Screenshot 2024-05-16 at 12.29.13 PM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2023

Bismillahirrohmanirrohim, alhamdulillahirobbil ‘alamin,


wassolatuwassalamua’ala asyrofil anbiya iwal mursalin, wa ‘ala
alihi wasohbihi ajmain.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera.

Yang Berusaha,
Encik Firdaus bin Abu Hanifah,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1)

Yang dihormati
En Mohd Nizam bin Mat Rahim
Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya
SALUTASI
(1)

Yang Dihormati,
Puan Siti Hadijah binti Ibrahim,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Mohamed Asri bin Abu Bakar,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Sulaiman bin Samaie,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pnuan Rustazah Salwa binti Hasan Basri,


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru-guru seterusnya,
murid yang dikasihi sekalian.

Ayam Selasih di dahan kuini,


Pagut serangga mencari makan;
Terima Kasih berkampung di sini,
Penutup Bulan Kebangsaan kita raikan
UCAPAN ALU-
ALUAN MC Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke
Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke 66 dan
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Sekolah
Kebangsaan Taman Bunga Raya (1).

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,


Belikan saya kain belacu,
Silakan tuan segera tampil,
Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput


Encik Firdaus bin Abu Hanifah,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
UCAPAN GURU Penutupan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur
BESAR dan perasmian Gemilang, SKTBR1 tahun 2023
penutup
Majlis mempersilakan

-----------------------------------------------------------------------------
Begitulah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh
Tuan Guru Besar kita.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan semua pentadbir untuk naik ke


pentas bagi acara simbolik perasmian kita pada hari ini.

Cg AIMULLAH AKAN DATANG MENUNGGANG


BASIKAL DARI LOBI MEMBAWA BENDERA UNTUK
GIMIK PERASMIAN
DISERAHKAN KEPADA TN GB

Persilakan Tn Guru Besar dan barisan pentadbir turun dan


mengambil tempat di bawah khemah.

Santun bukan sebarang santun ,


Gadis ayu halus sopannya,
Pantun bukan sebarang pantun
Pantun Melayu kaya falsafahnya.

--------------pasukan Pantun masuk--------------------


PERSEMBAHAN
GIMIK Yang baru sahaja kita saksikan bersama merupakan gimik
persembahan yang cukup menarik sebagai simbolik Pembukaan
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah
Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) bagi tahun 2023. Terima
kasih diucapkan.

Marilah sama sama kita saksikan persembahan daripada


PERSEMBAHAN 1 Airees Farzana (6AR), Hanna Qysha (4AF) & Dikir Team -
Dikir Puteri

Kini tibalah acara yang ditunggu-tunggu oleh semua murid iaitu


acara penyampaian hadiah.

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah bagi PPKI

PENYAMPAIAN Dijemput Pn. Jamaliah bt Abdul Majid untuk mengiringi Pn.


HADIAH Rustazah Salwa binti Hasan Basri.
Sesi 1 …..Baca lampiran 1 para pemenang….

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih


diucapkan kepada Pn. Rustazah Salwa atas kesudian
menyampaikan hadiah.

Kita teruskan dengan persembahan daripada


Persembahan 2 Nur Muna Najaa Binti Mohd Fairuz (4AF) - Umpan jinak di air
tenang

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah bagi Kuiz


Pameran Bertema dan Mengira Jalur Gemilang dipersilakan Pn.
Nurul ‘Afiqah binti Zainudin mengiringi En. Mohd Nizam bin
Mat Rahim YDP PIBG SK Taman Bunga Raya 1. Dipersilakan..
PENYAMPAIAN
…..Baca lampiran 2 para pemenang….
HADIAH
Sesi 2

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih


diucapkan kepada En. Mohd Nizam bin Mat Rahim atas
kesudian menyampaikan hadiah.

Kita hangatkan lagi majlis kita dengan persembahan joget


daripada
Persembahan 3
Nur Ameysha Izzani Binti Abdul Rahim (5IK) - Cindai

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU IRAMA MELAYU

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan


Nyanyian Lagu Irama Melayu dijempuan Pn. Intan Erisha bt
Jamaluddin mengiringi Pn. Siti Hadijah bt Ibrahim

PENYAMPAIAN Dipersilakan..
HADIAH
Sesi 3 …..Baca lampiran 3 para pemenang….

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih


diucapkan kepada Pn. Siti Hadijah atas kesudian menyampaikan
hadiah.

Kita hangatkan lagi majlis kita dengan persembahan joget


daripada
PERSEMBAHAN 4 Saif Fattah Bin Fazrin (6AK) - Joget Kenangan Manis

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan


Membina Replika tugu Negara dan Selfie bersama guru
dipersilakan Pn.Faridah bt Othman mengiringi En. Firdaus bin
Abu Hanifah Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1

Dipersilakan..

…..Baca lampiran 4 para pemenang….

PENYAMPAIAN
HADIAH SESI 4 Selain hadiah untuk murid, ada juga hadiah istimewa kategori
guru. Iaitu Anugerah Guru yg paling GOJES dan Patriotik dan
Guru Maskulin yang paling Kacak dan Patriotik.

Dipersilakan Pn. Farah bt Jasni dan En. Mohamed Asri bin Abu
bakar.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih


diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas kesudian
menyampaikan hadiah.

Kita hangatkan lagi majlis kita dengan persembahan joget


daripada
PERSEMBAHAN 5
Dinzly Khalish Nufail Bin Irwan Shah (6AR) - Lemak Manis

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu, ‘Jalur Gemilang’


dan ‘Warisan’. Hadirin sekalian diminta berdiri. Semua
Pentadbir dan guru diminta untuk naik ke atas pentas bagi
NYAYIAN LAGU- menyanyikan lagu tersebut.
LAGU PATRIOTIK
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu
patriotik yang penuh semangat daripada para guru dan murid.
Hadirin dipersilakan duduk.

Bertiup bayu di pantai indah,


Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang.

Hadirin yang dihormati,

BERSURAI Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak


majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
merealisasikan majlis penutupan pada hari ini.

Sekian,
Wabillahi taufik wal hidayah,
wassalammualaikum w.b.t

You might also like