Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah ditubuhkan pada 19 Oktober 1955.

Dahulunya
Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah merupakan satu jabatan kerajaan yang diberi
tanggungjawab memikul amanah dalam menyediakan kemudahan Infrastruktur
Awam seperti Jalan, Bangunan, Jambatan, Lapangan Terbang dan Pelabuhan.
Objektif JKR adalah menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi
Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan
menumpukan kepada :

1) Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian


10%.
2) Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
3) Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap
melebihi 70%.
4) Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
5) Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada
pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan bagi setiap projek yang
berkait dengan ciri-ciri berikut :

a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk


b) Selamat digunakan
c) Kemudahan senggaraan
d) Mutu ketukangan (workmanship)

Visi JKR adalah menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat
kecemerlangan dalam bidang pengurusan asset, pengurusan projek dan
kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang
kreatif dan inovatif serta teknologi terkini. Manakala misi JKR adalah untuk
menyumbang kepada pembangunan negara dengan :

i. Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan


menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi
strategik.
ii. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perhidmatan yang
konsisten.
iii. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan
inovatif.
iv. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
v. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
vi. Mengutamakan integrity dalam memberikan perkhidmatan.
vii. Membina hubungan harmoni dengan Masyarakat.
viii. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

You might also like