Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MAJLIS

(iman start)
Mengumumkan perarakan masuk tuan pengetua Encik Azam Bin Yaakob
diiringi pihak pengurusan , ketua-ketua jabatan dan guru-guru diiringi dengan
paluan kompang . Hadirin diminta berdiri.
.
.
(wafa)
Hadirin diminta untuk kekal berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku , Melaka
Maju Jaya, Majlis Amanah Rakyat dan lagu maktab
.
.
(iman)
Hadirin dipersilakan untuk duduk
.
.
(iman)
Yang Berusaha, Encik Azam Bin Yakob PENGETUA MRSM ALOR GAJAH,
Yang berusaha ,Encik Shahzihan bin Mohd @ Mohd Noor, Timbabalan
Pengetua Pembangunan Bakat
Yang berusaha, Encik Mohd Nasrul bin Hartoyo, Timbalan Pengetua
Pembangunan Pelajar,
Yang Berusaha, Encik Abdul Rahim bin Ishak, Timbalan Pengetua
Keemerlangan Akademik,
Yang berusaha, ketua-ketua jabatan, kaunselor, guru-guru cemerlang, guru-guru
serta rakan-rakan pelajar yang dikashi sekalian.
.
.
(wafa start)
Bagi memberkati Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara
Ashraff Naufal bin Nazrul Hamizi untuk memimpin bacaan doa.
.
.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin Terima kasih kepada saudara
Ashraff Naufal bin Nazrul Hamizi atas bacaan doa itu tadi .
.
.
Melayang serindit di atas permatang , Merbah berkicau di hujung muara ,
Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara
.
.
Seterusnya , Majlis menjemput Iman Farihin bin Afzahirul selaku mantan
presiden badan wakil pelajar sesi 2022/2023 untuk menyampaikan ucapan
beliau. (wafa end)
.
(iman)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang diberikan sebentar
tadi
.
.
(wafa)
Sidang dewan yang dihormati, kini tibalah masanya acara yang ditunggu tunggu
iaitu acara penyerahan portfolio oleh badan wakil pelajar sesi 2022/2023 kepada
badan wakil pelajar sesi 2023/2024 . sebelum itu, mari kita sama sama saksikan
montaj yang telah disediakan oleh badan wakil pelajar sesi 2023/2024.
.
.
(wafa)
Majlis mempersilakan barisan badan wakil pelajar sesi 2022/2023 diikuti
barisan badan wakil pelajar sesi 2023/2024 (wafa end)
.
(iman start)
Demikianlah tadi acara penyerahan portfolio badan wakil pelajar sesi
2023/2024. Dipersilakan badan wakil pelajar sesi 2022/2023 untuk mengambil
tempat.
.
.
Warga MRSM Alor Gajah merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada barisan badan wakil pelajar dan semua badan kepimpimnan
pelajar sesi 2022/2023. Terima kasih di atas segala komitmen dan sumbangan
yang telah diberikan.
.
.
(wafa start)
Acara diteruskan , dengan bacaan ikrar yang dipimpin dari badan kepimpinan
pelajar yang diketuai oleh saudara Farid Ikhwan Bin Sahari.
.
Semua Badan kempimpinan pelajar dijemput untuk berdiri.
.
.
(iman)
semua badan kepimpinan dipersilakan duduk.
.
seterusnya dijemput badan wakil pelajar untuk mengambil tempat masing
masing di hadapan pentas.
.
.
(iman)
Kini Dijemput Yang berusaha,Encik Azam Bin Yakob Pengetua MRSM ALOR
GAJAH diiringi Encik Shazihan Bin Mohamad@Mohamad Nor Timbalan
Pengetua Pembangunan bakat untuk menyaksikan upacara menanda tangani
watikah perlantikan Badan Wakil Pelajar sesi 2023/2024 (wafa end)
.
(wafa start)
Demikian tadi , upacara menanda tangani Watikah perlantikan badan wakil
pelajar sesi 2023/2024. Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan
Encik Shazihan.
.
.
(iman)
Kini marilah sama sama kita dengarkan ucapan sulung dari Presiden Badan
Wakil Pelajar sesi 2023/2024. Majlis mempersilakan Farid Ikhwan Bin Sahari
.
.
(wafa)
Terima kasih kepada Presiden Badan Wakil Pelajar baharu.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Badan Wakil Pelajar sesi 2022/2023 .
Jasamu akan sentiasa kami kenang .
.
(iman start)
Tidak lengkap majlis tanpa adanya ucapan daripada ayahanda kita .Tanpa
berlengah lagi saya persilakan Encik Azaam Bin Yakob untuk memberikan
ucapan sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan peringkat
MRSM Alor Gajah Tahun 2023. (UCAPAN PENGETUA)
.
diminta tuan pengetua untuk kekal di atas pentas.
.
(wafa)
Dijemput Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar Encik Mohamad Nasrul Bin
Hartoyo , Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat Encik Shazihan bin
Mohamad@Mohamad nor , Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik En
Abdul Rahim Bin Ishak, dan Ketua Jabatan Sains Sosial Ustaz Redzmi bin
Ismail untuk naik ke atas pentas bersama-sama Tuan pengetua bagi upacara
gimik penutupan Bulan Kebangsaan peringkat MRSM Alor Gajah 2023.

.
(iman)
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua dan Pihak pengurusan
.
.
(wafa start)
Bagi memeriahkan lagi majlis WATIKAH PELANTIKAN BADAN WAKIL
PELAJAR SESI 2023/2024 dan ATURCARA MAJLIS PENUTUP BULAN
KEBANGSAAN 2023
pada hari ini majlis berbesar hati mempersembahkan tarian daripada kumpulan
zapin elite maktab. Kumpulan tarian zapin ini baru sahaja ditubuhkan lebih
kurang sebulan yang lalu . Persembahan hari ini merupakan persempahan buat
julung kalinya . Marilah kita memberikan tepukan semangat kepada kumpulan
Zapin Elite Maktab . Dengan segala hormatnya , majlis mempersilakan .
.
.
(iman)
Terima kasih kepada kumpulan zapin elite maktab.
sebagai makluman ,
penubuhan kumpulan zapin ini bertujuan bagi menghargai warisan negara
supaya budaya melayu tak hilang ditelan zaman
.
.
(iman )
Bukan duri sebarang duri
Duri sanggul puteri kebayan
Bukan Tari sebarang tari
Tari zapin budaya kebayan
.
.
Tanpa melengahkan masa lagi , Majlis menjemput Tuan Azaam Bin Yakob
diiringi Encik Mohamad Nasrul Bin Hartoyo untuk menyampaikan hadiah
pertandingan yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan .
.
.
.
Terima Kasih Tuan Pengetua dan Encik Nasrul. (iman)
.
.
(wafa start)
Majlis diteruskan dengan tayangan montaj Aktiviti Bulan Kebangsaan Peringkat
MRSM Alor Gajah . Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
.
.
Seterusnya, diminta semua hadirin berdiri bagi menyanyikan lagu Malaysia
madani sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. (wafa end)
.
.
.
(iman start)
Dengan berakhirnya nyanyian tersebut maka , berakhirlah sudah majlis kita
pada hari ini . Sekalung tahniah kami ucapkan kepada barisan kepimpinan yang
baharu . (iman end)
.
(BOTH)
Sekian Wabilahitaufik Walhidayah Wassalam mualaikum Waramatullah hi
Wabarokatuh Salam Malaysia Madani
.
(iman start)
Pelajar diminta untuk kekal di dalam dewan bagi memberi laluan kepada tuan
pengetua dan pihak pengurusan untuk meninggalkan dewan. (end.)

You might also like