Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

GARIS PANDUAN

PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

Di bawah Peraturan Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan
Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan), 202X

SERANTA AWAM
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

Nombor CAS
Nombor CAS ialah nombor pengenalan unik yang diberikan oleh Chemical Abstracts
Service Registry Numbers, American Chemical Society kepada setiap bahan
kimia.
TERMINOLOGI Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan
Bermaksud sebarang bahan kimia atau penyediaan yang—
a) disenaraikan dalam Jadual I atau IV Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia
Berbahaya kepada Kesihatan) 2000;
b) dikelaskan dalam mana-mana kelas bahaya yang dinyatakan di bawah Bahaya
Kesihatan Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Klasifikasi, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia
Berbahaya) 2013;
c) racun perosak seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Racun Perosak 1974; dan
d) sisa terjadual yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

Pembekal bahan kimia


TERMINOLOGI Bermaksud pembekal yang membekalkan bahan kimia berbahaya mengikut
(sambungan) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengkelasan,
Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

Helaian Data Keselamatan


Bermaksud dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan tentang bahan
kimia menurut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Klasifikasi, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya)
2013.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

1.0
Tujuan daftar bahan kimia adalah untuk menyediakan:
TUJUAN i. maklumat untuk perlindungan kesihatan manusia daripada penggunaan
bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;
ii. rujukan kepada pekerja mengenai bahan kimia berbahaya kepada
kesihatan yang diproses, dihasilkan atau disimpan di tempat kerja;
iii. bantuan kepada industri dalam mematuhi keperluan Peraturan USECHH;
iv. maklumat kepada penaksir risiko kimia untuk penaksiran risiko; dan
v. maklumat sebagai pengenalpastian bahaya bahan kimia berbahaya
kepada kesihatan di tempat kerja.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

2.0

PEMAKAIAN Daftar bahan kimia hendaklah disediakan di semua tempat kerja di mana
bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan. Majikan, pembekal
bahan kimia atau pengguna yang memproses, mengeluarkan atau
menyimpan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja,
bertanggungjawab untuk menyediakan Daftar Bahan Kimia Berbahaya
kepada Kesihatan.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

3.0

PENGECUALIAN Keperluan dalam menyediakan daftar bahan kimia tidak akan terpakai untuk
bahan kimia yang merupakan bahan buangan terjadual, jika majikan telah
mematuhi keperluan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan
Terjadual) 2005.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

4.0
Daftar bahan kimia hendaklah mengandungi maklumat berikut;
ELEMEN DAFTAR
BAHAN KIMIA i. senarai semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang diproses,
dihasilkan atau disimpan;
ii. helaian data keselamatan (SDS) semasa untuk setiap bahan kimia
berbahaya kepada kesihatan;
iii. kuantiti purata yang diproses, dihasilkan atau disimpan dalam tempoh
sebulan atau setahun mengikut mana yang berkenaan bagi setiap
bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

4.0

ELEMEN DAFTAR iv. proses dan kawasan kerja di mana bahan kimia berbahaya kepada
BAHAN KIMIA kesihatan diproses, dihasilkan atau disimpan;
(sambungan) v. bentuk fizikal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang diproses,
dihasilkan atau disimpan;
vi. klasifikasi bahaya bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang
diproses, dihasilkan atau disimpan; dan
vii. nama dan alamat pembekal setiap bahan kimia berbahaya kepada
kesihatan.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

5.1 Majikan hendaklah mengemukakan daftar bahan kimia yang mengandungi


semua unsur dalam seksyen 4.0 kecuali helaian data keselamatan (SDS)
5.0 kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
PENGEMUKAAN
DAFTAR BAHAN 5.2 Pengemukaan tidak diperlukan jika bahan kimia berbahaya kepada
KIMIA kesihatan hanya dikelaskan sebagai:
i. kakisan atau kerengsaan kulit kategori 2; atau
ii. kerosakan mata atau kerengsaan yang serius kategori 2; atau
iii. pemekaan kulit kategori 1.

5.3 Pengemukaan hendaklah:


i. 6 bulan selepas peraturan berkuat kuasa; dan
ii. tidak lewat daripada 31 Mac tahun berikutnya bagi setiap tahun
kalendar.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

6.0

KETERSEDIAAN Daftar bahan kimia hendaklah mudah didapatkan oleh semua pekerja di
tempat kerja yang boleh terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia
berbahaya kepada kesihatan. Daftar bahan kimia berguna sebagai rujukan
kepada semua orang yang kompeten atau petugas kecemasan.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

7.0

PENYIMPANAN Majikan hendaklah memastikan bahawa daftar bahan kimia diselenggara


REKOD dalam keadaan teratur dan baik serta dikemas kini dari semasa ke semasa.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

8.0 Format daftar bahan kimia yang disyorkan seperti dalam Lampiran 1.
Borang tersebut dibahagikan kepada empat (4) bahagian iaitu:
FORMAT DAFTAR
BAHAN KIMIA BAHAGIAN A – MAKLUMAT SYARIKAT
YANG Bahagian ini memberikan maklumat tentang syarikat yang memproses,
DISYORKAN menghasilkan atau menyimpan bahan kimia berbahaya kepada
kesihatan di tempat kerja.

BAHAGIAN B – SENARAI BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA


KESIHATAN UNTUK SETIAP PROSES ATAU AKTIVITI
Bahagian ini menyenaraikan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan
yang diproses, dihasilkan atau disimpan untuk setiap proses atau
kawasan kerja.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

BAHAGIAN C – NAMA ORANG YANG MENYEDIAKAN DAN


MELULUSKAN DAFTAR KIMIA
8.0
Bahagian ini memberikan butiran mengenai orang yang
bertanggungjawab untuk menyediakan dan meluluskan Daftar Kimia.
FORMAT DAFTAR
BAHAN KIMIA BAHAGIAN D – AKUAN
YANG Bahagian ini merupakan akuan oleh majikan atau pengurusan tertinggi
DISYORKAN yang menekankan keperluan Daftar Bahan Kimia boleh didapatkan oleh
(sambungan) semua pekerja di tempat kerja yang boleh terdedah atau mungkin
terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0

LAMPIRAN 1:
BORANG DAN
NOTA PANDUAN
DAFTAR BAHAN
KIMIA BERBAHAYA
KEPADA
KESIHATAN
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 1:
BORANG DAN
NOTA PANDUAN
DAFTAR BAHAN
KIMIA BERBAHAYA
KEPADA
KESIHATAN
(sambungan)
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 1:
BORANG DAN
NOTA PANDUAN
DAFTAR BAHAN
KIMIA BERBAHAYA
KEPADA
KESIHATAN
(sambungan)
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 1:
BORANG DAN
NOTA PANDUAN
DAFTAR BAHAN
KIMIA BERBAHAYA
KEPADA
KESIHATAN
(sambungan)
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 1:
BORANG DAN
NOTA PANDUAN
DAFTAR BAHAN
KIMIA BERBAHAYA
KEPADA
KESIHATAN
(sambungan)
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 1:
BORANG DAN
NOTA PANDUAN
DAFTAR BAHAN
KIMIA BERBAHAYA
KEPADA
KESIHATAN
(sambungan)
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 2:
KLASIFIKASI Rujuk Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 (MSIC 2008)
SEKTOR DAN
INDUSTRI https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/4_Portal%20Content/3_Methods%
20&%20Classifications/2_List%20of%20References/Piawaian_Klasifikasi_I
ndustri_Malaysia_2008.pdf
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 3:
KOD UNTUK Rujuk Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 (MSIC 2008)
KLASIFIKASI
INDUSTRI https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/4_Portal%20Content/3_Methods%
(PECAHAN) 20&%20Classifications/2_List%20of%20References/Piawaian_Klasifikasi_I
ndustri_Malaysia_2008.pdf
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 4:
CONTOH
PENGISIAN
BORANG DAFTAR
KIMIA BERBAHAYA
KEPADA
KESIHATAN
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 4:
CONTOH
PENGISIAN
BORANG DAFTAR
KIMIA BERBAHAYA
KEPADA
KESIHATAN
GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

10.0
LAMPIRAN 4:
CONTOH
PENGISIAN
BORANG DAFTAR
KIMIA BERBAHAYA
KEPADA
KESIHATAN
TERIMA KASIH

You might also like