Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN


2023/2024
EKONOMI KERTAS 1

Tingkatan 4 Tempoh 1 Jam 15 Minit

Nama

Kelas

JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan
2. Jawab semua soalan
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-
tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan
yang disediakan
4. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama Pemeriksa :
Soalan 1 - 40

Jumlah

Kertas 1
Satu jam lima belas minit

Arahan : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti
2
oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

1. Nyatakan masalah ekonomi yang wujud akibat daripada kehendak manusia yang tidak terbatas
berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad.

A. Masalah kos lepas


B. Masalah keperluan
C. Masalah pilihan
D. Masalah kekurangan

2. Maklumat berikut berkaitan dengan masalah dalam sesuatu ekonomi.

Pusat orang kurang upaya merupakan projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
kerana memilih pembinaan sekolah kanak-kanak berkeperluan khas.

Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan masalah ekonomi di atas?

A. Kos lepas yang dihadapi oleh kerajaan.


B. Pilihan yang dihadapi oleh firma.
C. Kekurangan yang dihadapi oleh individu.
D. Kekurangan yang dihadapi oleh firma.

3. Maklumat di bawah berkaitan dengan Syarikat Enigma Sdn. Bhd.

Syarikat Enigma Sdn. Bhd. mengeluarkan biskut dan kek bebas gluten dengan
menggunakan kaedah intensif buruh.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Enigma Sdn.
Bhd.?

I. Apakah yang hendak dikeluarkan?


II. Berapakah yang hendak dikeluarkan?
III. Bagaimanakah hendak dikeluarkan?
IV. Untuk siapakah hendak dikeluarkan?

A. I dan IV
B. III dan IV
C. I dan III
D. II dan III

4. Jadual 1 menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran komputer dan barangan eletrik yang
dihasilkan oleh sebuah ekonomi.

Kombinasi pengeluaran Komputer (unit) Barangan eletrik (unit)


H 0 180
I 100 140
J 130 120
3
K 170 0
Jadual 1

Berdasarkan jadual di atas, apakah kos lepas sekiranya ekonomi tersebut menukar kombinasi
pengeluaran daripada J ke K ?

A. 40 unit komputer
B. 120 unit barangan eletrik
C. 100 unit komputer
D. 180 unit barangan eletrik

5. Keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk cembung ke titik asalan menunjukkan

A. kos lepas yang semakin meningkat.


B. kos lepas yang semakin berkurang.
C. kos lepas yang tetap.
D. tiada kos lepas terlibat.

6. Sebarang titik yang berada di luar sempadan keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

A. tingkat pengeluaran yang boleh dicapai.


B. berlaku pembaziran dan pengangguran.
C. masalah ketidakupayaan ekonomi.
D. wujud ketidakcekapan pengeluaran.

7.
 Pembangunan ekonomi ini meliputi pembangunan insan secara menyeluruh iaitu dari
segi fizikal dan kerohanian.
 Wujud persaingan yang adil dan saksama.

Maklumat di atas berkaitan dengan

A. sistem ekonomi campuran


B. sistem ekonomi perancangan pusat
C. sistem ekonomi kapitalis
D. sistem ekonomi Islam

8. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang sistem ekonomi campuran?

I. Pihak swasta dan individu bebas memiliki sumber ekonomi dan dikawal melalui peraturan.
II. Kerajaan mengeluarkan barang awam.
III. Pengguna tidak bebas dalam memilih barang dan perkhidmatan.
IV. Pihak swasta bebas memilih teknik pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan.

A. I dan II
B. I dan III
C. III dan IV
D. II dan IV

9. Pernyataan yang manakah merujuk kepada “bagaimanakah barang hendak dikeluarkan”?

A. Teknik yang meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.


B. Corak pengagihan barang dalam masyarakat.
C. Bilangan barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada mekanisme harga.
D. Barang yang dikeluarkan bergantung kepada permintaan masyarakat.

10. Berikut adalah kelemahan sistem ekonomi kapitalis kecuali

4
A. mewujudkan masyarakat yang materialistik.
B. agihan pendapatan yang tidak setara.
C. kepuasan masyarakat dapat dimaksimumkan.
D. mewujudkan kuasa monopoli firma besar.

11. Antara berikut pernyataan yang manakah salah tentang keluk permintaan?

A. Ia menunjukkan kuantiti barang yang diminta pada setiap tingkat harga.


B. Ia mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
C. Kenaikan harga akan menyebabkan kuantiti barang diminta bertambah.
D. Hubungan antara harga dan kuantiti barang diminta adalah negatif.

12. Rajah 1 menunjukkan keluk permintaan terhadap satu jenama kereta import.

Rajah 1

Semua faktor di bawah akan menyebabkan keluk permintaan kereta import tersebut beralih dari
D0 ke D1 kecuali

A. kualiti dan servis kereta jenama import tersebut semakin menurun.


B. kerajaan menaikkan cukai terhadap kereta import.
C. citarasa pengguna terhadap kereta jenama import semakin berkurang.
D. harga kereta tempatan semakin meningkat.

13. Rajah 2 di bawah menunjukkan penawaran untuk barang Z.

Rajah 2

Pengurangan penawaran dari Q0 ke Q1 adalah disebabkan oleh

A. harga bahan mentah dalam pembuatan barang Z semakin meningkat.


5
B. sewa tapak kilang pembuatan barang Z semakin menurun.
C. pengeluar menggunakan kaedah moden yang baru untuk menghasilkan barang Z.
D. kerajaan memberikan subsidi kepada pengeluar barang Z.

14. Pernyataan manakah yang salah tentang lebihan permintaan?

A. Ia berlaku apabila kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan.


B. Ia berlaku apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta.
C. Ia akan menyebabkan harga barang meningkat.
D. Ia adalah satu bentuk ketidakseimbangan yang berlaku dalam pasaran.

15. Rajah 3 di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran untuk suatu barang.

Rajah 3

Pilih pernyataan yang betul tentang rajah di atas.

A. Titik E1 ialah titik keseimbnagan asal.


B. Keluk permintaan D0 beralih ke D1 disebabkan oleh pendapatan pengguna berkurang.
C. Keluk permintaan D0 beralih ke D1 disebabkan subsidi bertambah.
D. Peralihan keluk permintaan D0 ke D1 menyebabkan harga barang semakin naik.

16. Maklumat berikut berkaitan dengan penawaran buah nenas di satu daerah.

Keadaan banjir yang berlaku di daerah tersebut dijangka semakin buruk.

Apakah kesan situasi tersebut ke atas pasaran nenas?

I. Permintaan nenas semakin bertambah


II. Penawaran nenas semakin berkurang
III. Harga pasaran nenas akan meningkat
IV. Akan berlaku lebihan penawaran

A. II dan III
B. I dan II
C. II dan IV
D. III dan IV

Soalan 17 dan soalan 18 adalah berdasarkan Jadual 2 di bawah. Jadual 2 menunjukkan harga dan
kuantiti diminta dan ditawar bagi suatu barang.
Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawar (unit)
100 1000 850
110 900 900
125 850 1000
130 800 1050

6
Jadual 2

17. Berapakah nilai keanjalan harga permintaan barang tersebut apabila harga naik dari RM 100 ke
RM 110?

A. 2.0
B. 2.5
C. 0.01
D. 1.0

18. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran barang tersebut apabila harga berkurang dari RM 125
ke RM 110?

A. 0.54
B. 0.76
C. 0.83
D. 1.80

19. Jika pekali keanjalan harga permintaan sesuatu barang ialah 2.0, ia bermaksud

A. apabila harga meningkat 10%, kuantiti yang diminta akan turun 20%
B. apabila harga meningkat 10%, kuantiti yang ditawar akan naik 20%
C. apabila harga meningkat 20%, kuantiti yang diminta akan turun 10%
D. apabila harga meningkat 10%, kuantiti yang diminta akan naik 20%

20. Rajah 4 di bawah menunjukkan keluk permintaan sesuatu barang.

Rajah 4

Pernyataan manakah betul tentang rajah di atas?

A. Nilai pekali keanjalan harga permintaan adalah 0.5.


B. Pengguna sangat responsif terhadap perubahan harga.
C. Contoh barang ialah barang keperluan asas.
D. Jumlah hasil akan meningkat apabila harga dinaikkan.

21. Maklumat berikut menunjukkan suatu fungsi wang.

Puan Siti Nordiana membayar RM 850 setiap bulan kepada pihak bank untuk keretanya
selama 9 tahun.

Apakah fungsi wang di atas?

A. Alat pengukur nilai


B. Alat bayaran tertunda
C. Alat perantaraan pertukaran
7
D. Alat penyimpan nilai

22. Logo berikut menunjukkan sebuah institusi kewangan di Malaysia.

Fungsi yang manakah salah berkaitan logo tersebut?

A. Menerima deposit daripada orang ramai.


B. Memberi perkhidmatan pinjaman dalam pelbagai bentuk pinjaman.
C. Mengawal kestabilan nilai mata wang.
D. Membantu pelanggan membuat dan menerima bayaran.

23. Encik Zaini telah telah mengarahkan pihak bank membuat beberapa bayaran bagi bil air, TNB dan
Astro nya pada suatu tarikh. Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak bank ini dikenali sebagai

A. kad kredit.
B. draf bank.
C. debit langsung.
D. perintah sedia ada.

24. Berikut ialah maklumat suatu prinsip perbankan Islam.

 Bank sebagai wakil menjaga harta pelnggan.


 Pelanggan mungkin menerima hibah daripada pihak bank.

Apakah prinsip perbankan Islam di atas?

A. Bai Bithaman Ajil


B. Wadiah
C. Takjiri
D. Mudharabah

25. Antara gambar berikut yang manakah menunjukkan pekerjaan sektor ketiga?

A. B.

C. D.

8
26. Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pendapatan individu.

Pendapatan individu = Upah + Sewa + Faedah + Z + Untung + Bayaran pindahan

Manakah antara situasi berikut menerangkan Z ?

A. Encik Abu menerima RM 4 500 setahun bagi akaun Amanah Saham Nasional.
B. Cik Aisyah menerima bantuan sara hidup kerajaan sebanyak RM 500.
C. Puan Zainon memperolehi RM 2 400 sebulan daripada perniagaan keknya.
D. Encik Zainal menerima gaji sebanyak RM 4 800 sebulan sebagai pegawai bank.

27. Jadual 3 di bawah menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan sebulan bagi Puan Maimunah.

Butiran RM
Gaji bulanan 5 600
Cukai pendapatan sebulan 60
KWSP bulanan 75
Elaun perumahan bulanan 90
Tabungan 100
Bayar sewa rumah bulanan 750
Zakat (setahun) 960
Jadual 3

Berapakah pendapatan boleh guna Puan Maimunah untuk sebulan?

A. RM 5 385
B. RM 4 825
C. RM 5 575
D. RM 5 475

28. Berikut adalah kelebihan bayaran secara tunai kecuali

A. barang terus menjadi hak milik pengguna kerana telah dibayar penuh.
B. pengguna berbelanja secara berhemat dan berdisplin.
C. harga lebih murah kerana tiada unsur faedah.
D. Menikmati barang walaupun harga penuh belum dijelaskan.

29. Encik Zul membeli sebuah motorsikal dengan harga RM 10,000 secara kredit dengan sebuah bank
dan membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10 % dan bakinya dibayar secara ansuran bulanan
selama 3 tahun. Bank mengenakan kadar faedah sebanyak 4% setahun. Kirakan ansuran bulanan
yang dikenakan ke atas Encik Zul untuk motorsikal tersebut.

A. RM 250
B. RM 280
C. RM 380
D. RM 180

30. Manakah antara pernyataan di bawah tiada kaitan dengan aktiviti pelaburan?

A. Puan Ani membuat simpanan dalam akaun simpanan tetap di sebuah bank perdagangan.
B. Cik Anita membeli 5 gram emas dalam bentuk bar dengan bonus tahunannya.
C. Encik Firdaus membuat tempahan hotel bagi membawa keluarganya bercuti.
D. Encik Hilmi membeli 100 unit saham daripada sebuah syarikat di ibu kota.
9
31. Pilih pernyataan yang betul tentang input tetap.

A. Kuantitinya berubah mengikut tingkat output.


B. Contoh input ini ialah buruh.
C. Input ini tidak wujud ketika output sifar.
D. Apabila output meningkat atau menurun, kuantiti input ini tidak berubah.

32. Berikut ialah kos yang ditanggung oleh seorang pengeluar.

 Kos bahan mentah RM 6 500


 Bil utiliti RM 800
Apakah jenis kos tersebut?
A. Kos berubah
B. Kos marginal
C. Kos purata
D. Kos tetap

Soalan 33 dan soalan 34 adalah berdasarkan Jadual 4 di bawah.

Output (unit) Kos tetap Kos berubah Jumlah kos


(RM) (RM) (RM)
0 50 0 50
1 50 20 70
2 50 X 80
3 50 42 92
4 50 60 Y
Jadual 4

33. Hitung nilai X dan Y.

A. X = 130, Y = 10
B. X = 30, Y = 110
C. X = 35, Y = 10
D. X = 130, Y = 110

34. Hitung nilai kos marginal pada output unit ke-3.

A. RM 18
B. RM 12
C. RM 10
D. RM 20

35. Dalam jangka panjang kesemua input pengeluatran yang digunakan ialah

A. input berubah dan input tetap


B. input tetap
C. input berubah
D. purata input

36. Kos marginal dapat dikira dengan

A. Membahagikan jumlah kos dengan jumlah output.


B. Mencampurkan jumlah kos tetap dan jumlah kos berubah.
C. Membahagikan perubahan jumlah keluaran dengan perubahan jumlah intput.
D. Membahagikan perubahan jumlah kos dengan perubahan jumlah output.
10
37. Maklumat berikut menunjukkan hasil dan kos Syarikat NAH Sdn.Bhd.

Jumlah keluaran = 5 000 unit


Harga seunit = RM 20
Sewa bangunan = RM 3 000
Bahan mentah = RM 4 500
Bil utiliti = RM 1 000
Upah buruh = RM 6 000

Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat tersebut?

A. RM 85 500
B. RM 88 500
C. RM 86 500
D. RM 100 000

38. Sebuah syarikat pengeluaran madu asli dapat menjual 4 000 unit madu sebulan dengan harga jualan
RM 45 seunit. Kos purata pengeluaran ialah RM 15 dan pihak syarikat juga menanggung kos
implisit berjumlah RM 8 000. Berapakah untung ekonomi syarikat ini?

A. RM 172 000
B. RM 120 000
C. RM 112 000
D. RM 128 000

39. Antara berikut yang manakah merupakan kos sosial yang akan wujud daripada pembinaan kilang
tayar?

I. Kualiti udara semakin menurun


II. Kesesakan lalu lintas semakin baik
III. Indeks Pencemaran Udara meningkat
IV. Peningkatan peluang pekerjaan

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan IV
D. II dan III

40. Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah faedah luaran yang wujud?

Encik Irfan memilih untuk menaiki komuter setiap hari untuk ke tempat kerjanya.

A. Kadar kesesakan lalu lintas rendah untuk semua pengguna.


B. Kos pengangkutan Encik Irfan semakin rendah.
C. Kadar pencemaran alam sekitar semakin tinggi.
D. Kos pengangkutan Encik Irfan semakin tinggi.

11
JAWAPAN KERTAS 1 SET 2

(40 markah/40 marks)

Nombor Jawapan Topik soalan Markah


Soalan
1 D Bab 1: Pengenalan kepada ekonomi 1
2 A 1
3 C 1
4 B 1
5 A 1
6 C 1
7 D 1
8 A 1
9 A 1
10 C 1
11 C Bab 2: Pasaran 1
12 D 1
13 A 1
14 B 1
15 B 1
16 A 1
17 D 1
18 C 1
19 A 1
20 B 1
21 B Bab 3: Wang, bank dan pendapatan individu 1
22 C 1
23 C 1
24 B 1
25 C 1
26 A 1
27 D 1
28 D 1
29 B 1
30 C 1
31 D Bab 4: Pengeluaran 1
32 A 1
33 B 1
34 B 1
35 C 1
36 D 1
37 A 1
38 C 1
39 A 1
40 A 1

12

You might also like