarganegaraan
untuk bersekolah di sekolah kebangsaan bagi mendapatkan pendidikan berkualiti yang
dibantu oleh modal sosial. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang peranan modal
sosial yang membantu kemasukan kanak-kanak tiada kewargaegaraan di sekolah kebangsaan
terpilih di Pulau Bum-Bum. Kajian ini telah dijalankan di S.K Balimbang, S.K Terusan
Tengah dan S.K Egang-Egang dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah yang
digunakan adalah temu bual secara mendalam dengan menembu bual responden yang
terbahagi kepada lima kategori. Hasil kajian mendapati bahawa kemasukan kanak-kanak tiada
kewarganegaraan yang bersekolah di sekolah kebangsaan dibantu oleh modal sosial. Hal ini
kerana, jaringan sosial yang merupakan salah satu ciri-ciri modal sosial membantu proses
kemasukan dengan melibatkan pihak-pihak tertentu sebagai syarat kemasukan di sekolah
kebangsaan. Dalam masa yang sama, peraturan yang dikenakan adalah norma yang menjadi
tradisi dalam kemasukan kanak-kanak tiada kewarganegaraan di sekolah kebangsaan. Oleh
hal yang demikian, jaringan sosial dan norma membantu kemasukan kanak-kanak tiada
kewarganegaraan di sekolah kebangsaan, serta modal sosial jelas terbukti bahawa membantu
dalam pencapaian pendidikan yang berkualiti.

Kata Kunci: Modal sosial, pendidikan, kanak-kanak tiada kewarganegaraan, Pulau Bum-
Bum dan Semporna.

You might also like