Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

KOD & NAMA KURSUS:

PPSU1213 PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

TAJUK:
BAGAIMANAKAH KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DAN
MAHKAMAH SIVIL DAPAT DISELESAIKAN ?

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. ZAINI BIN NASOHAH

NAMA PELAJAR:
1. NUR UMAIRAH BINTI ZAINUDIN (A200373)
2. NUR RAUDHAH BINTI ROZALI (A200381)
3. NAHDATUL SHIMA BINTI M.SAFI’EI (A200294)
4. NURBILAH IZZAH BINTI MOHD SOBRAN (A200452)

EMAIL SISWA:
Email: a200373@siswa.ukm.edu.my
Email: a200381@siswa.ukm.edu.my
Email: a200294@siswa.ukm.edu.my
Email: a200452@siswa.ukm.edu.my

PUSAT KAJIAN SYARIAH , FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


1

ISI KANDUNGAN

HALAMAN
1.0 PENGENALAN 2
1.1 Mahkamah Sivil 2-3
1.2 Mahkamah Syariah 3
2.0 KES-KES KONTROVERSI PENYELESAIAN 4
MAHKAMAH BERSAMA
2.1 Kes Indira Gandhi A/P Mutho V. Pengarah Jabatan Agama Islam 4-6
Perak & Ors and Other Appeals [2018] MLJ 545.
2.2 Kes Lina Joy V. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 7-9
Ors [2007] 4 MLJ 58
2.3 Kes Iki Putra Bin Mubarak V. Kerajaan Negeri Selangor [2021] 9-11
2 MLJ 323
2.4 Kes Nafsiah V. Abdul Majid [1969] 2 MLJ 74 12-13
3.0 PENYELESAIAN KONFLIK ANTARA BIDANG KUASA 13-15
MAHKAMAH SYARIAH DAH MAHKAMAH SIVIL
3.1 Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan 15-16
4.0 RUMUSAN 17
5.0 RUJUKAN 18-19
LAMPIRAN
Lampiran A Senarai Kes 20
2

1.0 PENGENALAN

Konflik adalah fitrah semula jadi dalam kehidupan manusia. Konflik juga terjadi
apabila satu pihak menghalang atau memaksa pihak lain yang kemudiannya terasa
tergugat dengan tindakan pihak yang pertama. Isu pertembungan bidang kuasa antara
undang-undang Sivil dan undang-undang Syariah bukanlah satu perkara baru di
Malaysia. Konflik ini timbul kerana Malaysia mengamalkan dwi-sistem perundangan,
iaitu undang-undang Sivil dan undang-undang Syariah, serta mempunyai dua
mahkamah yang berbeza yang mengakibatkan sering wujud pertembungan bidang
kuasa antara dua undang-undang tersebut.

Walaupun undang-undang Islam merupakan sebahagian daripada asas undang-


undang negara, penggunaan undang-undang Inggeris seperti Common Law dan
Kaedah Ekuiti telah mengenepikan undang-undang Islam dalam sistem undang-
undang Sivil. Untuk mengelakkan konflik ini daripada berterusan, pindaan Perkara
121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah dilakukan pada tahun 1988. Pindaan ini
bertujuan untuk memisahkan bidang kuasa Mahkamah Sivil daripada Mahkamah
Syariah, di mana Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai kuasa untuk mencampuri
urusan Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun, konflik dan pertembungan bidang
kuasa masih berlaku sehingga ke hari ini. Artikel ini akan membincangkan isu ini
dengan lebih mendalam.

1.1 Mahkamah Sivil

Bidang kuasa mahkamah sivil di Malaysia yang dibahagikan mengikut hierarki


mahkamah. Mahkamah Majistret mengendalikan kes sivil di bawah RM250,000 dan
kes jenayah dengan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun. Mahkamah Sesyen
pula mendengar kes sivil tanpa had bagi kes kemalangan dan hal ehwal tanah serta
kes jenayah kecuali yang boleh dikenakan hukuman mati.

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil bagi kes melebihi


RM250,000 seperti perceraian, harta pusaka dan kebankrapan. Bagi jenayah, ia
mendengar kes yang di luar bidang kuasa mahkamah rendah seperti membawa
3

hukuman mati. Mahkamah Rayuan mendengar rayuan kes sivil dan jenayah dari
Mahkamah Tinggi.

Manakala, Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi yang


mendengar rayuan sivil dan jenayah dari Mahkamah Rayuan dengan kebenaran.
Bidang kuasanya adalah eksklusif tanpa campur tangan badan perundangan lain.

1.2 Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah mempunyai kuasa eksklusif yang tunggal dan mutlak dalam
menentukan perkara tanpa campur tangan kuasa lain. Keputusannya berdasarkan al-
Quran, hadis, ijma' dan qiyas serta perlu dihormati. Mahkamah Sivil tidak boleh
mengganggu keputusannya agar tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Mahkamah
Syariah mendengar kes melibatkan orang Islam sahaja. Mengikut Perlembagaan, hal
ehwal Islam diletakkan di bawah kuasa negeri kecuali jenayah. Strukturnya terdiri
daripada Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Mahkamah Rendah Syariah mengenakan hukuman penjara maksimum setahun


dan denda RM2,000 untuk kes jenayah syariah. Manakala bidang kuasa mal
mendengar tuntutan sehingga RM100,000. Mahkamah Tinggi Syariah pula boleh
mengenakan hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda RM2,000-RM5,000
untuk jenayah. Bagi mal, ia mendengar tuntutan melebihi RM100,000. Mahkamah
Rayuan Syariah mempunyai kuasa mengawasi Mahkamah Tinggi Syariah bagi kes
mal dan jenayah serta mendengar rayuan. Bidang kuasa mal meliputi perkara bukan
jenayah seperti tunang, kahwin, perceraian dan seumpamanya bagi orang Islam.
4

2.0 KES-KES KONTROVERSI PENYELESAIAN MAHKAMAH BERSAMA

Konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sering menjadi
pertikaian dalam sistem kehakiman negara. Walaupun Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah dalam mengendalikan
kes-kes tertentu, terdapat situasi di mana Mahkamah Sivil telah mengambil alih
peranan tersebut, mengakibatkan ketidakpastian dan perselisihan dalam pelaksanaan
undang-undang.

2.1 Kes Indira Gandhi A/P Mutho V. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak &
Ors and Other Appeals [2018] MLJ 545.

Kes ini berkisarkan tentang penentuan agama bagi kanak-kanak yang salah seorang
daripada ibu bapanya memeluk islam.

Fakta Kes

Indira Gandhi a/p Mutho dan Pathmanathan a/l Krishnan telah berkahwin di bawah
Akta Undang-undang Sivil pada April 1999. Daripada perkahwinan tersebut, mereka
dikurniakan dengan tiga orang anak. Si suami kemudiannya memeluk agama Islam
pada 11 Mac 2009 manakala Indira pula kekal sebagai seorang beragama Hindu.
Selepas penukaran agama itu, si suami berupaya untuk memohon kepada mahkamah
syariah atas dasar ex parte untuk hak penjagaan anak-anak. Pada September 2009,
Mahkamah syariah telah memberikan hak penjagaan anak-anak secara kekal kepada
Pathmanathan.

Sekitar April 2009, si isteri telah menerima perakuan penukaran agama yang
menunjukkan bahawa Pendaftar Mualaf (pendaftar) telah mendaftarkan anak-anak itu
sebagai Muslim. Si isteri kemudiannya telah memfailkan permohonan semakan
kehakiman bagi mecabar keputusan pendaftar atas alasan bahawa pendaftar telah
bertindak melanggar prosedur yang ditetapkan dalam seksyen 96 dan 106 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Perak (2004) dan bahawa perakuan yang dikeluarkan itu
adalah tidak sah. Melalui permohonan terhadap Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Perak, Pendaftar Mualaf, Kerajaan Perak, Kementerian Pelajaran, Kerajaan
Malaysia dan si suami (enam responden), si isteri telah memohon antara lain juga
5

iaitu perintah certiorari untuk membatalkan perakuan tersebut secara alternatif


deklarasi bahawa perakuan itu adalah terbatal dan tidak sah. Mahkamah Tinggi sivil
mengesahkan pembatalan penukaran agama tersebut dan memberikan si isteri hak
penjagaan ketiga-tiga anak tersebut. Kemudian enam responden tadi telah memfailkan
rayuan berasingan terhadap keputusan mahkamah tinggi. Mahkamah Rayuan
memutuskankan bahawa mahkamah tinggi tiada kuasa untuk mempersoalkan
keputusan pendaftar atau mempertimbangkan pematuhan pendaftar dengan keperluan
statutori seksyen 96 dan 106 Enakmen Perak. Mahkamah rayuan juga bersetuju
bahawa proses penukaran agama tersebut telah dilakukan dengan memuaskan
pendaftar. Mahkamah rayuan dengan itu telah mengetepikan keputusan mahkamah
tinggi untuk semakan kehakiman bagi perintah certiorari untuk membatalkan
perakuan-perakuan penukaran anak-anak tersebut kepada Islam.

Si isteri kemudiannya membuat rayuan pada peringkat mahkamah persekutuan. Si


isteri berhujah bahawa perkara 121 (1A) perlembagaan persekutuan tidak menolak
bidang kuasa mahkamah syariah . Responden berhujah bahawa perkara tentang
undang-undang islam adalah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah menurut
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu perkara itu tidak jatuh
dalam bidang kuasa mahkamah tinggi, maka mahkamah tinggi tidak boleh
menggunakan kuasanya untuk mengkaji semua tindakan Pendaftar Mualaf dalam kes
ini.

Isu Dalam Kes

Sama ada kesahan perakuan penukaran agama yang dikeluarkan oleh pendaftar
berkenaan dengan penukaran agama anak-anak tersebut kepada islam sah atau tidak.

Keputusan Mahkamah

Mahkamah persekutuan telah mengesahkan keputusan mahkamah tinggi bahawa


kedua-dua ibubapa (ibu dan bapa) harus memberi kebenaran penukaran agama.
Mahkamah persekutuan memutuskan bahawa pengislaman ketiga-tiga anak Indira
Gandhi tidak sah pada tahun 2018. Hakim mengatakan bahawa kebenaran kedua-dua
ibu bapa menjadi syarat bagi pengesahan pengislaman kanak-kanak sebelum
pengeluaran Sijil Perakuan Memeluk Islam. Natijahnya, kes ini menggambarkan
6

bahawa berlakunya pertindihan kuasa antara mahkamah syariah dengan mahkamah


sivil apabila mahkamah persekutuan diberikan kuasa semakan kehakiman dan ini
secara langsung merendahkan martabat mahkamah syariah.

Alasan Penghakiman

Hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa kedua-dua ibu bapa harus


memberi kebenaran bagi penukaran agama anak-anak mereka. Perkara ini juga telah
diperuntukkan dalam Perkara 2(4) yang menyebut bahawa seseorang yang di bawah
umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.
Ianya dibaca juga bersama Akta Penjagaan Budak 961 yang menyatakan bahawa
kedua-dua ibu bapa mempunyai hak sama rata berkenaan jagaan dan didikan anak.
Tambahan pula, berkaitan dengan kes ini, penukaran agama secara sebelah pihak
adalah suatu perkara yang sangat salah.

Seterusnya, Hakim Mahkamah Persekutuan juga berpendapat bahawa untuk


suatu penukaran agama Islam yang sah, anak tersebut mesti mematuhi Seksyen 96(1)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak (2004) yang memperuntukkan mengenai
kerelaan hati sendiri untuk anak tersebut dalam mengucap dua kalimah syahadah. Ia
adalah tidak dipertikaikan bahawa anak-anak Indira tidak mengucapkan kalimah
syahadah tersebut, malah anak-anak tersebut juga tidak hadir di hadapan Pendaftar
Muallaf-Muallaf (PMM). Maka dengan ini, Seksyen 96(1) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Perak) 2004 tidak dipenuhi.

Oleh kerana rayuan adalah berkenaan kesahihan tindakan-tindakan pihak


berkuasa agama, maka mahkamah sivil mempunyai kuasa untuk menyemaknya.
Jabatan Agama Islam Perak dan Pendaftar Muallaf-Muallaf telah melanggar undang-
undang kerana tidak mengikut Seksyen 96(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Perak) 2004, dan permohonan penukaran agama untuk anak-anak tersebut kepada
agama Islam juga dibuat dengan kebenaran satu ibu bapa sahaja oleh suaminya
Pathmanathan tanpa kebenaran isterinya, Indira. Maka dengan itu, penukaran-
penukaran agama adalah tidak sah dan terbatal.
7

2.2 Kes Lina Joy V. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors [2007] 4
MLJ 58.

Fakta Kes

Perayu adalah seorang wanita melayu bernama Azalina binti Jailani yang dilahirkan
pada 8 Januari 1964. Beliau dibesarkan dalam agama Islam oleh keluarganya.

Pada tahun 1997, beliau memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
untuk menukar namanya kepada Lina Lelani. Dalam akuan berkanunnya, beliau
menyatakan bahawa beliau telah meninggalkan agama Islam untuk menganut agama
Kristian dan berhasrat untuk berkahwin dengan seseorang yang beragama Kristian.
Namun, permohonan tersebut ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Pada 15 Mac 1999, perayu membuat permohonan kedua untuk menukar


namanya atas alasan yang sama, tapi kali ini kepada nama Lina Joy dengan nasihat
pegawai JPN, perayu membuat satu akuan berkanun tambahan dimana beliau
memberi sebab ingin menukar namanya sebagai sengaja memilih nama itu bukan
kerana menukar agama. Permohonan perayu diluluskan oleh JPN, dan pada
November 1999, perayu telah diberikan kad pengenalan barunya.

Kad pengenalan baru tersebut masih mengandungi perkataan ‘Islam’ di


dalamnya. Perayu bagaimanapun masih terkilan, dan dengan itu perayu membuat
permohonan ketiga kepada pejabat JPN untuk mengeluarkan perkataan 'Islam'
daripada kad pengenalan baharu itu. Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (KPPN)
berpendapat bahawa permohonan memadamkan nama ‘Islam’ hanya boleh
dipertimbang jika ianya disokong oleh perintah mahkamah syariah yang menyatakan
bahawa perayu sememangnya telah murtad, dan atas alasan itu telah mengarahkan
supaya suatu perintah atau sijil sedemikian dikemukakan kepadanya.

Perayu memfail saman untuk mencabar keputusan KPPN, namun samannya


ditolak oleh Mahkamah Tinggi atas alasan, antara lain, bahawa keputusan KPPN atau
JPN tidak mencabul hak asasi kebebasan beragama perayu seperti yang dijamin di
bawah perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Perayu merayu ke Mahkamah
8

Rayuan dan memilih untuk mencabar keputusan JPN semata-mata atas persoalan
undang-undang pentadbiran.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa JPN betul dari sudut undang-undang


pentadbiran apabila menolak permohonan perayu. Menurut mahkamah rayuan lagi,
persoalan keluar atau tidaknya seseorang dari agama Islam adalah persoalan yang
berkaitan dengan undang-undang Islam. Oleh kerana itu, disebabkan JPN tidak
berkelayakan untuk memutuskan perkara itu, dan bagi mengelakkan risiko ia
memadamkan nama “Islam” dengan secara salah, maka adalah wajar dan munasabah
bagi JPN mengamalkan dasar yang memerlukan penentuan oleh pihak berkuasa
agama sebelum mengambil tindakan memadamkan perkataan “Islam” dari kad
pengenalan seseorang Muslim. Disebabkan oleh itu, Lina joy menfailkan satu
permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan
Jabatan Pendaftaran Negara dalam menolak permohonannya untuk membuang
perkataan ‘Islam’ tersebut.

Isu Dalam Kes

Sama ada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhak, mengikut undang-undang


mengenakan syarat supaya Perayu mengemukakan suatu sijil atau suatu
pengisytiharan atau perintah daripada Mahkamah Syariah untuk pengesahan sudah
keluar daripada islam (murtad) agar tidak mencabul hak asasinya dalam kebebasan
beragama.

Keputusan Mahkamah

Setelah mendengar hujah-hujah dari peguam yang mewakili Lina Joy dan Jabatan
Pendaftaran Negara, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Jabatan
Pendaftaran Negara wajar dalam tindakkannya apabila meminta Lina Joy
mengemukakan perintah mahkamah sebagai bukti bahawa beliau bukan lagi seorang
Muslim. Justeru, Mahkamah persekutuan menolak rayuan Lina Joy dan memutuskan
status islam pada kad pengenalannya dikekalkan dan hanya mahkamah syariah sahaja
yang mempunyai bidang kuasa mendengar isu orang islam yang ingin meninggalkan
agamanya.
9

Alasan Penghakiman

Hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa JPN memerlukan penentuan


dari penguasa agama Islam mengenai kemurtadan perayu atau keluarnya perayu dari
agama islam. Ini kerana, cara seseorang keluar dari sesuatu agama semestinya
mengikut kaedah atau undang-undang atau amalan yang ditentukan dan ditetapkan
oleh agama itu sendiri. Apabila ketentuan agama islam dipatuhi dan pihak berkuasa
agama Islam memperakukan kemurtadannya barulah perayu boleh menganuti agama
Kristian. Dengan kata lain, seseorang tidak boleh sesuka hatinya keluar dan masuk
agama.

Selain itu, pada Perkara 11 membicarakan tentang kebebasan beragama tetapi ini
tidak bermaksud bahawa plaintif patut diberikan kebebasan memilih untuk menganut
dan mengamalkan agama pilihan beliau, ia juga tertakhluk kepada bahagian kedua
Perkata 11(1), 11(4) dan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan kerana persoalan
tentang pertukaran agama seseorang itu adalah secara lansung berkaitan dengan hak-
hak dan tanggungjawab seseorang itu sebagai seorang Muslim dan ini adalah satu
urusan seseorang Muslim yang jatuh di bawah bidang kuasa defendan yang
diperuntukkan oleh perkara 11(3)(a) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama
seksyen 7(1) Akta tersebut.

Tambahan pula, Perkara 11(1) tidak sepatutnya dibaca secara berasingan. Ia


hendaklah ditafsir bersama dengan peruntukan-peruntukan relevan lain yang
berhubung dengan Islam, Terutamanya Perkara-perkara 3(1), 12(2), 74(2), 121(1A)
dan 160. (Faiza Tamby Chik J, 2001).

2.3 Kes Iki Putra Bin Mubarak V. Kerajaan Negeri Selangor & Anor [2021]
MLJ 323

Pada 9 November 2018, Iki Putra Bin Mubarak merupakan antara lima lelaki yang
ditahan dan didakwa kerana telah mengadakan pesta seks songsang di sebuah
apartmen dua tingkat di Bandar Baharu Bangi, Selangor. Beliau kemudian didakwa di
Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen
52(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dibaca bersama Seksyen 28
Enakmen kerana cubaan melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.
10

Mahkamah Syariah memutuskan Iki Putra Mubarak dikenakan hukuman denda tidak
melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih lapan bulan atau disebat tidak
melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman
berkenaan.

Fakta Kes

Iki Putra merupakan salah seorang orang yang tidak mengaku bersalah dan lantang
mencabar Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang mendakwa
negeri atau mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan
membicarakan kes jenayah liwat itu memandangkan terdapat undang-undang di
peringkat persekutuan iaitu Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang telah mengawal
dan mentadbirkan perkara yang sama.

Pada 21 Ogos 2019, Iki Putra didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan meliwat
yang dilakukannya di Bangi. Pada tahun 2020, kerana tidak berpuas hati dengan
pertuduhan yang diberikan oleh Mahkamah Syariah, Iki Putra mencabar peruntukan
Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Isu Dalam Kes

Isu utama yang diteliti dalam keputusan majoriti oleh Hakim Tengku Maimun dan
Hakim Azahar Mohamed adalah sama ada Kerajaan Negeri Selangor mempunyai
kuasa untuk menggubal kesalahan di bawah Seksyen 28 Enakmen 1995 tersebut,
walaupun jenis kesalahan itu bercanggah dengan ajaran Islam, berdasarkan klausa
pengecualian dalam Butiran Senarai Kuasa Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan Mahkamah

Pada 25 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan membenarkan cabaran undang-


undang yang dibuat oleh Iki Putra terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 1995, lalu mengetepikan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan
seks di luar tabii sebagai jenayah.
11

Keputusan sembilan panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim


Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berserta hakim-hakim yang lain iaitu Rohana
Yusuf, Tan Sri Azahar Mohamad, Abang Iskandar Abang Hashim, Dato Seri Mohd
Zawawi Mohd Salleh, Datuk Nalini Padmanabhan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat,
Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohd Hashim telah memutuskan
bahawa peruntukan undang-undang syariah Selangor, Seksyen 28 Enakmen Jenayah
Syariah Selangor 1995 yang menyatakan bahawa seks luar tabii sebagai jenayah
adalah tidak sah dan tidak mengikut Perlembagaan.

Alasan Penghakiman

Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa kuasa untuk menggubal undang-undang


sedemikian hanya terletak pada Parlimen dan bukannya badan perundangan negeri
kerana kesalahan jenayah tersebut telah terangkum di bawah Senarai I, Senarai
Persekutuan (Federal List). Justeru, badan perundangan negeri hanya boleh
menggubal undang-undang yang tiada dalam undang-undang Persekutuan. Seiring
pandangan tersebut, Hakim Azahar Mohamad menyatakan dalam "pith and
substance", oleh sebab Seksyen 28 Enakmen tersebut termasuk dalam peruntukan
'Undang-undang Jenayah' di bawah Senarai Persekutuan, badan yang mempunyai
kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan perkara tersebut ialah Parlimen.
Atas alasan ini, Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan
jenayah liwat kerana kesalahan jenayah adalah di bawah kuasa persekutuan serta
undang-undang persekutuan.

Secara kesimpulannya, Kes Iki Putra telah mencetuskan kebimbangan seramai


200 orang peguam termasuk peguam bela, peguam cara dan peguam syarie terhadap
implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Mereka gusar terdapat banyak lagi
peruntukan enakmen jenayah syariah negeri-negeri yang sedia ada mungkin bakal
dicabar dan menerima nasib sama seperti Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Badan bukan kerajaan juga turut menzahirkan kebimbangan mereka terhadap masa
depan perundangan syariah. Pada Mac 2021, sebanyak 21 kumpulan NGO mendesak
agar kes yang melibatkan Iki Putra Mubarak yang dituduh dengan kesalahan cubaan
melakukan persetubuhan di luar tabii terus disiasat di bawah Kanun Keseksaan.
12

2.4 Kes Nafsiah V. Abdul Majid [1969] 2 MLJ 74

Kes ini merupakan kes sebelum pindaan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan
yang memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa ekslusif ke atas orang Islam dalam
hal ehwal keluarga Islam seperti pertunangan dan perkahwinan. Kes ini mencetuskan
persoalan bidang kuasa dan penghormatan terhadap keutamaan undang-undang
Syariah bagi orang Islam di Malaysia, yang kemudiannya dibendung melalui pindaan
Perlembagaan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Fakta kes

Pada 9 Ogos 1963, Abdul Majid telah membuat perjanjian untuk berkahwin dengan
Nafsiah dan perjanjian ini juga merupakan perjanjian bertulis. Abdul Majid
mempunyai isteri dan hal ini juga telah diketahui oleh Nafsiah. Kemudian, Nafsiah
mendakwa Abdul Majid telah mungkir janji dan menggodanya, lalu mereka
mempunyai seorang anak lelaki luar nikah yang lahir pada 29 Julai 1964. Semasa
perbicaraan, Abdul Majid mengatakan perjanjian tersebut tidak sah kerana beliau
dipaksa untuk berjanji dan berada dalam keadaan tertekan ketika membuat perjanjian
itu. Dalam kes ini, Nafsiah menuntut ganti rugi kerana keengganan Abdul Majid
untuk berkahwin dengannya. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan timbul
persoalan sama ada bolehkah Mahkamah Tinggi membicarakan kes ini kerana pihak-
pihak yang terlibat adalah orang Islam dan kes mereka sudah diatur oleh Enakmen
Undang-undang Pentadbiran Islam.

Isu Dalam Kes

Kes ini mempersoalkan bidang kuasa Mahkamah Sivil dalam mendengar kes yang
melibatkan orang Islam berkaitan kontrak pertunangan di bawah undang-undang
Islam. Mahkamah Sivil telah menggunakan undang-undang kontrak Inggeris dan
mengabaikan undang-undang syariah dalam memutuskan ganti rugi terhadap
pelanggaran kontrak pertunangan tersebut. Keputusan ini bertentangan dengan prinsip
bahawa orang Islam sepatutnya tertakluk kepada undang-undang Islam dalam hal
ehwal keluarga dan pertunangan, yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah
13

Syariah. Kes ini menunjukkan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan
Syariah dalam menangani isu undang-undang keluarga Islam di Malaysia.

Keputusan Mahkamah

Hakim Sharma J. telah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi boleh membicarakan


kes atas pemecahan kontrak ini. Walaupun defendan mendakwa perjanjian itu
ditandatangani secara terpaksa, peguam defendan tidak membentangkan hujah yang
bergantung kepada dakwaan paksaan itu. Maka, Hakim Sharma J. memutuskan
bahawa Abdul Majid menulis, menandatangani, dan membuat perjanjian untuk
berkahwin dengan Nafsiah secara rela. Perjanjian tersebut adalah sah dan defendan
telah memungkiri janjinya. Justeru itu, ganti rugi mungkir janji untuk berkahwin telah
diberi sebanyak RM1,200 kepada Nafsiah. Namun, sekiranya kes ini dibawa ke
Mahkamah Syariah, pasangan tersebut akan dihukum kerana mengadakan hubungan
luar nikah. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai
pertimbangan yang berbeza dengan Mahkamah Syariah, malah prinsip yang
digunakan oleh Mahkamah Sivil bertentangan dengan hukum syarak.

3.0 PENYELESAIAN KONFLIK ANTARA BIDANG KUASA MAHKAMAH


SYARIAH DAH MAHKAMAH SIVIL

Konflik bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah Syariah nerupakan isu
yang perlu ditangani. Ia juga penting untuk meredakan konflik bidang kuasa yang
telah berlaku sejak sekian lama. Namun perkara yang lebih kritikal untuk diteliti ialah
menilai penyelesaian praktikal kepada isu yang berpanjangan ini. Walaupun kedua-
dua institusi kehakiman ini berfungsi dalam linkungan perundangan yang berbeza,
namun terdapat kes-kes tertentu yang boleh menjadi pertikaian dalam menentukan
bidang kuasa mahkamah yang sepatutnya mengendalikan kes tersebut. Oleh itu
beberapa cadangan telah dikemukakan oleh tokoh undang-undang untuk
menyelesaikan masalah konflik ini.

Beberapa tokoh undang-undang telah mencadangkan penggabungan


mahkamah sivil dan mahkamah syariah (contohnya Abdul Hamid Mohamad, 2017;
Ismail Yahya, 2017 dan Najibah Mohd Zin,2017). Asas cadangan ini adalah untuk
14

membolehkan hakim syarie dan hakim sivil bersidang bersama dalam menentukan
keputusan, khusunya dalam kes yang memerlukan panduan daripada hukum syarak
untuk mengendalikannya. Pendekatan ini menjadikan Malaysia sebagai satu sistem
perundangan tunggal perlu dinilai dari aspek keadilan Islam dan universal dan
bukannya melibatkan perkara agama sama ada seseorang itu beragama Islam atau
tidak.

Pendekatan pertama ini ialah menyelesaikan isu perbicaraan kes yang


melibatkan kepentingan syarak tetapi berada dibawah bidang kuasa mahkamah sivil
dan tidak dibicarakan di mahkamah syariah. Dengan penglibatan bersama oleh kedua-
dua mahkamah dalam kes yang melibatkan kepentingan dan bidang kuasa bersama, ia
akan dapat mengharmonikan bidang kuasa kedua-dua mahkamah dalam
mengendalikan kes tersebut. Namun pendekatan ini memerlukan pindaan kepada
Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan serta Senarai II iaitu Senarai Negeri yang
terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selain memerlukan
pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Perkara ini menjelaskan lagi tentang, hakim Mahkamah Syariah dan Sivil
berupaya bekerjasama dalam persidangan yang melibatkan percampuran isu-isu yang
melibatkan kedua-dua mahkamah. Sekiranya terdapat isu-isu Syariah dalam sesuatu
kes di Mahkamah Sivil, yang mana kes tersebut terletak di luar bidang kuasa
Mahkamah Syariah kerana salah satu atau kesemua pihak di dalam kes itu bukan
orang yang beragama Islam, maka Mahkamah Sivil hendaklah bersidang bersama-
sama seorang Hakim Mahkamah Syariah. Namun, jika kes itu di Mahkamah Tinggi,
maka hendaklah bersidang bersama seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Seterusnya, jika kes itu di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Sivil hendaklah bersidang bersama seorang ketua Hakim Syarie di mana
Mahkamah itu bersidang. Peranan Hakim Syarie disini ialah untuk menasihatkan
hakim-hakim Mahkamah Sivil mengenai isu Syariah. Selain itu, Hakim Mahkamah
Sivil akan menerima keputusan Hakim Syarie mengenai isu Syariah itu dalam
membuat keputusan kes berkenaan.

Selain itu, terdapat juga cadangan pendekatan penerimaan berdasarkan prinsip


kebersamaan antara kedua-dua mahkamah. Langkah ini memerlukan kefahaman
15

mendalam tentang pengamalan kedua-dua bentuk perundangan. Kaedah perbandingan


undang-undang (comparative law) perlu dijadikan teras agar proses penerimaan
bidang kuasa dapat berlaku dengan sempurna. Menjadikan hukum syarak asas dalam
penyelesaian kes berkaitan di mahkamah sivil merupakan salah satu proses penting ke
arah penerimaan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Tambahan pula, Dr Fathi Yusof, seorang pakar Perlembagaan dalam satu


forum anjuran Terengganu Statergic & Intergrity Institute (TSIS) mencadangkan
supaya Parlimen meminda peruntukan undang-undang sedia ada agar selari dengan
semangat perundangan Islam. Beliau menekankan bahawa pindaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan dua pertiga undi majoriti sangat
diperlukan bagi meminda persekutuan sedia ada dalam usaha mengangkat martabat
perundangan syariah ke peringkat yang lebih tinggi.

Bentuk hukuman yang terdapat dalam Kanun Keseksaan sewajarnya


diharmonikan dengan hukum syarak memandangkan undang-undang jenayah sedia
ada yang terkandung dalam Kanun Keseksaan sememangnya sebahagian daripada
undang-undang jenayah Islam. Pemakaian hukuman yang memenuhi semangat
undang-undang Islam perlu dijadikan teras dalam kerangka pelaksanaan undang-
undang yang termaktub dalam Kanun Keseksaan agar ia selari dengan kehendak
syarak selain memastikan proses penerimaan tersebut dapat dicapai.

3.1 Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 121. Kuasa Kehakiman Persekutuan

Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan ialah pindaan yang dibuat pada
tahun 1988 iaitu memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada
mahkamah sivil, ia menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan
mahkamah biasa dan dianggap setaraf.

(1) Perkara 121 (1) memperuntukkan penubuhan dua Mahkamah Tinggi di Malaysia
yang mempunyai bidang kuasa dan taraf yang sama iaitu :
16

a) satu di Negeri-Negeri Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di


Malaya dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di Kuala Lumpur;
dan
b) satu di Negeri Sabah dan Sarawak, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di
Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di
mana-mana tempat di Negeri Sabah dan Sarawak yang ditentukan oleh Yang di-
Pertuan Agong;

dan mana-mana mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang


persekutuan dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah bawahan
itu hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau
di bawah undang-undang persekutuan.

(1A) Mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai


bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah
Syariah

Kedua-dua peruntukan Perlembagaan Persekutuan diatas menjelaskan kedudukan


agama Islam dan bidang kuasa eksklusif mahkamah Syariah sebagai badan yang
melaksanakan undang-undang Syariah di mana ia tidak boleh dicampuri sistem
perundangan sivil.
17

4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah
Syariah tidak terhenti walaupun pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dibuat
pada tahun 1988 ke atas Perkara 121 dengan memasukkan kurungan (1A) bagi
mengeluarkan bidang kuasa Mahkamah Sivil dari membuat keputusan yang bidang
kuasanya dianugerahkan secara eksklusif kepada Mahkamah Syariah. Walaupun
Mahkamah Syariah diberi kuasa dan bidang kuasa seperti yang diperuntukkan dalam
Perkara 74 (2) dan Jadual Kesembilan, Senarai II – Senarai Negeri, namun Mahkamah
yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sama ada Mahkamah Sivil atau
Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa dalam satu-satu kes yang
dikemukakan adalah terletak di atas Mahkamah Sivil. Daripada perbincangan di atas,
dapat disimpulkan bahawa bidang kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah
adalah sangat terhad seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai II
– Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan – yang hanya meliputi orang Islam,
yang terbatas kepada undang-undang personal, pewarisan dan hukuman ke atas
mereka yang melanggar ajaran Islam.

Konflik kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya dapat diselesaikan
selepas berlakunya pindaan Perkara 121 (1A). Pindaan Perlembagaan ini sepatutnya
menamatkan semua masalah campur tangan Mahkamah Sivil ke atas Mahkamah
Syariah untuk selama-lamanya. Mahkamah Sivil sepatutnya mengelakkan diri
daripada melakukan campur tangan dalam perkara yang berkaitan dengan Islam yang
hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Syariah yang telah diberikan bidang kuasa
ekslusif.
18

5.0 RUJUKAN

Noor Azizah Mohd Awal. 2021. Pengenalan kepada Sistem Perundangan Di Malaysia.
Selangor Malaysia: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Zaini Nasohah. (2018). Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia (Edisi Kedua).


Selangor, Mashi Publication

Mohammad Hazim Shah, M. H. S. (2021). Penambahbaikan undang-undang jenayah


syariah dalam menangani isu transgender di Malaysia: Cabaran dan cadangan. Sains
Insani, 6(3). Dicapai pada 3 Januari 2023.
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no3.356

Muhammad Hafiz bin Mansor. (2021). Ulasan kes Iki Putra dalam kesalahan liwat
dan harmonisasi bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah. Perspektif. Dicapai pada 9
Januari 2023.
https://www.tsis.my/wp-content/uploads/PERSPEKTIF-Ulasan-Kes-Iki-Putra-dalam-
Kesalahan-Liwatdan-Harmonisasi-Bidang-Kuasa-Mahkamah-Sivil-dan-Syariah-.pdf

Izawati Wook, Intan Nadia Ghulam Khan dan Arif Fahmi Md Yusof. (2023) Ulasan
kes Iki Putra Bin Mubarak lwn. Kerajaan Negeri Selangor [2021] 2 MLJ 323 (Bidang
kuasa Badan Perundangan Negeri dan Undangundang Berkaitan dengan Kesalahan
terhadap PerintahAgama Islam).
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/21005/1/Iki%20Putra%20Bin%
20Mubarrak%20v.%20Kerajaan%20Negeri%20Selangor%20%5B2021%5D%202%
20MLJ%20323.pdf

Rafedah binti Mohd Said. Dr. Mohammad Ramzi bin Zakaria. (2020) Lelaki Berlagak
seperti Perempuan Dalam Bidang Kuasa Mahkamah Syariah: Satu Kajian.
http://joilweb.usas.edu.my/wp-content/uploads/2020/11/LELAKI-BERLAGAK-
SEPERTI-PEREMPUAN-DALAM-BIDANG-KUASA-MAHKAMAH-SYARIAH-SATU-
KAJIAN.pdf
19

Tun Abdul Hamid Mohammad. (2017). Artikel 21. Sejauh manakah ianya
menyelesaikan konflik bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah

Berita Harian Online. Muhammad Zulsyamimi Sufian Suri. (5 Ogos 2023). Kes Iki
Putra Bakal Cabar Keabsahan Enakmen Jenayah Syariah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1136384/kes-iki-putra-bakal-
cabar-keabsahan-enakmen-jenayah-syariah

Dr Muhammad Fathi Bin Yusof. (2021). Harmonisasi bidang kuasa Mahkamah


Syariah dan Sivil
https://www.tsis.my/wp-content/uploads/PERSPEKTIF-Ulasan-Kes-Iki-Putra-dalam-
Kesalahan-Liwat-dan-Harmonisasi-Bidang-Kuasa-Mahkamah-Sivil-dan-Syariah-.pdf

Perlembagaan Persekutuan. Bahagian IX - Badan Kehakiman. Perkara 121 (1A)


https://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara121-Ma.Html

Kes Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & ors
https://www.malikimtiaz.com.my/doc/lina-joy.pdf

Kes murtad Azlina Jelani (Lina Joy) & kelemahan sistem perundangan, Implikasi
terhadap masa depan islam & melayu di Malaysia
https://www.scribd.com/document/24838871/Kes-Murtad-Azlina-Jelani-Lina-Joy

Mohammad Hariz Shah. Ahmad Hidayat. Jabatan Syariah dan Undang-undang.


(2021). Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indrira gandhi : Implikasi dan
Penyelesaian. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 33(2), 329-348.
https://doi.org/10.37052/kanun.33(2)no7

Faiza Tamby Chik J. (2001). Lina Joy v Agama Islam Wilayah & Anor.
https://rightsinmalaysiagroup3.weebly.com/uploads/5/4/4/1/54416627/lina_joy_v_ma
jlis_agama_islam_wilayah__anor.pdf
20

LAMPIRAN A
SENARAI KES

Kes Indira Gandhi A/P Mutho V. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and
Other Appeals [2018] MLJ 545.

Kes Lina Joy V. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors [2007] 4 MLJ 58.

Iki Putra Bin Mubarak Lwn. Kerajaan Negeri Selangor & Anor [2021] MLJ 323.

Kes Nafsiah V. Abdul Majid [1969] 2 MLJ 74

You might also like