Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

JALAN KE PUNCAK

SINOPSIS
PUJUK & HARAPAN
JANNAH, PUTERI, NISRIN
PUJUK bab 9

Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan
projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi
pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman terpaksa
mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun Laiman
dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil
usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman
mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri
untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar
di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta
maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya
bekerja sebagaimana siswazah lain. 1
HARAPAN bab 10

Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan


Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan
memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek
ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan
dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja
dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah
mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan
khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan
kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali
menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di
universiti. 2
WATAK & PERWATAKAN
Laiman Pak Kiassim
(a) Anak kepada Pak Kiassim. (a) Bapa kepada Laiman.
(b) Mempunyai abang yang bernama Mail dan (b) Tidak bersetuju apabila Laiman
adik yang bernama Jariah. mengatakan bahawa dia mahu memulakan
(c) Cinta akan ilmu. projek ternakan ikan air tawar.
(d) Menjalani latihan praktikal di syarikat Shell (c) Berbangga atas kejayaan Laiman.
di Sarawak.
(e) Bercita-cita tinggi. Pak Sahok
(f) Mengusahakan projek penternakan akan air (a) Memiliki tanah dekat dengan tanah paya.
tawar dan penternakan lebah madu. (b) Bertani.
(g) Berkebun tembikai, berniaga kuih, pisang, (c) Keras hati.
dan kelapa.
(h) Tabah.
(i) Berprinsip.
(j) Taat akan perintah agama.
(k) Jujur.
4
WATAK & PERWATAKAN
Milan Sukri
(a) Sepupu kepada Laiman. (a) Bekerja di sebuah syarikat minyak
(b) Baik hati. di Sarawak.
(c) Rajin. (b) Rapat dengan Laiman semasa
(d) Mempunyai semangat setia kawan yang Laiman membuat latihan praktikal di
tinggi. syarikat Shell di Sarawak.
(c) Tidak percaya bahawa Laiman
Soniah membakar tangki minyak dan dia
(a) Kawan baik Laiman semasa di membela Laiman.
Sarawak.
(b) Seorang gadis berketurunan Melanau.
(c) Belajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia, sama seperti Laiman.
(d) Bersemangat kental.
5

You might also like