Kata Kerja Transitif Dengan Betul Mengikut Konteks

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

5/17/24, 2:52 PM Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.

06: Kata Kerja


6 Kata Kerja

DEFINISI

Kata kerja adalah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu serta boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif adalah kata kerja yang diikuti oleh objek iaitu kata nama bagi melengkapkan maksud ayat tersebut.
Kata kerja ini boleh dikenal pasti melalui imbuhannya seperti contoh yang diberi di bawah:

www.pandai.org
https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-08-05-06/KSSM-F2-BM-05-01-04 1/3
5/17/24, 2:52 PM Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.

Imbuhan Contoh Perkataan


menjala
mencangkul
menebang
meN ​ menetak
menendang
menaip
mengambil
menaiki
mendekati
mendaki
men i
​ menjalani
menghadiahi
menyertai
mencuci
termakan
ter ​ tersepak
terlanggar
memperbaiki
memper ​
memperbuat
memperisterikan
memperbaiki
memper i

mempelajari
memperingati
memperkenalkan
memper kan ​ mempertemukan
mempertingkatkan

Kata kerja transitif boleh dibuat dalam bentuk ayat aktif dan ayat pasif.
Berikut ialah contoh kata kerja transitif:

Ayat Aktif Ayat Pasif


Ayah menebang pokok yang besar itu. Pokok yang besar itu telah ditebang oleh ayah.
Siti termakan makanan yang sudah tamat tarikh luput itu. Makanan yang telah tamat tarikh lumut itu dimakan oleh Siti.
Kakak menyiram pokok bunga itu. Pokok bunga itu disiram oleh kakak.
Abang sudah menyiapkan semua kerja sekolah. Kerja sekolah itu telah abang siapkan.

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut kerana ianya sudah lengkap dan boleh berdiri sendiri di
dalam ayat.
Kata kerja ini tidak boleh dipasifkan seperti kata kerja transitif.
Kata kerja ini boleh dikenal pasti melalui imbuhannya seperti contoh yang diberi di bawah:

Imbuhan Contoh Perkataan


mengalir
menangis
meN
menyanyi

membisu
berbincang
ber ​ bercadang
berjalan
terjatuh
termenung
teR
tertarik

terhumban
berpelukan
ber an
​ bertaburan
bergandingan

www.pandai.org
https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-08-05-06/KSSM-F2-BM-05-01-04 2/3
5/17/24, 2:52 PM Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.

Jenis-Jenis Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

kata kerja tak transitif berpelengkap


kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap:

Kata kerja transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan
maksud ayat itu.
Jika tiada pelengkap maka ayat yang akan disampaikan tidak mempuanya sebarang maksud.
Berikut adalah contoh dan kesalah dalam menggunakan kata kerja tak transitif berpelengkap.

Salah Betul
Pengemis itu berbantalkan. Pengemis itu berbantalkan lengan.
Abang telah berjaya menjadi. Abang telah berjaya menjadi seorang doktor.
Sudah tiga tahun dia menetap. Sudah tiga tahun dia menetap di Kuala Lumpur.

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap:

Kata kerja transitif tanpa pelengkap bermaksud kata kerja itu boleh berdiri dengan sendiri dan masih membawa makna ayat yang
hendak disampaikan walaupun tiada kata atau frasa selepas ayat itu.
Contoh seperti di bawah:

1. Siti sedang menangis.


2. Ali dan Farid sedang berbual-bual.
3. Kakak suka menyanyi.

Kata kerja tak transitif di atas juga boleh diikuti dengan oleh ayat keterangan yang berfungsi untuk memberikan maksud yang lanjut
dengan ayat tersebut.
Contoh seperti di bawah:

1. Siti sedang menangis apabila teringat kepada peristiwa sedih itu.


2. Ali dan Farid sedang berbual-bual mengenai perancangan mereka untuk pergi ke pekan pada petang nanti.
3. Kakak suka menyanyi ketika memasak.

© 2024 Pandai.org All Rights Reserved

https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-08-05-06/KSSM-F2-BM-05-01-04 3/3

You might also like