Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Masa Perkara Teks

0900-0910 Pertukaran MC, Terima kasih diucapkan kepada Dr Divan, selaku pengacara majlis
ucapan aluan sesi pagi sebentar tadi.
hadirin

Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera

Hadirin yang dihormati sekalian


Saya ……. bersama gandingan …… ingin mengucapkan selamat
datang kepada para tetamu sekalian ke majlis perasmian
pelancaran modul latihan “TB in Children’s Education Module for
Treatment Centre” diikuti oleh majlis penyerahan sumbangan
Yayasan Paru-Paru Malaysia kepada Hospital Tunku Azizah.

Mohon hadirin bersedia kerana bakal bermula sebentar lagi.

(TB)

Ketibaan tetamu Mengumumkan ketibaan yang berbahagia Dr Nor Hayati binti


Ibrahim, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian perkembangan
perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia diiringi barisan
tetamu kehormat masuk ke auditorium hospital tunku azizah

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera kami ucapkan kepada

Yang berbahagia DR NOR HAYATI BINTI IBRAHIM


Timbalan pengarah kanan, bahagian perkembangan perubatan
KKM

Yang berbahagia, Dr Anita Binti Suleiman


Pengarah Kawalan Penyakit KKM

Yang berbahagia, Dr Nor’Aishah Binti Abu Bakar


Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yang berusaha DR SHAMSUL ANUAR B. KAMARUDIN


Pengarah Hospital Tunku Azizah

Yang berusaha, Dr Sabeera Begum Binti Kader Ibrahim


Ketua Jabatan Pediatrik dan Pakar Perunding Dermatologi HTA

Yang dihormati, Professor Dr Roslina Binti Abdul Manap


Pengerusi Yayasan Paru-Paru Malaysia

Yang dihormati, Professor Dr Ahmad Izuanuddin Ismail


President Pertubuhan Torasik Malaysia

Yang berusaha, Dr. Muhammad Nur Awis bin Azizan


Timbalan Pengarah, Hospital Tunku Azizah

Yang berusaha, Dr Asiah Binti Kassim


Pakar Perunding dan Ketua Unit Pediatrik Respiratori HTA

Seterusnya barisan hadirin yang dihormati sekalian ke majlis


perasmian pelancaran modul Latihan untuk doctor perubatan
hospital “TB in Children’s Education Module for Treatment
Centre” berserta majlis penyerahan sumbangan Yayasan Paru-
Paru Malaysia kepada Hospital Tunku Azizah.

Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-
sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh saudara ….
dari unit pediatrik respiratori HTA. dipersilakan

Intro 1 Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara


… atas bacaan dianya sebentar tadi

Hadirin yang dihormati sekalian


Hari ini merupakan bersejarah kerana kita dapat bersama-sama
menyaksikan pelancaran modul “TB in children’s education
module for treatment centre”.

Penghasilan modul ini yang telah bermula semenjak sebelum


pandemic COVID 2019, merupakan kolaborasi di antara Unit
Pediatrik Respiratori, Pediatrik Penyakit Berjangkit dan Pediatrik
Radiologi dari pelbagai hospital seluruh Malaysia.

Akhirnya, modul tersebut akan dilancarkan pada hari ini yang


bertujuan membantu para doktor bagi merawat penyakit tibi
dalam kalangan kanak-kanak secara holistik.

Ucapan terima kasih dan penghargaan Istimewa diucapkan


kepada Dr Asiah Kassim, Ketua Unit Pediatrik Respiratori HTA
selaku pencetus idea dan penggerak kuat bagi penghasilan
modul ini untuk manfaat para doktor di seluruh Malaysia.

Intro 2 Hadirin yang dihormati sekalian

Seterusnya majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih yang


tidak terhingga kepada Pertubuhan Torasik Malaysia atas
sumbangan yang bakal diberikan kepada hospital tunku azizah

Untuk pengetahuan para hadirin, pada Kongres Pertubuhan


Torasik Malaysia tahun 2023, telah berlangsung program derma
Kebajikan Bernama “Art for Charity” di mana beraneka seni
lukisan yang disumbangkan dari pelbagai artis di Malaysia telah
dijual dan hasilnya berjaya mengumpul lebih dari 50 ribu ringgit
Malaysia.

Dengan kutipan ini, Pertubuhan Torasik Malaysia ingin


menyumbang 9 mesin CPAP ke hospital tunku azizah bagi tujuan
menolong kanak-kanak bermasalah paru-paru dan pernafasan
terutamanya sebagai alat bantuan di rumah.

You might also like