Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Jenis-Jenis

Alatan Muzik

NAMA :
KELAS :
MATA PELAJARAN :
GURU KELAS :
SEKOLAH :

Isi Kandungan

1
Bi Tajuk m/s
l
1. Isi Kandungan 2
2. Penghargaan 3
3. Pengenalan 4
Maksud muzik

4. Jenis-Jenis Alatan Muzik Moden 5-7


5. Jenis-Jenis Alatan Muzik Tradisional 8-11
6. Kesimpulan 12

Penghargaan

2
Alhamdulillah saya Muhammad Hariz Bin Mujahid dari kelas 6
Bainun bersyukur ke hadrat Allah swt dan ingin merakam kan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya
menyiapkan dan menjayakan buku skrap Muzik ini.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mujahid Bin Mokhtar dan Puan
Norhamidah Binti Ramli yang telah memberi saya dorongan dan
sokongan serta membantu saya membuat buku skrap ini.
Kedua, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih diucapkan kepada guru muzik saya iaitu Puan Wan
Mazyani Bin Wan Mamat yang telah memberi saya tunjuk ajar dan
bimbingan dalam merancang dan melaksanakan hasil kerja buku
skrap ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada adik-
beradik dan keluarga saya kerana telah memberi bantuan dan
dorongan sepanjang buku skrap ini dihasilkan.

Pengenalan

Maksud Muzik :
:- Muzik ialah seni menggubah susun turutan bunyi mencakupi unsur-
unsur irama, rentak dan harmoni yang diterima oleh individu yang
menerima bergantung kepada masa, tempat, budaya dan citarasa.
Kegiatan mencipta, memperbaiki dan mempersembahkan karya
berseni bunyi ini (secara kebolehan dalam diri
3
seperti menyanyi mahupun menggunakan alat khas) dianggap
suatu seni manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis
bidang/disiplin.
:- Alat muzik digunakan sebagai alat penyebar
maklumat,lambang budaya dan bangsa. Alat ritual yang dapat
menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis) selain dari
fungsi utama sebagai alat hiburan. Terdapat pelbagai jenis alat muzik
moden dan tradisional di Malaysia seperti :

Moden : Tradisional :
1. Gitar 1. Kompang
2. Rekorder 2. Angklung
3. Biola 3. Gambus
4. Drum 4. Gong

Jenis-Jenis Alatan Muzik Moden

1 Rekorder

Rekorder ialah sejenis alat muzik tiup kayu. Ia boleh


dikenalpasti daripada alat tiup lainnya melalui lubang ibu jari
pada bahagian atasnya serta tujuh lubang jari - tiga di bahagian

4
atas dan empat di baagian bawah badan alat.
Terdapat beberapa jenis rekorder: sopranino, deskant/soprano,
trebel/alto, tenor, bes, agung dan kontrabes. Rekorder jenis C
termasuk deskant, tenor dan agung, manakala rekorder selainnya
merupakan rekorder jenis F. Rekorder biasa lazimnya merujuk
kepada rekorder deskant, tetapi jenis rekorder yang mempunyai
gubahan yang paling banyak ialah rekorder trebel.

2. Gitar :

Gitar adalah sejenis alat muzik bertali. Ia terdiri daripada suatu


badannya seakan-akan berbentuk biola dengan batang leher yang
panjang dan padat serta terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret";
ia dipasangkan dengan sebilangan tali atau senar (enam biasanya,
tetapi antara empat hingga dua belas ada wujud) yang boleh
dimainkan dengan memetik umumnya
menggunakan jari mahupun plektrum.

5
3. Biola :

Biola adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan


mengunakan penggesek biola (bow). Biola mempunyai
empat tali dan leher yang tidak mempunyai fret. Ia dimainkan
dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola
diletakkan di bahu pemain.

4. Drum :

6
Dram ialah alat muzik seperti gendang yang dipasangi belulang
pada satu atau kedua-dua hujungnya dan dimainkan dengan
mengetuknya dengan tangan atau kayu dram,Dram juga biasanya
digunakan oleh ahli-ahli muzik berkumpulan.

Jenis-Jenis Alatan Muzik Tradisi

1. Kompang :

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional


berupa gegendang bagi masyarakat Melayu dalam
kepulauan Nusantara. Selain itu, kompang juga kadangkala
digunakan oleh suku Bajau di pesisir Sabah, Malaysia, meskipun
tidak termasuk dalam tradisi asli mereka.

7
2. Angklung :

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat


daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari
dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali
sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga
antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia
menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini
berlaga ketika ia digetarkan

8
3. Gambus :

Gambus ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal


dari Yaman dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia
berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan
sejenis alat muzik bertali
tradisionaldi Indonesia, Brunei, Malaysia,dan Singapura. Sachs
berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia
lebih mirip oud.

9
4. Gong :

Gong merupakan sejenis alat muzik 'idiophone' yang berasal


dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak
zaman gangsa lagi dari Yunani. Gong juga dimainkan bagi
mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia.

10
Kesimpulan

Kesimpulan yang saya dapat mengenal pasti asal usul alatan muzik
tempatan. Dengan membuat buku skrap ini juga saya mendapat tahu
bahawa sejarah sebenar alatan muzik tempatan tersebut. Saya terus
berasa sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana rakyat
malaysia memberi banyak kemudahan yang sempurna kepada semua
rakyatnya . Degan membuat buku skrap ini juga, membuat saya ingin
berusaha memajukan bangsa dan negara saya yang tercinta.

11

You might also like