PKPTG 1976-24

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan

Bilangan 24/1976

Pihak Berkuasa Perancangan Untuk Tujuan-tujuan Pecah


Sempadan, Pecah Bahagian dan Penyatuan Tanah (Disemak 2009)

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
PUTRAJAYA
© Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, 2010

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh
diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau
dihantar dalam sebarang bentuk atau apa jua cara sama ada secara elektronik, mekanikal,
fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu daripada
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Maklumat Dokumen

Tajuk dokumen Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan


Bilangan 24/1976
Disediakan oleh Seksyen Kajian Penyelidikan dan Pembangunan,
Bahagian Kemajuan Pengurusan dan Perundangan,
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Alamat Aras 4, Blok Menara,
Wisma Sumber Asli,
Presint 4,
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62574 Kuala Lumpur
Telefon 03-88712668
Faks 03-88810802
E-mel skpp@kptg.gov.my
Kategori dokumen Terbuka
Tarikh kuat kuasa 1 Januari 2010

Kawalan Versi Dokumen

Versi Tarikh Ringkasan Pindaan


1 1/1/2010 —
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan
Bilangan 24/1976

Pihak Berkuasa Perancangan Untuk Tujuan-tujuan Pecah Sempadan,


Pecah Bahagian dan Penyatuan Tanah (Disemak 2009)

Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihati Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai penggunaan


Borang-borang 9A, 9B dan 9C Kanun Tanah Negara berhubung dengan tindakan oleh sesuatu
Pihak Berkuasa Perancangan.

2. Didapati beberapa amalan yang dipraktikkan di beberapa pejabat tanah, bahawa


Pegawai Perancangan Negeri telah menjalankan kuasa-kuasa Pihak Berkuasa Perancangan
dengan menandatangani Borang-borang 9A, 9B atau 9C Kanun Tanah Negara. Amalan
mengiktiraf Pegawai Perancangan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Perancangan Negeri atau
kawasan adalah tidak betul.

3. Ruangan perakuan Pihak Berkuasa Perancangan di Borang-borang 9A, 9B, dan 9C hanya
di isi apabila wujudnya kes di mana pelan yang dilampirkan bersama permohonan untuk
pecah sempadan, pecah bahagian atau penyatuan tanah yang memerlukan kelulusan
daripada Pihak Berkuasa Perancangan. Dalam kebanyakan kes pelan yang dikemukakan telah
pun diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Kawasan, iaitu Pihak Berkuasa Tempatan
dan dengan demikian ruangan borang untuk ditandatangani oleh Pihak Berkuasa
Perancangan tidaklah perlu digunakan lagi.

4. Dinasihati kepada Pentadbir-pentadbir Tanah bahawa kuasa untuk merancang sesuatu


kawasan tanah dalam negeri untuk tujuan pembangunan adalah terletak pada Pihak
Berkuasa Negeri. Dalam sesuatu kawasan Kerajaan Tempatan, kuasa ini akan dilaksanakan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan, kerana Pihak Berkuasa Negeri telah dengan peruntukan
undang-undang mewakilkan kuasanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.
Walau bagaimanapun bagi sesuatu kawasan di luar kuasa Pihak Berkuasa Tempatan, kuasa
merancang masih tertakluk kepada Pihak Berkuasa Negeri.

5. Dengan yang demikian bagi kawasan-kawasan yang terletak di luar bidang kuasa
sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Negeri perlu memutuskan pihak yang
melaksanakan kuasanya sebagai Pihak Berkuasa Perancangan. Jika tiada perwakilan kuasa
sedemikian dibuat, maka Pihak Berkuasa Negeri adalah Pihak Berkuasa Perancangan dan
kelulusan pelan pecah sempadan, pecah bahagian atau penyatuan mestilah dipersetujui
olehnya.

6. Pentadbir-pentadbir Tanah dengan ini dinasihatkan supaya mengambil perhatian


mengenai kuasa-kuasa Pihak Berkuasa Perancangan yang diterangkan di perenggan-
perenggan di atas dan memastikan penggunaan yang betul bagi Borang-borang 9A, 9B, dan
9C.

Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

You might also like