Perubahan Tingkah Laku Kanak Disebabkan Penggunaan Gajet

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Perubahan Tingkah Laku Kanak-kanak Disebabkan Penggunaan


Gajet
(Changes In Child behavior Due To Gadget Use)
Joan Danil1*, Suzyani Mohamed1
¹ Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: daniljoan79@gmail.com

Accepted: 15 May 2021 | Published: 1 June 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pada masa kini kanak-kanak menjadikan gajet sebagai alat permainan dan juga
rakan. Gajet seperti tablet dan telefon pintar menjadi alat yang penting dalam kehidupan
mereka. Namun, penggunaan secara berlebihan telah menyebabkan perubahan tingkah laku
dalam kalangan kanak-kanak. Ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.
Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi ibu bapa mengenai perubahan tingkah laku
kanak-kanak yang disebabkan oleh penggunaan gajet secara berlebihan. Kajian kuantitatif
dengan kaedah tinjauan ini melibatkan melibatkan 80 sampel yang mempunyai anak di empat
buah prasekolah dan menggunakan gajet. Teknik persampelan bertujuan (purposive sampling)
digunakan untuk memilih sampel. Sampel menjawab soal selidik yang mengandungi dua
bahagian iaitu demografi dan persepsi perubahan tingkah laku kanak-kanak. Persepsi diukur
menggunakan Skala Likert 4 mata terhadap 22 deskripsi perubahan tingkah laku. Kajian rintis
menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen (r=.908). Perisian SPSS versi 23
digunakan untuk menganalisis data secara statistik deskriptif dan inferensi. Keputusan
menunjukkan 50% daripada kanak-kanak mempunyai perubahan tingkah laku mudah menjadi
marah atau menangis apabila gajet tidak tersedia. Sebanyak 40.1% menjadi sangat sensitif
terhadap perkara kecil contohnya marah apabila ibu bapa atau adik beradik lain meminjam
gajetnya. Masing masing 38% kanak-kanak mempunyai perubahan tingkah laku seperti sukar
bertenang apabila dalam keadaan marah dan mencari gajet sejurus selepas bangun. Sebanyak
27.6% dan 25% daripada kanak-kanak dilihat selalu sibuk dengan gajet dan selalu tidur lewat.
45% kanak-kanak berada pada tahap mengalami perubahan tingkah laku sama ada
menunjukkan ciri-ciri ketagihan dan ketagihan telefon pintar. Hasil ujian Khi Kuasa Dua
menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tempoh penggunaan telefon
pintar dengan perubahan tingkah laku ( X2 (1,N = 80) = 8.887, p >.05). Implikasi kajian
menyediakan ruang kepada guru dan ibu bapa berkolaborasi dalam merancang dan
mengembangkan aktiviti luaran yang lebih bervariasi agar dapat mengurangkan
kecenderungan penggunaan gajet yang berlebihan. Ibu bapa perlu berusaha agar dapat
memastikan pilihan kandungan dan aplikasi yang digunakan sesuai dengan umur dan konteks
penggunaan yang bermanfaat.

Kata kunci: Persepsi, telefon pintar, kanak-kanak, perubahan tingkah laku

Abstract: Nowadays children turn gadgets into toys as well as friends. Gadgets like tablets
and smartphones become essential tools in their lives. However, overuse has led to behavioral
changes in children. This raises concerns among parents. This study was conducted to look at
parents’ perceptions of children’s behavioral changes caused by excessive use of gadgets. A
quantitative study with this survey method involved 80 sampels with children in four preschools

200
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

in Kota Kinabalu and using gadgets. Purposive sampling technique was used to select a sample
of 80 peoples. The samples answered a questionnaire consisting of two parts namely
demographics and perceptions of behavior change. Perceptions were measured using a 4-point
Likert Scale towards 22 descriptions of behavior change. A pilot study demonstrated the
validity and reliability of the instrument (r=.908). SPSS version 23 software was used to
analyze the data statiscally descriptive and inferential. Result showed 50% of children had
behavioral changes easily becoming angry or crying when gadgets were not available. As
many as 40.1% became very sensitive to small things such as getting angry when a parent or
other siblings borrowed their gadget. Each of 38% of children had behavioral changes such
as difficuty calming down when a parent or other siblings borrowed their gadget. Each of 38%
of children had behavioral changes such as difficulty calming down when in state of anger and
looking for gadgets soon after waking up. As many as 27.6% and 25% of children were seen
to be always busy with gadget and always sleeping late. 45% of children ate at the stage of
experiencing behavior change either showing the characteristics of addiction and smartphone
addiction. The results of Chi Square test showed that there was no significant relationship
between the duration of smartphone use with behavior changes ( X2 (1,N = 80) = 8.887, p
>.05). The implications of the study provide a space for teachers and parents to collaborate in
planning and developing more varied outdoor activities in order to reduce the tendency to use
excessive gadgets. Parents should strive to ensure that the choice of content and applications
used is appropriate for the age and context of beneficial use.

Keywords: Perception, gadgets, children, behavior changes


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Kehidupan individu dan komuniti telah mengalami perubahan disebabkan kemajuan alat
telekomunikasi seperti gajet. Kanak-kanak dilihat menjadi pengguna yang pasif dalam
kebanyakan sumber media khususnya gajet. Kecanggihan telefon pintar pada masa kini
membolehkan kanak-kanak berinteraksi secara aktif dengan alat ini. Mereka mudah
beradaptasi atau menyesuaikan diri dengan lebih pantas dengan alat ini. Walau bagaimanapun
penggunaan telefon pintar ini dikaitkan dengan pelbagai masalah kepada tingkah laku.
Contohnya masalah seperti tekanan, kegelisahan dan kualiti tidur (Elhai et al., 2017; Demirci
et al., 2015; Randelovic et al., 2019; Xie, Dong, & Wang, 2018). Situasi ini dapat
menggambarkan kanak-kanak turut mengalami masalah yang serupa sekiranya penggunaan
telefon pintar berlebihan. Beberapa kajian telah menunjukkan peningkatan masalah
kemurungan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (Costello, Copeland, & Angold, 2011;
Stojiljkovic & Stankovic, 2018). Data daripada bahagian Tenggara Eropah (Serbia) perubahan
seperti kemurungan daripada ringan kepada berat terjadi pada 55.1% pada pelajar kolej
manakala 18% daripada kanak-kanak menunjukkan simptom kemurungan (Miletic, Lukovic,
Ratkovic, Aleksic, & Grgurevic, 2015).

Gajet tidak hanya digunakan oleh syarikat korporat atau profesional yang berkelayakan, tetapi
juga oleh semua golongan sosial dan semua lapisan umur. Kanak-kanak menjadi pengguna
yang lebih ketara kerana mereka berkebolehan menggunakan gajet. Golongan kanak-kanak
benar-benar mampu menggunakan sebarang jenis telefon bimbit canggih walaupun tanpa
bimbingan dan pertolongan yang betul (Sarwar & Soomoro, 2013). Trend perubahan
penggunaan gajet seperti gajet untuk multitasking meningkat dari hari ke hari serta membawa
kepada perubahan tingkah laku dan keperibadian seseorang pengguna (Mohapatra et al. (2015).

201
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Seterusnya, kanak-kanak pada masa kini didapati berinteraksi dengan telefon pintar bahkan
sebelum mereka belajar bagaimana bercakap dan berjalan (Muhajir, Hudani, & Sombuling,
2018). Berdasarkan tinjauan yang djalankan oleh Suruhanjaya Multimedia dan komunikasi
Malaysia (2017), kebanyakan kanak-kanak memperoleh telefon bimbit mereka pada usia 12
tahun sementara yang termuda di antara peserta adalah kanak-kanak berumur 5 tahun. Hasil
tinjauan turut menunjukkan bahawa lebih daripada 70% ibu bapa mempunyai kebimbangan
mengenai apa yang anak-anak mereka lihat di tangan. Ibu bapa bimbang tentang kesan buruk
gajet pada kanak-kanak yang akan membawa bukan saja kepada kesihatan tetapi juga kepada
kesihatan, akademik, hobi dan tingkah laku yang tidak tidak sesuai.

2. Ulasan Kajian Lepas

Sejauh mana telefon pintar mengubah kehidupan manusia menjadi tarikan beberapa pengkaji
yang menganggap telefon pintar sebagai penyebab ketagihan pada abad ini. Devamani et. al
(2019) telah menjalankan kajian mengenai persepsi ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku
disebabkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12
tahun di India. Dengan sampel sebanyak 110 ibu bapa yang dipilih melalui teknik persampelan
bertujuan (purposive sampling) soal selidik diedarkan. Soalselidik menggunakan Skala
Penilaian Struktur Diri mengikut skala Likert 4 mata. Keputusannya adalah 41.8% daripada
kanak-kanak sukar bertenang apabila dalam keadaan marah, 36.4% daripada 110 sering mudah
terganggu dan sensitif terhadap perkara kecil. Seterusnya 34.5% daripada kanak-kanak
menunjukkan kanak-kanak kurang selera makan. Dalam skor tingkah laku mengikut kategori
didapati 45.5% daripada kanak-kanak berada dalam kategori III (menunjukkan risiko
ketagihan) dan 1.8%% daripada kanak-kanak berada dalam kategori IV( ketagihan telefon
pintar). Walaupun jumlah ini sedikit tetapi telah menunjukkan kehadiran masalah ketagihan
gajet yang dilihat membawa perubahan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Seterusnya
berdasarkan analisis ujian Khi Kuasa Dua tidak ada hubungan yang signifikan antara variabel
demografi seperti tempoh penggunaan telefon pintar dengan perubahan tingkah laku pada aras
kesignifikanan p<0.05.

Kajian lain yang berkaitan dijalankan oleh Milos et al., (2020) telah menjalankan analisis
menggunakan Pearson Coefficient Correlation dan analisis Multiple Regression bagi melihat
perkaitan antara penggunaan telefon pintar dan ketagihan internet dengan kemurungan,
kegelisahan, tekanan dan kualiti tidur. Hasil analisis data menunjukkan terdapat kesan langsung
penggunaan telefon pintar dengan ketagihan internet (b=0,0244, ± 0,008, p=.004). Dapatan
juga menunjukkan kesan tidak langsung penggunaan gajet terhadap ketagihan internet melalui
pengantaraan kemurungan, kegelisahan, tekanan dan kualiti tidur adalah tidak signifikan.
Kajian Stankovic (2020) mengkaji mekanisme psikologi yang mendasari penggunaan gajet dan
kemurungan yang meluas menggunakan analisis regresi dan jalur terhadap sampel pelajar
universiti. Hasil kajian menunjukkan korelasi negatif penggunaan telefon pintar dengan
kegelisahan, tekanan dan kualiti tidur. Manakala kajian Rather (2019) adalah untuk mengetahui
kesan ramalan jangka panjang penggunaan teknologi kanak-kanak berumur 5-6 tahun pada
tahap kemahiran sosial dan status sosial mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa
penggunaan teknologi mudah alih tidak mempunyai kesan ramalan pada peringkat ketrampilan
sosial sedangkan beberapa peranti mudah alih mempunyai kesan ramalan terhadap preferensi
sosial dan dampak sosial.

Sundus (2018) Melalui kajiannya yang bertajuk “The Impact of Using Gadget on Children”
menyatakan kesan penggunaan telefon pintar iaitu, kelewatan pertuturan bahasa, kekurangan
202
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

daya tumpuan, masalah pembelajaran, kegelisahan, dan kesan negatif terhadap perwatakan.
Seorang kanak-kanak dengan kelewatan pertuturan mungkin menggunakan kata dan frasa
untuk menyatakan idea tetapi sukar di fahami. Banyak penyelidik telah mengkaji perkara ini
dan telah menyimpulkan banyak teori mengenainya. Dengan menggunakan alat saringan
penyelidik mengkaji bahawa semakin banyak masa kanak-kanak menggunakan telefon pintar
maka semakin besar kemungkinan masalah kelewatan pertuturan ini berlaku. Kekurangan daya
tumpuan sering dikaitkan dengan Hyperactive Disorder (ADHD) iaitu kesukaran memberikan
tumpuan, tidak fokus, letih dan cepat terganggu. Perubahan tingkah laku seperti ini akan
menjadi gangguan dalam pembelajaran. Pendedahan kepada alat ini turut dikaitkan dengan
kelewatan kognitif dan masalah pembelajaran. Kegelisahan pula dikaitkan dengan ketakutan
terhadap apa yang akan berlaku dan reaksi terhadap peristiwa semasa. Kanak-kanak yang
gelisah akan mengalami keadaan seperi gugup, malu dan takut. Disebabkan ini mereka
mengelakkan diri daripada orang lain, tempat atau aktiviti. Anak kelihatan tegang apabila tidak
berada dalam talian. Tingkah laku seperti ini dapat diperhatikan dengan mudah.

Berdasarkan tinjauan literature, banyak kajian yang membincangkan kesan terhadap


penggunaan gajet dan tidak banyak yang diketahui tentang kesannya terhadap perubahan
tingkah laku seorang kanak-kanak. Justeru berdasarkan tujuan utama iaitu melihat persepsi ibu
bapa terhadap perubahan tingkah laku disebabkan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-
kanak, kajian ini juga melihat tahap perubahan tingkah laku dan hubungan antara tempoh
penggunaan gajet dengan perubahan tingkah laku.

3. Metodologi

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk tinjauan. Populasi. terdiri
daripada ibu bapa di empat buah prasekolah di Kota Kinabalu dan sampel seramai 80 orang
ibu bapa dipilih menggunakan teknik persampelan bukan rawak iaitu persampelan bertujuan
(purposive sampling). Sampel diberikan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian A berkaitan dengan maklumat demografi seperti umur, jantina, pendapatan sebulan,
tahap pendidikan, jantina anak dan tempoh penggunaan telefon pintar dalam sehari. Bahagian
B berkaitan persepsi ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku anak yang diukur menggunakan
Skala Likert Empat Mata.

Terdapat 22 item yang digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku dalam kalangan
kanak-kanak. Instrumen telah melalui ujian kesahan dan kebolehpercayaan (r=.908). Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS versi 23. Statistik deskriptif yang
digunakan ialah frekuensi (frequency) dan peratusan (percentage). Profil demografi dan skor
perubahan tingkah laku mengikut kategori (I=<22),II=23-44, III=45-66,IV=67-88)
dipersembahkan dalam bentuk frequency dan percentage. Statistik inferensi melalui ujian Khi
Kuasa Dua dijalankan untuk mengkaji hubungan antara tempoh penggunaan gajet dengan
perubahan tingkah laku.

4. Dapatan Kajian

Berdasarkan taburan sampel mengikut pemboleh ubah demografi, (Jadual 1) responden paling
tinggi pada peringkat umur 31 hingga 40 tahun (60%) dan 80% daripadanya adalah perempuan.
Majoriti (44%) mempunyai latar belakang pendidikan sekolah menengah dan hanya 31%
daripada kolej ataupun universiti. Kebanyakan responden mempunyai pendapatan kurang
daripada RM2000.00 sebulan. Sebanyak 58% daripada jantina anak responden adalah lelaki.
203
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Seramai 42.3% daripada kanak-kanak mempunyai kebiasaan menggunakan gajet melebihi 2


jam sehari.

Jadual 1: Taburan sampel berdasarkan pemboleh ubah demografi


Variabel Demografi Frekuensi (f) Peratus (%)
Umur (tahun)
<30 15 18.8
31--40 48 60.0
41-50 15 18.8
>50 2 2.5
Jantina
Lelaki 12 15
Perempuan 68 85
Latar Belakang Pendidikan
Sekolah Rendah 5 38.8
Sekolah Menengah 44 55.00
Kolej/universiti 31 38.8
Pendapatan bulanan (RM)
<2000.00 44 55
2001-4000 16 20.0
4001-6000 8 10.0
>6000 12 15
Jantina anak
Lelaki 47 58.8
Perempuan 33 41.2
Waktu Penggunaan Gajet
<1jam 21 26.2
1-2 jam 26 32.5
>2 jam 33 41.3

Dapatan tentang perubahan tingkah laku kanak-kanak disebabkan penggunaan penggunaan


gajet ditunjukkan dalam Jadual 2. Berdasarkan data, 50% ibu bapa bersetuju kanak-kanak
mudah menjadi marah atau menangis apabila gajet tidak tersedia, 40.1% bersetuju anak
menjadi sangat sensitif terhadap perkara kecil contohnya marah apabila ibu bapa atau adik-
beradik lain meminjam gajetnya dan 38% bersetuju anak sukar bertenang apabila dalam
keadaan marah dan mencari gajet sejurus selepas bangun. 27.6% dan 25% daripada ibu bapa
masing masing bersetuju bahawa anak mereka selalu sibuk dengan gajet dan selalu tidur lewat.

Jadual 2: Hasil analisis perubahan tingkah laku kanak-kanak


No Sangat Tidak Setuju Sangat
Soalan Perubahan tingkah Laku Tidak Setuju f f (%) setuju f
setuju f (%) (%)
(%)
1 Menjadi mudah marah atau menangis apabila gajet 13 27 23 17
tidak tersedia. (16.3) (33.8) (28.7) (21.3)
2 Sukar bertenang apabila dalam keadaan marah. 19 30 21 10
(23.8) (37.5) (26.3) (12.5)
3 Selalu mengamuk jika tidak mendapat gajet. 21 31 19 9
(26.3) (38.8) (23.8) (11.3)
4 Kerap terganggu. 20 31 17 12
(25.0) (38.8) (21.3) (15.0)
5 Kelihatan resah apabila pergi ke sekolah. 42 25 7 6
(52.5) (31.3) (8.8) (7.5)
6 Mencari gajet sejurus selepas bangun. 27 22 16 15
(33.8) (27.5) (20.0) (18.8)

204
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

7 Menjadi sangat sensitif terhadap perkara kecil 19 29 19 13


contohnya marah apabila ibu bapa atau adik (23.8) (36.3) (23.8) (16.3)
beradik lain meminjam gajetnya.
8 Selalu bergaduh dengan ibu bapa kerana tidak 22 30 16 12
diberikan gajet (27.5) (37.5) (20.0) (15.0)

9 Lebih suka menghabiskan masa di rumah 17 34 12 17


berbanding bermain dengan rakan lain (21.3) (42.5) (15.0) (21.3)
10 Kurang berminat dalam pelajaran 20 42 13 5
(25.0) (52.5) (16.3) (6.3)
11 Kurang berminat dalam aktiviti di sekolah. 28 41 9 2
(35.0) (51.2) (11.3) (2.5)
12 Mengunci bilik apabila bermain dengan gajet. 49 23 6 2
(61.3) (28.7) (7.5) (2.5)
13 Selalu tidur lewat. 28 32 12 8
(35.0) (40.0) (15.0) 10.0)
14 Selalu terjaga pada waktu malam. 43 26 8 3
53.8) (32.5) (10.0) (3.8)
15 Bertindak agresif apabila tidak sependapat dengan 31 32 14 3
orang lain. (38.8) (40.0) (17.5) (3.8)
16 Kelihatan tegang dalam kebanyakan masa. 34 36 8 3
(42.5) (45.0) (10.0) (3.8)
17 Kelihatan tidak gembira apabila gajet tiada. 29 35 11 5
(36.3) (43.8) (13.8) (6.3)
18 Kelihatan tidak merasa teruk selepas berkelakuan 19 46 10 5
tidak baik. (23.8) (57.5) (12.5) (6.3)
19 Selalu tidak sependapat dengan orang lain. 24 44 11 1
(30.0) (55.0) (13.8) (1.3)
20 Selalu sibuk dengan gajet. 29 29 11 11
(36.3) (36.3) (13.8) (13.8)
21 Lebih suka bersendirian dalam kebanyakan masa. 29 32 14 5
(36.3) (40.0) (17.5) (6.3)
22 Kurang selera untuk makan apabila bermain 34 27 10 9
dengan gajet. (42.5) (33.8) (12.5) (44.3)

Tahap perubahan tingkah laku yang diperolehi daripada analisis skor tingkah laku mengikut
kategori (1-88) dapat ditunjukkan dalam Jadual 3. Data menunjukkan 35% daripada kanak-
kanak berada dalam kategori III (45-66) iaitu kategori yang menunjukkan ciri-ciri ketagihan
gajet dan 10% berada dalam kategori IV (67-88) yang menunjukkan kanak-kanak mengalami
ketagihan gajet. Jika kategori III dan IV ditambah, maka 45% daripada kanak-kanak berada
pada tahap mengalami perubahan tingkah laku sama ada menunjukkan ciri-ciri ketagihan
ataupun ketagihan gajet.

Jadual 3: Tahap perubahan tingkah laku


Kategori Skor Perubahan Tingkah Frequency (f) Percentage (%)
Laku
<22 1 1
23-44 43 54
45-66 28 35
67-88 8 10
Total 80 100

Keputusan ujian Statistik Khi Kuasa Dua (Jadual 4) bagi Ketaksandaran


(independence/relatedness) menunjukkan hasil nilai kebarangkalian yang diperolehi daripada
program IBM SPSS Statistics 23 (Pearson Chi Square), 0.180 adalah lebih besar daripada nilai

205
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

alfa yang ditentukan (.05) maka hipotesis nol diterima. Dapatan kajian adalah tidak signifikan
secara statistik iaitu tidak terdapat bukti yang kukuh bahawa wujud hubungan yang signifikan
antara tempoh penggunaan gajet dengan skor perubahan tingkah laku X^2(1,N = 80) = 8.887,
p >.05. Berdasarkan kesimpulan ini dapat dirumuskan bahawa tempoh penggunaan gajet tidak
mempengaruhi perubahan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak.

Jadual 4: Hasil ujian Pearson Chi-Square bagi ketaksandaran


Chi-Square Tests
Asymptotic Significance
Value df (2-sided)
Pearson Chi-Square 8.887a 6 .180
Likelihood Ratio 10.372 6 .110
Linear-by-Linear 7.392 1 .007
Association
N of Valid Cases 80
A. 7 cells (58.3%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .30.

5. Perbincangan dan kesimpulan

Kajian tinjauan ini menunjukkan sejumlah besar ibu bapa menyatakan persepsi bahawa
terdapat perubahan tingkah laku disebabkan penggunaan gajet. Antara perubahan tingkah laku
yang banyak berlaku ialah mudah menjadi marah atau menangis apabila telefon pintar tidak
tersedia, menjadi sangat sensitif terhadap perkara kecil seperti marah apabila ibu bapa atau adik
beradik lain meminjam gajetnya, sukar bertenang apabila dalam keadaan marah dan mencari
gajet sejurus selepas bangun. Selain itu kanak-kanak juga dilihat lebih banyak menghabiskan
masa di rumah berbanding bermain dengan rakan lain, selalu sibuk dengan gajet dan selalu
tidur lewat.

Jumlah kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri ketagihan dan ketagihan gajet


menggambarkan mereka berisiko mengalami perubahan tingkah laku yang kurang sesuai dan
ini mewujudkan kebimbangan. Hampir separuh daripada keseluruhan jumlah kanak-kanak
menunjukkan perubahan tingkah laku disebabkan penggunaan gajet. Perubahan tingkah laku
ini memberi kesan kepada kesihatan, prestasi pembelajaran dan secara tidak langsung
menganggu keharmonian keluarga dan komuniti. Ketagihan gajet boleh meletakkan kanak-
kanak dalam risiko seperti terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai dengan usia,
gangguan penumpuan, gangguan pembelajaran, gangguan kesihatan, kelewatan perkembangan
kognitif, dan penurunan kemampuan untuk mengawal dan mengurus diri. Selain itu ketagihan
ini menghalang kanak-kanak daripada bermain di luar seperti di taman permainan bersama
kanak-kanak lain yang mana mereka seharusnya belajar berinteraksi, bersosialisasi dan
menikmati keindahan alam semulajadi.

Dapatan hasil analisis ujian Khi Kuasa Dua iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara tempoh penggunaan gajet dengan perubahan tingkah laku didapati selari dengan hasil
kajian Devamani et. al (2019). Dapat ditafsirkan bahawa masalah perubahan tingkah laku yang
kurang sesuai disebabkan penggunaan gajet bukanlah semata-mata disebabkan oleh tempoh
masa penggunaan gajet tetapi mungkin disebabkan oleh faktor lain seperti jenis kandungan dan
aplikasi yang digunakan dalam gajet. Justeru kajian pada masa akan datang perlu melihat corak
penggunaan seperti pilihan kandungan dan aplikasi yang digunakan kerana ia mempunyai
pengaruh yang kuat dalam pembentukan karakter kanak-kanak. Selain itu penggunaan gajet
haruslah disepadukan dengan selamat mengikut perkembangan kanak-kanak, sesuai dengan
usia dan konteks penggunaan yang bermanfaat bagi mereka.
206
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Implikasinya, dapatan kajian ini boleh digunakan oleh guru-guru prasekolah dan pentadbir
sekolah sebagai dasar untuk membina kolaborasi dengan ibu bapa dan mencadangkan kepada
mereka agar dapat merancang aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di rumah di samping
membina komunikasi verbal yang membina. Dengan cara ini kanak-kanak dapat meluangkan
waktu dengan perkara yang bukan melibatkan gajet. Selain itu guru-guru harus sentiasa
memberikan kefahaman kepada kanak-kanak prasekolah bahawa pengunaan gajet yang
berlebihan boleh membawa banyak keburukan. Keputusan kajian ini juga memberikan manfaat
kepada kemahiran keibubapaan dalam pembentukan karakter anak yang bermula daripada
rumah.

Kajian ini hanya melibatkan persepsi ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku disebabkan
penggunaan gajet di empat buah prasekolah di Kota Kinabalu Sabah. Dicadangkan kajian pada
masa depan untuk mengambil kira persepsi ibu bapa kanak-kanak di seluruh prasekolah di
bandar Kota Kinabalu agar hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada semua kanak-kanak
prasekolah dalam daerah Kota Kinabalu dalam konteks perubahan tingkah laku disebabkan
penggunaan gajet.

Kajian ini telah membuktikan bahawa kebanyakan ibu bapa merasakan perubahan tingkah
laku dalam diri anak masing masing. Perubahan tingkah laku ini boleh mempengaruhi
kesihatan, prestasi pelajaran dan secara tidak lansung menganggu keharmonian keluarga dan
masyarakat amnya. Ibu bapa dan guru perlu sentiasa memantau perubahan aktiviti harian
kanak-kanak. Mereka perlu menghadkan penggunaan gajet kepada waktu yang minimum. Jika
tidak, anak-anak mungkin mengalami ketagihan gajet dan memerlukan bimbingan dan proses
kaunseling untuk keluar dari masalah ini.

Kesimpulannya, penggunaan gajet yang berlebihan menyebabkan perubahan tingkah laku yang
kurang sesuai dan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak. Kebimbangan mengenai trend ini
memerlukan keprihatinan dan kebijaksanaan pelbagai pihak untuk mengatasinya khususnya
ibu bapa. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kanak-kanak kini mula hidup berdampingan
dengan gajet dan penggunaan gajet tidak terkawal bukan saja mengubah tingkah laku tetapi
boleh mengubah keseluruhan gaya hidup kanak-kanak. Oleh yang demikian adalah amat wajar
penggunaan gajet disesuaikan dengan usia, pendidikan dan dengan penyertaan ibu bapa. Selalu
ada penglibatan ibu bapa apabila anak menggunakan gajet dan semakin sedikit waktu
penggunaanya adalah yang terbaik untuk mereka. Dalam masyarakat yang mana kanak-kanak
tidak dapat dielakkan berdampingan dengan gajet, perancangan dan pengembangan aktiviti
luaran yang bervariasi dapat mengurangkan kecenderungan penggunaan gajet yang berlebihan
ataupun ketagihan.

Rujukan

Al Mazmi, M., Aslam, H. & Rajan, A.V. 2013. The influence of technology on children
shealth. International Conference on Technology and Business Management,
March 18-20, 1226-1235.
Conners-Burrow, N. A., Mckelvey. L. M., & Fussel, J. J., 2011. Social outcomes associated
with media viewing habits of low-income preschool children. Early Education
and Development 22(2):256-273.
Costello, E. J., Copeland, W., & Angold, A. (2011). Trends in psychopathology across the
adolescent years: What changes when children become adolescents, and when
adolecents become adults? Journal of Child Psychology and Psychiatry, and
207
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Allied Disciplines, 52(10), 1015-1025. https://doi.org/10.1111/j.1469-


7610.2011.02446.x.
Demirci, K., Akgonul, M., & Akpinar (2015). Relationship of smartphone use severity
with sleep quality, depression, and anxiety in university students. Journal of
behavioral Addiction, 4(2), 85-92. https://doi.org/10.1556/2006.4.2015.010.
Elhai, J. D., Yang, H., & Montaq, C. (2019). Cognitive-and emotion-related
dysfunctional coping processes. Transdiagnostic mechanisms explaining depression
and anxiety’s relations with problematic smartphone use. Current Addiction Reports,
6(4), 410-417. https://doi.org/10.1007/s40429-019- 00260-4.
Genc. Z.,(2014). Parents perception about the mobile technology use of preschool
aged children.International Conference of Early Childhood Care and Education
146:55-60
Gani, S. A (2016),Parenting Digital natives: Cognitive, emotional and Social
development Challenges. International Conference on Education, 870-880
Hazalizah & Alexander.(2018). Gadget usage: Trends and its relationship with
psychosocial adjustment among pre-schoolers in Malaysia. International Journal
for studies on Children, Women, Elderly and Disables 10(5):93-99
Hinkley T., Verbestel, V., Ahrens, W., Lissner, L., Molnar, D., Moreno, L. A., &
Bordeaudhuij, I. D. 2014. Early childhood electronic media use as a predictor of
poorer well being: A prospective cohort study. JAMA Pediatrics, 168(5): 485-492.
Kamibeppu K., & Sugiura H,. 2005.Impact of the mobile phone on Junior HighSchools
Students friendship in the tokyo metropolitan area.Cyber Psychology and Behavior.
DOI: 10.1089/cpb.2005.8.121
Kelly, J. (2018). The Troubling side effects of smartphones.
https://www.researchgate.net/publication/333104023_Impact_of_Smartphones _o
n_Young_Generation [10 September 2020]
Malaysian Communication and Multimedia Commission (2017). Hand Phone Users
Survey. https://www.mcmc.gov.my/resources/statistics/hand-phone-surveys
[8 September 2020]
Muhajir, S. A., Hudani, N., Sombuling, A. (2018). Excessive smartphone usage among
early adolescents: Impact on social competence. Jurnal Psikologi
Malaysia.http://journalarticle.ukm.my/14927/1/347-1567-1-PB.pdf [9 September
2020]
Randejelovic, P., Stojiljkovic, N., Radulovic, N.,Ilic, l., Stojanovic, N., & Ilic, S. (2019).
The association of smartphone usage with subjective sleep quality and daytime
sleepiness among medical students. Biological Rhythm Research, 50(6), 857-
865. https://doi.org/10.1080/09291016.2018.1499374.
Rocha, B., Nune C.(2020). Benefits and damages of the use touchsceen devices for the
development and behavior of children under 5 years old-a systematic review.
University of Algrave, Faro, Portugal and Psychology Research Centre (CIP).
DOI: 10.1186/s41155-020-00163-8
Stankovic M, Nesic M, Cicevic S & Shi Z. 2002. Association of smartphone use with
depression, anxiety, sleep quality and internet addiction. Empirical evidence
from a smartphone application.https://doi.org/10.1016/j.paid.2020.110342
Stojiljkovic, J., & Stankovic, M. (2018). Depressive state and social anxiety in
adolescents: The role of family interactions. The American Journal of Family
Theraphy, 46(3), 243-257. https://doi.org/10.1080/01926187.2018.1506269.

208
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 200-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Suhana, M. (2017). Influence of gadget usage on children’s Social-Emotional


Development. International Conference of Early Childhood Education (ICECE),
volume 69.
Sundus, M. (2018). The impact of using gadgets on children. Department of Computer
Science, Lahore University. DOI: 10.4172/2167-1044.1000296
Mohapatra DP, Mohapatra MM, Chittoria RF, et al. (2015). The scope of mobile device in
health Care and medical education. International Journal of Advance Medical
and Health Research ; 2: 3-8.DOI: 10.4103/2349-4220.159113
Sara Devamani, S., Paul, H., George, J., Begum, S., Dsouza, S. N., & Lobo, M. R.
(2019). Parent’s perception regarding mobile phone usage led behaviour changes in
children. Current Pediatric Research, 23(4), 143-147
Sarwar M.S & Soomro T. R.(2013).Impact smartphone’s on society.European Journal of
Scientific Research 98 (2).
https://www.researchgate.net/publication/236669025_Impact_of_Smartphone' s_o
n_Society [4 Oktober 2020]
Vittrup B., Snider, S., Rose, K.K., & Rippy, J. (2014). Parental perceptions of the role of
media and technology in their young children’s lives. Journal of Early Childhood
Research.
Xie, X., Dong, Y., & Wang, J.(2018). Sleep quality as a mediator of problematic
smartphone use and clinical health symptoms. Journal of Behavioral
Addictions, 7(2), 466-472. https://doi.org/10.1556/2006.7.2018.40.

209
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like