Professional Documents
Culture Documents
2023 - EKONOMI Manual Kerja Kursus
2023 - EKONOMI Manual Kerja Kursus
2023 - EKONOMI Manual Kerja Kursus
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.
1 TERHA
TERHA
Kandungan
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif Penilaian 3−4
2.1 Kemahiran kognitif
2.2 Kemahiran manipulatif
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 4–9
3.1 Arahan umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
3.5 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta
3.6 Tanggungjawab Calon
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 10 – 12
5.0 Langkah Melaksanakan Aktiviti di Luar Bilik Darjah 12 – 13
6.0 Kaedah Kajian 13
7.0 Peralatan dan Kegunaannya 13
8.0 Format Penulisan 13 14
9.0 Struktur Penulisan 14
10.0 Penskoran 15
BAHAGIAN II : CALON
11.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 16
12.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 16-17
13.0 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 17
14.0 Kes Plagiat Kerja Kursus 18
15.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 18 – 19
16.0 Format Penulisan 19 – 20
17.0 Struktur Penulisan 20
Lampiran 21 – 31
Soalan tugasan (944/4) 32 – 33
2 TERHA
TERHA
BAHAGIAN I :
1.0 Pengenalan
Manual ini disediakan bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah
bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus Ekonomi. Kerja kursus ini
hendaklah dilaksanakan pada semester 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia.
3 TERHA
TERHA
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan Umum
3.1.1 Kertas kerja kursus Ekonomi wajib diambil oleh semua calon sekolah kerajaan,
calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian
individu.
3.1.2 Kertas kerja kursus Ekonomi hendaklah dibuat dalam semester 3.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu
semester kerja kursus
3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk
Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam
mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Ekonomi
3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kerja kursus calon telah dinilai dan
diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan
3.2.5 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan
menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
3.2.6 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) ke MPM (u.p En. Muhammad Afiq Syahmi bin Ismail) selewat-
lewatnya seminggu selepas penghantaran markah dalam e-markah
3.2.7 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan
Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon
3.2.8 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus
dipenuhi
3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan kerja
kursus calon di sekolah
3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidens penulisan kerja kursus calon dari tarikh
penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
3.2.11 Memastikan evidens penulisan kerja kursus calon dilupuskan dalam tempoh
enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Ekonomi
3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus
Ekonomi
3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.3.4 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Ekonomi (944/4) dan
menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk
dihantar kepada MPM
3.3.5 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus
4 TERHA
TERHA
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik
darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi
3.3.7 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap
calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.3.8 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi secara
individu
3.3.9 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Ekonomi berdasarkan garis
panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan
dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi
3.3.10 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Ekonomi.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder
kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh
guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi
3.3.11 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses
data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi
3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Ekonomi
3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus Ekonomi
3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Ekonomi
pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM
(Lampiran 1)
3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4 seterusnya akan gagal
dalam keseluruhan kertas Ekonomi STPM
3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja
kursus Ekonomi
3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Ekonomi, BMKKC, dan
BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu
3.3.21 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus Ekonomi calon
3.3.22 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus Ekonomi
3.3.23 Menilai pembentangan calon, memberikan markah secara individu dan mengisi
markah pembentangan dalam Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
(Lampiran 4)
5 TERHA
TERHA
3.3.24 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus Ekonomi bagi setiap calon dan mengisi
serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-markah
yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan
menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4
3.3.26 Mencetak Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) dan membuat semakan
silang (cross checking) markah kerja kursus calon bersama dengan seorang lagi
guru Ekonomi. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam
memasukkan markah calon.
3.3.27 Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
(lampiran 5) ke MPM (u.p En. Muhammad Afiq Syahmi bin Ismail) selewat-
lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan
satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus
guru.)
3.3.28 Memastikan kerja kursus Ekonomi, BPC, BMKKC, BRKKC, dan BRuMKK bagi
setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh
selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan
diumumkan
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai
pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Ekonomi (944/4) dan
menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk
dihantar kepada MPM
(c) Menyemak dan menilai penulisan kerja kursus yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan
(d) Menghadiri sesi pembentangan penulisan kerja kursus mengikut jadual yang
diberikan oleh guru sekolah swasta
(e) Menilai pembentangan calon secara individu
(f) Menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)
(g) Menghantar markah penulisan kerja kursus calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-markah mengikut tarikh yang ditetapkan
(h) Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
(Lampiran 5) ke MPM (u.p En. Muhammad Afiq Syahmi bin Ismail)
selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa
mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada
MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa.)
(i) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus calon yang dinilai untuk
penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
(j) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh
penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah
swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)
6 TERHA
TERHA
(k) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak
dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Ekonomi (944/4) dan
menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk
dihantar kepada MPM
(c) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurang-kurangnya dua kali, iaitu
kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa
penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan
(d) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja kursus
(e) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan kerja kursus
kepada calon
(f) Memastikan calon menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan
(g) Menyemak dan menilai kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi
pembentangan
(h) Merancang jadual pembentangan kerja kursus dan memaklumkannya kepada
calon
(i) Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
(j) Menilai pembentangan calon
(k) Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-markah mengikut tarikh yang ditetapkan
(l) Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
(Lampiran 5) ke MPM (u.p En. Muhammad Afiq Syahmi bin Ismail)
selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa
mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada
MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa.)
(m) Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2), Borang Rekod
Kerja Kursus Calon (Lampiran 3), Borang Markah Kerja Kursus Calon
(Lampiran 4), dan Borang Rumusan Kerja Kursus Calon (Lampiran 5)
(n) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus calon yang dinilai untuk
penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), jika diminta
(o) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh
penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(p) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan
7 TERHA
TERHA
3.5 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta
3.5.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Ekonomi
3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus
Ekonomi
3.5.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.5.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.5.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik
darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi
3.5.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap
calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.5.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi secara
individu
3.5.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Ekonomi berdasarkan garis
panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan
dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi
3.5.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Ekonomi.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder
kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh
guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi
3.5.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses
data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi
3.5.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat
3.5.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus Ekonomi
3.5.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Ekonomi
pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM
(Lampiran 1)
3.5.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4 seterusnya akan gagal
dalam keseluruhan kertas Ekonomi STPM
3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
8 TERHA
TERHA
3.6 Tanggungjawab Calon
3.6.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja
kursus
3.6.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan
3.6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan
selepas kerja kursus dijalankan
3.6.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
3.6.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.6.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan
kerja kursus
3.6.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat
3.6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan
kerja kursus
3.6.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM
(Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus calon
3.6.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan
calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil
kertas 944/4
3.6.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri
dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
3.6.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru
Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi
3.6.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu,
dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
3.6.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan
cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber
maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus
3.6.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan
yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan
kerja kursus Ekonomi
9 TERHA
TERHA
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi
4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus Ekonomi ini bagi
semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus Ekonomi adalah seperti
berikut:
Perancangan dan
Tarikh Pelaksanaan Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon
Aktiviti
20 Julai 2023 MPM memuat naik Memuat turun bahan berikut Menerima manual kerja
dokumen berikut daripada portal MPM: kursus calon daripada
dalam portal MPM (i) Manual kerja kursus yang guru/pemeriksa
(www.mpm.edu. mengandungi Bahagian I:
my): Guru, Bahagian II : Calon
(i) Manual kerja dan soalan tugasan
kursus yang (ii) Kriteria penilaian dan
mengandungi pemarkahan
Bahagian I:
Guru, Bahagian
II : Calon dan Memperbanyak manual kerja
soalan tugasan kursus calon
(ii) Kriteria
penilaian dan
pemarkahan
11 Ogos 2023 Taklimat Jurulatih Mendengar taklimat tersebut
Utama kepada Guru dan memberikan sepenuh Tidak Berkenaan
Ekonomi Tingkatan perhatian semasa taklimat
6 berlangsung
13 September Pengenalan kerja Memberikan taklimat tugasan Menyediakan sumber
2023 kursus dan kepada calon kewangan
penentuan tajuk Memilih tema dan menetapkan Mendapatkan kebenaran
kerja kursus lokasi kajian ibu bapa/penjaga
Merancang jadual kerja Membincangkan jadual
Membuat tinjauan awal lokasi kerja bersama-sama dengan
ahli kumpulan
Menghubungi agensi yang
berkaitan Mengagihkan kerja dan
membentuk struktur
Memohon kebenaran organisasi kumpulan
lawatan/kajian luar daripada
JPN (jika perlu) Menyediakan kerangka
tugasan
Menyediakan surat-menyurat
Menyediakan peralatan dan
Mengagihkan calon instrumen, seperti borang
mengikut kumpulan soal selidik
Menyediakan Mencari sumber rujukan,
pengangkutan dan guru seperti sumber primer dan
pengiring sekunder
Menyediakan peralatan dan
instrumen kajian
Mengurus sumber kewangan
1 TERHA
TERHA
Perancangan dan
Tarikh Pelaksanaan Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon
Aktiviti
Menjelaskan calon tentang
elemen kemahiran manipulatif
dan kemahiran insaniah yang
akan dinilai
Menilai kemahiran insaniah
25 September Pelaksanaan kajian Membimbing calon Mengumpul data dan
2023 di luar bilik darjah melaksanakan aktiviti di luar maklumat melalui
atau pencarian data bilik darjah pemerhatian, pencerapan,
sekunder yang Membimbing calon untuk pengukuran, temu bual,
berkaitan mencari data sekunder dan kaji selidik
Menilai kemahiran manipulatif Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
Menilai kemahiran insaniah sekunder
2 Oktober Penulisan kerja Menjelaskan item-item yang Menyusun dapatan
2023 hingga kursus setelah dinilai dalam penulisan kerja (data dan maklumat)
20 November kembali daripada kursus mengikut keutamaan dan
2023 aktiviti di luar bilik Membimbing calon menulis struktur tugasan
darjah penulisan kerja kursus Memproses, mentafsir,
mengikut format yang menganalisis, dan
ditetapkan merumus data dan
Menilai progres/kemajuan maklumat
hasil penulisan calon secara Mempersembahkan data
berterusan dan maklumat dalam
Membaiki kelemahan dan bentuk peta, jadual, graf,
membimbing calon carta, dan lain-lain yang
membuat penambahbaikan bersesuaian
Menetapkan tarikh akhir Membincangkan dapatan
penghantaran markah kerja hasil kajian dan
kursus mengikut arahan Majlis menghubungkait dengan
Peperiksaan Malaysia teori yang dipelajari
Menilai kemahiran manipulatif Menulis penulisan kerja
kursus yang lengkap
Menilai kemahiran insaniah mengikut format yang
ditetapkan
Menyemak dan membuat
penambahbaikan penulisan
kerja kursus
1 TERHA
TERHA
Perancangan dan
Tarikh Pelaksanaan Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon
Aktiviti
27 November Penilaian laporan Menerima penulisan kerja Menghantar penulisan
2023 hingga
kerja kursus kursus daripada setiap calon kerja kursus masing-
7 Januari
2024 Pembentangan Membuat penilaian dan masing kepada
hasil kerja kursus pemarkahan bagi setiap calon guru/pemeriksa.
oleh semua calon mengikut kriteria penilaian Membentangkan hasil
Pemantauan yang ditetapkan oleh MPM kerja kursus secara
kerja kursus oleh Menilai kemahiran manipulatif individu
Pegawai mata Menilai kemahiran insaniah Membentangkan hasil
pelajaran MPM kerja kursus secara
dan pengurusan Menilai kebolehan dan individu kepada KPK.
MPM. keupayaan setiap calon dalam
kemahiran yang diperlukan
Penyelarasan
markah kerja Menyediakan sampel kerja
kursus oleh kursus untuk penyelarasan
Ketua Penyelaras KPK
Kebangsaan
(KPK)
8 Januari
2024 hingga Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus ke Tidak berkenaan
18 Januari Majlis Peperiksaan Malaysia melalui perisian
2024 e-markah
31 Disember Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh Tidak berkenaan
2024 keputusan STPM dikeluarkan)
1 TERHA
TERHA
5.3 Sekembali dari menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon melaksanakan tugasan
berikut:
5.3.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau
mengikut item yang telah dipecahkan dari soalan yang telah dipilih
5.3.2 Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara
dapatan yang diperoleh
5.3.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah
bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai
5.3.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang
diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah
5.3.5 Menyiapkan penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia
5.3.6 Membentangkan hasil kerja kursus masing-masing. Tempoh pembentangan dan
soal jawab hendaklah tidak melebihi 10 minit bagi setiap calon.
5.3.7 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembentangan
adalah digalakkan
1 TERHA
TERHA
8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
8.5.4 Penulisan kerja kursus Ekonomi
8.6 Penulisan kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk
bercetak dan berjilid
1 TERHA
TERHA
10.0 Penskoran
3 Penyataan masalah
4 Tujuan/objektif kajian
5 Kaedah kajian
7 Cadangan
8 Penutup/rumusan kajian
9 Senarai rujukan
10 Lampiran
11 Kemahiran manipulatif
12 Kemahiran insaniah
13 Pembentangan
1 Kerelevanan
Apa yang dibentang oleh pelajar sama atau tidak dengan yang
dihasilkan oleh pelajar dalam kerja kursus.
2 Kreativiti
Calon menggunakan alat bantuan, seperti OHP, manila kad, flash
kad, “power point”
3 Keterampilan
Keyakinan calon semasa sesi pembentangan
Pakaian yang sesuai
Sahsiah diri
4 Kebahasaan
Calon menggunakan istilah ekonomi semasa pembentangan
5 Soal jawab
Calon memberikan respons terhadap soalan guru
1 TERHA
TERHA
BAHAGIAN II :
1 TERHA
TERHA
12.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja
kursus
12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat
12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja
kursus
12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM
(Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus calon
12.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh
yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4
12.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan
menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
(Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali
pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja
kursus Ekonomi
12.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan
tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
12.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara
merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat
tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus
12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang
telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja
kursus Ekonomi
1 TERHA
TERHA
14.0 Kes Plagiat Kerja Kursus
14.1 Calon mestilah menghasilkan penulisan kerja kursus sendiri, berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak daripada mana-mana
sumber
14.2 Perbincangan tajuk dan kaedah penulisan kerja kursus boleh diadakan dalam waktu
P&P. Namun demikian, calon mesti menulis dapatan kajian sendiri, tanpa bantuan
daripada mana-mana pihak
14.3 Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian dalam kerja
kursus, calon akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan
14.4 Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan kerja
kursus daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk kerja kursus
berkenaan
25 Pelaksanaan kajian di luar bilik darjah Mengumpul data dan maklumat melalui
September atau pencarian data sekunder yang pemerhatian, pencerapan, pengukuran,
2023 berkaitan temu bual, dan kaji selidik
Memperoleh data dan maklumat dari
sumber sekunder
1 TERHA
TERHA
1 TERHA
TERHA
16.6 Penulisan kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk
bercetak dan berjilid.
2 TERHA
TERHA
Lampiran
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
2 TERHA
TERHA
Lampiran
BPC
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk
kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja Kursus Calon
2 TERHA
TERHA
Lampiran
3
Aktiviti dalam
Tarikh Penghasilan Tandatangan Tandatangan
Ulasan Guru
Aktiviti Kerja Kursus Calon Guru
(Untuk diisi oleh calon)
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampir pada
bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru
untuk dinilai.
2 TERHA
TERHA
Lampiran
BMKKC
2 TERHA
TERHA
Lampiran
BRuMKK
SEMESTER: TAHUN:
MATA PELAJARAN:
Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar. di atas adalah benar.
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-markah.
2 TERHA
TERHA
Lampiran 6
1. Karya Penulis
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis, editor, atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Bilangan jilid
(e) Edisi dan terbitan
(f) Tempat terbit
(g) Nama penerbit
Contoh: Oleh seorang penulis
Sabariah Ali, 2014. Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Semester 2 Edisi Kemas
Kini. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Contoh: Oleh dua orang penulis
Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Oleh tiga orang penulis
Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Kwok dan Safriza Abd. Hamid, 2014. Teks STPM
PRA-U EKONOMI (EKONOMI MALAYSIA). Selangor: Pelangi Sdn. Bhd.
Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Karya Terjemahan
Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan.
(a) Nama penterjemah
(b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung
Contoh:
Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)
Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)
2 TERHA
TERHA
3. Kamus dan Ensaiklopedia
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Judul
(b) Jilid
(c) Tahun
(d) Edisi dan cetakan
(e) Tempat terbit
Contoh:
Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh:
Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
5. Majalah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan “dlm.”
(d) Judul majalah
(e) Bilangan keluaran
(f) Jilid
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit
2 TERHA
TERHA
Contoh:
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43,
Mac 1977.
6. Jurnal
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan “dlm.”
(d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya
(e) Jilid
(f) Bilangan keluaran
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit
Contoh:
Abdullah Yusoff. “Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak”. Dlm.
Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-96, Julai 1995.
Contoh:
Za’ba, “Modern Development” dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-62, 1940.
8. Monograf
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis, editor atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Nama siri
(e) Jilid
(f) Bilangan
2 TERHA
TERHA
(g) Tempat terbit
(h) Penerbit
Contoh:
Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda terhadap
Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Penerbitan Ilmiah no. 3).
9. Latihan Ilmiah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Peringkat pengajian
(e) Tempat
Contoh:
Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. “Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan
Meditasi”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
2 TERHA
TERHA
Contoh
:
Othman Putih, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan Arah
Masa Depan”. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat
Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.
13. Wawancara
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Bahan berakam
Contoh:
Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha
Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan
Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember
1980.
(b) Bahan tidak berakam
Contoh:
Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha
Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan
Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember
1980.
3 TERHA
TERHA
(h) Tempoh
(i) Lokasi
Contoh:
Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS.
Contoh:
Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M) Sdn.
Bhd.
Contoh:
Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur: EMI
(Malaysia). 1 pita: 60 min.
Nama Penulis (Tahun).Tajuk artikel [versi elektronik].Sub-judul (jika ada). Dicapai pada Bulan, Hari,
Tahun, dari URL
Contoh:
Wordnet (2006).WordNet Search – 2.1. Dicapai pada November 30, 2006, from
http://wordnet.princeton.edu
3 TERHA
TERHA
EKONOMI
KERTAS 4
KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK)
3 TERHA
TERHA
Tema 1
Hutang kerajaan persekutuan di Malaysia [60]
Tema 2
Kos sara hidup di kawasan anda [60]
3 TERHA