Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

a) Pengenalan: ………………………………………….……………………….…………2

b) Analisis ……………………………………………………………………..……….…..2

i ) Pelaksanaan undang-undang yang dipilih ………………………………….…….4

ii.) Contoh kes yang berkaitan dengan undang-undang yang dipilih ………...…….5

(“ Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank vs

Noorzeela binti Lamin dan Zayuddin bin Mohamed Yusop “ )

iii.) Akta/undang-undang yang dipilih berupaya …………………………………...5

menangani kes yang dinyatakan dalam perkara

iv.) Implikasi akta/undang-undang yang dipilih berdasarkan konteks………..…..6

yang sesuai (sama ada terhadap masyarakat, kerajaan, NGO atau industri)-

implikasi akta berkaitan dengan kes dalam perkara

c) Kesimpulan: …………………………………………………………………………...10

d) Rujukan :……………………………………………………………………………….12

e) Rujukan Statut : ………………………………………………….……………………13

1|Page
a) PENGENALAN
Undang-undang adalah merupakan salah satu bentuk dasar pihak kerajaan
yang diwujudkan untuk kebaikan sesebuah negara. Melalui undang-undang
yang telah termaktub di dalam perlembangaan persekutuan kita dapat
mengawal dan mengatur masyarakat bagi membentuk sebuah negara yang
harmoni. Dalam tugasan ini satu akta telah dipilih iaitu Akta 286 Akta Fitnah
1957 di bawah undang-undang fitnah.

Fitnah, dalam undang-undang, tindakan menyampaikan kenyataan palsu


kepada pihak ketiga tentang seseorang yang mengakibatkan kerosakan pada
reputasi orang itu. Libel dan fitnah adalah subkategori undang-undang fitnah.
Secara umumnya, libel ialah fitnah dalam perkataan bertulis, gambar, atau
sebarang simbol visual lain dalam media cetak atau elektronik. Fitnah disebut
fitnah. Kemunculan komunikasi penyiaran awal (radio dan televisyen) pada
abad ke-20 agak merumitkan klasifikasi ini, begitu juga dengan pertumbuhan
media sosial bermula pada awal abad ke-21.

Walaupun fitnah adalah ciptaan undang-undang Inggeris, doktrin serupa


wujud pada zaman purba dan zaman pertengahan. Dalam undang-undang
Rom, sebagai contoh, nyanyian kesat boleh dihukum mati. Dalam undang-
undang awal Inggeris dan Jerman, penghinaan telah dihukum dengan
memotong lidah pesalah.

Undang-undang terhadap fitnah adalah termaktud didalam perlembagaan


Malaysia sebagai langkah pencegahan undang-undang tersebut diguna pakai
untuk penguatkuasaan terhadap pelaku Akta Fitnah tidak mentakrifkan
perkataan "fitnah". Sebaliknya, takrifan "fitnah" boleh didapati dalam undang-
undang kes Malaysia dan undang-undang biasa Inggeris. Berdasarkan

2|Page
seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil 1956, undang-undang biasa England
pada 7 April 1956 berhubung dengan fitnah adalah terpakai di Malaysia.

Pada undang-undang biasa, terdapat dua jenis fitnah, Libel fitnah dalam
bentuk kekal cth. perkataan bertulis dalam artikel, surat khabar, siaran
Facebook atau mesej Whatsapp Fitnah dalam bentuk sementara adalah
perkataan yang diucapkan.

b) ANALISIS

i) Nyatakan tujuan pelaksanaan undang-undang yang dipilih

Undang-undang berkaitan akta fitnah telah lama diwujudkan untuk bagi


memastikan masyarakat tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan atau
menerbitkan apa-apa perkara tentang fitnah terhadap individu lain dengan
niat bagi mendatangkan kemudaratan dan dengan niat untuk
menjatuhkan reputasi seseorang dengan melakukan fitnah. Masyarakat
kini lebih mudah menyalahgunakan ruang siber untuk tujuan memfitnah
seseorang kerana ruang siber adalah ruang yang sangat mudah untuk
meyebarkan apa-apa perkara bagi memfitnah individu lain. Akta Fitnah
1957 telah digubal untuk melindungi kepentingan orang ramai daripada
sebarang kesan berbahaya yang mungkin disebabkan oleh amalan media
yang tidak profesional yang dilakukan oleh pengamal media yang tidak
bertanggungjawab di Malaysia.
Di dalam kes National Union of Bank Employees v. Noorzeela Lamin
(2013) 1 LNS 1342; (2014) 7 MLJ 31, yang mana telah memutuskan
seperti berikut, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Media (AKM) iaitu
larangan terhadap pemberian kandungan jelik. Seksyen 233 Akta yang

3|Page
sama iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian. Seksyen 499 Kanun Keseksaan Fitnah

Akta Fitnah 1957 merujuk kepada perundangan yang mengawal selia


perbuatan fitnah yang dijalankan di bawah kesalahan sivil di Malaysia.
Akta ini digubal untuk bertindak sebagai mekanisme undang-undang
dalam memberi pampasan kepada seseorang untuk sebarang
kecederaan atau kerosakan yang dialami ke atas reputasinya akibat
daripada kenyataan atau tindakan fitnah yang dibuat oleh orang lain.
Menurut undang-undang adalah penting untuk melingdungi kehormatan
diri dan hak persendirian (Bidin, 1990)Prinsip common law Inggeris
digunakan sebagai asas utama dalam menggubal Akta Fitnah Malaysia
1957 dengan Akta Fitnah Inggeris 1952 digunakan sebagai rujukan utama
dalam merangka perundangan. Antara penyakit serius yang menjejaskan
kesihatan, psikologi, mental dan fizikal manusia ialah jenayah fitnah
terutama dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi individu melalui
emosi dan perasaan. Jenayah ini sering kali didengar dan dilihatkan di
media sosial. Oleh itu, pelaksanaan Akta Fitnah 1957 merupakan salah
satu cara yang baik untuk mengurangkan jenayah fitnah dalam kalangan
masyarakat.

ii) Jelaskan SATU (1) contoh kes yang berkaitan dengan undang-
undang yang dipilih
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank vs Noorzeela binti
Lamin dan Zayuddin bin Mohamed Yusop

Fakta: Plaintif iaitu Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank


menuntut ganti rugi kepada defendan iaitu Noorzeela binti Lamin dan
Zayuddin bin Mohamed Yusop. Hal ini dikatakan demikian kerana,
timbulnya daripada penerbitan oleh defendan sendiri tentang komen yang
didakwa berunsur fitnah terhadap plaintif dan ahli Majlis Mesyuarat
4|Page
Negara plaintif di Facebook dan dalam risalah bertajuk "MAYNEU
Maybank Non Executive Union". Kes ini di petik dari artikel
National Union of Bank Employees v Noorzeela Binti Lamin
(gov.kehakiman, n.d.)

Diadakan: Dalam Mahkamah Tinggi Mengenai Undang-undang Sivil


No. S-23NCVC-14-2011, sejumlah RM 150,000.00 perlu dibayar oleh
defendan pertama kepada plaintif sebagai ganti rugi; Mengenai Undang-
undang Sivil No. S-23NCVC-20-2011, sejumlah RM 100,000.00 perlu
dibayar oleh defendan ke-2 kepada plaintif sebagai ganti rugi; Perintah
yang menghalang defendan daripada menerbitkan dan/atau
menyebabkan diterbitkan libel serupa pada masa hadapan; Faedah pada
kadar 4% setahun atas jumlah penghakiman daripada tarikh memfailkan
tindakan sehingga tarikh realisasi penuh; Bahawa defendan sebenarnya
menerbitkan penarikan balik dan permohonan maaf yang penuh dan tidak
layak dalam harian utama mengikut syarat yang dipersetujui oleh
peguamcara plaintif dalam tempoh 30 hari dari tarikh penghakiman; dan
Kos RM 100,000.00.

Didalam kes berikut undang-undang dan AKTA 286 AKTA FITNAH


1957 telah digunakan untuk membawa kes tersebut ke makhamah dan
telah berjaya didalam melaksanakan keadilan, masyarakat melihat
bahawa setiap perkara yang tidak betul pasti akan ada kelemahan jika
tidak dibela dengan secara betul, untuk mendapatkan kepercayaan
masyarakat terhadap mangsa fitnah keadilan yang sewajarnya adalah
satu-atu jalan atau cara untuk mengembalikan kepercayaan khalayak
masyarakat kepada persatuan atau NGO NUBE yang telah difitnah.
Umum sangat percaya apabila setiap berita atau fitnah itu disebarkan
dengan secara viral akan membawa impak negatif kepada masyarakat,
berita tidak benar juga boleh merangsangkan kemarahan ahli-ahli
persatuan NGO tersebut kerana ia akan menimbulkan perselisihan
pendapat dan akan mengelirukan sesiapa sahaja.

5|Page
iii) Huraikan DUA (2) bagaimana Akta/undang-undang yang dipilih
berupaya menangani kes yang dinyatakan dalam perkara (1.2)

Ganti Rugi Am Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan


fakta kes. Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) harus dituntut secara
khusus dan mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu
menghukum defendan.Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) hanya
dibenarkan jika kes fitnah tersebut amat serius.Sekatan/halangan (Injunction)
ini bertujuan menghalang penerbitan atau pencetakan diteruskan pada masa
akan datang.
Memohon Maaf Secara Terbuka selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut
agar defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan. Defenden yang
didapati bersalah akan dikenakan bayaran yang dituntut oleh pihak plantiff
yang menang daripada kes tersebut, dan ini secara tidak langsung akan
memberi pengajaran kepada pesalah laku bahawa hukuman tersebut adalah
perlu dibayar sebagai ganti rugi. Nilai denda boleh jadi tidak terhad dan
bergantung kepada budi bicara mahkamah sepenuhnya. Denda tersebut
boleh jadi ribuan ringgit atau mungkin juga boleh mencecah jutaan ringgit
menurut (HASHIM, 2019)

Sekatan atau halangan ini bertujuan menghalang penerbitan atau


pencetakan diteruskan pada masa akan datang. Memohon Maaf Secara
Terbuka selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut agar defendan memohon
maaf dengan cara pengiklanan. Dengan cara ini plantiff dapat membersihkan
nama mereka dengan cara rasmi , cara ini juga amat baik untuk mengelak
persepsi jahat terhadap plantiff kerana serelah di fitnah oleh defender selaku
masyarakat yang amat percaya dengan saluran media sosial kini pihak
plantiff amat memerlukan pembersihan nama baik mereka untuk
mengekalkan beberapa aspek demi maruah dan keselamatan mereka juga.

Dalam memutuskan jumlah ganti rugi yang akan diberikan dalam kes ini,
pihak Mahkamah telah mempertimbangkan fakta bahawa defendan adalah
waras dan sihat semasa melakukan perkara itu. Ia tidak boleh dinafikan
bahawa dalam usaha untuk mendapatkan sokongan, defendan secara
6|Page
pratikal telah membuat beberapa kenyataan palsuatau fitnah terhadap
MAYNEU. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk berhati-hati agar
tidak menjejaskan kesatuan sedia ada. Terdapat keperluan di jalan
kebenaran untuk membuktikan bahawa ini dalah fitnah.

Komen negatif WAJIB disokong dengan bukti kukuh.supaya ia tidak


mengelirukan khalayak masyarakat terhadap fitnah yang telah di lakukan, Ini
adalah pengajaran yang harus dipelajari oleh defendan dan pengajaran ini
tidak dating dengan harga yang murah supaya masyarakat dapat menilai
bahawa pelakuan yang tidak betul seperti melanggar undang-undang akan
terima hukum yang setimpal, ini juga dapat memberi setiap masyarakat
bahawa mereka akan di bela apabila mereka di fitnah oleh mana-mana
pelaku perseorangan atau berkumpulan, masyarakat akan merasa bertambah
selesa dan selamat apabila mereka tahu mengunakan landasan undang-
undang dengan cara yang sebetulnya,

Mahkamah selanjutnya menyatakan bahawa defendan tidak membuat apa-


apa cubaan memohon maaf kepada plaintif. Sebaliknya, laman Facebook
oleh defendan pertama boleh dilihat sebagai seorang yang suka bergaduh
dan mencabar plantiff untuk membuat sesuatu demi memperbetulkan
keyataan tersebut tetapi gagal. Ini mendapati bahawa pihak degenden adalah
tidak bermoral telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar tetapi masih
mempertahankan kenyataan tersebut, walaupun telah diberi respon dari pihak
plantiff, defenden dengan sengaja gagal untuk membuat permohonan maaf
dan menarik balik kenyataan tersebut melalui media sosial, ini telah
membawa kepada kes yang telah di adili di makhamah secara adil dan
saksama, pelaku defenden telah dengan secara didapati bersalah atas
kenataan fitnah perlu membayar ganti rugi berupa wang sebanyak yang
ditetapkan oleh makhamah.

Sebagai contoh, kes artikel ini membincangkan satu kes yang terlibat iaitu
kes Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank lawan Noorzeela binti

7|Page
Lamin dan Zayuddin bin Mohamed Yusop. Terdapat komen yang berunsur
fitnah didalam ruangan komen laman sosial Facebook milik defenden iaitu
Noorzeela binti Lamin manakala yang difitnah adalah Kesatuan Kebangsaan
Pekerja-Pekerja Bank iaitu selaku Plaintif. Dalam perbicaraan kes tersebut
defenden telah gagal membuktikan seperti mana dakwaaannya didalam
laman web Facebook miliknya. Plaintif berhujah bahawa oleh kerana dengan
komen-komen dakwaan fitnah tersebut telah menjejaskan reputasi syarikat
dan plaintif meminta ganti rugi dari pihak defenden. Semasa timbul isu fitnah
tersebut defenden juga tiada cubaan untuk membuat permohonan maaf
terhadap plaintif. Tuntutan ganti rugi sebanyak rm100,000 telah dibuat oleh
pihak plaintif kerana defenden telah gagal membuktikan dirinya tidak bersalah
walaupun beliau mengaku tidak menyiarkan apa-apa komen fitnah tersebut.
Hasil pertimbangan kedua-dua belah pihak, mahkamah menetapkan plaintif
telah berjaya memenangi kesnya dalam perbicaraan tersebut manakala
defenden perlu membayar ganti rugi keatas plaintif. Ini adalah perlu untuk
memberi pengajaran terhadap defenden bahawa setiap kesalah ada
penghukuman , masyarakat juga melihat perkara tersebut sebagai positif
demi menegakan keadilan terhadap mangsa fitnah. Masyarakat perlu
disedarkan daripada ancaman bahaya fitnah kepada mereka, ini akan
memberi kesan impak bahawa mereka juga akan di adili jika melakukan fitnah
atau menyalurkan berita tidak benar.

iv) Huraikan DUA (2) implikasi akta/undang-undang yang dipilih


berdasarkan konteks yang sesuai (sama ada terhadap masyarakat,
kerajaan, NGO atau industri)-implikasi akta berkaitan dengan kes
dalam perkara (1.2)

Kewujudan Akta Fitnah 1957 atau undang-undang fitnah di negara ini


merupakan salah satu kebaikan yang dapat mengelak daripada
berlakunya jenayah fitnah yang semakin meningkat pada masa kini.
Jenayah fitnah bukan sahaja boleh berlaku melalui perkataan lisan, malah

8|Page
boleh berlaku di media sosial. Hal ini perlu diambil berat oleh semua pihak
untuk menangani isu ini daripada terus berlaku. Impikasi pertama akta
atau undang-undang yang dipilih ialah dapat membersihkan nama
mangsa yang difitnah. Tujuaan fitnah adalah untuk menjejaskan imej,
nama, pangkat atau perniagaan seseorang. Setiap jenis fitnah telah
ditetapkan pada Akta Fitnah 1957. Hukuman yang dikenakan juga adil
kepada pemangsa yang melakukan tuduhan palsu agar nama atau
syarikat seseorang itu terjejas.

Implikasi kedua akta atau undang-undang yang dipilih ialah dapat


mengawal selia dan menangani kesalahan di media sosial terutama bagi
penyalahgunaan yang mencetuskan provokasi, penghinaan atau hasutan,
niat jahat, bangkitan marah dan sebagainya dalam kehidupan
masyarakat. Oleh disebabkan penyakit iri hati dan sakit hati, seseorang itu
akan hilang pertimbangan dengan bertindak melanggar batas undang-
undang tanpa memikirkan kesan keatas orang lain. Impiklasi juga akan
Bahawa penyebaran maklumat di Facebook dan komen-komen fitnah
adalah satu perbuatan serius. Komen yang ditulis di jaringan media sosial
mampu mencapai jumlah yang ramai dalam masa singkat menurut
(BAKAR, 2021)

Didalam kes NUBE melawan pefitnah kita dapat melihat bagaimana


undang-undang dan AKTA 286 AKTA FITNAH1957 telah berjaya
membawa si pelaku fitnah dan mangsa mencapai keadilan dan dapat
membersihkan nama persatuan tersebut, disini kelihatan undang-undang
dan akta tersebut telah memberi impak positif kepada semua orang
kerana ia telah membetulkan kembali cara pandangan ke atas persatuan
NGO tersebut, masyarakat juga telah disedarkan bahawa berita atau
kenyataan dari pemfitnah itu adalah tidak tepat dan kini merekatelah
dihukum melalui konteks undang-undang dengan mengunakan AKTA 286
AKTA FITNAH 1957

Setiap permasalahan didalam melibatkan fitnah adalah sangat


kompleks kerana ia melibatkan pengaruh dan persepsi yang bakal
9|Page
ditimbulkan oleh orang yang memfitnah ini akan memberi kesan kepada
mangsa dengan tekanan gangguan kesihatan seperti mental, ini sedikit
sebanyak menjejaskan kualiti di dalam perhubungan kemasyarakatan,
kita bakal melihat masyarakat yang menjadi khalayak di media sosial
akan kerugian kerana di hidangkan berita atau fitnah yang telah
mengelirukan mereka, dalam perjalanan kearah keharmonian gejala
seperti fitnah adalah merbahayakan kerana ia akan mencetuskan
sebarang perhubungan yang tidak baik. Dalam konteks masyarakat
majmuk undang-undang dan akta fitnah perlu di kuat kuasakan demi
kemakmuran negara sebarang ancaman fitnah yang boleh memecah
belahkan rakyat perlu di pandang serius dan diambil tindakan
sewajarnya , implikasi terhadap masyarakat adalah amat besar dan
manafaatnya, kita melihat bahawa setiap manusia perlu bercakap benar
untuk kebenaran.

c) KESIMPULAN
Kesimpulannya, akta fitnah menurut undang-undang Malaysia adalah
berdasarkan kepada garis panduan common law Inggeris tetapi ianya tidak
mendefinasikan apa yang disebut sebagai fitnah. Oleh itu, kawalan terhadap
kata-kata atau sesuatu penerbitan hendaklah dibuat berdasarkan undang-
undang mengenai fitnah kerana melalui undang-undang tersebut ianya dapat
menghalang seseorang dari menyebarkan fitnah atau sebaliknya menjadi
mangsa fitnah.

Perlaksanaan undang-undang akta fitnah ini dibuat adalah untuk melindungi


orang yang diftnah dari terus difitnah dengan niat jahat untuk menjatuhkan
reputasi, maruah diri, pangkat dan sebagainya. Akta fitnah ini juga dapat
mengawal masyarakat agar lebih berhemah dalam menerbitkan apa-apa
kenyataan atau siaran yang boleh mengundang perasaan kurang senang
individu mahupun golongan tertentu supaya kehidupan bermasyarakat lebih
aman dan harmoni.

10 | P a g e
Didalam kes Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank lawan Noorzeela
binti Lamin dan Zayuddin bin Mohamed Yusop, kita melihat bahawa keadilan
telah dicapai dengan secara adil didalam makhamah, ini dilihat bahawa setiap
pemfitnah bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dan selaras
dengan itu masyarakat akan tahu bahawa perjalanan didalam membentuk
budaya hindar fitnah adalah satu keperluan didalam masa kini, apabila
sebarang berita atau fitnah telah tersebar masyarakat umum telah di suapkan
dengan perkara tidak wajar dan tidak sepatutnya , ini membahayakan apabila
kenyataan sangat mengelirukan itu mula di percayaai oleh khalayak
masyarakat, persepsi buruk terhadap persatuan atau NGO yang menjadi
mangsa fitnah itu akan terjejas operasinya ini akan lebih merosakan
hubungan antara ahli biasa dan pihak jawatan kuasa, dengan cara ini
organasasi bakal berdepan krisis pengurusan yang tidak stabil dan
menjejaskan prestasi, didalam konteks lain juga kita melihat bahawa
masyarakat yg tidak ketahui perkara sebenar dengan sewenang wenangnya
menyokong pemfitnah, ini lebih memburukan keadaan semasa.

Untuk memperbetulkan perjalanan persatuan tersebut perlu megambil


tindakan undang-undang demi untuk mencerahkan keadaan yang sebenar,
setelah diambil tindakan undang-undang pihak defenden telah gagal
membuktikan kebenaran di bahagian mereka, secara tidak langsung mereka
telah kalah di dalam makhamah yang adil.

Setiap masyarakat perlu tahu bahawa mereka dilindungi oleh undang-


undang yang memblehkan mereka membela diri dari menjadi mangsa, kita
juga perlu pengetahuan sedikit untuk kita mempertahankan diri kita apabila di
serang dengan kenyataan fitnah ke atas diri sendiri, kita perlu perbetulkan
kembali apa yang tidak betul demi menjaga persepsi orang sekeliling.

11 | P a g e
d) RUJUKAN
Abdul Aziz Bari., 2008. Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

BAKAR, S. A. (2021). Fitnah Media Sosial dan Kemanusiaan. Kuala Lumpur:


utusan.com.

Bidin, A. H. (1990). undang-undang kebebasan bersuara dan mencetak, 27.

HASHIM, H. (2019). Jenayah Fitnah. Kuala Lumpur: Sinar Harian.

gov.kehakiman. (n.d.). www.digitalnewsasia.com.

Kamus Bahasa Melayu - Cari Maksud Perkataan Secara Online. n.d. fitnah -
maksud di Kamus Bahasa Melayu. [online] Available at:
<https://kamusbm.com/fitnah/> [Accessed 28 August 2022].

Litigation, B. and Defamation, S., n.d. Libel vs. Slander vs. Defamation – What are
the Differences. [online] Thebusinesslitigators.com. Available at:

12 | P a g e
<https://www.thebusinesslitigators.com/libel-vs-slander-vs-defamation-what-are-
the-differences.html> [Accessed 11 August 2022].

Muhammad Salleh bin Abas and Salleh Buang., 2003. Prinsip perlembagaan dan
pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria, Z. and Harun, S., 2020. Cyber Defamation Awareness Among Adolescent:
Case Studies in One Private Institution. Journal of Physics: Conference Series,
1529, p.052087.

e) Rujukan Statut

Akta Fitnah 1957


Akta Hasutan 1948
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)
Seksyen 500, Kanun Keseksaan

13 | P a g e

You might also like