Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

KAJIAN PERKATAAN SINONIM DALAM LAGU P.

RAMLEE
SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat


1. Penghargaan
2. 1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang
1.2 Definisi Konsep
3. 2.0 Objektif Kajian
4. 3.0 Kepentingan Kajian
5. 4.0 Skop Kajian
6. 5.0 Batasan Kajian
7. 6.0 Kaedah Kajian
6.1 Pemerolehan Data
6.2 Penganalisisan Data
8. 7.0 Dapatan Kajian
9. 8.0 Rumusan Kajian
10. 9.0 Penutup
11. Bibliografi
12. Nota Akhir
13. Lampiran
PENGHARGAAN

Bismillahirahmannirahim…
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan kerja kursus bagi subjek Bahasa
Melayu ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai
pengalaman sama ada pahit mahupun manis. Pengalaman yang amat berharga bagi saya yang
bergelar seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugas
mungkin hanya datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru ini, kami juga telah
memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan yang lebih terperinci lagi. Dikesempatan
ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tertentu.
Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah Tingkatan
Enam SMK Bukit Gading, khasnya Puan Hasliza binti Abdul Hamid kerana memberi
sokongan dan kelulusan kepada kami untuk melaksanakan kerja kursus bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan Hasliza selaku guru Bahasa Melayu saya. Beliau telah meluangkan
banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing kami untuk menyempurnakan
kerja kursus ini.
Kumpulan kami terdiri daripada empat orang ahli iaitu Sofiah Maryam binti Hazerin
Isa, Nur Aliya Zulaikha binti Zulisyukri, Hanessa Rahmasetri binti Sanimat dan Siti Nurain
Maisarah binti Abdul Rahman. Jutaan terima kasih dirakamkan kerana telah memberi
kerjasama dan sokongan moral antara satu sama lain dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
kami secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus Bahasa Melayu ini.
Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
1.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

1.1 Latar Belakang

P.Ramlee merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain musik dan


penulis lagu yang terkenal di Malaysia dan Singapura. Beliau amat dikenali
oleh rakyat tempatan di Malaysia kerana bakat lakonan beliau yang telah
mencuri perhatian rakyat dalam filem lakonan beliau. Tidak lupa juga bahawa
P.Ramlee merupakan penulis lagu yang terkenal. Lagu pertama ciptaan beliau
ialah Azizah yang telah dijadikan lagu latar filem Penarek Becha.

P. Ramlee pernah menyatakan bahawa penciptaan lagu adalah bergantung


kepada jiwa penciptanya sendiri. Sekiranya pencipta sesuatu lagu itu sedang
dirundung duka, maka lagu yang dihasilkan tidak bertemakan irama gembira.
Hal ini dapat dibuktikan dengan penghasilan lagu “Dendang Perantau”, di
mana lagu ini menggambarkan tentang kesedihan seorang perantau yang
menyambut hari raya tanpa keluarga tercinta di sisi.

Namun demikian, sekiranya pencipta lagu itu sedang bergembira, dia tidak
dapat menggambarkan bagaimana tekanan jiwa yang duka. Sebagai bukti, P.
Ramlee juga pernah menghasilkan lagu yang bertemakan kegembiraan. Hal
ini dapat dibuktikan dengan penghasilan lagu “Saat Yang Bahagia”, di mana
lagu ini mengisahkan tentang dua orang yang sedang dilamun cinta.

P.Ramlee juga menekankan penciptaan lagu bukanlah paksaan. Tetapi


bergantung kepada ilham yang datang. Kesinambungan antara irama dan lagu
amatlah diperlukan dalam penghasilan lagu yang berkualiti. Tidak dinafikan
lagi bahawa terdapat banyak proses yang perlu dibuat untuk menghasilkan
sesebuah lagu.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa P.Ramlee telah banyak menghasilkan lagu
yang mempunyai makna tersendiri. Sudah semestinya penerimaan orang ramai
terhadap lagu P.Ramlee adalah berbeza. Oleh hal yang demikian, kajian ini
dijalankan adalah untuk merungkaikan salah faham orang ramai dalam
pemahaman lagu P.Ramlee.

1.2 Definisi Konsep

Kajian makna sinonim ialah makna sinonim perkataan ataupun frasa yang
sama maksud. Sinonim juga mempunyai perkaitan makna dari segi leksikal.

Menurut Nor Hasimah Jalaluddin (2018), semantik merupakan makna boleh


disampaikan dengan pelbagai cara, sama ada secara lisan atau tulisan.
Semantik juga berkaitan dengan kajian sinonim. Kajian makna sinonim ialah
ungkapan (perkataan atau frasa) yang maknanya sama atau hampir sama
dengan perkataan atau frasa yang lain.

Menurut Chaer (2003:297), mengemukakakan bahwa sinonim adalah


hubungan semantik yang menyatakan adanya kesamaan makna antara satu
ujaran dengan satuan ujaran lainnya.

Menurut Mansoer Pateda (2001:222), sinonim ialah kata-kata dengan acuan


ekstra linguistik yang sama, missalnya kata mati dan mampus. Sinonim juga
merupakan kata-kata yang mengandung makna yang sama, misalnya kata
memberitahukan dan kata menyampaikan dan kata-kata yang dapat
disubstitusi dalam konteks yang sama.

Menurut Verhaar (1983:132) pula, “Sinonim adalah ungkapan (biasanya


sebuah
kata tetapi dapat pula frasa atau malah kalimat) yang kurang lebih sama
maknanya dengan suatu ungkapan lain.” Pada definisi yang dikemukakan oleh
Verhaar, kita melihat adanya penggunaan urutan kata, yang lebih sama
maknanya. Hal itu memang beralasan, kerana kesamaan makna tidak berlaku
secara sempurna.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan kata yang mempunyai perkaitan makna dari
segi sinonim dalam lagu P.Ramlee

(b) Menjelaskan dan menghuraikan perkataan yang membawa maksud sama dalam
lagu P.Ramlee
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk :

(a) Memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang makna perkataan dari segi
leksikal, sinonim dalam lagu P.Ramlee
(b) Menjadi sumber rujukan tambahan untuk pengkaji yang akan datang sekiranya
ingin membuat kajian tentang perkataan sinonim dalam Bahasa Melayu
4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada bidang semantik iaitu perkaitan makna perkataan dari segi
sinonim. Pengkaji akan mengenal pasti dan menyenaraikan kata yang mempunyai perkaitan
makna dari segi sinonim serta akan menjelaskan perkataan yang membawa maksud sama
dalam lagu P.Ramlee
5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh para pengakaji hanya terbatas kepada lima buah lagu P
Ramlee. Seterusnya, kajian terbatas kepada lokasi yang terdapat dalam Youtube dan
mendapatkan maklumat daripada laman website sahaja. Selain itu, kajian pengkaji
terbatas kepada tempoh masa 4 ke 5 minit untuk setiap lagu P Ramlee.
6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data akan
dihuraikan.

6.1 Pemerolehan Data

Data diperoleh melalui data sekunder iaitu internet dan youtube.

(a) Kaedah Analisis Teks Kandungan

(i) Cetakan lirik

Penyelidik telah menggunakan kaedah analisis teks untuk mengkaji


lirik lagu P.Ramlee daripada internet. Penyelidik telah menganalisis
data daripada 5 buah lagu P.Ramlee bermula dari minit pertama
hingga minit terakhir. Penyelidik akan menyenaraikan makna
tersirat dalam lagu P.Ramlee dan akan menggunakan data yang
diperoleh bagi menghuraikan dan menjelaskan perkataan yang
membawa maksud serupa dalam lagu P.Ramlee

6.2 Penganalisisan Data

Pengkaji telah mengenal pasti dan menyenaraikan kata yang mempunyai


perkaitan makna dari segi sinonim serta menjelaskan dan menghuraikan
perkataan yang membawa maksud sama dalam lagu P.Ramlee. Analisis data
akan dipersembahkan dalam bentuk jadual.
7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian

7.1 Mengenal pasti dan menyenaraikan kata yang mempunyai perkaitan


makna dari segi sinonim dalam lagu P.Ramlee

Bil Perkataan Baris Rangkap Tajuk Lagu


1 Teman 4 3 Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Kawan 3 5
2 Nada 3 1 Getaran Jiwa
Irama 4 1
3 Damai 1 4 Sedangkan Lidah Tergigit Jua
Tenteram 2 7
4 Hancur 3 1 Hancur Badan Kandung
Musnah 3 1 Tanah
5 Bijak 1 3 Joget Malaysia
Bistari 1 11
6 Bergembira 1 1
Bersuka 1 2

Duka 2 1 Manusia Miskin Kaya

Sedih 3 4
Mewah 2 4
Kaya 1 1
7 2 1
Kasih
2 2
Sayang
Gelora
1 4
Murni
2 4
Indah

8 Abang 2 2 Dalam Air Terbayang Wajah


Kanda 1 3
Cinta 2 4
Asmara 6 2
Rindu 3 5
9 Hiba 2 2 Gelang Suasa
Pilu 2 2
10 Irama 1 1
Melodi 1 6
Tempo 2 6
Bunyi Gitar
Gembira 3 1
Suka ria 6 1
Riang 5 6
11 Siksa 1 2
Derita 4 2
Engkau Laksana Bulan
Bersua 3 6
Berjumpa 4 6

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1, pengkaji telah menemukan perkataan-perkataan yang mengandungi


sinonim di dalam sebelas buah lagu P Raamlee. Terdapat 37 perkataan yang telah dijumpai
oleh pengkaji di dalam lagu-agu tersebut. Lagu “Bunyi Gitar” merupakan lagu yang paling
banyak perkataan sinonim iaitu sebanyak enam perkataan sinonim dalam lagu tersebut.
Manakala lag selebihnya mempunyai dua sinonim perkataan sahaja. Pengkaji satu telah
menemukan dua perkataan sinonim dalam setiap lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Getaran
Jiwa dan Sedangkan Lidah Tergigit Jua. Pengkaji kedua telah menemukan dua perkataan
sinonim dalam lagu Hancur Badan Kandung Tanah, Joget Malaysia dan enam perkataan
sinonim bagi lagu Manusia Miskin Kaya. Pegkaji ketiga pula telah menemukan empat
perkataan sinonim dalam lagu Gelora, lima perkataan dalam lagu Dalam Air Terbayang
Wajah dan dua perkataan dalam lagu Gelang Suasa. Pengkaji keempat telah menemukan
enam perkataan sinonim dalam lagu Bunyi Gitar dan empat dalam lagu Engkau Laksana
Bulan.
7.2 Menjelaskan dan menghuraikan perkataan yang membawa maksud sama
dalam lagu P.Ramlee

Bil Perkataan Baris Rangkap Maksud Perkataan Dalam


Lagu
1 Teman 4 3 Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Kawan 3 5
2 Nada 3 1 Getaran Jiwa
Irama 4 1
3 Damai 1 4 Sedangkan Lidah Tergigit Jua
Tenteram 2 7
4 Hancur 3 1 Hancur Badan Kandung
Musnah 3 1 Tanah
5 Bijak 1 3 Joget Malaysia
Bistari 1 11
6 Bergembira 1 1
Bersuka 1 2

Duka 2 1 Manusia Miskin Kaya

Sedih 3 4
Mewah 2 4
Kaya 1 1
7 2 1
Kasih
2 2
Sayang
Gelora
Murni 1 4
Indah 2 4
8 Abang 2 2 Dalam Air Terbayang Wajah
Kanda 1 3

Cinta 2 4
Asmara 6 2
Rindu 3 5
9 Hiba 2 2 Gelang Suasa
Pilu 2 2
10 Irama 1 1
Melodi 1 6
Tempo 2 6
Bunyi Gitar
Gembira 3 1
Suka ria 6 1
Riang 5 6
11 Siksa 1 2
Derita 4 2
Engkau Laksana Bulan
Bersua 3 6
Berjumpa 4 6
BIBLIOGRAFI

Buku

Awang Azman Awang Pawi, Khoor Chooi Lan, 2005. P Ramlee Di Cakera Nusantara.
Cetakan Pertama. Sarawak: Percetakan THE SARAWAK PRESS SDN.BHD

Kamus dan Ensiklopedia

Kamus Fajar KSSR, Edisi kedua, 2011, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd

Jurnal

Abdullah Hussain. “Konsep Sinonim dalam Teks Terjemahan The Pearl ke dalam Bahasa
Melayu” dalam Journal of Business and Social Development 3(2), hlm, 80-81, September
2015.

NA Salleh, Nur Amirah Che Soh. “ Keindahan Bahasa dalam Lirik Lagu P.Ramlee” dalam
International Journal of the Malay World and Civilisation 2(1), hlm, 103-111,2014

Artikel

Asyraf Roslan. “Tak mungkin hilang irama dan lagu” dlm astro awani, 19 Oktober 2018

Bahan Internet

Muhaiman Sulam, Melihat makna perantau dari lagu lama. Diakses pada ....., daripada
https://m.malaysiakini.com/hiburan /377643

Vanya Karunia Mulia Putri. Penertian antonim dan sinonim beserta contoh katanya. Diakses
pada ......, daripada https://www.kompas.com/skola/read/2022/07/13/083000369/pengertian-
antonim-dan-sinonim-beserta-contoh-katanya?page=all
Di Mana kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis

Tiada berair mata

Hendak ku senyum

Tiada siapa nak teman

Kalaulah nasib

Sudah tersurat

Begini hebat

Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti

Serupa dengan mu

Tak sanggup ku berpisah

Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati

Selama kau pergi

Tinggalkan sendirian

Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita

Cahaya indah tiada bergema


Keluhan hatiku membawa derita

Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti

Mungkinkah di syurga

Untuk kawan berduka

Menangis bersama, selama-lamanya


Getaran Jiwa

Getaran jiwa

Menlanda hatiku

Tersusun nada

Irama dan lagu

Walau hanya sederhana

Tetapi tak mengapa

Moga dapat membangkitkan

Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang

Irama dan lagu

Bagaikan kembang

Sentiasa bermadu

Andai dipisah

Lagu dan irama

Lemah tiada berjiwa

Hampa
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit

Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih

Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar

Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai

Hidup seperti dalam mahligai

Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih

Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat

Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham

Kalau kini aman tenteram


Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih

Baru teguh peribadi


Hancur Badan Kandung Tanah

Hancur badan kandung tanah

Budi baik dikenang juga

Biar alam hancur dan musnah

Cinta ku tiada berubah

Dua tiga boleh dicari

Mana sama abang seorang

Kalau janji tidak tepati

Tiada orang boleh menghalang

Kalau sungguh kau berkata

Senang rasanya diriku

Memang sungguh ku berkata

Janganlah ragu-ragu
Joget Malaysia

Datuk Panglima pergi membajak

Ke tanah rata senja pulangnya

Kalau Saloma orang yang bijak

Negeri kita apa namanya

Ikanlah keli di dalam perahu

Oranglah buta tangkap buaya

Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu

Negara kita nama Malaysia

Ramalah rama di pohon duri

Mati ditimpa si buah nangka

Kalau Saloma orang bistari

Bulan berapa Malaysia merdeka

Anak benggali ke kebun nyonya

Petiklah gambus anak Melaka

Wahai Cik Ramlee ini jawabnya

Tiga puluh satu Ogos Merdeka

Ke pasar lama membeli serai


Singgah bertanya Datuk Menteri

Kalau Saloma orang yang pandai

Di mana letak Ibu Negeri

Anaklah bilal dari Mentakab

Pergi ke Johor buat kenduri

Cik Ramlee soal mudah dijawab

Kuala Lumpur ibu negeri


Manusia Miskin Kaya

Manusia miskin kaya semua bergembira

Aku miskin hina berselubung duka

Manusia miskin kaya semua bergembira

Aku miskin hina berselubung duka

( korus )

Hari raya orang bersuka

Melawat sanak dan saudara

Tapi aku miskin hina

Berselubung duka

Manusia miskin kaya semua bergembira

Aku miskin hina berselubung duka

( korus )

Mereka berpakaian indah

Serba-serbi semuanya mewah

Aku saja sedih hati

Pakaian pun tak berganti

Manusia miskin kaya semua bergembira


Aku miskin hina berselubung duka

Gelora

Saloma

Jiwa rasa gelora

Kasih pada teruna

Bukan kerna intan permata

Kerna budi bahasa

P Ramlee

Kasih bukan paksaan

Sayang bukan mainan

Jiwa dan raga jadi taruhan

Ooooo pujaan

S:

Rinduku padamu

Kekanda idamanku

R:

Kekasih dikaulah

Oh! adinda puspitaku

R:

Murni sungguh impian


Indah nian harapan

S:

Jika tercipta taman kencana

Ooooo bahagia

S:

Rinduku padamu

Kekanda idamanku

R:

Kekasih dikaulah

Oh! adinda puspitaku

R:

Murni sungguh impian

Indah nian harapan

S:

Jika tercipta taman kencana

Ooooo bahagia

Ooooo kekanda

R:

Ooooo adinda
Dalam Air Terbayang Wajah

Dalam air ku terbayang wajah

Adikku yang ku puja

Tenteram semula hati gundah

Dapat mambang indah

Di ingatan ku terlukis wajah

Abang ku yang gagah

Baik budi serta ramah tamah

Handsome macam gajah

Rasa di hati masam-masam manis

Rindu asmara

Kanda ku jangan nangis

Hilang rupa lawa

Timbul rupa naga

Kalau hidup tak begurau senda

Hilang nikmat cinta

Bila rindu mendebarkan dada

Tahan nafas sahaja


Kalau hidup tak bergurau senda

Hilang nikmat cinta

Bila rindu mendebarkan dada

Sembunyi bawah tangga


Gelang Suasa

Wahai gelang gelang suasa

Menyebabkan hidup terseksa

Wahai gelang gelang suasa

Hendak menangis rasa malu

Tapi hatiku hiba pilu (2X)

Aku disingkir tanpa kasihan

Tidur aku di pinggir jalan

Wahai gelang gelang suasa

Menyebabkan hidup terseksa

Wahai gelang gelang suasa

Isteriku cantik tapi garang

Aku dipaksa beli gelang (2X)

Gelang suasa balutan emas

Bawa pulang isteriku hempas

Wahai gelang gelang suasa


Menyebabkan hidup terseksa

Wahai gelang gelang suasa


Bunyi Gitar

Oh bunyi gitar

Irama twist

Tidak sabar

Si gadis manis

Dengar lagu rancak gembira

Hatinya rindu tergoda

Ingin dapat teman

Menari suka ria

Sungguh merdu

Lagu ini

Siapa mahu

Boleh menari

Pilih satu teman sendiri

Ataukah si hitam manis

Kalau sudi mari, kita menari twist

Oh gitar berbunyi

Menawan hati sedang berahi

Oh rancaknya irama
Dapat mikat sukma

Gadis dan teruna

Mari cari teman gembira

Gitar solo

Dan melodi

Ikut tempo

Kalau menari

Sila adik, sila cik abang

Marilah kita berdendang

Irama gembira

Hati jadi riang

( ulang dari 1 )
Engkau Laksana Bulan

Engkau laksana bulan

Tinggi di atas kayangan

Hatiku dah kau tawan

Hidupku tak keruan

O..o..o O..o..

Kau tinggalkan diriku

Oh! Tuhanku

Mengapakah

Kau bezakan hidupku

Oh! Tuhanku

Mengapakah

Manusia begitu

Mengapa ku di siksa

Mengapa kita bersua

Berjumpa dan bercinta

Tetapi menderita

O..o..o O..o..
Kau tinggalkan diriku

(Kau cabutlah nyawaku)

Oh! Tuhanku

Mengapakah

Jadi miskin hidupku

Oh! Tuhanku

Mengapakah

Sangat buruk nasibku

Mengapa ku di siksa

Mengapa kita bersua

Berjumpa dan bercinta

Tetapi menderita

You might also like