Garis Panduan Lajnah Disiplin Dan Sahsiah Murid Sesi 2022/2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH ABDUL MALEK JALAN BUDIMAN, 20400

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

GARIS PANDUAN LAJNAH DISIPLIN DAN SAHSIAH MURID


SESI
2022/2023
BARANG HARAM

• Murid asrama dilarang membawa barang haram yang telah ditetapkan di


asrama
• Murid dilarang sekeras-kerasnya untuk memiliki, menghisap dan
menggunakan rokok, rokok elektronik, dadah, minuman keras,
barangbarang terlarang dan makanan yang memabukkan di asrama

DORM

• Murid bertanggungjawab memastikan semua suis alatan elektrik dimatikan


sebelum meninggalkan asrama
• Murid hendaklah berada di dalam asrama sebelum jam 11.00 malam
sehingga 6.00 pagi
• Murid tidak dibenarkan memasang ubak nyamuk, lilin serta pelita
• Murid ditegah tidur lebih daripada satu orang untuk satu katil
• Murid dilarang memasak di dalam dorm dan menggunakan pemanas air
jenis gegelung (immersion heater)
• Murid dilarang membawa telefon bimbit tanpa kebenaran
• Sebarang bentuk buli atau ragging tidak dibenarkan sama sekali
• Murid tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada
manamana individu lain tanpa kebenaran pengurusan asrama
• Semua jenis bahan basah termasuk makanan yang boleh mengotorkan
bilik atau yang menyebabkan kerosakan salur air dan elektrik serta
menimbulkan bau yang kurang menyenangkan kepada penghuni asrama
tidak dibenarkan dibawa ke asrama.
• Alatan berbahaya seperti pisau, racun, asid dan sebagainya tidak
dibenarkan disimpan dan digunakan di asrama
• Murid hendaklah berada di dalam dorm dan tidak dibenarkan keluar
asrama selepas lampu padam /’light off’ .
• Semua murid diwajibkan tidur di katil masing-masing.
• Semua murid diwajibkan berada di dorm masing-masing bagi mengikut
halaqah bacaan al-mulk .

PAKAIAN

• Murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah pada waktu


persekolahan dan semasa upacara rasmi
• Murid yang keluar pada hujung minggu dengan kebenaran warden tidak
dibenarkan memakai jeans dan dikehendaki memakai baju batik asrama
• Murid hendaklah memakai pakaian unit beruniform dan kokurikulum pada
hari yang ditetapkan dan seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah dari
semasa ke semasa.
• Murid hendaklah memakai pakaian unit beruniform dan kokurikulum yang
lengkap dan seragam pada hari yang ditetapkan dan seperti yang
diarahkan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa .
• Murid diwajibkan memakai lencana sekolah serta tag nama.
• Murid asrama hendaklah memakai baju batik asrama pada setiap hari
khamis walaupun bukan pada minggu balik wajib kecuali murid tersebut
terlibat dengan aktiviti sukan yang ditetapkan sekolah.
• Murid dilarang untuk memakai baju selain pakaian sekolah pada hari
persekolahan seperti ‘baju batch’.
• Murid perempuan hendaklah bertudung labuh iaitu sejengkal dari pusat
dan menutupi punggungg.
• Semua murid perempuan tidak dibenarkan memakai tudung berwarna
hitam di sekolah pada setiap hari khamis.

MAKANAN

• Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar makanan yang dimasak kepada


murid asrama
• Murid tidak dibenarkan membeli ,menempah sebarang jenis makanan di
luar kawasan sekolah setelah tamat waktu persekolahan .
• Murid dilarang makan di luar dewan makan asrama ( bilik study,rehat dan
membawa pinggan,cawan ke dorm).

TEMPAT LARANGAN BAGI PELAJAR ASRAMA

• Kawasan dapur atau tempat memasak dewan makan dan tangki air
• Pejabat asrama (kecuali mempunyai urusan)
• Bilik-bilik khas sekolah
• Asrama lelaki bagi perempuan
• Kawasan ibu sawat dan tempat menyimpan kenderaan sekolah
• Blok sekolah atau kawasan sekolah sewaktu PREP.
• Dataran keluarga selepas jam 6:00 p.m.

LEWAT MURID ASRAMA

LEWAT SUBUH DEWAN MAKAN PAGAR ASPURI ASAR MAGHRIB MA’ZURAH


(PAGI)
MASA IMAM KEDUA 7.00 PAGI 7.05 PAGI 5.00 PETANG 7.00 7.00
PEREMPUAN MALAM MALAM

You might also like