Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

BAB 6

ASID DAN BES


6.3 KEKUATAN ASID DAN ALKALI
Asid kuat dan asid lemah
• Kekuatan asid bergantung kepada darjah penceraian atau pengionan asid di dalam
air.
• Asid kuat ialah asid yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan
kepekatan ion hidrogen , H+ yang berkepekatan tinggi. Darjah pengionan asid kuat di
dalam air adalah tinggi.
• Asid lemah ialah asid yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan
kepekatan ion hidrogen , H+ yang berkepekatan rendah. Darjah pengionan asid lemah
di dalam air adalah rendah.
Contoh :
• Asid hidroklorik, HCl ialah asid kuat.
• Semua molekul hidrogen klorida, HCl Asid kuat
yang larut di dalam air telah mengion
lengkap kepada ion hidrogen, H+ dan H2O
ion klorida, Cl-. HCl(ak)  H+ (ak) + Cl- (ak)
• Tidak ada sebarang molekul hidrogen
klorida, HCl wujud di dalam larutan itu.
• Kepekatan ion hidrogen, H+ adalah
sama dengan kepekatan asid
hidroklorik, HCl.

Contoh lain asid kuat


• Asid nitrik, HNO3
• asid sulfurik, H2SO4
H2O
HNO3  H+ + NO3-
H2O
H2SO4  2H+ + SO42-
Contoh :
• Asid etanoik, CH3COOH ialah asid
lemah. Asid lemah
• Molekul asid etanoik, CH3COOH
mengion separa di dalam air H2O
menghasilkan ion hidrogen, H+ dan ion CH3COOH(ak)  H+ (ak) + CH3COO- (ak)
etanoat, CH3COO-.
• Ion-ion ini boleh bergabung semula
membentuk molekul etanoik
CH3COOH.
• Kepekatan ion hidrogen, H+ adalah
rendah daripada kepekatan asid
etanoik, CH3COOH.
Perbandingan nilai pH
• Asid kuat dan asid lemah dengan kepekatan yang sama mempunyai nilai pH yang
berbeza disebabkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang berbeza.

Contoh: nilai pH bagi asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 ialah 1.0 manakala
nilai pH bagi asid etanoik 1.0 mol dm-3 ialah 3.0.
• Asid hidroklorik adalah asid kuat.

• Asid hidroklorik mengion lengkap di dalam air menghasilkan kepekatan ion


hidrogen, H+ yang tinggi.

• Asid etanoik adalah asid lemah.

• Asid etanoik mengion separa di dalam air menghasilkan kepekatan ion hidrogen,
H+ yang rendah.

• Oleh itu, nilai pHasid hidroklorik rendah kerana kepekatan ion hidrogen, H+ tinggi.
Alkali kuat dan alkali lemah

• Alkali juga terdiri daripada alkali kuat dan alkali lemah bergantung kepada darjah
pengionan di dalam air.

• Alkali kuat ialah alkali yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan
kepekatan ion hidroksida , OH- yang berkepekatan tinggi. Darjah pengionan alkali
kuat di dalam air adalah tinggi.

• Alkali lemah ialah alkali yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan
kepekatan ion hidroksida , OH- yang berkepekatan rendah. Darjah pengionan alkali
lemah di dalam air adalah rendah.
Contoh :
• Natrium hidroksida, NaOH ialah alkali
kuat.
• Natrium hidroksida, NaOH ialah alkali
kuat yang mengalami penceraian
Alkali kuat
lengkap apabila dilarutkan di dalam
H2O
air. NaOH(ak)  Na+ (ak) + OH- (ak)
• Hanya ion natrium, Na+ dan ion
hidroksida, OH- hadir di dalam
larutan.
• Kepekatan ion hidroksida, OH- adalah
sama daripada kepekatan Natrium
hidroksida, NaOH.
Contoh lain alkali kuat
• Larutan kalium hidroksida, KOH
HO • Larutan barium hidroksida, Ba(OH)2
KOH 
2
K+ + OH-
H2O
Ba(OH)2  Ba2+ + 2OH-
Contoh :
• Larutan ammonia, NH3 ialah alkali
lemah
• kerana molekul ammonia, NH3
Alkali lemah
mengion separa di dalam air.
• Darjah penceraian ammonia, NH3 ialah NH3(ak) + H2O(ce)  NH4+ (ak) + OH- (ak)
1.3%.
• Dalam erti kata lain, daripada 100
molekul ammonia, NH3 hanya 1
molekul ammonia, NH3 yang menerima
ion hidrogen, H+ daripada molekul air.
• Maka, hanya sebilangan kecil ion
hidroksida, OH- yang hadir di dalam
larutan.
Perbandingan nilai pH
• Alkali kuat dan alkali lemah dengan kepekatan yang sama mempunyai nilai pH yang
berbeza disebabkan kepekatan ion hidroksida, OH- yang berbeza.

• Contoh: nilai pH bagi larutan natrium hidroksida 0.1 mol dm-3 ialah 13.0 manakala
nilai pH bagi larutan ammonia 0.1 mol dm-3 iailah 11.1.

• Larutan natrium hidroksida adalah alkali kuat.

• Natrium hidroksida mengion lengkap di dalam air menghasilkan kepekatan ion hidroksida,
OH- yang tinggi.

• Larutan ammonia adalah alkali lemah.

• Molekul ammonia mengion separa di dalam air menghasilkan kepekatan ion hidroksida,
OH- yang rendah.
LATIHAN
Uji Kendiri 6.3 m.s 151

You might also like