Garis Panduan Permohonan Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan Di Bawah ACB

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN MAC 2024 (Rev. 4)

GARIS PANDUAN
PERMOHONAN
SIJIL PERAKUAN JURUAUDIT
KESELAMATAN MAKANAN
DI BAWAH
ACB-GMP / ACB-HACCP/ ACB-FSMS
Isi Kandungan

Pengenalan ..................................................................................................................... 1
Objektif ............................................................................................................................ 1
Skop ............................................................................................................................... 2
Definisi ........................................................................................................................... 2
Kriteria Permohonan Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan di bawah ACB ... 3
Prosedur Pelaksanaan Latihan Dan Peperiksaan .......................................................... 4
Prosedur Permohonan Latihan, Peperiksaan Ulangan dan Sijil Perakuan Juruaudit
Keselamatan Makanan di bawah ACB (ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-
FSMS)……………..……………………………………………………………………………. 7
Kadar Yuran/Fi ……….………………………………………………………………………. ..9
Tempoh Sah Laku Sijil…………………………………………………….………………… 10
Tanggungjawab Pemegang Sijil ……………………………………………….……………10
Pembatalan Sijil ……………………………………………………………………………….10
Rayuan………………………………………………………………………………………….11

Pengecualian………………………………………………………………………………..…11
Pertanyaan……………………………………………………………………………..………12
1. PENGENALAN

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan


Malaysia menawarkan Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan di bawah
ACB kepada juruaudit yang memenuhi syarat sebagai satu inisiatif bagi Page | 1
memperakui juruaudit ACB dalam usaha mengharmonisasikan aktiviti
pengauditan GMP, HACCP dan FSMS.

Ini juga merupakan salah satu keperluan di bawah Skim Akreditasi Badan
Pensijilan (Accreditation of Certification Body-ACB Scheme), Jabatan Standard
Malaysia (JSM) memperuntukkan bahawa badan pensijilan yang menjalankan
pensijilan bagi Good Manufacturing Practice (GMP) berdasarkan MS 1514,
Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) berdasarkan MS 1480
dan Food Safety Management Systems (FSMS) berdasarkan MS ISO 22000
perlu memastikan juruaudit telah menghadiri latihan keselamatan makanan yang
diberikan oleh tenaga pengajar yang diiktiraf serta mendapat Sijil Perakuan
Juruaudit Keselamatan Makanan di bawah ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-
FSMS.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui International Food Safety Training


Centre of Malaysia (IFSTC) telah menawarkan Latihan Keselamatan Makanan
kepada Juruaudit di Bawah Badan Pensijilan yang Diakreditasi (ACB-GMP/ ACB-
HACCP) bagi memenuhi keperluan skim ACB tersebut. Latihan keselamatan ini
merangkumi dua (2) komponen iaitu kursus dan peperiksaan. Sijil kehadiran
akan diberikan kepada peserta yang hadir manakala Sijil Perakuan Juruaudit
Keselamatan Makanan ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS akan diberikan
berdasarkan permohonan kepada juruaudit yang telah lulus peperiksaan dan
memenuhi syarat.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran seseorang


juruaudit ACB dengan lebih objektif dan efektif mengenai keperluan
perundangan makanan dan elemen di bawah elemen GMP / HACCP.

2.2 Menyelaraskan pemahaman mengenai keperluan perundangan makanan


dan elemen GMP / HACCP di kalangan juruaudit badan pensijilan.

2.3 Memenuhi keperluan Akreditasi Badan Pensijilan (Accreditation of


Certification Body-ACB Scheme) di bawah Jabatan Standard Malaysia (JSM).
3. SKOP

Skim latihan ini ditawarkan kepada mana-mana individu yang telah atau bakal
menjadi juruaudit di bawah badan pensijilan yang telah mendapat akreditasi atau
dalam proses mendapatkan akreditasi bagi pelaksanaan audit pensijilan berikut: Page | 2

3.1 Good Manufacturing Practice (GMP) berdasarkan MS 1514


3.2 Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) berdasarkan MS 1480
3.3 Food Safety Management System (FSMS) berdasarkan ISO 22000

4. DEFINISI

Bagi tujuan garis panduan ini, terminologi di bawah membawa maksud seperti
berikut:

4.1 Badan Pensijilan

Mana-mana badan penilaian pematuhan pihak ketiga yang melaksanakan


skim pensijilan dan mengeluarkan sijil berdasarkan standard pensijilan
tertentu.

4.2 Accredited Certification Body (ACB)

Badan pensijilan yang telah mendapat akreditasi dari Jabatan Standard


Malaysia (JSM) bagi skim Good Manufacturing Practice (GMP)
berdasarkan skop MS 1514, Hazard Analysis Critical Control Point
(HACCP) berdasarkan skop MS 1480 dan Food Safety Management
Systems (FSMS) berdasarkan skop ISO 22000.

4.3 Skim ACB

Skim Akreditasi Badan Pensijilan (Accreditation of Certification Body-ACB


Scheme) bagi ACB-GMP, ACB-HACCP dan ACB-FSMS dilaksanakan di
bawah Jabatan Standard Malaysia (JSM).

4.3 Juruaudit

Individu yang dilantik secara formal oleh badan pensijilan untuk


menjalankan audit GMP/HACCP/FSMS di bawah Skim ACB.
4.4 Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan di bawah ACB (ACB-
GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS):

Sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada


juruaudit di bawah ACB yang telah memenuhi syarat. Page | 3

4.5 Latihan

Latihan merujuk kepada Latihan Keselamatan Makanan kepada Juruaudit


di bawah Badan Pensijilan yang Diakreditasi (ACB-GMP/ ACB-HACCP/
ACB-FSMS) yang dikendalikan dan dianjurkan oleh pihak IFSTC
Malaysia.

5. KRITERIA PERMOHONAN SIJIL PERAKUAN JURUAUDIT KESELAMATAN


MAKANAN DI BAWAH ACB

Juruaudit yang memohon sijil ini hendaklah:

5.1 Berkhidmat / terikat dengan Accredited Certification Body (ACB) atau


badan pensijilan yang dalam proses mendapatkan akreditasi oleh Jabatan
Standard Malaysia (JSM) di bawah skim GMP, HACCP atau FSMS.

5.2 Mempunyai kelulusan dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi


makanan, sains makanan dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan
pengajian keselamatan makanan.

5.3 Mempunyai pengetahuan dan pemahaman asas berkaitan GMP dan /


atau HACCP.

5.4 Juruaudit perlu menghadiri dan lulus peperiksaan Latihan Keselamatan


Makanan kepada Juruaudit di bawah Badan Pensijilan yang Diakreditasi
seperti jadual di bawah:

Latihan Juruaudit Juruaudit Juruaudit


ACB-GMP ACB-HACCP ACB-FSMS
Latihan Keselamatan Makanan kepada
Juruaudit di bawah Badan Pensijilan
√ √ √
yang Diakreditasi (ACB-GMP)

Latihan Keselamatan Makanan kepada


Juruaudit di bawah Badan Pensijilan √ √
yang Diakreditasi (ACB-HACCP)
6. PROSEDUR PELAKSANAAN LATIHAN DAN PEPERIKSAAN

6.1 Pelaksanaan Latihan:

6.1.1 Hebahan dan tawaran latihan akan dijalankan oleh International Page | 4
Food Safety Training Centre (IFSTC), Malaysia di bawah Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan
Malaysia dan akan diiklankan oleh IFSTC Malaysia di laman
sesawang www.fsq.moh.gov.my dan https://fosim.moh.gov.my

6.1.2 Latihan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali


setahun tertakluk kepada bilangan peserta yang memohon untuk
menghadiri latihan tersebut.

6.1.3 Latihan dijalankan selama tiga (3) hari seperti agenda di


LAMPIRAN A1 bagi GMP dan LAMPIRAN A2 bagi HACCP.

6.1.4 Carta alir pelaksanaan latihan adalah seperti di LAMPIRAN B1.

6.1.5 Latihan terdiri daripada dua bahagian iaitu pembelajaran dalam


kelas dan peperiksaan bertulis.

6.1.6 Kehadiran latihan hendaklah 100% daripada tempoh latihan bagi


melayakkan juruaudit menduduki peperiksaan dan diberikan sijil
kehadiran.

6.1.7 Latihan akan diberikan oleh tenaga pengajar yang dilantik oleh
KKM. Tenaga pengajar yang dilantik akan dinilai berdasarkan
kriteria yang ditetapkan oleh IFSTC.

6.1.8 Kandungan latihan terdiri daripada tiga (3) komponen iaitu


perundangan makanan, elemen HACCP/ GMP dan eksport.

6.1.9 Pihak IFSTC akan terlibat dalam urusan fi latihan, penyediaan


tempat serta logistik. Manakala sekretariat teknikal latihan akan
terlibat dalam penyelarasan kandungan latihan dan juga
peperiksaan.

6.1.10 Sijil kehadiran akan dikeluarkan kepada semua peserta oleh pihak
IFSTC.
6.2 Pelaksanaan Peperiksaan

6.2.1 Di akhir latihan semua peserta diwajibkan menduduki peperiksaan


bagi menguji kefahaman ke atas kandungan latihan.
Page | 5
6.2.2 Soalan peperiksaan adalah berbentuk objektif dan subjektif. Kertas
soalan adalah merangkumi semua komponen latihan.

6.2.3 Peperiksaan GMP menggunakan kod GMP / 01/ xxxx (tahun) dan
manakala peperiksaan HACCP menggunakan kod HACCP / 01/
xxxx (tahun).

6.2.4 Calon tidak dibenarkan untuk merujuk nota latihan, sumber internet
atau berbincang dengan calon yang lain. Hanya MS1514, MS1480,
serta Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya sahaja yang
dibenarkan sebagai bahan rujukan.

6.2.5 Setiap calon akan diberikan satu angka giliran yang akan
digunakan sebagai rujukan peperiksaan.

6.2.6 Peserta perlu mengisi Borang Aku Janji (LAMPIRAN F) yang akan
diedarkan sebelum peperiksaan dijalankan.

6.2.7 Kertas peperiksaan akan ditanda oleh tenaga pengajar dan akan
disemak oleh sekretariat latihan sebelum melalui kelulusan
Pengarah.

6.2.8 Keputusan peperiksaan adalah muktamad. Sebarang rayuan


adalah tidak dibenarkan.

6.2.9 Slip Keputusan Peperiksaan akan diedarkan kepada semua


peserta dalam tempoh 30 hari berkerja dari tarikh peperiksaan
diadakan.

6.3 Pelaksanaan Pengulangan Peperiksaan

6.3.1 Peserta yang gagal peperiksaan kali pertama dibenarkan untuk


menduduki semula peperiksaan tanpa perlu menghadiri semula
latihan.
6.3.2 Peserta boleh membuat permohonan peperiksaan ulangan seperti
perkara 7.2.3 Permohonan Peperiksaan Ulangan dalam tempoh
satu (1) bulan selepas tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan.

6.3.3 Permohonan peperiksaan ulangan yang diterima melebihi tempoh


yang ditetapkan hendaklah menghadiri semula latihan dan Page | 6
peperiksaan.

6.3.4 Peserta yang gagal peperiksaan ulangan perlu menghadiri semula


latihan dan menduduki peperiksaan (sekiranya berminat).

6.3.5 Carta alir pelaksanaan peperiksaan ulangan adalah seperti di


LAMPIRAN B3.

6.4 Latihan Ulangan

6.4.1 Latihan ulangan boleh disyaratkan kepada juruaudit yang tidak


memenuhi syarat dan etika sebagai juruaudit ACB serta
berdasarkan arahan/ usul daripada Jabatan Standard Malaysia.

6.4.2 Latihan ulangan juga terpakai kepada juruaudit yang gagal


peperiksaan sebanyak dua (2) kali.

6.4.3 Latihan ulangan perlu dihadiri oleh juruaudit yang tidak


memperbaharui Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan
dalam tempoh yang telah ditetapkan.

7 PROSEDUR PERMOHONAN LATIHAN, PEPERIKSAAN ULANGAN DAN


SIJIL PERAKUAN JURUAUDIT KESELAMATAN MAKANAN DI BAWAH ACB
(ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS)

7.1 Permohonan Menyertai Latihan

7.1.1 Pendaftaran bagi latihan perlu dibuat melalui sistem Food Safety
Information of Malaysia (FoSIM)
melalui pautan https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home.

7.1.2 Pemohon perlu mendaftar (atau mengunakan ID


FoSIM sedia ada sekiranya pernah membuat pendaftaran) di
dalam sistem FoSIM terlebih dahulu untuk membuat sebarang
pendaftaran latihan.

7.1.3 Penyertaan adalah berdasarkan “First Come, First Serve Basis”.


Page | 7
7.2 Permohonan Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan di
bawah ACB (ACB-GMP/ HACCP/ FSMS)

7.2.1 Permohonan baharu

7.2.1.1 Pemohon boleh membuat permohonan dengan


mengemukakan dokumen berikut:

a) Borang permohonan

b) Kontrak / surat lantikan dari ACB termasuk maklumat


lantikan juruaudit bagi skop GMP /HACCP/ FSMS

c) Sijil Kehadiran Latihan Keselamatan Makanan


kepada Juruaudit di Bawah Badan Pensijilan yang
Diakreditasi (ACB-GMP/ HACCP/ FSMS) dengan
pernyataan ‘LULUS’ pada sijil.

7.2.1.2 Carta alir pengeluaran sijil adalah seperti di LAMPIRAN


B2.

7.2.2 Permohonan pembaharuan

7.2.2.1 Permohonan pembaharuan sijil hendaklah dibuat tiga (3)


bulan sebelum tamat tempoh sah laku sijil. Borang
Permohonan Pembaharuan Sijil adalah seperti di
LAMPIRAN C.

7.2.2.2 Syarat permohonan pembaharuan sijil adalah seperti


berikut:

a) Mempunyai pelantikan / kontrak yang masih sah


sebagai juruaudit di bawah ACB
b) Juruaudit perlu menjalankan audit
(pematuhan/pengawasan/pembaharuan) sekurang-
kurangnya tiga (3) kali ke atas premis makanan
dalam tempoh sahlaku sijil.
Page | 8
c) Permohonan hendaklah disertakan bersama audit
log dan bukti pengauditan dijalankan iaitu laporan
audit yang disahkan oleh ACB bagi tiga (3) audit
yang telah dilaksanakan seperti perkara 9.2.2.2 (b).

d) Kriteria kelulusan permohonan pembaharuan adalah


berdasarkan dokumen sokongan dan bukti lengkap
yang dilampirkan.

e) Kelulusan pembaharuan Sijil Perakuan Juruaudit


Keselamatan Makanan di bawah ACB (ACB-GMP/
ACB-HACCP/ ACB-FSMS) akan melalui
Jawatankuasa Panel Pelulus Sijil Perakuan Juruaudit
Keselamatan Makanan di bawah ACB dan
berdasarkan kelulusan Pengarah Kanan.

7.2.2.3 Dokumen sokongan bagi permohonan pembaharuan


Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan di
bawah ACB
a) Borang permohonan yang lengkap

b) Dokumen Pembayaran Permohonan

c) Salinan Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan


Makanan di bawah ACB yang terdahulu

d) Audit log dan bukti pengauditan iaitu laporan


audit yang disahkan oleh ACB

7.2.2.3 Tempoh sahlaku permohonan pembaharuan adalah


selama satu (1) tahun daripada tarikh borang
permohonan diterima. Sekiranya pemohon gagal
mengemukakan sebarang maklumbalas dalam tempoh
tersebut, permohonan akan terbatal dengan sendirinya.
7.2.2.4 Carta alir pengeluaran sijil adalah seperti di LAMPIRAN
B2

7.2.3 Permohonan Peperiksaan Ulangan


Page | 9
7.2.3.1 Pemohon yang berminat boleh mengisi borang
seperti di LAMPIRAN D.

7.2.3.2 Permohonan hendaklah dihantar bersama bayaran


yuran/ fi peperiksaan seperti di perkara 8 Kadar
Yuran/Fi.

8 KADAR YURAN/FI

8.1 Latihan Keselamatan Makanan kepada Juruaudit di Bawah Badan


Pensijilan yang Diakreditasi (ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS) ke akan
dikenakan bayaran seperti berikut:

BAYARAN
BIL PERKARA
(RM)
Yuran/ fi latihan (termasuk yuran
1 RM 1,610.00
peperiksaan)
Yuran/ fi peperiksaan (untuk ulangan sahaja
2 RM 140.00
tanpa menghadiri kursus)
RM 150.00
3 Yuran/ fi pembaharuan sijil
(3 tahun)

8.2 Proses pembayaran yuran/fi latihan:

8.2.1 Bayaran yuran/fi pendaftaran latihan boleh dibuat secara atas


talian (FPX).

8.2.2 Penyertaan latihan hanya akan disahkan selepas pembayaran


diterima.

8.2.3 Yuran/fi latihan merangkumi bahan latihan, sijil dan makan


minum sepanjang latihan berlangsung.

8.2.4 Yuran/fi latihan tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan


dibuat selepas pembayaran.
8.2.5 Yuran pendaftaran latihan adalah “Human Resources
Development Fund (HRDF) Claimable”.

8.3 Proses pembayaran yuran/fi peperiksaan dan pembaharuan sijil

8.3.1 Bayaran yuran/fi peperiksaan dan pembaharuan sijil boleh dibuat Page | 10
melalui bank draft atau kiriman wang atas nama “Ketua
Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia”

8.3.2 Bayaran yuran/fi peperiksaan dan pembaharuan yang dibatalkan


atau tidak berjaya tidak akan dikembalikan.

9 TEMPOH SAH LAKU SIJIL

Tempoh sah laku sijil adalah tiga (3) tahun daripada tarikh sijil ini dikeluarkan.

10 TANGGUNGJAWAB PEMEGANG SIJIL

10.1 Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan di bawah ACB (ACB-


GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS) tidak boleh berpindah milik.

10.2 Juruaudit hendaklah menyimpan rekod-rekod pengauditan bagi tujuan


verifikasi semasa proses pembaharuan sijil.

10.3 Juruaudit hendaklah memohon untuk memperbaharui sijil dalam tempoh 3


bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil.

10.4 Juruaudit hendaklah mengamalkan etika pengauditan yang baik.

11 PEMBATALAN SIJIL

Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan di bawah ACB (ACB-GMP/ ACB-


HACCP/ ACB-FSMS) akan terbatal dengan sendirinya sekiranya berlaku
sebarang pelanggaran syarat yang ditetapkan oleh KKM atau JSM.
12 RAYUAN

Sekiranya permohonan baru dan pembaharuan Sijil Perakuan Juruaudit


Keselamatan Makanan di bawah ACB (ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS)
tidak diluluskan, pemohon boleh mengemukakan surat rayuan untuk
pertimbangan semula. Rayuan hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Page | 11
BKKM dalam tempoh tiga (3) bulan selepas keputusan dikeluarkan.

13 PENGECUALIAN

13.1 Walau apapun keperluan di bawah garis panduan ini, Pihak BKKM boleh
memberikan kebenaran atau pengecualian ke atas garis panduan ini jika
difikirkan perlu dan munasabah.

13.2 Pihak BKKM berhak membatalkan mana-mana permohonan yang tidak


mengikut syarat yang ditetapkan.

14 PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut pemohon boleh menghubungi:

Bil. Bahagian/ Jabatan/ Pejabat/ Alamat No.Telefon/ Laman web

1 Bahagian Keselamatan dan Kualiti No. Tel : 03-8885 0797


Makanan Emel : acb@moh.gov.my
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma Laman web:
No.26, Jalan Persiaran Perdana http://fsq.moh.gov.my
Presint 3, 62675 Putrajaya
Page | 12

RUJUKAN

i. Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya


ii. Scheme for the Accreditation of Certification Bodies-ACB –HACCP, Standards
Malaysia, 2013
iii. Scheme for the Accreditation of Certification Bodies-ACB –GMP, Standards
Malaysia, 2013
iv. Garis Panduan Skim Akreditasi Program Latihan Pengendali Makanan
v. Guideline for HACCP Certification, KKM
vi. Garis Panduan Pensijilan GMP, KKM
LAMPIRAN A1

AGENDA LATIHAN KESELAMATAN MAKANAN KEPADA JURUAUDIT DI BAWAH BADAN


PENSIJILAN YANG DIAKREDITASI
(ACB-GMP)
Page | 13
DATE/ DAY TIME TOPIC

8.30 am – 8.45 am Training registration

8.45 am – 9.00 am Training introduction

9.00 am – 10.00 am Food Act 1983 and Food Regulations 1985

10.00 am – 10.30 am Tea break

10.30 am – 12.00 am Food Standards and Labelling


Day 1
12.00 am – 1.00 pm Food Hygiene Regulations 2009

1.00 pm – 2.00 pm Lunch break

2.00 pm – 4.00 pm Food Products Exportation Requirements

4.00 pm – 4.30 pm GMP Certification Scheme- Ministry of Health

4.30 pm -5.00 pm Tea Break

8.30 am – 10.30 am GMP Elements MS 1514

10.30 am – 11.00 am Tea Break

11.00 am – 1.00 pm GMP Auditing

Day 2 1.00 pm – 2.00 pm Lunch Break

2.00 pm – 3.30 pm Exercise/ Case study 1

3.30 pm – 4.30 pm Exercise/ Case study 2

4.30 pm -5.00 pm Tea Break

8.30 am – 10.30 am Revision and discussion

10.30 am – 11.00 am Tea Break

11.00 am – 1.00 pm Continue - Revision and discussion


Day 3
12.30 pm – 1.00 pm Examination briefing

1.00 pm – 2.00 pm Lunch Break

2.00 pm – 5.00 pm Examination


*Tertakluk kepada sebarang pindaan oleh pihak IFSTC
LAMPIRAN A2

AGENDA LATIHAN KESELAMATAN MAKANAN KEPADA JURUAUDIT DI BAWAH BADAN


PENSIJILAN YANG DIAKREDITASI
(ACB-HACCP/ ACB-FSMS)
Page | 14
DATE/ DAY TIME TOPIC

8.15 am – 8.45 am Training registration

8.45 am – 9.00 am Training introduction

9.00 am – 10.00 am Health Certification Requirements

10.00 am – 10.30 am Tea break

Day 1 10.30 am – 12.00 pm Food Act 1983 and Food Regulations 1985

12.00 pm – 1.00 pm HACCP Certification Scheme- Ministry of Health

1.00 pm – 2.00 pm Lunch break

2.00 pm – 4.30 pm HACCP Principles : MS 1480

4.30 pm - 5.00 pm Tea break

8.30 am – 10.30 am HACCP Auditing

10.30 am – 11.00 am Tea Break

11.00 am – 1.00 pm HACCP Verification

Day 2 1.00 pm – 2.00 pm Lunch Break

2.00 pm – 3.30 pm Exercise/ Case study 1

3.30 pm – 4.30 pm Exercise/ Case study 2

4.30 pm – 5.00 pm Tea Break

8.30 am – 10.30 am Revision and discussion

10.30 am – 11.00 am Tea Break

11.00 am – 1.00 pm Continue - Revision and discussion


Day 3
12.30 pm – 1.00 pm Examination briefing

1.00 pm – 2.00 pm Lunch Break

2.00 pm – 5.00 pm Examination


*Tertakluk kepada sebarang pindaan oleh pihak IFSTC
LAMPIRAN B1

CARTA ALIR LATIHAN KESELAMATAN MAKANAN KEPADA JURUAUDIT DI


BAWAH BADAN PENSIJILAN YANG DIAKREDITASI
(ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS)
Page | 15

IFSTC terima
dan proses Peserta jalani latihan
Mula
permohonan
latihan

Peserta duduki peperiksaan

Sekretariat edar kertas jawapan kepada


tenaga pengajar untuk penandaan

Penandaan kertas jawapan oleh tenaga


pengajar

Sekretariat semak dan rekod markah

Sediakan laporan ringkasan dan analisis


markah keseluruhan

Kemukakan laporan kepada Pengarah

Sekretariat urus pengeluaran


Sijil Kehadiran Latihan
Keselamatan Makanan Gagal
Kelulusan keputusan
Kepada Juruaudit Di Bawah peperiksaan oleh
Badan Pensijilan Yang Pengarah.
Diakreditasi dan tandatangan
Pengarah Kanan
Lulus

Sekretariat urus pengeluaran Sijil Kehadiran


Latihan Keselamatan Makanan Kepada
Juruaudit Di Bawah Badan Pensijilan Yang
Diakreditasi dengan status LULUS pada sijil
dan tandatangan Pengarah Kanan

Edar sijil

Tamat
LAMPIRAN B2

CARTA ALIR PENGELUARAN SIJIL PERAKUAN JURUAUDIT KESELAMATAN


MAKANAN DI BAWAH ACB (ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS)

Page | 16

Mula
A
PERMOHONAN BAHARU
PERMOHONAN PEMBAHARUAN
Dokumen Permohonan:
Dokumen Permohonan:
1. Borang SPJ1 Peserta kemuka borang permohonan
Maklum bersama dokumen sokongan
2. Sijil Kehadiran Latihan pemohon 1. Borang SPJ1
Keselamatan Makanan kepada
Juruaudit di bawah Badan 2. Kontrak/ surat lantikan sebagai
Pensijilan yang Diakreditasi juruaudit dariada ACB/ CB
yang dalam proses mendapat
3. Kontrak/ surat lantikan sebagai akreditasi JSM.
juruaudit dariada ACB/ CB yang
dalam proses mendapat Sekretariat semak 3. Audit log dan bukti pengauditan
akreditasi JSM. dijalankan iaitu laporan audit yang
Tidak Lengkap dokumen disahkan oleh ACB bagi tiga (3)
audit yang telah dilaksanakan.

4. Dokumen pembayaran
Lengkap

Sedia senarai semak dan dokumen


pensijilan

Keluarkan surat Tidak


makluman kepada Lulus Kelulusan Jawatankuasa
pemohon dan Panel Pelulus Sijil
Salinan kepada
JSM.
Perakuan Juruaudit ACB

Lulus

Tandatangan Sijil oleh Pengarah Kanan

Serah/ edar Sijil

Tamat
LAMPIRAN B3

CARTA ALIR PROSES PEPERIKSAAN ULANGAN BAGI


LATIHAN KESELAMATAN MAKANAN KEPADA JURUAUDIT DI BAWAH BADAN
PENSIJILAN YANG DIAKREDITASI
(ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS) Page | 17

Mula

Dokumen Permohonan: Peserta kemuka permohonan

1. Borang Permohonan (Borang


RE1)
Sekretariat semak dokumen dan
2. Bayaran permohonan sedia surat makluman tarikh
peperiksaan ulangan

Peserta duduki peperiksaan

Sekretariat edar kertas jawapan


kepada tenaga pengajar / pegawai
yang dilantik untuk penandaan

Penandaan kertas jawapan

Sekretariat menyediakan laporan


makluman keputusan

Keluar surat makluman


kepada calon untuk
menghadiri semula Latihan Semakan KPP, TP
Keselamatan Makanan Gagal dan sokongan
Kepada Juruaudit di Bawah kelulusan Pengarah
Badan Pensijilan yang dan Pengarah Kanan
Diakreditasi
(ACB-GMP/ ACB-HACCP/
ACB-FSMS)
Lulus

Sekretariat urus pengeluaran sijil


dan tandatangan Pengarah Kanan

Sediakan surat iringan


dan edar slip keputusan.

Tamat
LAMPIRAN C
Borang SPJ1

BORANG PERMOHONAN SIJIL PERAKUAN JURUAUDIT KESELAMATAN MAKANAN DI BAWAH ACB


(ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS) Page | 18

JENIS PERMOHONAN:
BARU PEMBAHARUAN

BUTIRAN JURUAUDIT:

1) Nama Pemohon: ………………………………………….. 2) No. Kad Pengenalan: ……………………………...


3) Alamat Surat Menyurat:
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
4) Email: …………………………………………………………5) No. HP:……………………………………………....
6) No. Rujukan Sijil Lama (untuk pembaharuan sahaja): ………………………………………………………………….............
7) Tarikh Tamat Tempoh Sijil (untuk pembaharuan sahaja): ………………………………………………………………………

8) Kelayakan Akademik: ……………………………………………………………………………………………………


9) Status Juruaudit: Tetap / Freelance (sila nyatakan nama ACB): …………………………………………………………..

AUDIT LOG: (untuk pembaharuan sahaja):

TUJUAN AUDIT
TAHUN AUDIT (COMPLIANCE/ NAMA KILANG CATATAN
RENEWAL)

(Sila gunakan lampiran sekiranya ruang tidak mencukupi)

PERAKUAN PEMOHON:
Saya memperakui bahawa maklumat yang dinyatakan
Disahkan Oleh (Wakil ACB):
adalah benar.

Tandatangan: Tandatangan:

Cop rasmi: Cop rasmi:

Tarikh: Tarikh:
LAMPIRAN D
Borang RE1

BORANG PERMOHONAN PEPERIKSAAN ULANGAN BAGI


LATIHAN KESELAMATAN MAKANAN KEPADA JURUAUDIT DI BAWAH BADAN PENSIJILAN YANG
DIAKREDITASI
(ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS) Page | 19

BUTIRAN CALON:

NO. KAD
NAMA : :
PENGENALAN

ALAMAT
SURAT- : EMEL :
MENYURAT

TARIKH
PEPERIKSAAN
NO. HP :
YANG DIDUDUKI
SEBELUM INI:

: HACCP/ TARIKH :
KOD PEPERIKSAAN
PEPERIKSAAN YANG AKAN
GMP/ DIDUDUKI (Diisi oleh Jabatan.)

BUTIRAN BAYARAN:

No. Rujukan bank draf/ kiriman wang

PERAKUAN PEMOHON:

Saya memperakui bahawa maklumat yang dinyatakan


Disemak Oleh (Sekretariat):
adalah benar.

Tandatangan: Tandatangan:

Cop rasmi:
Cop rasmi:

Tarikh: Tarikh:
LAMPIRAN F
BORANG AKUJANJI PERSETUJUAN SYARAT-SYARAT PEPERIKSAAN BAGI LATIHAN
KESELAMATAN MAKANAN KEPADA JURUAUDIT DI BAWAH BADAN PENSIJILAN YANG
DIAKREDITASI
(ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS)

Saya dengan ini memperakui telah membaca dan memahami syarat-syarat latihan seperti dinyatakan Page | 20
dalam Latihan Keselamatan Makanan Kepada Juruaudit di Bawah Badan Pensijilan yang Diakreditasi (ACB-
GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS) dan syarat-syarat peperiksaan bagi kursus tersebut seperti berikut:

SILA
BIL SYARAT PEPERIKSAAN TANDA
()
1 Peperiksaan ini adalah dijalankan selama tiga (3) jam sahaja.
Soalan peperiksaan adalah merangkumi tajuk-tajuk dalam syarahan yang telah
2
disampaikan.
Calon tidak dibenarkan untuk merujuk nota latihan, sumber internet atau berbincang
3 dengan calon yang lain. Hanya MS1514, MS1480, serta Akta Makanan 1983 dan
peraturan-peraturannya sahaja yang dibenarkan sebagai bahan rujukan.
Calon boleh menjawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut
4
keselesaan.
5 Calon perlu menulis angka giliran di setiap helai kertas jawapan.
Kertas jawapan calon akan diperiksa oleh tenaga pengajar mengikut skema jawapan
yang telah disediakan dan akan disemak oleh ahli panel sebelum diluluskan. Prosedur
6 pemarkahan adalah mengikut Garis Panduan Penyediaan Soalan dan Pemarkahan bagi
peperiksaan Latihan Keselamatan Makanan Kepada Juruaudit di Bawah Badan
Pensijilan yang Diakreditasi (ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS)
Markah lulus adalah 80% daripada jumlah keseluruhan markah bagi peperiksaan
7
bertulis.
Keputusan peperiksaan adalah muktamad dan SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN
8 DILAYAN samada untuk menyemak semula atau mendapatkan salinan kertas jawapan
yang telah ditanda.
Slip Keputusan Peperiksaan akan diedarkan kepada semua peserta dalam tempoh 30
9
hari berkerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
Permohonan Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan ACB-GMP /ACB-GMP/
10 ACB-HACCP/ ACB-FSMS hanya akan dibuka kepada peserta yang LULUS peperiksaan
dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
Nama :

Tandatangan :

Angka Giliran :

Tarikh :
*Sila kembalikan semula borang yang telah ditandatangan kepada urusetia. Terima kasih atas kerjasama anda.

You might also like