Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

NOTA TAMBAHAN:

RUMUSAN PELANTIKAN
JAWATAN UTAMA
WANI
RUMUSAN PELANTIKAN JAWATAN UTAMA YANG
DIBUAT OLEH YDPA.
BIL JAWATAN ATAS NASIHAT SELEPAS
RUNDINGAN
1 Yang di-Pertuan Negeri Perdana Menteri Majlis Mensyuarat
2 Peguam Negara Perdana Menteri Kerajaan/Kabinet
Negeri
3 Ketua Audit Negara Perdana Menteri Majlis Raja-Raja

4 Ketua Turus Angkatan Bersenjata Majlis Angkatan Majlis Raja-Raja


Tentera
5 Ketua Hakim Negara, Presiden Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
Mahkmah Rayuan dan Hakim-hakim
Besar Mahkamah Tinggi
Malaya/Sabah dan Sarawak
6 Ketua Polis Negara dan Timbalan Perdana Menteri Perkhidmatan Polis
Ketua Polis Negara
7 Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
JENIS PEGANGAN TANAH
• Terbahagi kepada tiga:
1. FREEHOLD
2. LEASEHOLD
3. Hak Milik Sementara
I. FREEHOLD
- Pegangan bebas merupakan tanah di mana pemiliknya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal)
o Pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah
tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui
pengambilan balik tanah oleh kerajaan).
II. LEASEHOLD
- Pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang
telah ditetapkan.
o Tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaa negeri/ Pejabat Tanah tersebut untuk
99 tahun
o Selepas tempoh pajakan tersebut tamat, tanah tersebut akan kembali menjadi hak milik negeri.
o Ini jarang berlaku kerana kebiasaanya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk
memperbaharui/ memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium
mengikut kadaran nilai tanah semasa.
III. Hak Milik Sementara
o Hak Milik Sementara ini juga mempunyai jenis pegangan yang berbeza iaitu sama ada pegangan bebas
ataupun pegangan pajakan.
o Hak Milik Sementara inin bukanlah dokumen hak milik muktamad tetapi sah diguna pakai
sebagaimana butiran yang tercatat di dalamnya sehinggalah hak milik muktamad.
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI
PENGUATKUASA
Lapan (8) fungsi utama Suruhanjaya yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) dan (2) Akta 700 adalah:

• 01Menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan dan menyiasat
serta mengadakan pendengaran mengenai aduan tersebut;

• 02Merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai
penguat kuasa;

• 03Melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa;

• 04Mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan;

• 05Menggalakkan kesedaran, penambahbaikan dan pendidikan berhubung integriti di dalam sesuatu agensi penguatkuasaan dan
mengurangkan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;

• 06Membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu
agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;

• 07Mengkaji dan mengesah apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu berhubung
dengannya; dan

• 08Membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di
bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor yang perlu.
PERKARA-PEKARA BERKAITAN DENGAN
KEWARGANEGARAAN
• Lahir di Malaysia dan memiliki sijil kelahiran Negara ini bukan bermakna
seseorang itu secara automatik berstatus warganegara Malaysia.
• Taraf kewarganegaraan seseorang itu ditentukan berdasar kepada taraf
kewarganegaraan ibu bapa kandung dan taraf perkahwinan ibu bapanya
semasa kelahiran berlaku.
• Lahir di Malaysia dan mempunyai Sijil Kelahiran Malaysia tidak semestinya
membuktikan bahawa seseorang itu adalah bertaraf warganegara Malaysia.
• Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan seperti yang
diperuntukkan mengikut Seksyen 7 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian
1957 (Akta 299).

You might also like