Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

KERTAS KONSEP
DEBAT GENERASI MADANI
PIALA MENTERI PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2024

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

1.0 PENGENALAN

1.1 Debat atau bahas ala parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan atau
perdebatan sesuatu usul atau cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam
membahaskan sesuatu usul, pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat
Berhormat (YAB) Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain
hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada
beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah,
fakta dan contoh perihal sebab usul tersebut dikemukakan dan seterusnya
dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3)
Ahli Dewan.

1.2 Pihak pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula akan
menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah,
memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan serta menjawab sebab
usul tersebut harus ditolak.

1.3 Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang


di-Pertua Dewan (YDP) mendapatkan pengundian. Dalam pertandingan ini
pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh
hakim bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh YDP seperti
pengumuman yang dibuat oleh YDP Dewan Rakyat.

1.4 Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara sistem Power Match


(kaedah Swiss Bracket). Sistem Power Match merupakan satu sistem yang
menentukan jadual perlawanan secara automatik yang berdasarkan margin,
juri dan markah. Pusingan awal dilaksanakan sebanyak tiga perlawanan.
Selepas pusingan awal, lapan pasukan yang mendapat kedudukan tertinggi
layak untuk ke peringkat suku akhir, seterusnya separuh akhir dan akhir.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu format debat yang menarik dan mencabar kepada
murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat
kecemerlangan.

2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan
berfikiran tajam dalam mengutarakan hujah secara spontan dan sopan serta
bernas.

2.3 Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa intelektual,


bahasa sastera dan bahasa pentadbiran.
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

3.0 KAEDAH PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan yang melibatkan 16 pasukan akan


dikelolakan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah
dilantik.

3.3 Pusingan akhir dicadangkan berlangsung di Dewan Undangan Negeri atau


Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

4.0 PERATURAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah


warganegara Malaysia di sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan
KPM sahaja.

4.2 Pendebat terdiri daripada murid Tingkatan Satu hingga Lima yang berumur
13 hingga 17 tahun sahaja.

4.3 Bagi peringkat kebangsaan, setiap pasukan mestilah terdiri daripada murid
pelbagai kaum/etnik.

4.4 Wakil ke peringkat negeri dan kebangsaan boleh dipilih dari sekolah yang
berbeza. JPN berhak menentukan lima orang pendebat terbaik dari pelbagai
sekolah untuk bertanding ke peringkat kebangsaan bersama-sama dengan
seorang guru pengiring.

4.5 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan pertandingan. Pakaian
seragam sekolah adalah dibenarkan.

4.6 Kata-kata yang diucapkan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta
mencerminkan tatasusila yang tinggi. Isyarat yang sopan dan hormat seperti
mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa
perdebatan.

4.7 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi
seseorang adalah dilarang.

4.8 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

4.9 Borang penyertaan perlu dihantar kepada JPN Pengelola mengikut tarikh
yang ditetapkan.
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

5.0 FORMAT

5.1 Usul perdebatan akan diberikan kepada pasukan yang bertanding iaitu
21 hari/3 minggu sebelum pertandingan peringkat kebangsaan. Pasukan yang
akan mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan
bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

5.2 Pendebat pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai Yang Amat
Berhormat (YAB) Perdana Menteri, manakala empat orang pendebat dalam
pasukan tersebut dikenali sebagai Yang Berhormat (YB) Menteri Kedua, YB
Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat dan YB Menteri Kelima. Pendebat
pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai
YB Ketua Pembangkang, manakala empat lagi pendebat dalam pasukan
tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB Pembangkang
Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima.

5.3 Peruntukan masa dan giliran berdebat bagi kedua-dua pasukan adalah seperti
berikut:

Giliran Kerajaan Giliran Pembangkang Masa


1 Pertama 2 Pertama 9 minit
3 Kedua 4 Kedua 9 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 9 minit
Persediaan Persediaan 3 minit

8 Ucapan 7 Ucapan penggulungan 4 minit


penggulungan (Pertama/Kedua)
(Pertama/Kedua)

5.4 Pendebat pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan satu


hujah manakala pendebat kedua daripada kedua-dua pasukan akan
mengutarakan dua hujah. Pendebat ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak
mengutarakan hujah baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah-
hujah pasukan lawan. (Lampiran 1 dan 2)

5.5 Semasa satu pihak berhujah, ahli pasukan lawan termasuklah pendebat
keempat dan kelima boleh memohon izin laluan dalam masa 15 saat sahaja
berbentuk soalan, kenyataan, fakta atau ayat-ayat pendek yang berkaitan
dengan isi yang sedang diutarakan. Pendebat boleh menerima dua izin laluan
atau menolak izin laluan daripada pihak lawan antara minit kedua hingga minit
kelapan hujah pendebat. Tiada izin laluan semasa ucapan penggulungan.
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

5.6 Pendebat keempat dan pendebat kelima dari kedua-dua pasukan dibenarkan
untuk memberi celahan antara minit kedua hingga kelapan pendebat pertama,
kedua dan ketiga yang sedang berhujah sebanyak satu kali sahaja. Masa
yang diberikan hanya 30 saat sahaja. Celahan adalah berbentuk kenyataan,
bukti, contoh baharu yang berkaitan dengan pendirian atau hujah pasukan
masing-masing. Pendebat keempat dan kelima tidak dibenarkan untuk
memberikan hujah baru. Kebenaran untuk menerima celahan adalah
bergantung kepada Yang di-Pertua Dewan dan pendebat yang sedang
berdebat.

5.7 Selepas semua pendebat berhujah, pendebat pertama atau pendebat kedua
daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai
oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

5.8 Cabutan undi peranan akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan
pihak kerajaan dan pembangkang sebelum pertandingan.

5.9 Pasukan yang terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan masing-masing


selama 30 minit. Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke
dalam bilik persediaan. Peralatan elektronik adalah tidak dibenarkan.

5.10 YDP akan membaca ringkasan peraturan perdebatan dan memperkenalkan


penjaga masa, panel hakim dan pendebat. YDP tidak dibenarkan membuat
apa-apa komen dan ulasan tentang usul perdebatan ataupun pendebat yang
sedang bertanding. YDP perlu memastikan bahawa hakim telah bersedia
sebelum menjemput pendebat untuk berucap.

5.11 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin
laluan dan celahan. Pada minit kelapan loceng akan dibunyikan sekali
menandakan masa untuk izin laluan dan celahan telah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua kali pada minit kesembilan sebagai tanda bahawa masa untuk
pendebat berhujah telah tamat. Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa
akan membunyikan loceng satu kali sebagai amaran pada minit yang ketiga.
Pada minit keempat loceng dibunyikan dua kali menandakan masa telah
tamat.

6.0 ASPEK PEMARKAHAN

6.1 Pendebat Pertama, Kedua dan Ketiga


6.1.1 Isi 30 markah
6.1.2 Strategi 30 markah
6.1.3 Gaya 20 markah
6.1.4 Bahasa 20 markah
Jumlah 100 markah x 3
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

6.2 Pendebat Keempat dan Kelima


6.2.1 Cemerlang 4-5 markah
6.2.2 Baik 2-3 markah
6.2.3 Lemah 1 markah
Jumlah 5 markah x 2

6.3 Penggulungan
6.3.1 Isi 15 markah
6.3.2 Strategi 15 markah
6.3.3 Gaya 10 markah
6.3.4 Bahasa 10 markah
Jumlah 50 markah

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Peringkat kebangsaan akan dinilai oleh tujuh orang hakim bagi pusingan akhir
dan lima orang hakim bagi pusingan lain termasuk ketua hakim yang akan
menilai pertandingan secara keseluruhan melalui sistem juri.

7.2 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep KPM.

7.3 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Setiap pasukan akan mendapat sijil penyertaan bagi murid dan sijil penghargaan
bagi guru. Senarai hadiah adalah seperti berikut:

8.1 Johan : Wang tunai RM5,000.00, piala dan sijil pencapaian


8.2 Naib Johan : Wang tunai RM4,000.00, piala dan sijil pencapaian
8.3 Tempat Ketiga : Wang tunai RM3,000.00, piala dan sijil pencapaian
8.4 Tempat Keempat : Wang tunai RM2,000.00, piala dan sijil pencapaian
8.5 Tempat Kelima : Wang tunai RM1,000.00, piala dan sijil pencapaian
8.6 Pendebat Terbaik : Wang tunai RM500.00, piala dan sijil pencapaian
(murid Melayu)
8.7 Pendebat Terbaik : Wang tunai RM500.00, piala dan sijil pencapaian
(murid bukan Melayu)
8.8 Saguhati : Wang tunai RM500.00 x 11 pasukan
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

9.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

9.1 KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

9.2 KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

9.3 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang terdiri daripada KPM dan JPN
Pengelola.

9.4 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2024 sehingga makluman atau semakan
lanjut daripada KPM dan boleh digunakan dalam semua peringkat untuk
pertandingan yang dianjurkan oleh KPM.

9.5 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau
penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan
kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

BORANG PENYERTAAN DEBAT GENERASI MADANI


PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama peserta :
Gambar
peserta

No. kad pengenalan :


Tarikh lahir :
Umur :
Jantina
Kaum/Etnik
No. telefon bimbit :
(jika ada)
Tingkatan :
Nama sekolah :

Alamat sekolah :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING


Nama guru pembimbing :

No. telefon bimbit :


E-mel :
C. PENGESAHAN PENGETUA
Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.
Tandatangan Pengetua :

Cap sekolah :

No. telefon :
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

Lampiran 1
PERANAN PIHAK KERAJAAN

Peranan Tugas
i. Memberi definisi atau pentakrifan terhadap usul.
YAB Perdana Menteri ii. Menyatakan pendirian.
iii. Menyatakan strategi dan peranan menteri.
iv. Mengemukakan 1 hujah dan memberi huraian/ fakta
untuk menyokong usul.
v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul.
i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju
YB Menteri Kedua menerima atau menolak definisi baharu yang telah
diberikan oleh pihak pembangkang.
ii. Sekiranya ditolak, penegasan tentang definisi yang
telah dikemukakan oleh Perdana Menteri perlu
diberikan.
iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua
Pembangkang.
iv. Mengemukakan 2 hujah dan memberi huraian/ fakta
untuk menyokong usul.
v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul.
i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YB Menteri Ketiga pembangkang kedua.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua
Pembangkang.
iii. Memperkukuh usul yang telah dibawa dan
menegaskan pendirian bagi menyokong usul.

i. Memberi celahan sama ada berbentuk kenyataan,


Menteri Keempat bukti atau contoh baharu untuk menyokong
pendirian dan hujah pasukan kerajaan.
Menteri Kelima

i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta pihak


Ucapan penggulungan pembangkang dalam perdebatan usul.
(Pertama/ Kedua) ii. Menggulung perdebatan dan membuat penegasan
untuk menyokong usul.
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

Lampiran 2
PERANAN PIHAK PEMBANGKANG

Peranan Tugas
i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju
YB Ketua Pembangkang menerima atau menolak definisi usul yang telah
diberikan oleh pihak kerajaan.
ii. Sekiranya ditolak, definisi mengikut takrifan perlu
diberikan.
iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YAB
Perdana Menteri.
iv. Menyatakan pendirian berhubung dengan usul.
v. Menyatakan strategi dan peranan pembangkang.
vi. Mengemukakan 1 hujah dan memberi huraian/ fakta.
vii. Menegaskan pendirian.
i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB
YB Pembangkang Kedua Menteri Kedua.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YAB
Perdana Menteri.
iii. Mengemukakan 2 hujah dan memberi huraian/ fakta.
iv. Menegaskan pendirian.
i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YB Pembangkang Ketiga YB Menteri Ketiga.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YB Menteri Kedua.
iii. Membidas hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh
YAB Perdana Menteri.
iv. Memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta dan
menegaskan pendirian.
YB Pembangkang i. Memberi celahan sama ada berbentuk kenyataan,
Keempat bukti atau contoh baharu untuk menyokong
YB Pembangkang Kelima pendirian dan hujah pasukan pembangkang.

i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta serta


Ucapan penggulungan menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah
(Pertama/Kedua) dilakukan oleh pihak kerajaan.
ii. Menggulung perdebatan dan membuat penegasan.
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

KEPUTUSAN DEBAT GENERASI MADANI


PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

USUL : ……………………………………………………………………………...................

……………………………………………………………………………..................

ANTARA

KERAJAAN PEMBANGKANG

*** USUL DITERIMA / DITOLAK ***

*** PEMENANG : KERAJAAN / PEMBANGKANG ***

SEKOLAH : …………………………………………………………………….....

PENDEBAT TERBAIK : …………………………………………………………………….....

PASUKAN : KERAJAAN / PEMBANGKANG

PENGESAHAN OLEH KETUA HAKIM

………………………………………
( NAMA )
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

BORANG RUMUSAN KEPUTUSAN DEBAT GENERASI MADANI


PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

USUL : ……………………………………………………………………………................

……………………………………………………………………………...............

JURI : ……………………...........................................................................................

MARGIN : …………………………...................................................................................

KERAJAAN PEMBANGKANG
HAKIM
NEGERI: NEGERI:

HAKIM NAMA PENUH TANDATANGAN

5
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

CATATAN HAKIM DAN BORANG PEMARKAHAN

PERDANA MENTERI KETUA PEMBANGKANG

1 IL (Memohon) 2 markah IL (Menerima) 2 markah IL (Memohon) 2 markah IL (Menerima) 2 markah

2 Definisi (9 markah - pentakrifan, huraian dan analogi) Definisi Setuju / Tolak Bidas Perdana Menteri
(6 markah)
Definisi Pembangkang
(3 markah)

3 Pendirian Pasukan (3 markah) Pendirian Pasukan (3 markah)

4 Nyatakan Peranan (1 markah) Nyatakan Peranan (1 markah)

5 Hujah 1 (12 markah) Hujah 1 (12 markah)

6 Penegasan Hujah (1 markah) Penegasan Hujah (1 markah)

7 (30 M) Peranan Struktur Isu Gaya Bidas TM Strategi Peranan Struktur Isu Gaya Bidas TM
Strategi Hujah Hujah

8 (20 M) Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan Gaya Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan
Gaya badan badan

9 (20 M) Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa Bahasa Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa
Bahasa
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

CATATAN HAKIM DAN BORANG PEMARKAHAN

MENTERI KEDUA PEMBANGKANG KEDUA

1 IL (Memohon) 2 markah IL (Menerima) 2 markah IL (Memohon) 2 markah IL (Menerima) 2 markah

2 Definisi - Setuju/Tolak. Definisi Semula (3 markah) Bidas Menteri Kedua / Hujah 3 (4 markah)

3 Bidas Ketua Pembangkang (11 markah) Bidas Menteri Kedua / Hujah 2 (4 markah)

4 Hujah 2 (6 markah) Bidas Perdana Menteri / Hujah 1 (6 markah)

5 Hujah 3 (6 markah) Hujah 2 (6 markah)

Hujah 3 (6 markah)

6 (30 M) Peranan Struktur Isu Gaya Bidas TM Strategi Peranan Struktur Isu Gaya Bidas TM
Strategi Hujah Hujah

7 (20 M) Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan Gaya Penyampa Bahasa Membaca Sebutan
Gaya Badan. ian Badan.

8 (20 M) Gaya Bahasa Struktur Tatabahasa Bahasa Gaya Bahasa Struktur Tatabahasa
Bahasa Ayat Ayat
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

CATATAN HAKIM DAN BORANG PEMARKAHAN

MENTERI KETIGA PEMBANGKANG KETIGA

1 IL (Memohon) 2 markah IL (Menerima) 2 IL (Memohon) 2 markah IL (Menerima) 2 markah


markah

Bidas Menteri Ketiga (10 markah)

2 Bidas Pembangkang Kedua/ Hujah 3 (6 markah) Bidas Menteri Kedua/ Hujah 3 (4 markah)

3 Bidas Pembangkang Kedua/ Hujah 2 (6 markah) Bidas Menteri Kedua/ Hujah 2 (4 markah)

4 Bidas Ketua Pembangkang / Hujah 1 (10 markah) Bidas Perdana Menteri / Hujah 1 (4 markah)

5 Penegasan Hujah (4 markah) Penegasan Hujah (4 markah)

6 (30 M) Peranan Struktur Isu Gaya Bidas TM Strategi Peranan Struktur Isu Gaya Bidas TM
Strategi Hujah Hujah

7 (20 M) Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan Gaya Penyampa Bahasa Membaca Sebutan
Gaya Badan. ian Badan.

8 (20 M) Gaya Bahasa Struktur Tatabahasa Bahasa Gaya Bahasa Struktur Tatabahasa
Bahasa Ayat Ayat
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

CATATAN HAKIM DAN BORANG PEMARKAHAN RUMUSAN PENGGULUNGAN

PEMBANGKANG KERAJAAN

Bidasan (9 Markah) Bidasan (9 Markah)


1. 1.
2. 2.
3. 3.

Rumusan Hujah (6 Markah) Rumusan Hujah (6 Markah)


1. 1.
2. 2.
3. 3.

(15 M) Peranan Struktur Isu Gaya Bidas Strategi Peranan Strukt Isu Gaya Bidas
Strategi Hujah ur Hujah TM
TM

(10 M) Penyamp Bahasa Membaca Sebutan Gaya Penyamp Bahasa Membaca


Gaya aian Badan aian Badan Sebutan

(10 M) Gaya Bahasa Struktur Tatabaha Bahasa Gaya Struktur Tatabahasa


Bahasa Ayat sa Bahasa Ayat
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

CATATAN HAKIM DAN BORANG PEMARKAHAN BIDASAN

PEMBANGKANG KERAJAAN

Bidasan (9 Markah) Bidasan (9 Markah)


1. 1.
2. 2.
3. 3.

Rumusan Hujah (6 Markah) Rumusan Hujah (6 Markah)


1. 1.
2. 2.
3. 3.

(15 M) Peranan Struktur Isu Gaya Bidas TM Strategi Peranan Struktur Isu Gaya Bidas
Strategi Hujah Hujah TM

(10 M) Penyam Bahasa Membaca Sebutan Gaya Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan
Gaya paian Badan Badan

(10 M) Gaya Bahasa Struktur Tatabahasa Bahasa Gaya Bahasa Struktur Tatabah
Bahasa Ayat Ayat asa
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

BORANG PEMARKAHAN (KERAJAAN)

USUL : ____________________________________________________________________________________

BILIK PERSIDANGAN : ____________________________________________________________________________________

Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengelak margin yang tidak sepatutnya
(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power match dan tertakluk kepada perubahan semasa)

KERAJAAN ISI STRATEGI GAYA BAHASA


(30 markah) (30 markah) (20 markah) (20 markah) JUMLAH
Sederhana: 23 Sederhana: 23 Sederhana: 18 Sederhana: 18 (100 markah)
Baik: 24 Baik: 24 Baik: 19 Baik: 19
Cemerlang: 25
YAB PERDANA
MENTERI
YB MENTERI
KEDUA
YB MENTERI
KETIGA
JUMLAH
Cemerlang: 4-5 / Sederhana: 3 / Lemah: 1-2
(5 markah)
YB MENTERI
KEEMPAT
YB MENTERI
KELIMA
ISI STRATEGI GAYA BAHASA
(15 markah) (15 markah) (10 markah) (10 markah) JUMLAH
Sederhana: 12 Sederhana: 4 Sederhana: 4 Sederhana: 4 (50 markah)
Baik: 13 Baik: 5 Baik: 5 Baik: 5
PENGGULUNGAN
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

PANDUAN PERMARKAHAN KERAJAAN

ISI YB PERDANA MENTERI YB MENTERI KEDUA YB MENTERI KETIGA


Definisi (ada/tiada) Definisi Setuju@terima Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 3
Pendirian pasukan (ada/tiada) (Baik/Sederhana/Lemah)
(ada/tiada) Bidas KP (ada/tiada) Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 2
Penyataan peranan Hujah 2 (Baik/Sederhana/Lemah)
(ada/tiada) (Baik/Sederhana/Lemah) Bidas Ketua Pembangkang / Hujah 1
Hujah 1 Hujah 3 (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah) Penegasan Hujah (ada/tiada)

STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GAYA Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/ Sebutan
Badan/ Membaca/ Badan/ Membaca/ Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah)
Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah)

BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa
Ayat/ Tatabahasa Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GULUNG Rumusan Hujah


Bidasan Hujah
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

BORANG PEMARKAHAN (PEMBANGKANG)

USUL : _____________________________________________________________________________

BILIK PERSIDANGAN : _____________________________________________________________________________

Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengelak margin yang tidak sepatutnya
(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power match dan tertakluk kepada perubahan semasa)

ISI STRATEGI GAYA BAHASA


(30 markah) (30 markah) (20 markah) (20 markah)
KERAJAAN Sederhana: 23 Sederhana: 23 Sederhana: 18 Sederhana: 18 JUMLAH
Baik: 24 Baik: 24 Baik: 19 Baik: 19 (100 markah)
Cemerlang: 25
YB KETUA
PEMBANGKANG
YB PEMBANGKANG
KEDUA
YB PEMBANGKANG
KETIGA
JUMLAH
Cemerlang: 4-5 / Sederhana: 3 / Lemah: 1-2
(5 markah)
YB PEMBANGKANG
KEEMPAT
YB PEMBANGKANG
KELIMA
ISI STRATEGI GAYA BAHASA
(15 markah) (15 markah) (10 markah) (10 markah)
JUMLAH
Sederhana: 12 Sederhana: 4 Sederhana: 4 Sederhana: 4
(50 markah)
Baik: 13 Baik: 5 Baik: 5 Baik: 5
PENGGULUNGAN
KERTAS KONSEP DEBAT GENERASI MADANI PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

PANDUAN PERMARKAHAN PEMBANGKANG

ISI YB KETUA YB PEMBANGKANG KEDUA YB PEMBANGKANG KETIGA


PEMBANGKANG Bidas Menteri Kedua (2 hujah) Bidas Menteri Ketiga (Baik/Sederhana/Lemah
Definisi Sendiri@Tolak (ada/tiada) Bidas Menteri Kedua / Hujah 3
(ada/tiada) Bidas PM (ada/tiada) (Baik/Sederhana/Lemah)
Bidasan PM (ada/tiada) Hujah 2 Bidas Menteri Kedua / Hujah 2
Penyataan Peranan (Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
(ada/tiada) Hujah 3 Bidas Perdana Menteri / Hujah 1
Penyataan peranan (Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
(ada/tiada) Penegasan Hujah (ada/tiada)
Hujah 1
(Baik/Sederhana/Lemah)

STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GAYA Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Badan/ Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/
Badan/ Membaca/ Membaca/ Sebutan Sebutan
Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah)

BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa
Ayat/ Tatabahasa Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GULUNG Rumusan Hujah


Bidasan Hujah

-TAMAT-

You might also like